1.1.14

duakosongsatuempat

Bismillahirrohmaanirroheem...

Selamat Datang, 2014! 


Moga 2014 menjadi tahun yang lebih fokus, lebih terpandu, lebih banyak peluang memberi manfaat, lebih hebat daripada tahun-tahun lepas.

robbi yassir wa la tu'assir wa robbi tammim bi khoir
aameen...

11.12.13

Si Mawar

Bismillaahirrahmaanirroheem...


Umpama Mawar.
Suka dilihat, dicium harumannya.
Tetapi tidak mudah dipetik semberono sengaja.
Tangkainya penuh duri kerana indahnya perlu dipelihara.
Mau kekalkan keindahannya juga banyak ongkosnya.
Moga ada yang mengerti dan tidak mudah berputus asa.
Sepertimana Si Mawar yang terus berusaha.
Kerana bercita-cita untuk diam di Taman Syurga.

15.11.13

Optimis

Salam.

Bung Tere Liye cakap,
"Rasa sabar bahkan bisa membuat perjalanan menjadi lebih cepat. Ajaib, kan? Padahal kita selama ini berpikir sabar itu justeru hanya soal menunggu dan pasif saja. Banyak sekali ternyata cabang ilmu sabar ini."

Banyak sebenarnya pengertian Sabar ni. 
Menunggu dan pasif sahaja sudah menuntut sabar yang tinggi. 
Lalu memanfaatkan masa menunggu dan proaktif juga menuntut kesabaran yang tinggi.
Bahkan menuntut pengharapan.
Menunggu dan pasif sahaja belum tentu membawa kepada apa yang diharapkan.

Sabar.
Sabar itu untuk siapa?
untuk kita?

Berharap.
Berharap itu untuk apa?
Berharap kepada siapa?

Allah menjadikan manusia untuk berharap hanya pada-Nya.
Berharap hanya pada Allah. 

Bila Sang Pencipta berbicara. 
Dengarlah sebaiknya.
Jangan berpaling, buat tak endah.
Jangan sombong.

Bila Sang Pencipta berbicara.
Dengarlah sebaiknya.
Laksanakan yang payah.
Kerana di hujung payah ada manisnya.
Allah dah janji, kan? 

Laksanakan yang payah.
memang payah.
serius. 

Bila Allah beri nikmat, 
bersyukurlah.
Dan teruskan usaha.
Nikmat itu boleh jadi rahmat.
Nikmat itu boleh juga jadi ujian.

Jadi,
jangan mudah berputus asa.
Penat memang ada.
Tapi Allah dah janji, kan?

Allah berjanji yang Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang sabar, yang bertawakkal, dan yang bertaqwa.

Setiap masalah itu ada jalannya.
Jangan putus asa mencari Hikmah-Nya.

Buang sifat takabbur dan riak jauh-jauh.
Jangan peduli suara-suara angkuh itu.

Jaga Hati.
Jaga Diri. 

Ingat Janji Allah itu pasti. 
Allah Maha Tahu apa yang terbaik.
Kita mungkin tidak dapat apa yang kita harapkan
tetapi Allah Beri apa yang kita perlukan.
Jauh lebih baik daripada apa yang kita harapkan.

Konklusi,
Just follow the rules and do your job!
Be optimist! 
moga Allah bantu sepanjang jalan. 
Allahul musta'an.
Allahu yusahhil.

13.11.13

13.11.13

Salam.


Sekarang ini, perlu kumpul tenaga Khusyuk (Fokus) banyak-banyak dan pertingkat Usaha. Ayuh, Serius!

Allahu musta'an. Moga Allah membantu memberi petunjuk sepanjang jalan. 

*****

Bagi sesiapa yang berkelapangan pada Ahad ini (17 November 2013), jemput hadiri perkongsian daripada keluarga Almarhum asy-Syaheed Ahmad Ammar. Sepertinya Ammar sendiri yang berbicara. ;)

"Perkongsian dan Harapan: Apabila Ammar bertemu bidadarinya..."
17 November 2013 (Ahad)
9:00 Pagi - 12:30 Tengahari
Dewan Masjid Asy-Syakirin, KLCC

bagi yang ingin mengenali siapa pemuda asy-Syaheed Ammar ini, boleh ikuti kisahnya di artikel Ammar: Antara Tadbir Insani dan Takdir Ilahi tulisan Ustaz Hasrizal. 

Semua dijemput hadir :)




nota: Selamat berpuasa sunat Hari Tasu'a (9 Muharram) dan Hari 'Asyura' (10 Muharram). :)



11.11.13

dal.ga.ya.lam

Assalamu'alaikum Tuan/Puan,

Saya ada satu soalan. Macam mana nak tolong orang yang degil dan keras kepala? Terima kasih.

Yang Prihatin.


4.11.13

Salam Hijrah 1435

Salam Ma'al Hijrah 1435.

Moga Allah Redha dengan amalan-amalan kebaikan kita dan mengampunkan segala dosa-dosa kita yang lepas. Moga Allah Bimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya dan menjadikan hari-hari mendatang hari yang lebih baik buat kita.

Masa berlalu dengan cepat sekali. Serasa seperti baru semalam tirai 1433H berlabuh tetapi hakikatnya itu setahun yang lalu.

Akhir 1434H ditutup dengan episod musafir bersama teman-teman Pengejar Cinta Ilahi dan pertemuan dengan pejuang-pejuang hebat. Selain itu, dikejutkan dengan perkhabaran berita pemergian adinda Ahmad Ammar Ahmad Azam di bumi Turki. Pemergiannya tidak dijangka dan dirasai oleh semua walaupun oleh mereka yang tidak mengenalinya. Walaupun masih muda, beliau menjadi inspirasi kepada semua. Maa syaa Allah. Sangat beruntung kedua ibu bapanya. Sangat beruntung seluruh keluarganya. Moga Allah tempatkan rohnya bersama orang-orang yang dikasihi-Nya.

(kisah asy-Syaheed Ammar dinukilkan oleh Saiful Islam: Ammar: Antara Tadbir Insani dan Takdir Ilahi.)

"Kami menghantar anakanda kami ke bumi Al-Fateh bagi mempersiapkannya untuk umat. Rupa-rupanya Allah mempersiapkannya untuk-Nya." - mak cik Nur Azlina, Ibunda Ahmad Ammar Ahmad Azam
Ya Allah, tsabitkan hati-hati kami sampai ke Syurga. aameen...



Tahun 1435H bermula dengan baik, insyaaAllah walhamdulillah.

Benar, meletakkan keyakinan dan pengharapan yang penuh kepada Allah itu perlu dalam kehidupan seharian kita. Dengan syarat, kita mesti sentiasa berazam dan istiqamah untuk menjadi lebih baik. Syarat yang tampak mudah tetapi hakikatnya perlu usaha yang gigih. Sabar, deh. Mau jadi orang beriman perlu ada usaha kerana Allah sudah bilang, masakan boleh mengaku beriman kalau tidak diuji.


Ingat, orang beriman itu ialah orang yang ada Iman. Peringatan itu perlu supaya nanti tak ada orang cakap kat kita "I told you so!"

;)

29.10.13

Makin Jauh, Makin Dekat

Salam...

membaca semula entri-entri yang lama buat diri gelak sorang-sorang. Entri-entri yang panjang berjela, penuh deskripsi dan berjiwa. Berbanding dengan entri sekarang yang kadang-kadang hanya gambar semata.

mungkin sebab dulu duduk jauh, jadi hati dan fikiran ligat bermain dengan kata-kata.

mungkin sebab sekarang sudah dekat, kata-kata tidak lagi menjadi permainan utama.

Ok. sungguh rindu zaman itu.

apa perlu untuk berjauhan lagi? apakah berjauhan itu mampu membawa kembali ke zaman itu? apakah berjauhan itu perlu?

*****

Setiap perkara itu pasti ada sebabnya ia berlaku. Positif itu perlu. Bersangka baik itu juga perlu. Hidup ini memang rumit kalau asyik memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku. Tapi itulah hikmahnya Allah menjadikan masa depan itu satu rahsia. Supaya setiap perbuatan kita hanya bersandarkan kepada Dia semata-mata dan yakin bahawa natijahnya adalah yang terbaik. Apa yang kita mahu belum tentu baik untuk kita dan apa yang kita tidak mahu itu mungkin adalah keperluan buat kita. Jadi tak perlu fikir sangat tentang apa yang belum berlaku.

Kuncinya sekarang ialah kerja keras dan jalani kehidupan sebaiknya menuju Redha-Nya tidak kira di mana kita berada. Dia cuma mahu kita buat apa yang disuruh dan jauhi apa yang dilarang.

Berjauhan itu tidak seharusnya menjadikan kita lebih dekat kalau itu bukan Kehendak-Nya, kan? Apapun, buatlah yang terbaik.

Sentiasa perbaharui Niat, pegang Sabar dan Syukur erat-erat, jaga Disiplin dan tidak lekang berDoa moga kita lebih dekat dengan Dia.

Ok. nah belajar Senyum pulak. bagus untuk Hati dan Jiwa. :D


Ha..entri ni ada macam entri yang lama tak? ahaks..

nota: Cik Lilil cakap kalau nyanyi bunyi macam orang sedih. Nope. That's not true. ehehe

22.10.13

Sanah Hilwah, ya Fursoni!

Salam.

alhamdulillah..hari ni genap setahun umur kuda tunggangan modenku. 

Sanah Hilwah, ya Fursoni!

You've been good. I'm so proud of you. moga terus berjasa ya! 

-gambar hiasan ja ni. Fursoni pemalu. ahaks-

16.10.13

Ayuh Syukur!

Salam...

"Apa beza kau melihat kehidupan orang yang lebih baik daripada kau dengan orang yang melihat kehidupan kau yang lebih baik? Makanya ada Syukur. Kau, Mereka, Dia punyai jalan kehidupan tersendiri yang mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Usah membanding dan dibanding kerana yakinlah bahawa kau juga punyai jalan yang terbaik. Ayuh bersyukur!"


10.10.13

TURDA

Salam...

akan berada di atas awan lagi.


ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير

"Ya Allah Permudahkanlah Jangan Dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."

aameen...


mungkin ini misi permusafiran terakhir buat tahun ini. Tahun depan ada lagi. insyaaAllah. dengan izin-Nya. :)