28.3.12

Magnet

Salam semua...


Magnet
ada kutub utara 
ada kutub selatan

kutub utara bertemu kutub selatan
bila didekat, melekat

kutub utara bertemu kutub utara
bila didekat, mengelat
tetapi secara kimiawinya
bila digabungkan
akan menambah kuasa kemagnetan kutub tersebut

pernah terfikir
apakah perhubungan itu umpama magnet?
tak kisah perhubungan apa pun
persahabatan ka, in a relationship ka, kerja ka..

aku kutub utara
kau kutub selatan
makin dekat
makin rapat
sukar dipisahkan

ataupun

aku kutub utara
dan kau juga kutub utara
sukar untuk mendekat
tetapi bila digabungkan tenaga
dapat membuahkan hasil yang hebat

heh..manakan sama perhubungan dengan magnet
ada kala kau kutub utara
ada kala kau kutub selatan

saya ambil gambar dari sini

heh.. sepertinya jigsaw puzzle. setiap manusia itu emangnya dijadikan unik. ndak sama perangainya antara satu dengan yang lain. syukur deh kerna kau dilahirkan sebagai manusia. bukan robot. bukan haiwan. alhamdulillah~

14.3.12

Misi Jejak Patani 2012

Salam semua...



insyaAllah saya akan mengikuti grup pelajar ke Patani pada 15-21 April ini. Seramai 20 orang yang akan mengikuti misi ini.

Misi ini akan dibuat secara berkala mulai April ini di sebuah rumah anak yatim di daerah Nad Tanjung, Patani. Antara aktiviti misi ini ialah:
1) mengajar bahasa Inggeris dan komputer kepada anak-anak yatim
2) membuat kajian sejarah, sosio budaya di kawasan setempat
3) pemetaan komuniti
4) ziarah mahasiswa di universiti tempatan
5) melawat tapak tinggalan sejarah

Sekarang ini kami dalam usaha mencari dana untuk membiayai misi kami. Jumlah peruntukan yang diperlukan ialah sebanyak RM 12,300.00. Sumbangan boleh disalurkan terus ke nombor akaun yang tertera di poster. Sumbangan berbentuk material juga amat dialu-alukan.

sebarang pertanyaan dan info lanjut, boleh hubungi saya melalui PM Facebook Hawa Mas Azmar Ahmad.

doakan agar misi ini berjalan dengan lancar dan diberkati Allah ya. Jazakumullahu khoiran katheeran. :)




nota: bos, boleh tak saya nak stay seminggu lagi kat Patani lepas program? boleh tak? boleh tak? ehehe

2.3.12

H.I.D.U.P.

Salam...



jika dulu kau merasa pelik dengan keluhan orang
jangan kau pelik dengan keluhan kau sekarang.

jika dulu kau merasa aneh dengan ragam orang
jangan kau merasa aneh dengan ragam kau sekarang.

jika dulu kau canggung dengan orang yang merintih
jangan kau canggung dengan rintihan kau sekarang.

jika dulu kau boleh selesa dengan hidup
jangan fikir kau boleh hidup selesa sekarang.


H.I.D.U.P.
walau susah mana pun
perlu diteruskan
selagi nyawa dikandung badan

H.I.D.U.P.
walau serabut mana pun
kau kena ada tujuan
supaya mati dalam iman

H.I.D.U.P.
walau tertekan macam mana pun
kau kena sabar dan tabah
supaya iman bertambah



saya sayang Allah~
terima kasih, Allah~

Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.’

(QS. ali 'Imran : 139)

nota: syukur sangat-sangat dapat jumpa bermacam ragam jenis orang. walaupun kadang-kadang terdetik benci pada sikap, tapi kita kan manusia? tak mustahil ada orang yang benci dengan sikap kita jugak. kalau pada orang lain kita nampak cela, tak mustahil kita pun ada cela tu. apapun, Hati kena kuat. sebab Hati cerminan diri.