Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

13.11.13

13.11.13

Salam.


Sekarang ini, perlu kumpul tenaga Khusyuk (Fokus) banyak-banyak dan pertingkat Usaha. Ayuh, Serius!

Allahu musta'an. Moga Allah membantu memberi petunjuk sepanjang jalan. 

*****

Bagi sesiapa yang berkelapangan pada Ahad ini (17 November 2013), jemput hadiri perkongsian daripada keluarga Almarhum asy-Syaheed Ahmad Ammar. Sepertinya Ammar sendiri yang berbicara. ;)

"Perkongsian dan Harapan: Apabila Ammar bertemu bidadarinya..."
17 November 2013 (Ahad)
9:00 Pagi - 12:30 Tengahari
Dewan Masjid Asy-Syakirin, KLCC

bagi yang ingin mengenali siapa pemuda asy-Syaheed Ammar ini, boleh ikuti kisahnya di artikel Ammar: Antara Tadbir Insani dan Takdir Ilahi tulisan Ustaz Hasrizal. 

Semua dijemput hadir :)




nota: Selamat berpuasa sunat Hari Tasu'a (9 Muharram) dan Hari 'Asyura' (10 Muharram). :)



10.10.13

TURDA

Salam...

akan berada di atas awan lagi.


ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير

"Ya Allah Permudahkanlah Jangan Dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."

aameen...


mungkin ini misi permusafiran terakhir buat tahun ini. Tahun depan ada lagi. insyaaAllah. dengan izin-Nya. :)


15.3.13

Kita adalah Insan

Salam semua!

Lagu tema untuk program hujung minggu ni:

Kita adalah insan
Menumpang atas dunia
Aku dengan caraku
Yang sederhana

Kita adalah hamba
Berbakti pada Yang Esa
Aku mencari sinar
Keredhaannya

Kita sama sahaja
Bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku
Saling perlukan

Oh cinta yang murni
Sebagai ikatan
Yang kukuh di hati
Demi masa depan
Jangan dihancurkan
Hidup yang indah ini
Akibatnya merana

Jangan hancurkan
Hidup yang indah
Kita adalah hamba Yang Esa

Insan oleh Yantzen


"Jangan hancurkan
Hidup yang indah
Kita adalah hamba Yang Esa"


robbi yassir wa la tu'assir wa tammim bikhoir
SEMANGAT!!

19.2.13

Jom ke KIDS 4 SYRIA!

Salam semua :)


4 hari lagi untuk KIDS 4 SYRIA!!!
Beraktiviti sambil menderma untuk saudara kita yang memerlukan di Syria.
Anda punyai anak? anak saudara? anak buah? anak jiran? 
Jom!!

Sukarelawan diperlukan! | Volunteers needed! 
KIDS4SYRIA
23 FEBRUARI 2013
KOLEJ DAR AL-HIKMAH, KAJANG

Untuk keterangan lanjut, hubungi Amalina: 013-3007203

31.12.12

Ambang 2013

Salam...

Tahun 2012: Ambang 2012 di Masjid Jamek dan Dataran Merdeka.

Sukarelawan program Ambang 2012

Tahun ini: Ambang 2013 di KLCC. insyaaAllah.



Selamat Tahun Baru 2013! semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lepas. aameen..

Malam ini nak pergi pesta maksiat,
atau nak pergi perkumpulan yang boleh dikira sebagai ibadat,
kita boleh pilih. Tiada paksaan.

Tetapi Allah dah ingatkan siap-siap,
pilih baik dapat balasan baik,
pilih buruk dapat balasan yang buruk.

"Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." Surah Al-Baqarah ayat 256.

~ Hilal Asyraf

Fikir, zikir.

moga misi ini bermanfaat. Yosh!

2.6.12

"Jadikan hari esok LEBIH BAIK dari hari ini"

Salam semua...

Alhamdulillah, selesai program Hari Belia dan Mata Hati Anak Soleh. 2 minggu berderet di luar ofis. Harap Bos redha. eheh..


Hari Belia Negara

5 hari yang mencabar. buka 1 gerai di ceruk kota pentadbiran dengan harapan nak bagitau kat semua yang belia kita masih ada harapan. nak bagitau kat belia macam kita yang kita masih ada harapan untuk menjadi pemimpin yang berkaliber dan mampu memudi negara seperti pemimpin sekarang dan malah lebih baik lagi.

dalam 5 hari, perkara kurang enak je yang didengar, kakitangan pun tak ramai dek kekangan musim peperiksaan di sekolah masing-masing. sampai pernah ada rasa 'nak tutup kedai', pernah ada rasa 'tak nak buka kedai'. daripada jutaan yang hadir, berapa kerat je yang singgah ke gerai..belum tentu sampai 10%. Bos sendiri kata, macam mana kalau tiba-tiba bala datang..kita pun kena sekali. tapi ada yang balas, sebab adanya orang-orang mukmin yang mendoakan kesejahteraan kitalah, bala ditangguhkan.

dengan semangat "kalau bukan sekarang, bila lagi? kalau bukan kita, siapa lagi?", 5 hari tersebut berjaya diharungi dengan jayanya. Alhamdulillah. ramai yang hadir ke gerai kami dan memberi maklumbalas positif. mereka jugalah yang menjadi penaik semangat supaya gerai terus dibuka sampai ke hari terakhir. Pada hari terakhir, kitorang sempat buat tinjauan ke seluruh kota. 2 jam perjalanan pergi dan balik. penat? memang penat! fiu~~ doakan semoga usaha ini diberkati Allah dan memberi manfaat kepada semua. jazakumullah buat semua yang terlibat. moga Allah membalas jasa kalian.

Pesan pemimpin kita, "Jadikan hari ESOK lebih baik dari HARI INI". so, let's be! kalian mau tamrin? nah, ni boleh dikira tamrin marahil untuk kalian!


Mata Hati Anak Soleh

Program 3 hari sempena cuti sekolah untuk pelajar Tingkatan 1 & 2. hari pertama program, wakil penganjur dah bagi amaran kat peserta supaya jangan merokok. masa pendaftaran aje dah dapat kesan 5-6 perokok. nampak sangat dah lama tak ikut program sekolah. program 3 hari banyak yang dipelajari. mengenal beza hamba dan kuli, mengamal dan menyampai perlaksanaan fardhu 'ain yang sempurna, mengajar diri memandang alam melalui pelbagai perspektif.

adik-adik ni memerlukan perhatian. memang tidak dinafikan mereka ni manja dan hidup serba cukup. tapi cukuplah materi sebagai pengubat hati mereka. perhatian rohani dan kasih sayang yang mereka perlukan. dan kita juga harus main peranan. peranan mendidik mereka menpersiap diri menjadi pemimpin. peranan kita untuk berhemah dalam berurusan. saya belajar supaya tidak mengamalkan budaya 'kipas-mengipas' dalam pengurusan untuk mendapatkan keberkatan dalam beramal.

Buat adik-adik program Mata Hati Anak Soleh, kalian memang macam-macam tapi akak sayang kalian. tau! :)

*****

Novel ni sempat saya habiskan semasa program. saya syor kepada semua belia untuk baca. mau tau macam mana perit hidup anak setinggan yang tinggal dalam rumah yang berkongsi dinding dengan jiran? yang berkongsi bilik air dengan puluhan jiran yang lain? yang berkongsi pondok telefon dengan puluhan penghuni setinggan? mau tau? baca! ;)


dengan ini, saya isytihar Memoir Anak Setinggan ialah Laskar Pelangi versi Malaysia boleh tak, kak Puspa? :P

*****



sudah lama terbiar (atau dibiar?)
sesawang blog kehidupan
yang kini memang sudah penuh sesawang
tuanmu memang bermacam
doakan supaya tuanmu terus bersemangat
heh~
:P

14.3.12

Misi Jejak Patani 2012

Salam semua...



insyaAllah saya akan mengikuti grup pelajar ke Patani pada 15-21 April ini. Seramai 20 orang yang akan mengikuti misi ini.

Misi ini akan dibuat secara berkala mulai April ini di sebuah rumah anak yatim di daerah Nad Tanjung, Patani. Antara aktiviti misi ini ialah:
1) mengajar bahasa Inggeris dan komputer kepada anak-anak yatim
2) membuat kajian sejarah, sosio budaya di kawasan setempat
3) pemetaan komuniti
4) ziarah mahasiswa di universiti tempatan
5) melawat tapak tinggalan sejarah

Sekarang ini kami dalam usaha mencari dana untuk membiayai misi kami. Jumlah peruntukan yang diperlukan ialah sebanyak RM 12,300.00. Sumbangan boleh disalurkan terus ke nombor akaun yang tertera di poster. Sumbangan berbentuk material juga amat dialu-alukan.

sebarang pertanyaan dan info lanjut, boleh hubungi saya melalui PM Facebook Hawa Mas Azmar Ahmad.

doakan agar misi ini berjalan dengan lancar dan diberkati Allah ya. Jazakumullahu khoiran katheeran. :)




nota: bos, boleh tak saya nak stay seminggu lagi kat Patani lepas program? boleh tak? boleh tak? ehehe

6.8.11

06091432

Salam semua..

hari ni hari ke-6 Ramadhan. macam mana puasa setakat ni? ada rasa best? rasa biasa? luar biasa? tepuk dada tanya diri, tanya iman.

dah 3 bulan ke kelas dan sekarang cuti seminggu. cuti ni duduk rumah je. dan saya baru perasan, saya tak boleh duduk rumah.. pelik tapi benar. kenapa? mungkin sebab dah biasa duduk kat luar, dah biasa duduk sendiri, dah biasa buat kerja sorang-sorang..dan bila duduk rumah - kena kongsi bilik, buat kerja rumah, kena buat ini, kena buat itu.. mungkin saya perlukan masa untuk sesuaikan diri agaknya.. (jadi Diri, bersabar ye..belajar untuk cepat sesuaikan diri dengan keadaan semasa.)

duduk rumah seminggu je. minggu depan dah mula praktikal. nerbes..nerbes..

saya belum beritahu kan ke mana saya menghilang 3 bulan yang lepas? saya menghadiri kursus - kursus Eksekutif Halal. secara amnya, kursus ni untuk melatih peserta kursus untuk menjadi Eksekutif Halal yang boleh membantu memberi panduan dan bimbingan kepada pembekal/pengedar dalam menyediakan servis/proses pembuatan produk yang halal dari seluruh aspek. insyaAllah.

walaupun kursus ni seperti tidak banyak kaitannya dengan bidang yang saya pelajari di kampus dulu (bidang sains ke bidang industri), saya kira saya harus gunakan peluang ni sehabis baik. banyak yang saya belajar perkara berkenaan dengan halal dari sudut syariah dan juga teknikal. kursus ni berlangsung selama 6 bulan - 3 bulan kelas teori dan 3 bulan praktikal. di akhir kelas teori, kami diberi tugasan untuk mengadakan Kempen Kesedaran Halal. video di bawah sedikit sebanyak menggambarkan suasana sepanjang kempen tersebut.



habis kempen, kami perlu menduduki peperiksaan bertulis dan membuat pembentangan. sangat nerbes..

apapun, syukur alhamdulillah kami dapat melalui detik-detik nerbes ni dengan jayanya.

geng HEP UIAM :)

terasa rindu pulak dengan sahabat-sahabat sekelas. dah 3 bulan bersama - dah kenal, kerja bersama - dan sekarang masing-masing akan mula bertugas di tempat praktikal. kursus ini mungkin sekadar kursus tetapi input yang telah diberikan saya kira sangat mahal dan tak ternilai dan akan jadi tanggungjawab kami untuk membantu menyebarkan apa yang telah kami pelajari. yang pasti, ilmu yang kami dapat ni bukan untuk kami je, tapi untuk semua orang. "Demi ummah" - bak kata trainer-trainer kami.

*****

haip. alang-alang tengah puasa ni, saya pasti ramai yang ke bazaar untuk beli juadah berbuka. jadi, pandai-pandailah memilih, beli yang perlu, bukan beli yang mahu. takut tak habis pulak. makan secukupnya agar senang untuk kita sambung beribadah lepas berbuka. Sahabat sekalian, bersyukurlah kita dapat merasai nikmat Ramadhan tahun ni. banyak sungguh ganjaran yang boleh kita dapat sepanjang bulan mulia ni. jadi berlumba-lumbalah dalam beribadah - solat sunat, sedekah, mengaji, kerja..banyak lagi.. mana perbuatan yang kurang berfaedah tu, kurang-kurangkanlah. (chaiyok!)

haip, bersyukurlah sesyukur-syukurnya sepanjang keberadaan kita di bulan yang penuh barakah ni. ALHAMDULILLAH...

haip.. kita ada lagi 3 minggu lagi untuk banyakkan amalan. haip, chaiyok2! Yosh!!


nota: dalam mengejar kebaikan, ingat dalam diri yang syaitan sudah diikat, yang tinggal adalah nafsu sendiri. ayuh cermin diri, cermin hati. kita muhasabah dan berazam untuk menjadi lebih baik daripada dulu. Allahu akbar!

28.6.11

Syukur Tanam Positif dalam Diri

Salam semua..

meh nak kongsikan antara pengisian yang saya dapat semasa ke program kursus asas sukarelawan pada sabtu dan ahad yang lepas. moga beri manfaat. :)



*audio mungkin tak berapa jelas tapi kawan-kawan cuba fokus dan dengar betul-betul dekat apa yang En. Azam (speaker) tu sampaikan ek.*

ucaplah seikhlas hati:
"alhamdulillah. terima kasih, ya Allah."
dan senyum. :)


bersyukurlah selalu dalam setiap keadaan. walau suka atau duka. segalanya datang daripada Allah. bersyukurlah. kelak diri jadi tenang dan positif. bersangka baiklah kepada Allah. ok? :)

4.5.11

งาม (indah)

Salam semua..

terasa lama benar tak pos entri baru di sini. rasanya sejak bentang FYP hari tu. tentang FYP, alhamdulillah pembentangan berjalan dengan lancar. ada la nerbes sikit (banyak sebenarnya) masa bentang. mujur masa sesi soaljawab dapat jawab. alhamdulillah. :)

habis bentang, saya dan rakan sekelas sambut 'kemerdekaan' kami dengan bergambar beramai-ramai dan makan malam di keesokan harinya. seronok~ habis makan-makan semua, kami tangkap gambar lagi dan saling bersalaman. seorang sahabat saya yang berasal dari Sri Lanka, salam lalu peluk saya. "all the best to you. when are you going back? maybe we can go out later on, insyaAllah," katanya. saya sepicheles, tersentak sebentar. "is this it? is this the end?" fikir saya. saya sepicheles sebab sudah 4 tahun bersama dan hari itu mungkin hari terakhir kami berjumpa. saya jadi sedih..~ tapi terus pujuk hati..setiap perkara yang berlaku, ada hikmah-Nya. jadi ada hikmah di sebalik pertemuan dan segala yang berlaku akan datang. jadi kita ni kena la redha kan? kita redha dan sabar. insyaAllah.

oleh itu, jalanilah hari-hari kita dengan niat lillahi ta'ala, hidup ini kerana Allah semata-mata. insyaAllah, hari-hari kita menjadi indah kerana-Nya. :)





nota: baru-baru ni saya berada di Selatan Thai selama satu minggu. insyaAllah, akan saya kongsikan pengalaman saya di masa akan datang. ;)

nota.dua: alhamdulillah, slot 'Buku di Tangan' diwujudkan semula. selamat membaca deh! ^_^

24.8.10

Puasa

Salam...


di kala umat Islam berpuasa...


blog saya pun nak puasa jugak...



hee~~





nota: Alhamdulillah, hujung minggu lepas saya ikut program masuk kampung orang asli di Cameron Highland. boleh baca dengan lebih lanjut di blog Kak Pijan dan blog Kak Raihan. :)

8.7.10

Superpower apa yang kita ada?

Salam semua...


Hujung minggu lepas ada Program Da'ie Muda. Macam-macam yang saya belajar. Okeh, pada Jumaat malam tu, ada kuliah Maghrib. Ustaz yang beri kuliah ceritakan perihal keadaan dunia sekarang.

Ustaz cakap, di Malaysia ni ada suku juta anak tak sah taraf. suku juta sama dengan 250,000 orang. Bayangkan kita, ada 250,000.. ramai tak? ramai kan?? itu pun yang didaftarkan..

Ustaz cakap lagi, ada 3 gejala yang orang sekarang ikut cara orang zaman jahiliyyah dulu.

1)Bunuh anak

Dulu: orang jahiliyyah tanam anak-anak perempuan mereka hidup-hidup sebab takut jadi papa kedana.

Sekarang: kalau bayi ditanam, kira paling baiklah. Tapi, apa yang kita selalu dengar? Na'udzubillah..


2) Ilmu tilik

Dulu: orang jahiliyyah dulu suka pergi tilik nasib, main nasib. Jumpa tukang tilik, percaya pada tangkal dan segala. Pagi-pagi (kononnya la), main baling syiling. Kalau dapat kepala, nasib baik, kerja pun baik. Kalau dapat ekor, nasib malang, duduk rumah seharian tak pergi kerja.

Sekarang: Peredaran zaman memajukan manusia. Tak payah susah-susah masuk redah hutan jumpa bomoh. La ni ada internet, boleh baca horoskop. Lengkap setahun punya nasib.


3) Khidmat 'mesra' (nota: perkataan asalnya ada unsur 18SX..)

Dulu: Perempuan arab jahiliyyah kalau nak kahwin, kena 'test' dulu sesuai ke tidak. dah mengandung, baru nak pilih bakal suami mengikut citarasa sendiri.

Sekarang: nak 'test' ke, apa ke.. orang tak kisah. nak kahwin ke tak, itu belakang cerita. cuma kadang-kadang, dah mengandung baru menyesal. lain cerita pulak, ada yang siap buka bisnes lagi. aduuh... minta dijauhkan..Na'udzubillah...


Lalu, Ustaz pun bagi soalan: 'Superpower' apa yang kita ada?

Apa yang kita ada untuk basmi gejala-gejala mungkar ni? Kalau Superman ada seluar ajaib, kalau Batman ada kuasa kelawar, kalau Spiderman ada kuasa lekitan sarang labah-labah, kita pulak ada superpower apa pulak?

kalau kita tengok superhero-superhero, bila lawan je, mesti lawan sorang-sorang. betul tak? tapi sebenarnya tidak. setiap hero pasti ada heroinnya. eh, silap.. pasti ada pembantunya. Pembantu-pembantu ni omputih panggil side-kick. Kalau Batman, ada Robin. Kalau Superman, ada mak ayahnya yang tolong jahitkan baju. Kalau Spiderman, ada Mary Jane. hehe.. (ok, tak tau la pulak side-kicknya apa..)

Jadi, kita pun sebenarnya superhero jugak. Dan superpower kita macam-macam ada. Lain orang, lain superpowernya. Dalam konteks realiti sekarang, superpower tu boleh kira macam kemahiran la kot. Contoh macam saya, ada kemahiran memandu kereta.

Jadi, bayangkan dengan superpower saya ni saya boleh memandu ke mana-mana tempat yang saya nak pergi. Contoh kalau ada situasi kecemasan - contoh mak sakit ke, kawan sebilik sakit ke.. - yang memerlukan pemandu dan hanya saya seorang sahaja di situ yang boleh memandu, saya kira superhero la masa tu. (jap, ni contoh je ye. usah fikir saya macam angkat bakul sendiri pulak.)

Okeh, itu baru saya sorang. Bayangkan kalau semua boleh memandu, ramai 'kan superhero? Kalau ramai, jadilah superhero-superhero! Jadi kalau ada situasi kecemasan dan ada ramai orang yang memerlukan bantuan, superhero-superhero ni la yang boleh tolong. Ramai-ramai tolong, baru senang kerja kita. Kan?

Ustaz bagi kami perumpamaan sebatang lidi dengan seberkas lidi. Dengan sebatang lidi, macam-macam kita boleh buat. cucuk sate, cucuk udang BBQ, cungkil gigi.. tapi kalau diminta untuk menyapu rumah, mampukah dengan sebatang lidi? Cuba bayangkan.. mampu tak?? Mestilah tak. Mau sebulan tak bersih-bersih rumah tu. (hehe.. comel lak pakai 1 lidi bersihkan rumah..) Jadi, kalau mau rumah bersih, kerja siap cepat, kita pakai seberkas lidi. Betul tak?

Poinnya di sini, superpower yang kita perlukan ialah sebenarnya kekuatan kesatuan. Superpower-superpower yang banyak dikumpulkan menjadi satu. Inilah yang disebut dalam bahasa 'arabnya sebagai jema'ah. Sama-sama saling berganding bahu membanting tulang membantu membasmi gejala-gejala tadi. Dan dengan berjema'ah, barulah jadi supersuperduperpower!! :D


"Setiap manusia itu hidup secara bermasyarakat secara tabi'inya"
-petikan daripada kitab Muqaddimah tulisan Ibnu Khaldun.






Jadi apa tunggu lagi? Yok, kita bersatu!! ;)

6.1.10

ARE YOU A STUDENT???

salam semua..




on behalf of the committees, I would like to invite all of you to:


'Mahasiswa Menggugat: Realiti atau Fantasi?' Seminar
on
9th January, 2010
at
Main Auditorium, Kulliyyah of Science, International University Malaysia (UIAM) Kuantan Campus

Special appearance:
Bro. Sayed Munawar
TV 1's Talk Show Host of 'Di Luar Lingkungan'
>> he'll be presenting a paperwork on the topic of the Seminar itself!

Bro. Faisal Aziz
President of Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Bro. Wan Fayhsal
a socialist, a student activist, and an active blogger,
owner of Rausyanfikir.com.


PAPERWORK PRESENTATIONS WILL BE GIVEN FOR FREE!!!

REFRESHMENT IS PROVIDED!!

ALL ARE INVITED!!

JOM PEOPLE!! ^_^

22.4.09

Wahai Pesta Buku...tunggu saya~~

salam semua...

insyaAllah esok saya akan ke Pesta Buku.




yeay~




oh buku...saya rindu kamu~



nota kaki: biar digelar ulat buku daripada menjadi katak terperuk di bawah tempurung. saya mahu belajar mengenal dunia. anda tak mahu? kenyit

18.12.08

Kepulangan

Salam semua...

Beberapa siri kepulangan sedang berlaku dalam diari Empunya Laman. Jap, Siri kepulangan?? Apakah?? nak tau, sila teruskan membaca entri ini.



Kepulangan 1: Kem Hijri

Alhamdulillah, Empunya Laman baru selesai mengikuti program Kem Hijri yang diadakan di Sepang. Mula Isnin lepas sampai semalam. Banyak perkara yang Empunya Laman telah pelajari sepanjang berada di kem ni. Dapat pengalaman baru. Dapat jumpa Kak Sue. Dapat berjumpa dengan Ustaz Hasrizal dan team STC: Ustaz Izham, Ustaz Ridzuan, Ustaz Omar, serta Saiful Islam aka Yop aka anak Ustaz Hasrizal. Dapat berkenalan dengan adik-adik baru. Alhamdulillah.

Kem ni jika dilihat pada aturcaranya, ringkas je. boleh kata 60% daripada slot program diisi dengan kuliah. Ada juga aktiviti riadhah seperti main air dan jungle-tracking. Macam kem-kem yang lain. Kalau kuliah je memanjang mesti bosan, kan. Tapi yang menariknya, majoriti daripada peserta berjaya memberi tumpuan sepenuhnya dalam kuliah. Tak bersembang, tak tidur. Yang tidur pun hanya sorang dua. Tu pun mungkin sebab penat sangat. Menarik tak? Apa rahsianya?? “There’s no secret ingredient, you just have to believe,” kata ayah Po dalam Kung Fu Panda. Itulah rahsianya. Apapun, pada pandangan peribadi, pengisian kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Hasrizal sangat memberi kesan kepada Empunya Laman. Profesionalisme dan semangat yang ada pada team STC pun banyak mengajar diri supaya menjadi lebih baik lagi di masa akan datang.

Secara keseluruhan, kem ni best! Bukan sebab boleh main air je, tapi sebab pengajaran dan pengalaman yang ditimba sepanjang kem ni. Ucapan terima kasih kepada team STC kerana memberi peluang ini. barokallahu fikum. Kem Hijri – sesuai dengan kedatangan 1 Muharram akan datang, tujuan kem untuk mengajak semua untuk berhijrah menjadi lebih baik. InsyaAllah.

untuk maklumat lebih lanjut tentang Kem Hijri, sila lawati laman ini.


Kepulangan 2: Jemaah Haji

Empunya Laman ke KLIA malam semalam untuk menjemput Mama yang baru pulang dari Sabah. Dalam kepenatan pasca-program, tergerak juga hati nak temankan Ayah ke sana. Kononnya nak teman Ayah supaya Ayah tak cepat mengantuk, tapi sebabkan penat, tertidur juga. Eheh..

Sampai je di KLIA, tengok ada banyak kereta masuk. Pelik. Rupa-rupanya nak sambut kepulangan jemaah haji. Allahu Akbar.

Teringat waktu nak ambil Ayah dan Mama tahun lepas. Macam ni jugak la. Ramai orang. Jemaah semua pakai pakaian putih je. Terfikir la, kalau-kalau Ayah dan Mama pakai putih jugak, jenuh la kitorang nak mencari dari dalam kereta. Nak letak kereta tak boleh sebab jauh. Tika tercari-cari, terlihat kelibat seorang jemaah lelaki. Berjubah hitam dan berserban elok. Muka jernih, bersih tanpa kumis dan janggut. “Kemas,” puji hati. Tiba-tiba Adik bersuara, “tu Mama!” Pemandu setia kami sepanjang ketiadaan Ayah dan Mama, Abang Mahfuz, sepupu kami pun mencari tempat meletak kereta. Kebetulan ada kereta nak keluar, kami pun masuk memarkir. Alhamdulillah. Kami segera keluar menyambut Mama. Mama senyum, kami bersalaman dan berpelukan. Tengok troli kat belakang penuh. “Mama, Ayah mana?” sambil tercari-cari Ayah di sebalik puluhan jemaah yang lain. “Tu Ayah,” sambil menunjuk ke belakang. “Mana?” detik hati sambil mencari. Ternampak jemaah lelaki berjubah hitam tadi. Berjalan ke arah kami. Abang Mahfuz bersalaman dengan lelaki tu. Adik pun. Angah pun. “Ayah rupanya! Subhanallah!”


Kepulangan 3: Kembali

petang semalam ayah mertua En. Azlan, jiran kami telah kembali ke rahmatullah. sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah dan doakan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang soleh. aameen...


Kepulangan 4: Kuantan

InsyaAllah, Ahad ni Empunya Laman akan pulang ke Kuantan, pulang menemui kekasih lama – En. Tortora dan En. Mongu. Semester baru dijanjikan dengan subjek baru yang bunyi macam best dan mencabar: Introduction to Quality Assurance, Radiobiology, Parasitology & Entomology, Clinical Biochemistry, Medical Microbiology, RKUD (tak ingat nama subjek tapi yang pasti subjek ni bakal jadi subjek kegemaran), dan Parenting. 7 subjek kesemuanya. Ini mencabar diri untuk belajar dengan lebih tekun. no more play-play ha. Takpa, mesti boleh punya.. Allahu Akbar!

Ingat kata-kata ayah Po, “there’s no secret ingredient, you just have to believe.” Jadi, yakinlah dengan Allah dan yakinlah dengan diri sendiri. :astig:




notakaki: menghitung hari akan ketibaan Januari. hee~

29.11.08

Misi Yang Tak Pernah Selesai

tebas-tebas...

Ayah sedang buat checkpoint

Allahu Akbar...

salam semua...

Empunya Laman baru selesai masuk hutan belantara kat belakang rumah petang tadi. tadi ikut Ayah dan Pak Cik Mohamad tebas semak sebab nak buat jalan untuk laluan peserta Kem Ibadah nanti. adventure juga jalannya. naik turun bukit. lepas ni boleh la pergi jungle-tracking. belakang rumah je. hehe..

tu yang best tinggal kat sini. rumah depan hutan. kolam depan rumah. dekat dengan alam. dekat dengan Tuhan. hmm..Ayah nak ajar anak-anak dia hargai alam.

teringat pula kat rumah lama.. nostalgik.. Subhanallah.. sungguh berbeda keadaannya..

untuk pengetahuan semua, Along dah kembali aktif memblog selepas seminggu berada di Gua Musang dalam misi yang sungguh mencabar fizikal dan mental. kalian boleh baca tentang misinya di laman ini dan laman ini.

ahad ni, Insya-Allah geng Sri Lanka akan pulang ke tanah air. tak sabar nak dengar cerita Kak Dyll nanti. macam mana agaknya keadaan masyarakat di sana. yang penting, jumpa nanti nak minta ole-ole. :D

1-3 Disember ni ada Kem Ibadah kat surau.. satu amanah yang dikira berat untuk dipikul.
moga diberi kekuatan untuk meneruskan misi ini.
doakan agar kem ini berjalan dengan lancar dan yang paling penting, moga mendapat keredhaan daripada-Nya. =)



nota kaki: kalau ada kelapangan, baca la entri ni. entri tentang sebuah pengalaman untuk dikongsi bersama. moga sama-sama mendapat manfaat.

29.8.08

Keluarga Palsu

slm semua...

mahu kenal siapa Angah, Along, dan Daddy?

mahu kenal keluarga palsu tapi benar Empunya Laman?

sila layari laman ini.



:anongnangyari:

11.8.08

Ini Serius...

salam semua...

Alhamdulillah, akhirnya konvensyen selesai dan semuanya berjalan dengan baik. Terasa berbaloi segala kepenatan yang dihadapi sepanjang persiapan program ini selepas melihat maklumbalas daripada para peserta. Walaupun ada kekurangannya, Empunya Laman berpuas hati dengan segala usaha para komiti. Program satu hari yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 11 malam ini benar-benar menguji daya ketahanan mental, fizikal, dan emosi. Allahu Akbar!

Konvensyen ini terbahagi kepada dua sesi – sesi konvensyen dan sesi forum. Keadaan agak bercelaru di awal program memandangkan tenaga kerja yang kurang. Tetapi, alhamdulillah, segalanya dapat diperbaiki sedikit demi sedikit hingga program tamat. Empunya Laman sendiri tidak menang tangan untuk menangani segala macam hal. Takpe, segalanya sudah selesai. Sekarang, kerja yang tinggal hanya laporan program. Ini pun takpe. Ini kerja setiausaha. jelir

Sudah lama Empunya Laman tidak menyertai majlis ilmu sebegini. Empunya Laman bersyukur yang amat kerana diberi peluang untuk berada di konvensyen ini. Serasa macam mahu jadi peserta sahaja sepanjang program. Rugi rasanya tak dapat mengikuti secara langsung sesi pembentangan Prof. Yaakob Isa, Prof Abu Bakar Hamid, dan Cikgu Hafezi. Di celah kesibukan, Empunya Laman sempat ikuti bersama pembentangan beberapa slaid oleh pembentang. Walaupun sekejap, sudah cukup untuk membuatkan diri ini teruja dengan pengisian yang mereka bawakan.

Itu perihal sesi konvensyen. Sesi forum pula diadakan pada malam hari. Alhamdulillah, Empunya Laman dapat ikuti sesi forum ini dari mula hingga akhir. Yang menariknya, szakif yang menjadi moderator bagi forum ini. Beliau nampak sedikit kekok ketika mengendalikan forum ini. Mungkin kerana penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan menyulitkan beliau.hehe..maklumlah, universiti kami sudah biasa menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan. maka, berbelit dan tersasul tutur katanya. takpa, berani mencuba daripada malu berbahasa ibunda. jelir

Seusai sesi forum, Empunya Laman sempat bersembang bersama Cikgu Hafezi dan saudara Safwan. Mereka berdua merupakan wakil dari Institut Perguruan Bahasa Melayu (IPBM), Kuala Lumpur.

Empunya Laman meminta pandangan Cikgu Hafezi tentang penggunaan istilah Bahasa Inggeris yang kini kerap di'melayu'kan oleh masyarakat setempat. terpanggil untuk menanyakan soalan ini sewaktu Empunya Laman terbaca sebuah artikel daripada seorang pembaca akhbar bahasa Inggeris yang menyuarakan rasa tidak puas hati beliau terhadap DBP yang membenarkan penggunaan beberapa perkataan bahasa Inggeris seperti istilah budget kepada 'bajet' dalam penggunaan Bahasa Melayu terutama sekali dalam urusan rasmi. sila baca semula, ya..AKHBAR BAHASA INGGERIS. Menurut beliau lagi, mengapa digunakan perkataan 'bajet' walhal perkataan 'belanjawan' lebih sesuai digunakan.

Menurut Cikgu Hafezi, di pihak DBP dan IPBM, itu bukan satu masalah. Penggunaan bahasa asing ini dipanggil 'serapan bahasa asing' dan telah lama diamalkan sejak zaman dahulu kala. Prof. Yaakob Isa ada membentangkan penggunaan bahasa asing seperti Sanskrit, Jawa, Belanda, Arab, dan sebagainya ke dalam Bahasa Melayu. Keadaan ini bukan menunjukkan bahawa bangsa Melayu tidak mempunyai bahasa, tetapi cara ini memperkayakan lagi Bahasa Melayu yang bahkan pernah menjadi lingua franca atau bahasa antarabangsa pada satu masa dahulu. Walaubagaimanapun, sambung Cikgu Hafezi lagi, serapan ini biarlah berpedoman dan bukan sembarangan. mengulas penggunaan istilah 'bajet', istilah tersebut ada diletakkan di dalam kamus DBP iaitu kamus bahasa rojak. Perkataan 'gue' yang membawa maksud 'aku' juga ada di dalam kamus tersebut.

Kita ambil contoh ayat di bawah:
BM rasmi: "Saya hendak pergi ke tandas." OK.
BI rasmi: "I want to go to the toilet." OK.
BM rojak: "Saya hendak pergi ke toilet." OK lagi...
BM rosak: "Saya wanna go to tandas." err...apa pendapat anda?
BM rosak(dengan izin, istilah ini hanyalah rekaan semata-mata) - penggunaan dua bahasa dalam satu ayat. apa pendapat anda? Kata Cikgu Hafezi, orang yang bercakap dengan dua bahasa dalam satu masa disifatkan sebagai kurang keyakinan. Empunya Laman berpendapat, ini mungkin kerana ketika bercakap, otak berfungsi untuk menterjemahkan kedua-dua bahasa dan ini sebenarnya memeningkan dan merunsingkan orang yang bercakap itu.

Maka di sini Empunya Laman dapat membuat kesimpulan bahawa kita boleh menggunapakai istilah Bahasa Inggeris seperti 'bajet', 'implimentasi', 'serius', dan banyak lagi tetapi biarlah berpada. Janganlah sampai semua perkataan Inggeris kita 'melayu'kan kerana nanti bisa melayukan lagi bahasa kita yang sekarang ini sudah diancam penggunaannya. Dengan itu, Empunya Laman akhiri dengan petikan kata-kata Munsyi Abdullah,
"Bangsa yang paling bodoh ialah bangsa yang tidak menghargai bahasa sendiri."

Tanpa bahasa, tiada bangsa. Tanpa jati diri, tiada identiti.



p/s: oh ya..Empunya Laman tambah satu lagi kategori di laman ini. kategori 'ini serius' (ajuk cakap Abg MK macam dalam cerita kartun Wonder Pet. jelir)

7.8.08

bzzz...

salam...

..3 quizzes..
..konvensyen..
..futsal..

being blur and unfocused for almost the whole week..
:tsk:

can i quit futsal? i play suck..please..
:puppyeyes:
to those who noticed..thank you for your concern. as always, please ignore me. senyum

8.7.08

Pesanan buat Adik-adikku

Salam semua...

mula-mula ingatkan, bila sudah balik Kuantan ni, makin jarang hendak menulis..tapi hari ni sudah masuk hari keempat di Kuantan dan sudah ada dua entri. hehe...

mungkin sebab minggu ni tak berapa sibuk sangat dengan kuliah. jadi, di waktu lapang ini saya ambil peluang untuk menulis. sengihnampakgigi

untuk entri kali ni, saya nak kongsi sebuah lagu. lagu ni ditujukan khas untuk adik-adikku tersayang dan semua adik-adik yang kenal kakak yang comel ni. :blush:
err..lagu ni untuk renungan kawan-kawan juga. sengihnampakgigi

pertama kali dengar lagu ni, saya tertarik dengan rentak lagunya.
pertama kali kenal liriknya, saya sebak. pesanannya terkesan di hati.

maaf, saya tak dapat nak muat turun audio di sini. cuma liriknya yang boleh dikongsi. jelir



artis: Firdaus
tajuk: Permata Ayah Bonda


Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita
Selangit harapan didamba
Dibelai dimanja mesra
Kaulah racun kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

Engkau...umpama sebutir permata
Di perlubukan kasih nan bersinar bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau...harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan air mata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal ALLAH dan Rasul
Menyemai menyubur iman di dada
Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya
Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar dewasa
Di dalam sejahtera
Usah...terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya...
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya...

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan menghapuskan dahaga
Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua...

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai...langkahmu tersasar ke simpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin air mata bonda

Engkaulah permata ayah bonda...



buat adik-adik, moga perkenalan kita kekal sampai bila-bila.
jaga diri, jaga iman, jaga 'amal.
sayang mak ayah kita.

i can't be with you always but do remember that you will always be in my heart.
sayang sama Mama dan Ayah..doakan Along di sini.



p/s: kema pesan bahawa beliau tak dapat kemaskinikan blognya buat masa ini kerana beliau ada banyak perkara di dalam kepala. hehe...
p/s/s: kema cakap tulisan hawa macam karangan SPM...lalala~ :eheh: