Salam Juma'at!
Jujurnya, saya bukanlah orang yang minat dengan politik. sekadar ambil tahu apa yang perlu sahaja. sekadar kenal dengan mereka yang terlibat dengan politik. sekadar itu. tidak cenderung kepada mana-mana parti. yang mana baik, ikutlah. yang mana tidak baik, buang jauh-jauh. sekadar itu.
PRU13 ni lain sikit. auranya menyebabkan saya cakna dengan isu politik semasa.
PRU13 memberi saya peluang untuk mengundi buat kali pertama. teruja? ada la sikit. mujur ada pengalaman mengundi semasa pilihanraya kampus dulu. jadi takda la teruja sangat.
PRU13 ni juga memberi saya peluang untuk turun ke padang. ada ke cerok kampung. ada ke kawasan pekan. ternyata, sungguh berbeza aura politik di bandar dan luar bandar. tidak dinafikan, persaingan antara 2 parti adalah sengit.
berdasarkan pemerhatian saya, dari segi kempen, untungnya orang-orang bandar kerana punyai sumber berita yang pelbagai. ada Facebook pun dah kira cukup baik. tak perlukan TV dan radio dan surat khabar untuk mendapatkan maklumat berkenaan 2 parti ini.
tetapi lain pula di kampung. saya kasihan dengan penduduk kampung yang punyai sumber berita yang terhad. hanya ada TV, radio, surat khabar, dan bendera yang secara terangnya bersifat bias, tidak adil sebab hanya memaparkan 1 parti. tidak adil sebab mereka tidak diberi peluang untuk membuat penilaian secara keseluruhan.
rata-rata orang kampung hidup susah walhal mereka berhak untuk hidup lebih senang. saya kasihan melihat mereka yang ditindas dan lagi kasihan pada mereka yang tidak sedar yang mereka ditindas.
kasihan juga melihat mereka yang percaya kepada momokan fitnah. kasihan kepada mereka yang melihat untung itu ialah material. mahu undi kerana wang. mahu undi kerana untung material. kerana apa begini? kerana tiada kesedaran dan tidak disedarkan.
kasihan je pun tak guna kan? kalaulah anda dapat lihat apa yang saya lihat.
jadi, saya berharap sangat untuk semua turun mengundi. setiap undian kita itu ada nilainya dalam menentukan siapa pemimpin kita nanti. apapun keputusan pada 5 Mei ni, moga itu yang terbaik. takde gaduh-gaduh adik-beradik, jiran-jiran. PRU ni 5 tahun sekali je. habis tahun ni, tunggu lagi 5 tahun untuk mengundi.
sahabat, kalau dah rasa senang sangat dengan hidup sekarang, bagi peluang kat orang lain yang hidup susah untuk rasa senang jugak. bagi orang lain peluang untuk rasa yang mereka ada hak untuk hidup lebih senang daripada sekarang.
sahabat, kalau dah rasa hidup kita aman dan stabil, bagilah peluang kat orang lain untuk rasa aman jugak.
sahabat, kalau dah rasa kita dah belajar tinggi-tinggi, bagi peluang kat adik-adik kita yang takda duit ni, sambung pelajaran ke menara gading jugak.
we want a better nation, kan? bila lagi nak Ubah kalau bukan sekarang.
Jom pakat turun mengundi dan do'akan yang terbaik! :)
#sokongintegriti #sokongpolitikbersih #inikalilah