7.6.12

Mahu atau tidak? Buat atau tidak?

Salam semua..


daripada FB kakak, "Segalanya kembali kepada diri. Mahu atau tidak? Buat atau tidak?"


Setelah sekian lama, Dilema datang melanda. mau pilih itu atau mau pilih ini. bukan dua pilihan, tetapi lebih. iya, rezeki di mana-mana. mintak je, Dia akan bagi. nah, amik! sekarang kena pilih.

fikir, fikir, dan terus fikir..

hasilnya? fenin~

apapun, siapkan tugasan yang ada sebaik mungkin. ada 1 bulan je lagi.


Robbi yassir wa la tu'assir. Robbi tammim bi khoir.




nota: nah, tips membuat keputusan yang sempat digugel: Come As You Are To Make Decision.



"di saat-saat akhir ni lah kau selalu akan bangkit. dan kau sendiri boleh agak kesudahannya nanti kan?"
"bertabahlah~"

2.6.12

"Jadikan hari esok LEBIH BAIK dari hari ini"

Salam semua...

Alhamdulillah, selesai program Hari Belia dan Mata Hati Anak Soleh. 2 minggu berderet di luar ofis. Harap Bos redha. eheh..


Hari Belia Negara

5 hari yang mencabar. buka 1 gerai di ceruk kota pentadbiran dengan harapan nak bagitau kat semua yang belia kita masih ada harapan. nak bagitau kat belia macam kita yang kita masih ada harapan untuk menjadi pemimpin yang berkaliber dan mampu memudi negara seperti pemimpin sekarang dan malah lebih baik lagi.

dalam 5 hari, perkara kurang enak je yang didengar, kakitangan pun tak ramai dek kekangan musim peperiksaan di sekolah masing-masing. sampai pernah ada rasa 'nak tutup kedai', pernah ada rasa 'tak nak buka kedai'. daripada jutaan yang hadir, berapa kerat je yang singgah ke gerai..belum tentu sampai 10%. Bos sendiri kata, macam mana kalau tiba-tiba bala datang..kita pun kena sekali. tapi ada yang balas, sebab adanya orang-orang mukmin yang mendoakan kesejahteraan kitalah, bala ditangguhkan.

dengan semangat "kalau bukan sekarang, bila lagi? kalau bukan kita, siapa lagi?", 5 hari tersebut berjaya diharungi dengan jayanya. Alhamdulillah. ramai yang hadir ke gerai kami dan memberi maklumbalas positif. mereka jugalah yang menjadi penaik semangat supaya gerai terus dibuka sampai ke hari terakhir. Pada hari terakhir, kitorang sempat buat tinjauan ke seluruh kota. 2 jam perjalanan pergi dan balik. penat? memang penat! fiu~~ doakan semoga usaha ini diberkati Allah dan memberi manfaat kepada semua. jazakumullah buat semua yang terlibat. moga Allah membalas jasa kalian.

Pesan pemimpin kita, "Jadikan hari ESOK lebih baik dari HARI INI". so, let's be! kalian mau tamrin? nah, ni boleh dikira tamrin marahil untuk kalian!


Mata Hati Anak Soleh

Program 3 hari sempena cuti sekolah untuk pelajar Tingkatan 1 & 2. hari pertama program, wakil penganjur dah bagi amaran kat peserta supaya jangan merokok. masa pendaftaran aje dah dapat kesan 5-6 perokok. nampak sangat dah lama tak ikut program sekolah. program 3 hari banyak yang dipelajari. mengenal beza hamba dan kuli, mengamal dan menyampai perlaksanaan fardhu 'ain yang sempurna, mengajar diri memandang alam melalui pelbagai perspektif.

adik-adik ni memerlukan perhatian. memang tidak dinafikan mereka ni manja dan hidup serba cukup. tapi cukuplah materi sebagai pengubat hati mereka. perhatian rohani dan kasih sayang yang mereka perlukan. dan kita juga harus main peranan. peranan mendidik mereka menpersiap diri menjadi pemimpin. peranan kita untuk berhemah dalam berurusan. saya belajar supaya tidak mengamalkan budaya 'kipas-mengipas' dalam pengurusan untuk mendapatkan keberkatan dalam beramal.

Buat adik-adik program Mata Hati Anak Soleh, kalian memang macam-macam tapi akak sayang kalian. tau! :)

*****

Novel ni sempat saya habiskan semasa program. saya syor kepada semua belia untuk baca. mau tau macam mana perit hidup anak setinggan yang tinggal dalam rumah yang berkongsi dinding dengan jiran? yang berkongsi bilik air dengan puluhan jiran yang lain? yang berkongsi pondok telefon dengan puluhan penghuni setinggan? mau tau? baca! ;)


dengan ini, saya isytihar Memoir Anak Setinggan ialah Laskar Pelangi versi Malaysia boleh tak, kak Puspa? :P

*****



sudah lama terbiar (atau dibiar?)
sesawang blog kehidupan
yang kini memang sudah penuh sesawang
tuanmu memang bermacam
doakan supaya tuanmu terus bersemangat
heh~
:P

28.3.12

Magnet

Salam semua...


Magnet
ada kutub utara 
ada kutub selatan

kutub utara bertemu kutub selatan
bila didekat, melekat

kutub utara bertemu kutub utara
bila didekat, mengelat
tetapi secara kimiawinya
bila digabungkan
akan menambah kuasa kemagnetan kutub tersebut

pernah terfikir
apakah perhubungan itu umpama magnet?
tak kisah perhubungan apa pun
persahabatan ka, in a relationship ka, kerja ka..

aku kutub utara
kau kutub selatan
makin dekat
makin rapat
sukar dipisahkan

ataupun

aku kutub utara
dan kau juga kutub utara
sukar untuk mendekat
tetapi bila digabungkan tenaga
dapat membuahkan hasil yang hebat

heh..manakan sama perhubungan dengan magnet
ada kala kau kutub utara
ada kala kau kutub selatan

saya ambil gambar dari sini

heh.. sepertinya jigsaw puzzle. setiap manusia itu emangnya dijadikan unik. ndak sama perangainya antara satu dengan yang lain. syukur deh kerna kau dilahirkan sebagai manusia. bukan robot. bukan haiwan. alhamdulillah~

14.3.12

Misi Jejak Patani 2012

Salam semua...



insyaAllah saya akan mengikuti grup pelajar ke Patani pada 15-21 April ini. Seramai 20 orang yang akan mengikuti misi ini.

Misi ini akan dibuat secara berkala mulai April ini di sebuah rumah anak yatim di daerah Nad Tanjung, Patani. Antara aktiviti misi ini ialah:
1) mengajar bahasa Inggeris dan komputer kepada anak-anak yatim
2) membuat kajian sejarah, sosio budaya di kawasan setempat
3) pemetaan komuniti
4) ziarah mahasiswa di universiti tempatan
5) melawat tapak tinggalan sejarah

Sekarang ini kami dalam usaha mencari dana untuk membiayai misi kami. Jumlah peruntukan yang diperlukan ialah sebanyak RM 12,300.00. Sumbangan boleh disalurkan terus ke nombor akaun yang tertera di poster. Sumbangan berbentuk material juga amat dialu-alukan.

sebarang pertanyaan dan info lanjut, boleh hubungi saya melalui PM Facebook Hawa Mas Azmar Ahmad.

doakan agar misi ini berjalan dengan lancar dan diberkati Allah ya. Jazakumullahu khoiran katheeran. :)




nota: bos, boleh tak saya nak stay seminggu lagi kat Patani lepas program? boleh tak? boleh tak? ehehe

2.3.12

H.I.D.U.P.

Salam...



jika dulu kau merasa pelik dengan keluhan orang
jangan kau pelik dengan keluhan kau sekarang.

jika dulu kau merasa aneh dengan ragam orang
jangan kau merasa aneh dengan ragam kau sekarang.

jika dulu kau canggung dengan orang yang merintih
jangan kau canggung dengan rintihan kau sekarang.

jika dulu kau boleh selesa dengan hidup
jangan fikir kau boleh hidup selesa sekarang.


H.I.D.U.P.
walau susah mana pun
perlu diteruskan
selagi nyawa dikandung badan

H.I.D.U.P.
walau serabut mana pun
kau kena ada tujuan
supaya mati dalam iman

H.I.D.U.P.
walau tertekan macam mana pun
kau kena sabar dan tabah
supaya iman bertambah



saya sayang Allah~
terima kasih, Allah~

Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.’

(QS. ali 'Imran : 139)

nota: syukur sangat-sangat dapat jumpa bermacam ragam jenis orang. walaupun kadang-kadang terdetik benci pada sikap, tapi kita kan manusia? tak mustahil ada orang yang benci dengan sikap kita jugak. kalau pada orang lain kita nampak cela, tak mustahil kita pun ada cela tu. apapun, Hati kena kuat. sebab Hati cerminan diri.

26.1.12

Kalaulah saya sempurna...

Salam...



kalaulah saya sempurna
saya akan cakap benda yang baik-baik
selalu bersangka baik
saya selalu puji orang, senangkan hati orang

kalaulah saya sempurna
saya akan buat perkara yang baik-baik
seharian dan semalaman berzikir mengingati Sang Pencipta

kalaulah saya sempurna
hati ini akan dijaga bersih
tidak akan membenarkan titik-titik hitam melekat
menggelapkan hati menerima cahaya Yang Maha Penyayang

kalaulah saya sempurna
kalaulah saya sempurna
kalaulah saya sempurna...

tapi beb,
kalaulah kita sempurna,
kita bukan manusia tapi malaikat
yang punya hati bersih, suci lagi murni

kalaulah kita sempurna,
kita bukan di dunia tetapi di syurga
yang tidak melakukan silap dan tidak perlu bertaubat

kalaulah kita sempurna,
dunia aman lagi tenteram
masyarakat hidup harmoni
tiada rasa takut, bebas berlari-lari

beb,
usah soal "kalaulah saya sempurna" sebab kita takkan sempurna. tetapi ajaklah diri untuk menjadi sempurna. Yosh!

15.1.12

Over the Zon Selesa

Salam...


Menyeberang keluar dari sempadan zon selesa bukanlah satu pilihan; bukan satu keputusan yang semua ingini.
Keluar dari zon selesa bererti keluar dari keselesaan, keluar dari kesenangan.
Masuk zon risiko, payah, susah, penuh cabaran, dan dugaan.
Menguji keimanan dan kesabaran.
Sama sekali tidak sama macam zon selesa.


Persoalannya, apa kita sudah bersedia untuk keluar dari zon selesa?


94: 1-8

10.1.12

Senarai Harapan 2012

Salam..



* Langit Vanilla
* Holga 120N Merah Jambu
* rak buku
* "The Knitting Book"
* buat "Chinese Emblem"
* satu buku FT

saya mau mereka semua! @_@

paling penting, saya mau hati tenang, semangat dan fokus kepada matlamat, dan hidup bahagia sampai syurga.. Ya Allah, tunjukkan aku jalan yang Engkau redhai. aameen..

6.1.12

duaempat

Salam...

Umur hanyalah sekadar nombor jika tiada perubahan/pembaikan dalam diri. Oleh itu, hargai umur dengan memperbaiki diri untuk menjadi hamba dan khalifah yang terbaik di sisi Allah.



Alhamdulillah genap umur 24. hampir suku abad usia di dunia.

moga bertambah keimanan dan bertambah matang menempuh kehidupan.

kepada Mama dan Ayah terima kasih atas penat lelah dan terus bersabar dalam membesarkan anakmu yang degil pelbagai kerenah ni.

kepada adik2ku Angah, Adik, dan Anad, bersabarlah dengan kakakmu yang chomel ni. :P

kepada semua, terima kasih atas ingatan dan do'a.

jakallahu khoiran jaza'. saya sayang kalian. saya doakan moga Allah ampunkan segala dosa dan meletakkan kalian bersama para soliheen di syurga nanti. moga kita peroleh sakinah sampai syurga. aameen.. :')


nota: rindu kak Su.. Kak Su, sudah cukup 5 tahun. insyaAllah, ada rezeki, saya belikan tiket ke sini ya. do'akan kami ya. :')

3.1.12