Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

1.5.13

Pra-PRU13

Salam Juma'at!

Jujurnya, saya bukanlah orang yang minat dengan politik. sekadar ambil tahu apa yang perlu sahaja. sekadar kenal dengan mereka yang terlibat dengan politik. sekadar itu. tidak cenderung kepada mana-mana parti. yang mana baik, ikutlah. yang mana tidak baik, buang jauh-jauh. sekadar itu.

PRU13 ni lain sikit. auranya menyebabkan saya cakna dengan isu politik semasa.

PRU13 memberi saya peluang untuk mengundi buat kali pertama. teruja? ada la sikit. mujur ada pengalaman mengundi semasa pilihanraya kampus dulu. jadi takda la teruja sangat.

PRU13 ni juga memberi saya peluang untuk turun ke padang. ada ke cerok kampung. ada ke kawasan pekan. ternyata, sungguh berbeza aura politik di bandar dan luar bandar. tidak dinafikan, persaingan antara 2 parti adalah sengit.

berdasarkan pemerhatian saya, dari segi kempen, untungnya orang-orang bandar kerana punyai sumber berita yang pelbagai. ada Facebook pun dah kira cukup baik. tak perlukan TV dan radio dan surat khabar untuk mendapatkan maklumat berkenaan 2 parti ini.

tetapi lain pula di kampung. saya kasihan dengan penduduk kampung yang punyai sumber berita yang terhad. hanya ada TV, radio, surat khabar, dan bendera yang secara terangnya bersifat bias, tidak adil sebab hanya memaparkan 1 parti. tidak adil sebab mereka tidak diberi peluang untuk membuat penilaian secara keseluruhan.

rata-rata orang kampung hidup susah walhal mereka berhak untuk hidup lebih senang. saya kasihan melihat mereka yang ditindas dan lagi kasihan pada mereka yang tidak sedar yang mereka ditindas.

kasihan juga melihat mereka yang percaya kepada momokan fitnah. kasihan kepada mereka yang melihat untung itu ialah material. mahu undi kerana wang. mahu undi kerana untung material. kerana apa begini? kerana tiada kesedaran dan tidak disedarkan.

kasihan je pun tak guna kan? kalaulah anda dapat lihat apa yang saya lihat.

jadi, saya berharap sangat untuk semua turun mengundi. setiap undian kita itu ada nilainya dalam menentukan siapa pemimpin kita nanti. apapun keputusan pada 5 Mei ni, moga itu yang terbaik. takde gaduh-gaduh adik-beradik, jiran-jiran. PRU ni 5 tahun sekali je. habis tahun ni, tunggu lagi 5 tahun untuk mengundi.

sahabat, kalau dah rasa senang sangat dengan hidup sekarang, bagi peluang kat orang lain yang hidup susah untuk rasa senang jugak. bagi orang lain peluang untuk rasa yang mereka ada hak untuk hidup lebih senang daripada sekarang.

sahabat, kalau dah rasa hidup kita aman dan stabil, bagilah peluang kat orang lain untuk rasa aman jugak.

sahabat, kalau dah rasa kita dah belajar tinggi-tinggi, bagi peluang kat adik-adik kita yang takda duit ni, sambung pelajaran ke menara gading jugak.

we want a better nation, kan? bila lagi nak Ubah kalau bukan sekarang.

Jom pakat turun mengundi dan do'akan yang terbaik! :)




#sokongintegriti #sokongpolitikbersih #inikalilah

19.2.13

Jom ke KIDS 4 SYRIA!

Salam semua :)


4 hari lagi untuk KIDS 4 SYRIA!!!
Beraktiviti sambil menderma untuk saudara kita yang memerlukan di Syria.
Anda punyai anak? anak saudara? anak buah? anak jiran? 
Jom!!

Sukarelawan diperlukan! | Volunteers needed! 
KIDS4SYRIA
23 FEBRUARI 2013
KOLEJ DAR AL-HIKMAH, KAJANG

Untuk keterangan lanjut, hubungi Amalina: 013-3007203

15.4.11

kisah ringkas bersama anti-Lynas

Salam...

tengahari tadi hantar tesis. baru dapat e-mel daripada penyelia pagi tadi. ada yang perlu diperbaiki di dalam tesis. dugaan. tapi takpe. bersyukur dapat jugak repair tesis walau di saat akhir. nak hantar tadi bukan main berdebar lagi nerbes. maklum la.. tesis ni la yang akan diperiksa oleh para examiner nanti. huu..nerbes.. tapi lepas hantar tadi lega kejap. alhamdulillah akhirnya siap jugak tesis. :)

petang tadi buka puasa dengan geng usrah. semua pakat bawak makanan sendiri kemudian disatukan dalam satu talam. bermacam jenis makanan ada. nasi goreng pataya, rojak, mi goreng, dan kuey tiow. cukup semua rasa. hehe..

siap maghrib, kami berkongsi cerita. saya kisahkan tentang pengalaman saya ketika menghadiri taklimat Lynas baru-baru ni. malangnya, sampai saja ke tempat taklimat, saya baru dapat tahu yang taklimat tu dibatalkan. sempat la sembang dengan orang-orang yang datang. rata-rata kecewa kerana dimaklumkan taklimat dibatalkan tanpa pemberitahuan awal. ada yang datang sebab nak tahu dan faham tentang isu ni. ada seorang makcik berpesan, "you should fight for this. it's for your future, you know." saya kagum. mereka yang hadir sangat bersemangat untuk berjuang menuntut kebenaran. buat saya rasa macam mau jadi bersemangat macam mereka. ye, fighting! kawan-kawan yang mendengar kisah saya pun turut rasa kagum.

okeh, itu kisah Lynas. jangan berhenti berjuang ye! fighting!





nota: sempat juga gambar saya di-snap di tempat kejadian. malu saya. :P
nota.dua: pembentangan FYP minggu depan.. eh, nerbes lah~

6.4.11

hari-hari terakhir FYP

salam..

alhamdulillah siap dah keje makmal. lepas ni analisa data dan siapkan tesis. insyaAllah lusa hantar draf tesis penuh. 18 April ni dah mula pembentangan. nerbes..nerbes..

oh ya, esok exam. hehehe..(gelak penuh maksud tersirat.. :P)


semalam duduk makmal sampai 3 pagi temankan kawan. sambil-sambil tunggu sempat buka Youtube cari dawahaddict punya video. dawahaddict ni vlog kepunyaan seorang muallaf dari New York bernama Peter. kenapa dawahaddict (da'wah addict)? sebab dia dah sangat 'obses' atau suka yang amat untuk berda'wah. berda'wah bererti mengajak orang kepada kebaikan. jadinya, beliau suka sangat untuk mengajak orang berbuat baik. bagus kan? beliau peluk islam ketika berumur 15 tahun dan sekarang sedang belajar di salah sebuah universiti di New York.

meh nak kongsi salah satu video beliau yang saya suka. ;)




senang faham kan? boleh la kita amalkan dalam kehidupan seharian. nanti buka bukumuka, silalah 'like' dawahaddict ya. ;)

ini yang saya perasan, ada beza Islam Warisan (seorang yang sudah islam sejak lahir) dan Islam Pilihan (seorang yang mencari Islam). mereka yang memilih/mencari Islam benar-benar menghargai ni'mat adanya Islam. moga kita juga tergolong dalam golongan yang menghargai ni'mat Islam ini. moga kita juga 'obses' untuk menyeru kepada kebaikan. aameen...





nota: doakan saya agar terus bersemangat dalam menempuh peperiksaan akhir semester dan pembentangan FYP nanti. jazakallahu khoir. :)

nota.2: salah satu impian saya tercapai semalam. alhamdulillah. nak tau apa? nantilah saya bagitahu ek. insyaAllah. hee~

nota.3: tahu tak pasal projek tanah jarang yang sedang dibangunkan di Gebeng, Kuantan? projek ni merupakan projek pembangunan tempat memproses bahan radioaktif. kalau nak tau lebih lanjut, gugel projek Lynas. di sini, saya mengajak semua untuk memprotes pembangunan projek ni sebab ia mengancam persekitaran kerana risiko radiasi radioaktifnya yang membahayakan kesihatan dan alam sekeliling. jom protes jom!

31.10.10

Bola dan Botol

Salam semua..

siapa sangka saya tengok bola semalam. saya pun tak sangka. asalnya nak makan sambil tengok tv, tup-tup ter'sangkut' pulak depan tv. sempat tengok separuh masa pertama. separuh masa kedua, saya korbankan demi kerja sekolah (kunun..hehe).

saya ni pantang tengok perlawanan sebenarnya. nanti semangat bersorak tu keluar lebih. macam semalam, acap kali geng 'red warrior' nak skor, mula la adrenalin sorakan yang sepatutnya berakhir dengan teriakan 'Gol' naik. tapi tak gol pun. gol masuk masa separuh masa kedua dan saya tak sempat tengok pun. hehe..

untuk sesiapa yang menonton bola semalam, ini komen saya:
1) permainan semalam kurang semangat kepasukanan.
2) saya tak nampak strategi permainan kecuali geng kuning, bahagian pertahanan diorang boleh tahan. (macam saya ni terer sangat..hehe)
3) dua-dua geng, main macam nak gaduh. tak nampak rasa hormat sesama pemain.
4) penonton tak mesra alam. suka sangat buang botol ke padang. apa yang seronoknya tak tau la. diorang baling botol tu pun, belum tentu kena kepala pemain. -_-"
5) geng kuning terapkan 1Malaysia (?). geng penyerang terdiri daripada 3 kaum majoriti negara. pemain kegemaran saya: Gunalan. *bangga*

takmo komen banyak sebab saya tak tengok sampai habis pun.

apapun, menang kalah adat permainan. maaf kalau komen macam ter-melampau. ni pada pandangan saya je. saya pun tak tengok habis pun. gomen~

saya doakan, moga geng merah kuning masuk final pulak lepas ni. :P



nota: selamat maju jaya buat mereka yang sedang menempuhi peperiksaan akhir semester. doakan kejayaan yang cemerlang buat saya dan semua. jangan patah semangat! Yosh!

7.5.10

Kemanusiaan

Salam.

Entri ini buat penaik semangat kalian untuk berjuang.

kemanusiaan sebenarnya sudah lama habis
jiwa2 sebenarnya sudah terlalu banyak menangis
kita hidup dalam pembohongan kita hidup dalam kelalaian
kita kata kita bersatu untuk sesuatu yang bernama perjuangan

kita malu untuk mengaku
setiap yang terjadi ini sudah pun dirancangkan
kita malu untuk mengatakan
setiap ini sebenarnya satu permainan

kita suruh anak2 kita pergi berperang
tanpa senjata bagaimana mau berjuang
disedekahkan anak2 kita pada satu ideologi
tapi bisikkan ke telinga ini apa itu yang kau namakan seni

kemanusiaan sudah lama tewas
kita ketawa tetapi dalam hati sangat panas
sudah tidak ada apa yang lagi mau kita katakan harapan2
sudah tidak ada apa lagi semua itu, tuan2 puan2

kita cuma ada mimpi kosong yang tak akan nyata
cuma ada suatu yang kita nyanyikan sebagai pujangga
hei anak2 muda bangkit dan bangun sekarang
kita mampu menang walau tanpa senjata berjuang

Tuhan itu sudah menjanjikan keadilan
Dia sudah katakan Dia Yang Maha Mendengar Maha Mengasihan

engkau cuma bangkit dan berdiri
cuma bangkit dan berdiri
minta apa saja kan diberikan semua
itu senjata kita
itu senjata kita
itu senjata kita

kemanusiaan takkan pernah ada
kalau kita bertopengkan binatang sahaja
kemanusiaan takkan ada
kalau kita cuma mahu hidup sendirian sahaja
sendirian sahaja
apa itu manusia kalau hidupnya ifrad sahaja
ifrad sahaja
ifrad sahaja

manusia,
kita harus bersama

bersama.



Kak Fynn, Malam Puisi Riong 2010, Shah Alam.



Kisah bayi dibuang, pengkid, dadah, bunuh, samun, dan macam-macam lagi kisah. Ini realiti bukan rekaan. Buka mata, tutup TV, baca surat khabar Metro dan Kosmo!. Iya, itu surat khabar picisan, tapi artikel-artikelnya kisah benar. Tapi tak tau la kan kalau-kalau ceritanya ditokok tambah. Pandai-pandai la kalian baca dan nilai ye. Sekurang-kurangnya kurang sikit kisah politikus di akhbar-akhbar sebegini. (oops.. maaf. Saya agak kasar di situ. eheh)




nota kaki: Selamat Hari Jumaat. Jom pulun 'amalan. ;)

18.4.10

Babies are meant to be loved and cared. and not to be dumped. thank you.

Salam...


bayangkan..
andai kamu seorang budak..
kamu dipijak..
kamu disepak..
kamu ditampar..
kamu dipukul..
kamu diterajang..
kamu dihentak..

sakit tak?



bayangkan pula..

andai kamu seorang bayi,
yang sangat comel lagi tembam,
yang buat orang geram melihat sampai mahu aja dicubit pipi yang gebu itu..

ditinggalkan keseorangan di depan pintu rumah orang..
dibiarkan menangis di atas tangga masjid..
diletakkan di dalam kotak kosong..
dibungkus di dalam beg plastik hitam..

bayangkan..
dalam keseorangan..
kamu dibiar kesejukan..
lalu digigit semut..
dimamah pula anjing yang kelaparan akan tangan kamu yang gemuk itu..

takpun..
kamu dibakar..


apa perasaan kamu?


sedih?


kamu tahu ke sedih?


kamu kan masih bayi. belum kenal Dunia. :)



Gambar hiasan: ini Riz Naufal, anak buah saya. :)

comel kan dia?


saya tahu. :)



*******




adik, ketahuilah bahawa persetubuhan di luar nikah itu adalah salah. Tuhan kita Yang Satu itu sudah berpesan, "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." (surah al-Isra', ayat 32)

ketahuilah bahawa zina itu bukan sahaja persetubuhan di luar nikah. hubungan intim di luar nikah juga sebahagian daripada zina.

wahai kawan-kawan, berhentilah mengeji, mengata dan menyampah dengan mereka yang terlibat. apa kamu tau situasi sebenar mereka sampai mereka layak dikeji? layakkah mereka dikeji? layakkah kamu untuk mengeji?

berhentilah mengeji, mari kita cari solusi.


boleh, kan?





:)


luahan hati hasil respon kepada 'Persidangan Meja Bulat: Isu Pembuangan Bayi' anjuran Majlis HEWI PKPIM.

30.3.10

Imam Muda

Salam...

Waktu cuti nanti nak tengok Imam Muda.

Agak-agak boleh tak lawan AF?



hee...

28.3.10

Waktu Bumi

Salam semua..

Tau kan semalam ada Waktu Bumi (baca: Earth Hour) bagi seluruh negara Malaysia dan negara2 sekitarnya?
(serius terjemah terus ni. mentang-mentang ada periksa BM hari ni buat kawan-kawan sekelasku yang lain..)

Tepat jam 8.30 malam, jiran tingkat bawah suruh semua tutup lampu tanda menyahut seruan 'Sokonglah Earth Hour!' Hampir satu blok boleh dengar ajakannya tu.

Saya dan teman sebilik hanya mampu mengeluh.

"Kenapa la waktu tutupnya kul 8.30 malam..bukan ke tahun lepas lambat sikit? nak ajak solat 'Isyak dalam gelap kot...-_-" rungut saya.

"Bising sangat ai~ hangpa katup la sendiri.. orang nak exam ni suh katup lampu. Yang tak penting ni la hangpa nak buat. Yang suh pi musolla hangpa tak nak ikut." pap! teman sebilik saya yang berasal dari Kedah tutup suis lampu biliknya lalu ke musolla.

Siap solat, teman sebilik saya sambung stadi bawah lampu utama. Saya pun ikutkan je. Tutup lampu bilik, buka suis lampu meja stadi.. Tapi tak stadi pun. Rehat. :P

Suasana bilik yang suram, dengan pencahayaan lampu yang malap sesuai untuk shuting potret dan bayang-bayang, saya merajinkan diri untuk menangkap gambar Encik Mongu (boleh lihat gambar profail saya) dengan menggunakan kamera fon berlensa VGA.

Tangkap punya tangkap dan tangkap lagi, gambar-gambar itu diedit untuk menyerlahkan lagi kehenseman Encik Mongu (singkatan bagi Monyet Ungu). Dah puas edit, dijadikan gambar latar belakang (baca: wallpaper) bagi fon saya. "Yup, memang dia hensem." :P


Eh jap, lari topik pulak. Sebenarnya nak cerita pasal kejadian tutup-tutup lampu ni. Tak salah pun nak ikut, nak buat, buatlah. Yang penting, kita tahu apa yang kita buat. Tak sembarangan ikut dan buat, bak kata orang lama, taklid buta.


Saya setuju dengan kata-kata teman sebilik saya tu. Perkara yang penting perlu diutamakan dan disebar-sebarkan.

Perkara yang penting perlu diutamakan dan disebar-sebarkan.

(ingat ayat ni 3 kali bagi lekat di ingatan..huhu)





nota kaki: Earth Hour bunyi macam Yaumus Saa'ah.. T_T

7.5.09

padan la Ratu Cantik suka bagi harapan "World Peace"...

Salam semua...



Berita 1

Semalam teman kak senior mengajar tuisyen di sebuah kawasan perumahan.
Saya peneman, kak senior pengajar.

Sambil-sambil meneman, sempat la berbual sekejap dengan kak senior kesayangan sorang ni kat luar rumah.
Kat luar tu gelap.
Tiba-tiba ada sekumpulan budak lelaki.
Saya masuk dalam rumah balik.
Sebagai langkah berjaga-jaga.


Itu semalam.


Pagi tadi, dalam bas ke KL, baca surat khabar...

"Remaja merajuk kena rogol"
KUANTAN: Tindakan pelajar perempuan melarikan diri dari rumah selepas merajuk dengan ibunya mengundang padah apabila dia dirogol seorang lelaki di depan Sekolah Kebangsaan Mat Kilau, Inderapura, Isnin lalu.


dekat je dengan rumah semalam ni!

Masya-Allah...



Berita 2

"Ibu terkejut anak sekatil teman lelaki"

KUANTAN: Seorang ibu yang mahu mengejutkan anak perempuan tirinya berusia 16 tahun untuk bersiap ke sekolah hampir pitam, apabila mendapati seorang remaja lelaki tidak dikenalinya tidur bersama pelajar terbabit, Isnin lalu.


Kalau di negara kita sekarang, ini mungkin boleh jadi berita hangat.
Kalau di negara Barat sana, ini mungkin normal.
Ini sekarang..macam mana lagi 10 tahun? erm, jauh sangat kot.. 5 tahun?
Agak-agak boleh ke berita yang sama jadi berita hangat seperti hari ni?

Na'udzubillah...



Berita 3

"Dua lagi mangsa ragut maut"

KOTA BHARU: Seorang wanita mengandung tiga bulan terkorban di jalan raya, manakala nenek berusia 86 tahun maut di rumahnya, masing-masing angkara peragut bermotosikal, dalam dua kejadian di sini dan Tasek Gelugor, Pulau Pinang.


Innalillah...



Berita 4

erm... cukup la tu untuk hari ini.





nota kaki 1: saya tumpang simpati dengan keluarga mangsa. sama-sama doakan moga si mangsa pulih semula.

nota kaki 2: terima kasih kepada Saasatul Ibaad (FT) kerana mendekatkan semula diri ini dengan bahan bacaan yang bernama surat khabar. -_-"

28.4.09

21 Sicko Doctors

salam semua...


Doctors

saya ke sini tadi
saja jalan-jalan

lalu terbaca artikel ini
mula-mula tak faham
si pemblog ni letak gambar kabinet
tapi cerita pasal doktor

apa la yang sahabatku ni nak sampaikan

tak puas hati
saya baca la sampai habis

rupa-rupanya dia ada bagi pautan ni
baru saya faham

oh~~


Sicko

tiba-tiba teringat kat filem Sicko
tak tau dokumentasi si pengarah ni betul ke tak
tapi saya percaya
itulah realiti

kalau kat Amerika, doktor bagus-bagus
tapi nak masuk hospital kena ada insurans kesihatan
kalau takda, pesakit boleh kena halau
itulah negara bebas
kesian kan?

kalau kat negara kita, semua orang boleh masuk hospital
lagi-lagi hospital kerajaan
tak perlu insurans kesihatan
cuma doktor tak ramai la (walaupun ramai je graduan doktor kat negara kita ni)
nak kena rawat pun kena tunggu berjam-jam walaupun dihantar ke wad kecemasan
itulah negara bebas (ye ke?)
kesian kan?


21

berbalik kepada kisah kabinet

saya hampir terlupa yang saya dah boleh pergi mengundi
jadi, bila ya PRU seterusnya?

12.3.09

PPSMI - sokong atau bantah?

salam semua...

hmm.. Ironik, kan? Empunya Laman belajar di universiti antarabangsa di mana semua matapelajaran diajar dalam Bahasa Inggeris kecuali subjek Bahasa Melayu tapi nak sibuk pasal PPSMI. Kenapa ya?


"Korang sepatutnya sokong PPSMI ni. Bagus pe. Lagi-lagi belajar kat UIA ni semua pakai Bahasa Inggeris. Lecturer speaking, buku rujukan pun semua dalam Bahasa Inggeris. Yang korang bangkang tu apasal?"

"Membunuh Bahasa Melayu??? Ape citer beb??! Aku OK je. BM aku dapat A1 kot!"

"PPSMI ni membebankan rakyat terutama pelajaq luar banda. kesian kat mak bapak depa hantaq sekolah tinggi-tinggi tapi anak tak paham."

"korang tak sayang bahasa ke? bahasa kan jiwa bangsa. hilang bahasa, hilang bangsa."

"Orang tak sokong, marah. Cuba tanya kawan-kawan kita kenapa diorang bantah. Dengar penjelasan diorang tu dulu. Dah dengar, dah faham, kalau nak tetap dengan pendirian kamu silakan. Bukannya nak terus boikot melulu GMP ni. Diorang pun ada sebab nak bantah PPSMI ni. Bukan suka-suka nak bangkang."



Sabtu lepas, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) telah mengadakan Perhimpunan Aman sempena membantah PPSMI dan menghantar memorandum kepada Sultan. walaubagaimanapun, memorandum membantah PPSMI tidak berjaya diserahkan sebaliknya dihalang oleh pihak FRU dengan lontaran gas pemedih mata kepada ahli perhimpunan.

takpalah, bukan itu yang Empunya Laman nak kisahkan. Empunya Laman pun tak sempat turut serta perhimpunan tu.

cumanya nak tanya pendapat kalian tentang perihal PPSMI ni. nak juga dengar pendapat kalian. kita berdiskusi sebentar. jadi, kalian sokong atau bantah? dan kenapa?



*PPSMI = Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

nota kaki: kalau boleh, pendapat kalian tiada berbau unsur politik parti. Wallahua'lam.

22.1.09

Laporan PRK UIAM Kuantan: Membosankan

salam semua...


hari ini bersamaan 22 Januari 2009 ialah tarikh mengundi bagi semua mahasiswa UIAM. itulah yang sepatutnya berlaku tetapi tidak di kampus Kuantan. tarikh mengundi ditangguhkan ke tarikh 29 Januari 2009 minggu hadapan. itupun undian bagi satu kulliyyah sahaja. daripada 6 kulliyyah hanya 1 kulliyyah sahaja akan membuang undi. lagi 5 kulliyyah, mereka sudah menang tanpa bertanding. nak tahu kenapa? Wallahua'lam.


nak tahu kenapa tarikh mengundi ditangguhkan? 'konon' sebabnya boleh baca dekat laman ini. Empunya Laman bukannya suka sangat baca artikel kat situ, tapi kebetulan ternampak pautan yang Che Am letak di laman Along jadi 'ter'baca la.


terpulang kepada kalian nak baca atau tak. bagi Empunya Laman, artikel tu sangat membosankan. kenapa? apa lagi kalau sebab politik yang sememangnya satu subjek yang paling membosankan bagi Empunya Laman walaupun tak pernah belajar subjek politik. secara jujurnya, Empunya Laman berhenti baca surat khabar sebab sejak PRU lepas. sebab apa? sebab bosan. bosan dengan permainan tarik tali dan congkak yang dimainkan oleh parti-parti yang terlibat dalam pilihanraya. tapi tak sangka pula perkara ni berlaku di kampus sendiri. bosan~


paling membosankan bila 'ter'baca artikel ni. nak marah pun ada juga. banyak persoalan timbul dalam kepala ni bila baca artikel bosan tu.

"sejak bila kita ada pro-pro ni?"

"perlu ke pro-pro ni?"

"apa faedahnya pro-pro ni?"



soalan yang paling utama: "kalian sebenarnya masuk bertanding sebab apa?"



tadi dapat panggilan daripada Kak Dyll. Kak Dyll ceritakan suasana PRK di Gombak. cerita punya cerita, Empunya Laman rasa bersyukur sangat sebab suasana kat Kuantan tak jadi macam kat sana. Alhamdulillah.
rasa bersyukur sebab sekurang-kurangnya Empunya Laman boleh berasa aman malam ni untuk siapkan tugasan Clinical Biochemistry yang kena hantar esok.
aman sebab kat sini orang tak sibuk pasal PRK tapi orang sibuk pasal nak balik cuti tahun baru cina.
boleh kata majoriti blok M5 dah balik ke rumah masing-masing.

apapun, satu je nasihat daripada Empunya Laman.
lain kali, bersainglah dengan cara yang sihat,
kalah menang itu adat,
menang kalian untuk pegang amanat,
demi menyelesaikan maslahah ummat.

OK. Empunya Laman dah habis mengomel. ada komen? sila komen.






notakaki: oh ya, ada satu soalan: berapa banyak perkataan BOSAN dalam entri ni? orang terawal yang berjaya menjawab soalan ni dengan tepat akan dapat baucer khas pantri WacKOS. sengihnampakgigi
notanotakaki: sahabat sekalian, jemput baca entri ini. buat renungan PRK akan datang. ;)

16.1.09

PRK tak sama dengan PKR ye

salam semua...

ada perubahan pada tarikh Pilihanraya Kampus di UIAM Kuantan. perubahan adalah seperti berikut:

PILIHANRAYA KAMPUS UIAM KUANTAN

19 Januari 2009 (Isnin) : Hari Penamaan Calon

19-21 Januari 2009 (Isnin-Rabu) : Hari Berkempen

22 Januari 2009 (Khamis) : Hari Mengundi


marilah turun mengundi dan mengundilah dengan bijak. bukan undi saja-saja ye.. bukan sebab dia kacak, lawa, atau sebab dapat stiker atau penanda buku percuma ye tetapi undilah calon yang kalian yakin mampu membawa kampus kita ke arah kebaikan semua. kebaikan tu merangkumi kebajikan kita sebagai mahasiswa UIAM serta menghidupkan semula suasana taman ilmu dan budi universiti di mana mahasiswa-mahasiswanya tidak mengamalkan kehidupan 3K (Kelas, Kantin, Katil) semata-mata tetapi kehidupan berbudaya ilmu dan berbudi sepanjang masa.

bersemangat pula Cik Empunya Laman ni. tak kisah la. apa-apa pun, doakanlah yang terbaik buat semua.

sambil-sambil sibuk berkempen nanti, jangan lupa peranan kita untuk BOIKOT produk yang menyokong Israel dan sekutunya, DERMAlah ke tabung Palestin, dan berDO'A QUNUT NAZILAH setiap kali solat.


kurangkan hiburan, banyakkan amalan, dan tingkatkan keimanan. Wallahua'lam.

14.1.09

Entri Pertama Selepas Tarikh Keramat

salam semua...

banyak perkara telah berlaku sepanjang minggu lepas.
banyak yang hendak dikongsikan bersama..
cuma mungkin belum tiba masanya untuk diceritakan.
maaf ye sahabat-sahabat semua.
maaf kepada yang menunggu
maaf kepada yang mengharap..
terima kasih kepada yang selalu melawat..

perubahan sedang berlaku
yang pasti ia suatu perubahan yang positif
dan Empunya Laman mengharapkan agar ia terus berlaku.
doakan yang terbaik buat semua.




OK. tukar topik, takmo jiwang-jiwang dah. sekarang, kita fokus pada isu semasa pula. tak lain dan tak bukan isu Palestin. tapi bukan isu itu yang Empunya Laman nak ketengahkan. tambahan, banyak blog-blog lain dah ceritakan pasal isu ni. yang penting sekarang ni, kita BOIKOT, DERMA, dan DO'A untuk saudara-saudara kita di Palestin.

OK, sebenarnya Empunya Laman nak cerita pasal perkara yang dekat dengan kita. khususnya sahabat-sahabat di UIAM Kuantan. ramai yang tak tahu sebab belum dimaklumkan. apapun, nak tak nak kena tahu juga.


isunya: "PILIHANRAYA KAMPUS UIAM KUANTAN"

bila? OK, sila ingat tarikh-tarikh penting ini

16 Januari 2009 (Jumaat) : Hari Penamaan Calon

16-18 Januari 2009 (Jumaat-Ahad) : Hari berkempen

19 Januari 2009 (Isnin) : Hari Mengundi

(buat masa ini, tarikh ini sudah ditetapkan, kalau ada perubahan, akan dimaklumkan.)



kalau tak dapat ke Palestin, kalau tak dapat ke Terengganu, kita tolong kawasan setempat dengan kita. bukan tolong suka-suka, tapi tolong demi kebaikan masa depan kita. betul tak?

teruskan bersemangat! Wallahua'lam.

4.9.08

ini bukan isu Bajet 2009 semata-mata

salam semua...

sedikit ulasan tentang penggunaan perkataan Bajet:

  • Tun Dr. Mahathir yang mulakan penggunaan perkataan ini.
  • tidak menggunakan perkataan Belanjawan kerana perkataan ini membawa maksud "orang yang berbelanja".
lapangkan masa anda untuk membaca artikel ini. kenyit ini bukan isu Bajet semata-mata.

:astig:
nota: baca entri berkaitan.

2.9.08

Bajet 2009

salam semua...

Empunya Laman tidak mahu mengulas apa-apa tentang Bajet 2009. walaubagaimanapun, Empunya Laman ada satu persoalan:

kenapa perlu guna perkataan Bajet? bukan Belanjawan? merajuk

Fakta: 'Bajet' merupakan salah satu perkataan yang digunakan dalam penggunaan Bahasa Rojak. nerd

kerajaan gunakan Bahasa Rojak untuk urusan rasmi? Bahasa Rasmi pula macam mana? sudah masuk kamus Bahasa Melayu Kuno?

mungkin ini satu persoalan yang remeh tetapi ini melibatkan masa depan bahasa dan identiti bangsa kita juga.

oh ya. Empunya Laman tidak bias tetapi prihatin dengan nasib bangsa kita. :astig:

apa pendapat anda? fikir

11.8.08

Ini Serius...

salam semua...

Alhamdulillah, akhirnya konvensyen selesai dan semuanya berjalan dengan baik. Terasa berbaloi segala kepenatan yang dihadapi sepanjang persiapan program ini selepas melihat maklumbalas daripada para peserta. Walaupun ada kekurangannya, Empunya Laman berpuas hati dengan segala usaha para komiti. Program satu hari yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 11 malam ini benar-benar menguji daya ketahanan mental, fizikal, dan emosi. Allahu Akbar!

Konvensyen ini terbahagi kepada dua sesi – sesi konvensyen dan sesi forum. Keadaan agak bercelaru di awal program memandangkan tenaga kerja yang kurang. Tetapi, alhamdulillah, segalanya dapat diperbaiki sedikit demi sedikit hingga program tamat. Empunya Laman sendiri tidak menang tangan untuk menangani segala macam hal. Takpe, segalanya sudah selesai. Sekarang, kerja yang tinggal hanya laporan program. Ini pun takpe. Ini kerja setiausaha. jelir

Sudah lama Empunya Laman tidak menyertai majlis ilmu sebegini. Empunya Laman bersyukur yang amat kerana diberi peluang untuk berada di konvensyen ini. Serasa macam mahu jadi peserta sahaja sepanjang program. Rugi rasanya tak dapat mengikuti secara langsung sesi pembentangan Prof. Yaakob Isa, Prof Abu Bakar Hamid, dan Cikgu Hafezi. Di celah kesibukan, Empunya Laman sempat ikuti bersama pembentangan beberapa slaid oleh pembentang. Walaupun sekejap, sudah cukup untuk membuatkan diri ini teruja dengan pengisian yang mereka bawakan.

Itu perihal sesi konvensyen. Sesi forum pula diadakan pada malam hari. Alhamdulillah, Empunya Laman dapat ikuti sesi forum ini dari mula hingga akhir. Yang menariknya, szakif yang menjadi moderator bagi forum ini. Beliau nampak sedikit kekok ketika mengendalikan forum ini. Mungkin kerana penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan menyulitkan beliau.hehe..maklumlah, universiti kami sudah biasa menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan. maka, berbelit dan tersasul tutur katanya. takpa, berani mencuba daripada malu berbahasa ibunda. jelir

Seusai sesi forum, Empunya Laman sempat bersembang bersama Cikgu Hafezi dan saudara Safwan. Mereka berdua merupakan wakil dari Institut Perguruan Bahasa Melayu (IPBM), Kuala Lumpur.

Empunya Laman meminta pandangan Cikgu Hafezi tentang penggunaan istilah Bahasa Inggeris yang kini kerap di'melayu'kan oleh masyarakat setempat. terpanggil untuk menanyakan soalan ini sewaktu Empunya Laman terbaca sebuah artikel daripada seorang pembaca akhbar bahasa Inggeris yang menyuarakan rasa tidak puas hati beliau terhadap DBP yang membenarkan penggunaan beberapa perkataan bahasa Inggeris seperti istilah budget kepada 'bajet' dalam penggunaan Bahasa Melayu terutama sekali dalam urusan rasmi. sila baca semula, ya..AKHBAR BAHASA INGGERIS. Menurut beliau lagi, mengapa digunakan perkataan 'bajet' walhal perkataan 'belanjawan' lebih sesuai digunakan.

Menurut Cikgu Hafezi, di pihak DBP dan IPBM, itu bukan satu masalah. Penggunaan bahasa asing ini dipanggil 'serapan bahasa asing' dan telah lama diamalkan sejak zaman dahulu kala. Prof. Yaakob Isa ada membentangkan penggunaan bahasa asing seperti Sanskrit, Jawa, Belanda, Arab, dan sebagainya ke dalam Bahasa Melayu. Keadaan ini bukan menunjukkan bahawa bangsa Melayu tidak mempunyai bahasa, tetapi cara ini memperkayakan lagi Bahasa Melayu yang bahkan pernah menjadi lingua franca atau bahasa antarabangsa pada satu masa dahulu. Walaubagaimanapun, sambung Cikgu Hafezi lagi, serapan ini biarlah berpedoman dan bukan sembarangan. mengulas penggunaan istilah 'bajet', istilah tersebut ada diletakkan di dalam kamus DBP iaitu kamus bahasa rojak. Perkataan 'gue' yang membawa maksud 'aku' juga ada di dalam kamus tersebut.

Kita ambil contoh ayat di bawah:
BM rasmi: "Saya hendak pergi ke tandas." OK.
BI rasmi: "I want to go to the toilet." OK.
BM rojak: "Saya hendak pergi ke toilet." OK lagi...
BM rosak: "Saya wanna go to tandas." err...apa pendapat anda?
BM rosak(dengan izin, istilah ini hanyalah rekaan semata-mata) - penggunaan dua bahasa dalam satu ayat. apa pendapat anda? Kata Cikgu Hafezi, orang yang bercakap dengan dua bahasa dalam satu masa disifatkan sebagai kurang keyakinan. Empunya Laman berpendapat, ini mungkin kerana ketika bercakap, otak berfungsi untuk menterjemahkan kedua-dua bahasa dan ini sebenarnya memeningkan dan merunsingkan orang yang bercakap itu.

Maka di sini Empunya Laman dapat membuat kesimpulan bahawa kita boleh menggunapakai istilah Bahasa Inggeris seperti 'bajet', 'implimentasi', 'serius', dan banyak lagi tetapi biarlah berpada. Janganlah sampai semua perkataan Inggeris kita 'melayu'kan kerana nanti bisa melayukan lagi bahasa kita yang sekarang ini sudah diancam penggunaannya. Dengan itu, Empunya Laman akhiri dengan petikan kata-kata Munsyi Abdullah,
"Bangsa yang paling bodoh ialah bangsa yang tidak menghargai bahasa sendiri."

Tanpa bahasa, tiada bangsa. Tanpa jati diri, tiada identiti.



p/s: oh ya..Empunya Laman tambah satu lagi kategori di laman ini. kategori 'ini serius' (ajuk cakap Abg MK macam dalam cerita kartun Wonder Pet. jelir)

5.6.08

Respon Isu Uniform Sekolah

salam semua...

terima kasih atas respon-respon yang kalian berikan. saya amat menghargai respon kalian semua. :)

berikut adalah antara respon yang saya terima:

dammit: tak semestinya tukar, cukuplah kalau tak nipis, jarang, dan ketat.

Master J : colour is not the issue. if it was, all white baju wanita should be burnt. So the prob? perangai laki2 n ppuan2 remaja..ppuan kalo miang2 gatal2..dun b surprised if a guy wants to rape u. laki plak..kalo xleh kawal nafsu..what makes u any better than an animal?

Badrul Aini Sha'ari : pada pendapat ana, isu kefahaman islam harus ditekankan...kenapa mereka harus menutup aurat? sekadar fesyen? peraturan sekolah?

NMZ : takyah tukar warna pun takpe, tapi kena wajibkan tudung labuh sket la yang leh tutup blakang dan depan. sesetengah sekolah tak wajib tudung aite? kadang2 fikir balik, pinafore (betul ke eja?) yang lagi tutup aurat lak..hihi

berikut adalah pautan-pautan yang sempat saya ambil yang memberi respon kepada isu ini:


ada yang bersetuju supaya warna uniform sekolah ditukar. ada yang berpendapat bahawa tidak perlu ditukar warna uniform sebaliknya tindakan perlu diambil oleh pihak berkuasa. itu respon mereka.

jadi, apa pula respon anda? atau anda tiada respon?

prihatinkah anda dengan isu ini?


pedulikah anda?



terima kasih semua. harap ada lagi respon daripada yang lain. mana tahu, respon kita ini mendapat perhatian daripada mereka yang prihatin. :)



p/s: apa-apa pun, semua sudah tahu apa yang terjadi. jadi, kita semua kena ambil peranan dalam menangani masalah ini. jangan pula kita menjadi seperti katak di bawah tempurung. ingat ya..kita akan ditanya oleh ALLAH di padang mahsyar nanti akan segala perbuatan kita. jangan kita terkial-kial pula apabila di sana nanti. Wallahua'lam.

23.5.08

Tukar uniform sekolah???

salam semua...

"tukar uniform sekolah??"

"yang putih tu ke? kenapa? ada apa dengan baju tu?"

"takkan kamu tak tahu. baru-baru ni ada cadangan nak tukar warna uniform sekolah kita tu. ye la, kan. budak-budak perempuan sekarang ni selalu jadi mangsa culik dan rogol, mungkin sebab baju diorang jarang sangat sampai menarik perhatian kaum lelaki nih."

"lelaki memang macam tu. pantang tengok perempuan. kalau sampai panahan dier tu..apa lagi..ngap la..*sambil buat gaya buaya makan antelop* tapi perlu ke sampai tukar warna uniform? saya dulu pegi sekolah pakai baju putih jugak. OK je. takde pape pun."

"entah la..."


alkisahnya, apa pendapat anda pula tentang isu penukaran pemakaian baju seragam sekolah? respons anda amatlah dihargai. terima kasih. :D