3.7.13

Do it!

Salam.


buat masa sekarang, inilah ubat buat penyakit itu. 

keep on fighting!


p/s: Ramadhan's coming. are you ready?

20.6.13

Sobr

Salam.



Sabar. Yang tu je yang mampu saya pesan pada diri. Memang senang cakap. Tapi tu je yang saya mampu buat sekarang. Wahai Hati, sabar ye. 

No play-play. Focus and keep moving forward! Chaiyok! >_<

18.6.13

Noor

Salam...



Watching videos from Sheikh Yusuf Estes is my new favourite thing-to-do. Seeing people get hidayah gives me a remarkable feeling. Praying to get that hidayah everyday. Plus, he is so cool!

Alhamdulillah, so grateful with Iman and Islam. Let's pray for a better self everyday. Aameen...



"kau boleh rebel suka hati kau tapi deep down kau tahu apa yang betul sebenarnya!" #monolog

6.6.13

Qareeb

Bismillah...

(Gambar hiasan)


Ya Allah...
moga bertambah keimanan
moga bertambah sifat hamba dan khalifah
moga bertambah dekat hatiku dengan-Mu...

aameen...


#solatdansabar #israkmi'raj

5.6.13

Salah Jalan, Patah Balik

Salam...

Hari ni hantar adik pergi kerja lagi. Bajet nak guna jalan pendek. Entah macam mana boleh tersalah jalan pulak. Termasuk lebuh raya. Ikutkan hati, mau mengeluh sepanjang jalan sebab jalannya yang jauh. dah la jauh, kena tol lagi.

Mengeluh sebab duit minyak yang adik bagi akhirnya guna untuk tol.

Mengeluh sebab ambil waktu bekerja.

Mengeluh itu. Mengeluh ini.


"beb, Allah ajak dating la tu. ;)"


berhenti mengeluh.


Alhamdulillah... :)


#sekehkepaladansenyumsorangsorang

3.6.13

Solat dan Sabar

Salam...


"dan mohonlah bantuan melalui Solat dan Sabar"

tamo mengeluh...

hanya solat dan sabar.

sikit je lagi...

tamo mengeluh tau!




#takmengeluhtakmengeluhtakmengeluh

Hati

Salam...


sudah-sudahlah meminta hati yang baru.

kalau hati yang baru itu rosak semula, tak malukah mau minta yang baru lagi? 

ahaks.

c'mon!

let's move on!

improve yourself.

do good.

saya nak jadi matang.

jom!

:D

28.5.13

Sepotong Hati Yang Baru

Salam semua.



Kompilasi kisah-kisah hati yang terkandung di dalam buku ini diberikan oleh sang kakak untuk saya membacanya. "apa benar sang kakak mau beri saya baca buku ini? apa saya perlu hati yang baru?" itu ekspresi pertama saya. musykil. "mungkin aku perlu hati yang baru," kata hati yang positif (positif la sangat~)

saya agak menyesal selepas selesai membaca buku ini tetapi saya tidak mahu ulas panjang. cukuplah dengan perkongsian dan bebelan bersama sang kakak kerana kesan buku ini membuatkan saya yakin yang saya punyai sekeping darah bernama Hati dan Hati saya hidup. pada pendapat saya, jika anda mengharapkan agar memperoleh Hati yang baru, buku ini jauh sekali mendapatkannya.

apa yang menarik tentang buku ini, kita tidak perlukan hati yang baru tetapi harus terima hakikat bahawa hati kita hanya satu dan hati itu hidup jika hidup itu dilalui dengan penuh rasa. tidak mustahil jika hati itu ada bahagian yang terhiris, luka, berlubang, ditampal atau berbalut. itulah tanda hati yang hidup.

apa yang menarik lagi, kuasa Cinta itu memang ternyata hebat! serius! moga saya peroleh kuasa Cinta ini agar diri lebih dekat dengan Sang Pencipta dan kekasihNya.

oh ya, penulis buku hebat ini iaitu Tere Liye ialah seorang arjuna. no wonder jiwang but jiwangnya membina. sekian.



hm..terima kasih, kakak. sekian.

18.5.13

Normal

Salam semua!


nor·mal /ˈnôrməl/
Adjective: Conforming to a standard; usual, typical, or expected.
Noun: The usual, average, or typical state or condition.

adakah menjadi biasa itu normal?

apakah maksud biasa? apa pula maksud normal?




"when being normal is sometimes awkward and not cool"

1.5.13

Pra-PRU13

Salam Juma'at!

Jujurnya, saya bukanlah orang yang minat dengan politik. sekadar ambil tahu apa yang perlu sahaja. sekadar kenal dengan mereka yang terlibat dengan politik. sekadar itu. tidak cenderung kepada mana-mana parti. yang mana baik, ikutlah. yang mana tidak baik, buang jauh-jauh. sekadar itu.

PRU13 ni lain sikit. auranya menyebabkan saya cakna dengan isu politik semasa.

PRU13 memberi saya peluang untuk mengundi buat kali pertama. teruja? ada la sikit. mujur ada pengalaman mengundi semasa pilihanraya kampus dulu. jadi takda la teruja sangat.

PRU13 ni juga memberi saya peluang untuk turun ke padang. ada ke cerok kampung. ada ke kawasan pekan. ternyata, sungguh berbeza aura politik di bandar dan luar bandar. tidak dinafikan, persaingan antara 2 parti adalah sengit.

berdasarkan pemerhatian saya, dari segi kempen, untungnya orang-orang bandar kerana punyai sumber berita yang pelbagai. ada Facebook pun dah kira cukup baik. tak perlukan TV dan radio dan surat khabar untuk mendapatkan maklumat berkenaan 2 parti ini.

tetapi lain pula di kampung. saya kasihan dengan penduduk kampung yang punyai sumber berita yang terhad. hanya ada TV, radio, surat khabar, dan bendera yang secara terangnya bersifat bias, tidak adil sebab hanya memaparkan 1 parti. tidak adil sebab mereka tidak diberi peluang untuk membuat penilaian secara keseluruhan.

rata-rata orang kampung hidup susah walhal mereka berhak untuk hidup lebih senang. saya kasihan melihat mereka yang ditindas dan lagi kasihan pada mereka yang tidak sedar yang mereka ditindas.

kasihan juga melihat mereka yang percaya kepada momokan fitnah. kasihan kepada mereka yang melihat untung itu ialah material. mahu undi kerana wang. mahu undi kerana untung material. kerana apa begini? kerana tiada kesedaran dan tidak disedarkan.

kasihan je pun tak guna kan? kalaulah anda dapat lihat apa yang saya lihat.

jadi, saya berharap sangat untuk semua turun mengundi. setiap undian kita itu ada nilainya dalam menentukan siapa pemimpin kita nanti. apapun keputusan pada 5 Mei ni, moga itu yang terbaik. takde gaduh-gaduh adik-beradik, jiran-jiran. PRU ni 5 tahun sekali je. habis tahun ni, tunggu lagi 5 tahun untuk mengundi.

sahabat, kalau dah rasa senang sangat dengan hidup sekarang, bagi peluang kat orang lain yang hidup susah untuk rasa senang jugak. bagi orang lain peluang untuk rasa yang mereka ada hak untuk hidup lebih senang daripada sekarang.

sahabat, kalau dah rasa hidup kita aman dan stabil, bagilah peluang kat orang lain untuk rasa aman jugak.

sahabat, kalau dah rasa kita dah belajar tinggi-tinggi, bagi peluang kat adik-adik kita yang takda duit ni, sambung pelajaran ke menara gading jugak.

we want a better nation, kan? bila lagi nak Ubah kalau bukan sekarang.

Jom pakat turun mengundi dan do'akan yang terbaik! :)




#sokongintegriti #sokongpolitikbersih #inikalilah