Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

1.8.10

kiter_senorita

Salam..

ini entri khas buat mereka. ;)

Di walimah Rabi'atul, kami berjumpa kembali setelah sekian lama.

dari kiri: Ammal, saya, Faiz.


Cerita tentang kami:

Ammal
Lahir 13 Oktober. Bijak. Skema. Sangat bersungguh-sungguh. Penaik semangat saya untuk belajar. Punya daya ingatan yang kuat. Semua benda dia boleh ingat. hehe.. Suka barang Roxy. Saya suka buli dia dulu. Pernah masuk pertandingan puisi dan selalu diejek oleh saya. Tup tup, saya yang suka berjiwa-jiwi sekarang. :P Sekarang sudah jadi lawyer. Minggu depan dia konvo. ;)

Faiz
Lahir 14 Oktober. Gentleman. He will try his best to help no matter what. Ada band. Saya suka kacau dia dulu. Suka merendah diri. Sekarang sudah jadi sound engineer. ;)

Saya?
Paling muda. Comel. Masih belajar. :P


Kami ada satu persamaan: kami bertiga kidal. Unik. (",)v

*****

Ammal, saya, dan Faiz. Kami kawan sekelas masa Tingkatan 4 dan 5. Masa Tingkatan 4, kami tiada kelas tetap. Jadi kami selalu berpindah-randah macam nomad. Cikgu panggil kelas ni 'kelas terapung'. Floating~ Floating~ Tahun ni, tahun honeymoon kami. Biasalah lepas PMR, baru nak kenal Dunia. Keputusan peperiksaan ada je yang merah. Tapi kami buat biasa je. Selamber tak? :P (adik-adik, jangan jadi macam akak ek. ehehe)

Masa Tingkatan 5, kami dapat kelas tetap. Posisi kami berdiri di gambar sama dengan kedudukan kami dalam kelas. Tahun ni, kami dah insaf. 2 bulan sebelum SPM, baru nak pulun habis-habisan untuk SPM. Dalam kelas, meja kami paling depan dan paling dekat dengan meja cikgu. Semangat tak? Keputusan SPM kami? Mestilah marvellous! ;)


Kami punya latar belakang keluarga yang berbeza, minat yang berlainan. Sekarang kami ikut haluan sendiri. But when it comes to friendship, we're together. Kan?

:')



Oh ya. kiter_senorita, alamat e-mel saya yang saya masih guna sekarang. Sangat kebudak-budakan kan? Saya tahu. hehe.. Saya minat En. JT dulu. Jadi fahamlah kan kenapa. Kalau tak faham, takpe. hehe.. Kenapa tajuk entri sedemikian? Ini permintaan Faiz. Dia suruh letak. :P

Maaf, gambarnya kaki aja. hehe


Ada rezeki, mau jumpa sama kalian lagi. :')

4.9.08

ini bukan isu Bajet 2009 semata-mata

salam semua...

sedikit ulasan tentang penggunaan perkataan Bajet:

  • Tun Dr. Mahathir yang mulakan penggunaan perkataan ini.
  • tidak menggunakan perkataan Belanjawan kerana perkataan ini membawa maksud "orang yang berbelanja".
lapangkan masa anda untuk membaca artikel ini. kenyit ini bukan isu Bajet semata-mata.

:astig:
nota: baca entri berkaitan.

15.5.08

Hari Nakbah


Salam semua...

hari ini, 15 Mei ialah Hari Nakbah.

apa itu Hari Nakbah?

Nakbah membawa maksud malapetaka/bencana besar.

malapetaka besar buat negara Palestin dan juga umat Islam sejagat.

tarikh keramat 15 Mei pula ialah tarikh penubuhan negara haram Israel yang telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948.

untuk pengetahuan lanjut tentang Hari Nakbah, boleh taip "Hari Nakbah" atau "Nakba Day" di carian Google atau Yahoo. ;P



p/s: mari kita boikot barangan Amerika Syarikat dan Denmark. setiap sen yang kita guna untuk beli barangan mereka menyumbang kepada pembelian senjata untuk membunuh saudara seIslam kita di Palestin. sokonglah barangan buatan tempatan dan yang paling penting ada tanda logo Halal yang disahkan oleh JAKIM. =)

p/s/s: kawan-kawan, jangan lupa untuk doakan agar ALLAH beri kekuatan dan kesejahteraan kepada saudara-saudara kita yang ditindas di Palestin dan juga di seluruh negara.

doakan juga semoga ALLAH kuatkan iman dan tabahkan hati kita daripada kelalaian, kemewahan dunia, pengaruh liar Barat, dan pujukan syaitan.

sayangilah diri anda! =)