29.6.10

Hai Hidup! Boleh berkenalan? :P

Salam semua...

Esok hari terakhir praktikal.
siang tadi sempat sembang dengan kawan-kawan praktikal tentang perjalanan hidup.
jika mau dianalogikan perjalanan hidup dengan jalan raya,
agak bersimpang siur jugak la jalan kehidupan ni.
banyak selekoh dan lencongan.
naik bukit,
turun bukit,
dan segala.

kalau mau dianalogikan dengan wayar elektrik pulak,
berselirat wayar jadinya.
ada yang bersimpul,
bertindih,
bermacam kaler ada..
merah, kuning, ungu, hijau, warna-warni..

"hehe.. itulah hidup."
kata saya pada seorang kawan.

hidup ni,
kita minta apa pun,
niat apa pun,
Dia mesti bagi.

tak kisah la niat yang baik ke tak,
mesti dapat. mesti.
tapi setiap permintaan pasti ada hasilnya.
semuanya bergantung kepada apa yang diminta.
bila difikirkan balik,
hanya satu permintaan yang sememangnya yang terbaik.
kalau minta ni, hasilnya memang yang terbaik.
hidup puas,
segalanya berbaloi.

jadi mau niatkan apa untuk hidup?
niatkanlah hidup ini untuk Dia.
pasti hidup 'kan jadi puas. pasti.

jadi, fikir-fikirlah sebelum kamu maukan sesuatu, niatkan sesuatu. dan mintalah juga jalan yang lurus (surah al-Faatihah, 1:6).

~Gambar ini di Putrajaya diambil di PICC~


"I've got mine. but I guess I need to change my nawaitu. need to ask lillahi ta'ala. so people, let's!"


jom layan Wani Ardy. macam best pulak. lagi-lagi lagu aneh ini. :P





nota hati: wahai kamu, cepat-cepatlah ok ye. saya tau kamu tak suka orang sibuk-sibuk. jadi, cepatlah ok. boleh ye? :)

25.6.10

Harap kamu tak bosan.. :)

Salam kamu...

Saya mau aja nyanyikan lagu 'Hold On' untuk kamu sampai kamu jadi lebih semangat, lagi gumbira. tapi saya yakin, kamu pasti takmo layan sebab suara saya tak sesedap David Choi. takpelah.. moga kamu terus tabah ya. ;)


Ya Allah, peganglah hatinya. aameen... (ok, saya jeles dengan kamu sekarang.. Ya Allah peganglah hatiku jua.. aameen...)





nota kaki: kalian boleh nonton lagunya di sini. ;)

19.6.10

Sensitip~

Salam...

'pabila hatimu terasa, pasti ada yang terima sahamnya. Jadi, jangan mudah terasa. Nanti tak pasal-pasal ada yang teraniaya. Erm.. Org putih kata, "what u give, u get back". ;)



hensem tak En. Mongu ni? :P





nota kaki: esok Hari Bapa.. eh.. Hari Bapa hari-hari la. :P

15.6.10

Orang selalu kata...

Salam semua...

orang selalunya kata..

lagi lama sakit tu, maksudnya banyaklah dosa kita..


tapi sebenarnya..

lagi lama sakit tu, lagi banyak pahala yang Tuhan nak bagi kat kita. sebab lamanya tempoh sakit tu untuk kita ingat kepada Tuhan dan lagi mendekatkan diri kita dengan Tuhan. Tuhan kan sayang kita.


pahala dan dosa tu, Tuhan yang bagi, kan?

sihat dan sakit itu pun Tuhan yang bagi, kan?



kan?

12.6.10

Mau jadi 'friendly' tak?

Salam semua...




Macam biasa, setiap bulan kita ada kempen adab. Bulan ni geng 1A1B mengajak kita untuk bertutur dengan gaya bahasa yang difahami pendengar.

Oleh itu, jika kamu seorang doktor, bertuturlah bukan dengan bahasa perubatan tetapi dengan bahasa yang pesakit kamu faham. Contoh la kalau ada sorang pak cik ni menghidap selesema, takkan kita nak cakap, "pak cik, pak cik kena influenza."? Berkerut dahi pak cik tu tak faham dia sakit apa. Tak pasal-pasal kena sakit jantung pulak kat situ. Tak ke naya.

Jika kamu seorang fasi dan anak-anak buah kamu budak sekolah darjah 6, bertuturlah dengan cara mereka. Rendahkan tahap pertuturan dan sesuaikan tahap pemikiran kita dengan mereka. Nanti mesej yang kita nak sampaikan kepada mereka insya-Allah akan jadi lebih mudah. Jadi, kenalah jadi macam budak-budak kejap. hehe..


hm..sendiri boleh faham kot tentang kempen adab minggu ni. kan? Pepatah Melayu kata, masuk kandang kambing, mengembek. Masuk reban ayam, berkokok. ek? Lebih kurang macam tu la kan. Jadinya, takkan nak masuk kandang kambing, mengaum. Habis lari lintang-pukang kambing-kambing tu.

Kesimpulannya, belajarlah gaya bahasa tempat yang kita pergi. Barulah kita senang jadi mesra alam (friendly) nanti. ;)

9.6.10

Janganlah kerana mendengar guruh berdentum di langit, air tempayan dicurahkan

Salam semua...

Sejak dua menjak ni, tazkirah Ayah mesti dikaitkan dengan pepatah Melayu. Ayah pun suka bagitau yang Melayu ni penuh adat dan adab. Bahasanya halus lagi berlapik. Adatnya penuh adab. Ayah cakap, walaupun adat ni ada yang Nabi tak buat, selagi tak langgar syariat, kita boleh buat insya-Allah. Nak menegur orang pun, orang Melayu berkias dalam teguran supaya orang tak terasa dengan teguran kita.


Petang tadi masa Ayah ambil saya di tempat praktikal, ada bunyi guruh.

Ayah: Bunyi apa tu?
Saya: Bunyi guruh, Ayah.

Ayah: Janganlah kerana mendengar guruh berdentum di langit, air tempayan dicurahkan. Tau tak apa maksudnya?
Saya: Em? ... (tak dapat nak bagi respon sebab tengah mamai..ngantuk..huhu)

Ayah: Agak-agak apa maksudnya?
Saya: erm.. tak tau..
Hati Saya: Ayah nak 'literally' atau 'metaphorically'? -_-"
(masa ni rasa macam zombi je. mata tahan ngantuk. otak pulak tak dapat nak proses apa-apa.)

Ayah: Kat sekolah dulu tak belajar ek?
Saya: ha? a ah... tak belajar semua..

Lepas tu Ayah pun jelaskan la maksud pepatah tu. Panjang jugak la. Nak tak nak saya kena la dengar jugak. (_ _ )"

Maksudnya lebih kurang macam ni, Ayah cakap kalau sudah ada kasih, tak perlu kita tinggalkan apa yang kita ada dan tagihkan kasih orang.

Ayah: Macam pepatah tu, orang dulu-dulu kat depan rumah ada tempayan. Buat basuh kaki sebab orang dulu tak pakai kasut bila jalan. Jadi bila hujan, perlu ke kita buang air tu?
Saya: Tak perlu la. Membazir.

Ayah: Ha.. tak perlu la tukar, kan? Orang ingat, alang-alang nak hujan tu, dicurahkan la air tempayan tu kononnya nak ganti dengan air yang baru. Walhal, air tu pun bersih jugak.
Saya: Oh... a ah. Ye la.. (masih termangu-mangu.. (-_-)")

Bila dah tak mamai sangat, otak pun memproses maklumat. Hati pun bagi respon.

Hati Saya: Dalam jugak maksud pepatah tu. Minta dijauhkan. Takmo la buang air tempayan bila guruh berdentum.



huhu



Terima kasih, Ayah. Maaf tak dapat fokus tadi. (_ _ )"





nota kaki: jumpa pautan menarik yang boleh tolong hilangkan stres. terima kasih ye, adik PT. eh bukan, terima kasih kepada anak sedara adik PT. klik sini. :P
nota kaki dua: saya sayang semua orang. -_-"

7.6.10

Sobr

salam..


sesungguhnya sabar itu memerlukan daya tahan yang sangat tinggi.
oleh sebab itu, hasilnya sabar itu tersangatlah manis.
jadi, sila jangan putus asa. sila pecahkan tembok ego itu. sila tahan emosi itu. jangan dibiar emosi kuasai diri. nanti hilang rasional kamu.

kalau rasa payah sangat, sila jauhkan diri daripada perkara itu.

dan yang paling penting, sila ingat Tuhan. pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku.


faham?





nota kaki: dia mau tongkat...

31.5.10

You call us terrorists?? Well, isn't it obvious now??

Salam semua...



Saya dapat tahu tentang misi ini ketika wakil mereka memberi penerangan di tempat praktikal saya awal bulan lepas. Balik dari praktikal tadi dapat tahu bahawa kapal mereka diserang. Boleh baca berita lanjut di sini.

Sebab inilah saya masih tekad memboikot barangan buatan Barat. Lebih-lebih lagi yang menyumbang untuk Zionis. Susah-susah kita dapat duit, lepas tu kita belanjakan untuk mereka pulak. Tak untung tu. Depa yang untung buat beli peluru, mesin gan, bom, dan senapang. Memang la depa bagi peluang pekerjaan, Malaysia dah beli syarikat, dan sebagainya..tapi itukan masih produk keluaran Barat. Kita ni pun boleh buat barang-barang ni juga, kan? Kata nak negara maju. Tapi ikut kalian la setakat yang mampu. Saya boikot ni pun sebab ini je yang saya paling mampu buat selain derma dan do'a. Walaupun derma dan do'a jarang-jarang buat tapi sekurang-kurangnya ada buat.

Tiba-tiba tadi dapat idea - mau aja suruh pembekal barangan buatan Barat dan juga pengusaha restoran makanan segera Barat letak poster 'boikot Israel!'. Macam kerajaan arah letak poster penyakit pada kotak rokok. Macam tu la yang saya cadangkan. Cuma posternya lagi besar la. Biar orang nampak. Biar orang tahu. Biar orang selalu beringat.

Agak marah la jugak sebenarnya tadi. Kita datang nak beri bantuan, tapi tak pasal-pasal kena tembak. Tak ke kejam namanya tu?? Senang-senang je panggil kita pengganas, tapi tengok la siapa yang serang grup kemanusiaan ni. Siapa? Siapa??




Tengah-tengah marah, masa azan 'Isyak kat kawasan rumah tadi ada pulak yang tengah melalak berkaraoke. Kuat pulak tu. Nak lawan azan ke apa?? Kalau ada senapang kat tangan, mau aje tembak 40 das tembakan. Pergh~~

30.5.10

Sokongan itu penting

Salam...


tanpa akar, pokok tumbang
tanpa kaki, kita tempang
tanpa tiang, rumah roboh
tanpa arah, jalan sesat
tanpa pegangan, hidup tiada tujuan

dan

tanpa sokongan, hidup tertekan, suka duka dipendam sendirian...





wahai sahabat, saya rindu.. @_@

29.5.10

Hidup di Dunia hanya sekali

Salam...


"Awak ambil balik sampel ni, basuh dulu bagi hilang bau formalin. Lepas tu letak atas kain putih dan beri kepada keluarganya. Takkan nak bagi dalam bekas ni pulak, kan? Sedih maknya tengok nanti..." kata staf makmal histologi kepada seorang jururawat.



Agak-agak itu sampel apa?



Itu sampel janin.

Dihantar ke makmal dalam satu bekas plastik.
Saya agak ia dalam usia 11 minggu sebab sudah cukup sifat - punya tangan, kaki, mata, hidung, dan mulut. Kepalanya pun sudah terbentuk dengan sempurna.

Tak tau la plak cerita sebenar kes ni tapi kalian sedih tak?
Kasihan tak?
Atau takda perasaan?



*******




Wahai kawan, ketahuilah bahawa hidup di Dunia hanya sekali. Kita boleh buat apa yang kita nak. Serius, Allah bagi kita buat semua. Tapi Allah pesan, setiap perlakuan kita ada balasannya. Buat baik dibalas dengan kebaikan. Buat perkara tak baik dibalas dengan perkara yang sama.

Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari. Terlajak perahu boleh patah balik. Tapi terlajak perbuatan, mana mungkin masa yang lalu dikembalikan.

Bertaubatlah. Allah Maha Pengampun mengampuni dosa-dosa hamba-hamba-Nya selagi mana Dia tidak diduakan. Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang juga menerima taubat hamba-hamba-Nya. Dan yang penting, jangan kalian putus asa untuk teruskan hidup. Percayalah, masih ada yang sayang. Masih ada yang mengambil berat. Percayalah!



Allah sayang kamu.



Percayalah!





nota kaki: hidup di Dunia hanya sekali. tapi hidupnya kita dua kali dan mati sekali. ;)