17.8.18

A comeback

Bismillah...

Sudah empat tahun laman dibiar bersawang. Dibiar berkubur sebenarnya.

Ini gara-gara timbul persoalan rawak mengapa tiada lagi yang menulis di blog tetapi rancak bercurhat di medsos.

I stopped blogging since I started posting in Instagram. More convenient, I guess. Less word, wordless, only pictures, and short captions.

Should I make a comeback to blogging?

I might.

I might not.

I might.

We'll see.

13.2.14

Syukur

Bismillahirrohmaanirroheem..


Kita selalu merungut tak puas hati itu ini.
Kita kadang-kadang tanpa sedar pasrah dengan setiap kejadian.
Kita jarang sekali memikirkan hikmah di sebalik kejadian.

Tahukah yang kita boleh mengubah sesuatu keadaan?
Minta dengan Allah.
dan mulakan perubahan dengan diri.
dan mohon untuk istiqamah juga.



Alang-alang cuaca yang tak menentu. sekejap sejuk. sekejap luar biasa panas.
Masa panas terik ni la baru nak rindu hujan.
Jom doa!

Ya Allah, Tuhan Tuan Punya Alam
turunkanlah hujan rahmat di tempat kami
dan tempatkan kami bersama hamba-hambaMu yang bersyukur
Aameen..

4.1.14

duaenam

Bismillahirrohmaanirroheem...

Bismillah adalah awal dari segala yang baik. Kita mengucapkan Bismillah ketika memulai suatu pekerjaan. Ketahuilah bahawa perkataan mulia ini merupakan lambang Islam dan di waktu yang sama sebagai puji-pujian yang selalu dinyanyikan tak henti-henti oleh segala makhluk yang menghuni Bumi ini. Jika engkau ingin memahami kekuatan kata "Bismillah" dan betapa hikmah yang diberikan itu tidak berpenghujung, maka perhatikanlah perumpamaan berikut ini:

Seseorang yang ingin berkelana di gurun pasir Tanah Arab di mana terdapat banyak gangguan orang-orang Badwi, perlu menyebut salah satu nama Sheikh dan mengaku mendapat perlindungan daripadanya. Hanya dengan cara demikian musafir tersebut akan selamat dari gerombolan perompak dan sampai ke tujuannya. Jika tidak, ia akan menemui ajalnya di tengah jalan kerana dihadang musuh dan rintangan yang bertubi-tubi.

Syahadan, ada dua orang yang memulai perjalanan mengharungi gurun pasir. Seorang mempunyai sifat rendah hati, manakala seorang lagi sombong. Musafir yang rendah hati dan sederhana itu memohon perlindungan dari seorang Sheikh, manakala si tinggi hati tidak menganggap hal itu penting. Si rendah hati berjalan ke mana-mana dengan selamat. Setiap kali bertemu dengan penjahat, dia berkata, "Saya berkelana atas nama Sheikh Anu..", maka penjahat itu tidak berani mengganggunya. Malah di setiap khemah yang dia hampiri dengan menyebut Sheikh tersebut, dia diperlakukan dengan hormat. Sebaliknya si angkuh menderita luar biasa sepanjang perjalanannya. Dia dicengkam rasa takut dan harus meminta-minta jika menginginkan sesuatu. Dia benar-benar telah menjadi seorang yang hina dan dinistakan orang.

Wahai jiwa yang angkuh! Engkaulah musafir itu dan bumi ini bagaikan gurun pasir. Engkau lemah dan papa kedana. Musuh dan kesengsaraan yang engkau hadapi tak terkira jumlahnya. Oleh itu sebutlah nama Tuhan.

Hanya dengan menyebut nama Allah engkau akan dibebaskan dari rasa hina dan takut menyaksikan keadaan sekelilingmu.- Said Nursi Badi'uzzaman


Moga didatangkan rasa cukup, rasa syukur, rasa insaf, dan rasa hamba kepada Sang Pencipta sepanjang masa.

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah!


Hamba Tuhan Tuan Punya Cinta
04.01.2014

1.1.14

duakosongsatuempat

Bismillahirrohmaanirroheem...

Selamat Datang, 2014! 


Moga 2014 menjadi tahun yang lebih fokus, lebih terpandu, lebih banyak peluang memberi manfaat, lebih hebat daripada tahun-tahun lepas.

robbi yassir wa la tu'assir wa robbi tammim bi khoir
aameen...

11.12.13

Si Mawar

Bismillaahirrahmaanirroheem...


Umpama Mawar.
Suka dilihat, dicium harumannya.
Tetapi tidak mudah dipetik semberono sengaja.
Tangkainya penuh duri kerana indahnya perlu dipelihara.
Mau kekalkan keindahannya juga banyak ongkosnya.
Moga ada yang mengerti dan tidak mudah berputus asa.
Sepertimana Si Mawar yang terus berusaha.
Kerana bercita-cita untuk diam di Taman Syurga.

15.11.13

Optimis

Salam.

Bung Tere Liye cakap,
"Rasa sabar bahkan bisa membuat perjalanan menjadi lebih cepat. Ajaib, kan? Padahal kita selama ini berpikir sabar itu justeru hanya soal menunggu dan pasif saja. Banyak sekali ternyata cabang ilmu sabar ini."

Banyak sebenarnya pengertian Sabar ni. 
Menunggu dan pasif sahaja sudah menuntut sabar yang tinggi. 
Lalu memanfaatkan masa menunggu dan proaktif juga menuntut kesabaran yang tinggi.
Bahkan menuntut pengharapan.
Menunggu dan pasif sahaja belum tentu membawa kepada apa yang diharapkan.

Sabar.
Sabar itu untuk siapa?
untuk kita?

Berharap.
Berharap itu untuk apa?
Berharap kepada siapa?

Allah menjadikan manusia untuk berharap hanya pada-Nya.
Berharap hanya pada Allah. 

Bila Sang Pencipta berbicara. 
Dengarlah sebaiknya.
Jangan berpaling, buat tak endah.
Jangan sombong.

Bila Sang Pencipta berbicara.
Dengarlah sebaiknya.
Laksanakan yang payah.
Kerana di hujung payah ada manisnya.
Allah dah janji, kan? 

Laksanakan yang payah.
memang payah.
serius. 

Bila Allah beri nikmat, 
bersyukurlah.
Dan teruskan usaha.
Nikmat itu boleh jadi rahmat.
Nikmat itu boleh juga jadi ujian.

Jadi,
jangan mudah berputus asa.
Penat memang ada.
Tapi Allah dah janji, kan?

Allah berjanji yang Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang sabar, yang bertawakkal, dan yang bertaqwa.

Setiap masalah itu ada jalannya.
Jangan putus asa mencari Hikmah-Nya.

Buang sifat takabbur dan riak jauh-jauh.
Jangan peduli suara-suara angkuh itu.

Jaga Hati.
Jaga Diri. 

Ingat Janji Allah itu pasti. 
Allah Maha Tahu apa yang terbaik.
Kita mungkin tidak dapat apa yang kita harapkan
tetapi Allah Beri apa yang kita perlukan.
Jauh lebih baik daripada apa yang kita harapkan.

Konklusi,
Just follow the rules and do your job!
Be optimist! 
moga Allah bantu sepanjang jalan. 
Allahul musta'an.
Allahu yusahhil.

13.11.13

13.11.13

Salam.


Sekarang ini, perlu kumpul tenaga Khusyuk (Fokus) banyak-banyak dan pertingkat Usaha. Ayuh, Serius!

Allahu musta'an. Moga Allah membantu memberi petunjuk sepanjang jalan. 

*****

Bagi sesiapa yang berkelapangan pada Ahad ini (17 November 2013), jemput hadiri perkongsian daripada keluarga Almarhum asy-Syaheed Ahmad Ammar. Sepertinya Ammar sendiri yang berbicara. ;)

"Perkongsian dan Harapan: Apabila Ammar bertemu bidadarinya..."
17 November 2013 (Ahad)
9:00 Pagi - 12:30 Tengahari
Dewan Masjid Asy-Syakirin, KLCC

bagi yang ingin mengenali siapa pemuda asy-Syaheed Ammar ini, boleh ikuti kisahnya di artikel Ammar: Antara Tadbir Insani dan Takdir Ilahi tulisan Ustaz Hasrizal. 

Semua dijemput hadir :)




nota: Selamat berpuasa sunat Hari Tasu'a (9 Muharram) dan Hari 'Asyura' (10 Muharram). :)



11.11.13

dal.ga.ya.lam

Assalamu'alaikum Tuan/Puan,

Saya ada satu soalan. Macam mana nak tolong orang yang degil dan keras kepala? Terima kasih.

Yang Prihatin.


4.11.13

Salam Hijrah 1435

Salam Ma'al Hijrah 1435.

Moga Allah Redha dengan amalan-amalan kebaikan kita dan mengampunkan segala dosa-dosa kita yang lepas. Moga Allah Bimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya dan menjadikan hari-hari mendatang hari yang lebih baik buat kita.

Masa berlalu dengan cepat sekali. Serasa seperti baru semalam tirai 1433H berlabuh tetapi hakikatnya itu setahun yang lalu.

Akhir 1434H ditutup dengan episod musafir bersama teman-teman Pengejar Cinta Ilahi dan pertemuan dengan pejuang-pejuang hebat. Selain itu, dikejutkan dengan perkhabaran berita pemergian adinda Ahmad Ammar Ahmad Azam di bumi Turki. Pemergiannya tidak dijangka dan dirasai oleh semua walaupun oleh mereka yang tidak mengenalinya. Walaupun masih muda, beliau menjadi inspirasi kepada semua. Maa syaa Allah. Sangat beruntung kedua ibu bapanya. Sangat beruntung seluruh keluarganya. Moga Allah tempatkan rohnya bersama orang-orang yang dikasihi-Nya.

(kisah asy-Syaheed Ammar dinukilkan oleh Saiful Islam: Ammar: Antara Tadbir Insani dan Takdir Ilahi.)

"Kami menghantar anakanda kami ke bumi Al-Fateh bagi mempersiapkannya untuk umat. Rupa-rupanya Allah mempersiapkannya untuk-Nya." - mak cik Nur Azlina, Ibunda Ahmad Ammar Ahmad Azam
Ya Allah, tsabitkan hati-hati kami sampai ke Syurga. aameen...



Tahun 1435H bermula dengan baik, insyaaAllah walhamdulillah.

Benar, meletakkan keyakinan dan pengharapan yang penuh kepada Allah itu perlu dalam kehidupan seharian kita. Dengan syarat, kita mesti sentiasa berazam dan istiqamah untuk menjadi lebih baik. Syarat yang tampak mudah tetapi hakikatnya perlu usaha yang gigih. Sabar, deh. Mau jadi orang beriman perlu ada usaha kerana Allah sudah bilang, masakan boleh mengaku beriman kalau tidak diuji.


Ingat, orang beriman itu ialah orang yang ada Iman. Peringatan itu perlu supaya nanti tak ada orang cakap kat kita "I told you so!"

;)

29.10.13

Makin Jauh, Makin Dekat

Salam...

membaca semula entri-entri yang lama buat diri gelak sorang-sorang. Entri-entri yang panjang berjela, penuh deskripsi dan berjiwa. Berbanding dengan entri sekarang yang kadang-kadang hanya gambar semata.

mungkin sebab dulu duduk jauh, jadi hati dan fikiran ligat bermain dengan kata-kata.

mungkin sebab sekarang sudah dekat, kata-kata tidak lagi menjadi permainan utama.

Ok. sungguh rindu zaman itu.

apa perlu untuk berjauhan lagi? apakah berjauhan itu mampu membawa kembali ke zaman itu? apakah berjauhan itu perlu?

*****

Setiap perkara itu pasti ada sebabnya ia berlaku. Positif itu perlu. Bersangka baik itu juga perlu. Hidup ini memang rumit kalau asyik memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku. Tapi itulah hikmahnya Allah menjadikan masa depan itu satu rahsia. Supaya setiap perbuatan kita hanya bersandarkan kepada Dia semata-mata dan yakin bahawa natijahnya adalah yang terbaik. Apa yang kita mahu belum tentu baik untuk kita dan apa yang kita tidak mahu itu mungkin adalah keperluan buat kita. Jadi tak perlu fikir sangat tentang apa yang belum berlaku.

Kuncinya sekarang ialah kerja keras dan jalani kehidupan sebaiknya menuju Redha-Nya tidak kira di mana kita berada. Dia cuma mahu kita buat apa yang disuruh dan jauhi apa yang dilarang.

Berjauhan itu tidak seharusnya menjadikan kita lebih dekat kalau itu bukan Kehendak-Nya, kan? Apapun, buatlah yang terbaik.

Sentiasa perbaharui Niat, pegang Sabar dan Syukur erat-erat, jaga Disiplin dan tidak lekang berDoa moga kita lebih dekat dengan Dia.

Ok. nah belajar Senyum pulak. bagus untuk Hati dan Jiwa. :D


Ha..entri ni ada macam entri yang lama tak? ahaks..

nota: Cik Lilil cakap kalau nyanyi bunyi macam orang sedih. Nope. That's not true. ehehe

22.10.13

Sanah Hilwah, ya Fursoni!

Salam.

alhamdulillah..hari ni genap setahun umur kuda tunggangan modenku. 

Sanah Hilwah, ya Fursoni!

You've been good. I'm so proud of you. moga terus berjasa ya! 

-gambar hiasan ja ni. Fursoni pemalu. ahaks-

16.10.13

Ayuh Syukur!

Salam...

"Apa beza kau melihat kehidupan orang yang lebih baik daripada kau dengan orang yang melihat kehidupan kau yang lebih baik? Makanya ada Syukur. Kau, Mereka, Dia punyai jalan kehidupan tersendiri yang mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Usah membanding dan dibanding kerana yakinlah bahawa kau juga punyai jalan yang terbaik. Ayuh bersyukur!"


10.10.13

TURDA

Salam...

akan berada di atas awan lagi.


ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير

"Ya Allah Permudahkanlah Jangan Dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."

aameen...


mungkin ini misi permusafiran terakhir buat tahun ini. Tahun depan ada lagi. insyaaAllah. dengan izin-Nya. :)


30.9.13

Taqdeer

Salam...

Hidup ini penuh dengan pilihan. dan setiap pilihan adalah ujian.
Setiap ujian itu datangnya daripada Allah untuk si pencari Hikmah. 


ketetapan. taqdeer. written. maktub.

maka, berbaik sangkalah! ;)

19.9.13

Angan Indah

Salam...

ini gambar melalui Pak Cik Google.

"Bila kita belajar bergerak ketika sikit, kita takkan duduk diam waktu banyak" - Cik Maya Karen

13.9.13

Mantan

Salam semua.


Menjadi seorang mantan bukanlah sesuatu yang melegakan kerana habisnya tugasan. Malahan menggelisahkan kerana tidak pasti dengan yang mendatang.
Perkataan 'lega' adalah taboo bagi ahli jemaah terutama para mantan kerana tugasan yang ditinggalkan itu kelak akan dihitung dan akan dipertanggungjawabkan.

Dan menjadi seorang mantan itu menggelisahkan kerana tugasan yang lebih besar menanti dipertanggungjawabkan bila-bila masa sahaja.

Hampir 7 tahun bersama, kalian pasti akan dirindui. serius.

Moga kalian terus berjasa dan meneruskan legasi Hidup Biar Berjasa!

10.8.13

Salam Aidilfitri 1434H

Salam Aidilfitri, Salam Kemenangan!

solat Raya di Masjid Desa Damai.

"Takbir Raya never fail to drop tears. Oh Allah, please accept all our deeds and forgive all our wrongdoings. sesungguhnya kasih sayang-Mu mmg luas. :')"

sebab dah biasa beraya di kampung, raya tahun ni terasa seperti di perantauan walaupun beraya di tempat sendiri. boleh? :P

sesi bersalaman dan bertukar-tukar duit raya.. main jeling-jeling dengan Ayah. >:)

konon-konon takmo feeling-feeling. eheh

lepas salam-salam, ambil gambar keluarga. tema merah dan hijau kali ni. :)

kuih raya. eh?

Then there's episodes of ziarah and collect duit raya.. $_$

"The Flowers of Fire" :P

*****

Raya tahun ni bersederhana. 

Alhamdulillah, diberi peluang menikmati kemenangan selepas sebulan di madrasah Ramadhan. 

a bit syahdu moment here, lots of enjoyful moment over there...
 and there are all very meaningful. 
Alhamdulillah

Moga ketemu Ramadhan akan datang.

Taqobbalallahu minna wa minkum. Taqobbal ya Kareem. 

5.8.13

#Ramadhan 27 1434H

Salam Ramadhan Kareem...

#Ramadhan 27.

ber'amal di bulan Ramadhan atas 3 sikap.

1) Ramadhani - ber'amal kerana mahukan ganjaran pahala berlipat kali ganda lebih tinggi dari gunung.

2) Lailatul Qadri - ber'amal semata-mata mahu mengejar malam yang ganjarannya 1000 kali malam.

3) Robbani - ber'amal semata-mata kerana mahukan keredhaan Allah dan berazam untuk menjadi muslim dan mukmin yang lebih baik daripada sebelumnya.


dah masuk Ramadhan ke 27. Yang mana satu sikap kita? 

#Ramadhan 26 1434H

Salam Ramadhan Kareem...

itulah kali pertama saya menyertai proses menguruskan jenazah dari mula sampai akhir.

benar, panduan Islam benar-benar mengajar kita untuk bersikap menghormati walaupun kepada jasad yang tidak bernyawa.


#Ramadhan 26. innalillahi wa inna ilaihirrooji'uun.. 
moga roh Tok Teh ditempatkan bersama orang-orang soleh.
Al-Fatihah.