30.12.11

Selamat 2012

Salam...

yok semua!






moga tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. moga tahun depan lebih baik daripada tahun ini. 
aameen.

29.12.11

Masa Yang Paling Sesuai Untuk Bersedekah

Salam semua...

Sambil menunggu bas Metro sampai, saya dan seorang kawan bersembang dengan seorang mak cik perihal durian. Kebetulan ada gerai menjual durian longgok berdekatan dengan tempat tunggu bas. Sambil bersembang, saya menyeluk tangan ke dalam beg untuk mencari syiling buat belanja tambang. Seringgit je pun. Dan waktu itu, syiling je yang ada di tangan.

Tiba-tiba, datang seorang wanita 40-an. Elok berjubah dan bertudung hitam membimbit beg tangan. Dari raut wajahnya serta tindikan subang di hidungnya, saya kira beliau berbangsa punjabi. Beliau memberi salam dan bertutur dalam bahasa yang saya kurang faham. Mulanya kami fikir beliau mahu menjual barang. Apabila dihulurkan tangannya, baru kami faham.

Terkiai-kiai saya mencari syiling dalam beg. Nak bagi, takut tak cukup buat tambang. Cari punya cari, jumpa juga syilingnya. Mujur cukup syiling untuk tambang. Lebihannya saya beri kepada wanita tersebut. 
Selepas itu, wanita tersebut berjalan menuju ke gerai durian untuk meneruskan pencarian.



"Masa terbaik untuk bersedekah: sihat, ada duit, dan mempunyai rasa bakhil."

Kesimpulan cerita di atas (selepas tengok video ni), saya harap pemberian saya kepada wanita tersebut ikhlas. err..aameen..

eheh..

26.12.11

Do'a dan Harapan

Salam...

Allah pesan jangan berhenti berdo'a. jangan berputus asa dan jangan jemu untuk berdo'a. tak kisah la kalau tiap-tiap hari asyik do'a yang sama asalkan tak jemu berdo'a.

 "Ya Allah, moga aku tak jemu berdo'a. aameen.."


tapi kalau putus asa/harapan dengan manusia boleh tak? boleh, kan? sebab manusia bukan tempat bagi harapan. kan?

20.12.11

Ucaplah Bismillah

Salam...



mulakan dengan nama Allah.

moga bertambah sayang kita kepada Sang Pencipta. :)

8.12.11

Jawapan Katak

Salam semua...

berbalik kepada entri lepas.

soalannya: "banyak-banyak katak, katak apa yang boleh lompat lebih tinggi daripada KLCC?"

jawapannya: semua jenis katak.  (hint: KLCC boleh lompat tak? :P)

kesimpulannya: kadang-kadang kita perlu berfikir di luar tampuk kebiasaan kita. ;)


"Aurat bukan sekadar fizikal; yang tampak di mata. tetapi percakapan dan perbuatan hatta hati juga adalah aurat"

Salam semua...

Aurat bukan sekadar fizikal; yang tampak di mata. tetapi percakapan n perbuatan hatta hati juga adalah aurat. ~ampun Ya Robbi..~

Nota: Petikan di atas saya ambil daripada kata-kata kak Irma Hasmie dalam rancangan WHI. saya menambah perihal hati dalam petikan tersebut.

aurat. bukan sahaja untuk ditutup dengan pakaian dan tudung bagi perempuan. tetapi aurat juga untuk dijaga. jaga yang macam mana?


Teori

aurat fizikal: wajib untuk menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan bagi perempuan. wajib tutup itu bukan untuk menutup daripada menampakkan kulit semata-mata tetapi menutupnya dengan berpakaian seperti yang disunnahkan Rasulullah. ini yang dimaksudkan dengan menjaga aurat. Contoh seperti bertudung, berpakaian longgar dan beberapa lagi panduan dalam berpakaian. (kalian boleh baca kat Wiki untuk definisi aurat dan panduan berpakaian)

aurat percakapan: bukan bererti menutup mulut dan diam daripada berkata apa-apa. tetapi membawa maksud menjaga setiap tutur kata, tidak menyakiti, tidak mencarut, dan menggunakan perkataan yang baik dan positif.

aurat perbuatan: bukan bererti tidak berbuat apa-apa. tetapi bererti menjaga perbuatan daripada membuat perkara-perkara yang dilarang sama ada yang dilihat atau tersembunyi. aurat hati: bukan bererti menutup hati sampai jadi hati batu atau hati keras atau kata modennya "hati robot". tetapi bererti menjaga hati daripada lintasan jahat, dengki, buruk sangka dan perkara negatif yang lain. memelihara hati daripada tergoda dengan bisikan syaitan, memperbanyak 'amalan yang mendekatkan diri kita dengan Sang Pencipta seperti berzikir, membaca al-Quran selain menjaga 'amalan fardhu 'ain. aurat hati ini yang kita jaga dengan Iman kita.

Praktikal

secara jujurnya, entri ini menempelak diri sendiri. tujuan menulis untuk berkongsi selepas ada seorang sahabat bertanyakan maksud petikan ini setelah saya poskan sebagai status di FB. agak berat tetapi saya menulis juga dengan harapan dapat memberi pengisian kepada mereka yang membaca.

secara jujurnya, saya bukan seorang yang sempurna dalam memelihara aurat-aurat di atas. luaran dan fizikalnya, saya mungkin memenuhi kriteria menutup aurat seperti yang dipandukan. iya..mungkin. insyaAllah. moga Allah terima usaha ini dan moga terus istiqamah sampai mati. aameen..

luarannya, mungkin orang akan nampak baik, 'alim', 'islamik'. tapi dalamannya belum tentu. iya..belum tentu. memang benar pepatah inggeris itu, "don't judge a book by it's cover."

...

kesimpulannya kat sini, semua perkara itu datang dari hati. itu pentingnya menjaga aurat hati. jaga hati, maka terpeliharalah perbuatan dan percakapan daripada perkara-perkara yang dilarang. bagaimana mahu menjaga hati? dengan perbaiki Iman. bersyukurlah kita dengan adanya Iman walau seciput mana pun. bersyukurlah dengan adanya Yang Maha Penyayang dan Yang Maha Pengampun. walau buruk mana pun perilaku, bersyukurlah adanya DIA. DIA yang Sayang kita dan Ampunkan kita. DIA yang buat kita bangun semula dari leka. DIA yang bagi peluang kepada kita untuk perbaiki diri. bersyukurlah adanya DIA. bersyukurlah... ALHAMDULILLAH~

...

serius..saya bukan seorang yang baik. tapi saya nak jadi orang baik. Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini agar senantiasa menjaga auratnya di mana-mana. moga dijauhkan daripada fitnah dan disembunyikan aibnya sampai mati..aameen.. (wahai Diri, kau pun jaga diri. tau!)

"mau kenal orang, kenal hatinya dulu. kalau tak kenal, usah bicara soal baik buruknya. ngerti?"

2.12.11

Katak

Salam semua.. :)



awal minggu lalu saya ke satu simposium di Pusat Belia Antarabangsa (IYC). Di situ saya telah bertemu dengan dengan sukarelawan-sukarelawan tempatan serta antarabangsa.

Pada satu ketika, datang seorang figura yang bernama Prof. Dr. Amir Hamzah, felo di pusat tersebut. beliau memberi satu teka-teki mudah. cuba jawab teka-teki ni:

"banyak-banyak katak, katak apa yang boleh lompat lebih tinggi daripada KLCC?" - Prof. Dr. Amir Hamzah, fellow IYC. 


cuba teka katak apa.. kalau dapat teka betul, saya akan update blog ni selalu. :P



nota: dalam tempoh penyesuaian diri. ada kemungkinan blog ini akan hidup semula tapi dalam bentuk ringkas dalam permulaan. doakan saya. :)
nota dua: entah kenapa tajuk 'Katak' yang dipilih.. eheh..

22.11.11

26121432

salam...


dalam kesusahan 
Jiwa kehancuran
Diri kesempitan

time-time ni la baru nak cari Tuhan...itulah manusia. bukan Nabi, bukan malaikat tapi makhluk yang bernama manusia. 

*****

Hati: kau tahu mana letaknya Hati?
Diri: mana?
Hati: di sini.. (meletak jari telunjuk di dada kiri)
        kau belum mati rasa. sabar k. jangan putus berdoa.
        dan yakinlah dalam berdoa. tau!
Diri: baik!

*****

"kalau kau tahu indahnya erti ukhuwwah, kau akan memilih jalanku.
kalau kau tahu ada bahagia di hujung cerita, kau akan bersamaku." 

10.11.11

15121432

salam semua...

hari ni hari terakhir praktikal.
dan hari ni hari bertuah saya membuka semula blog ini.

sambil memikirkan isi entri yang mahu ditaip..
saya membaca entri-entri yang lepas...

Hati bermonolog, "beb, itu aku..dulu..."

lalu membalas, "sekarang kau macam mana?"

jawab Hati, "..."


6.8.11

06091432

Salam semua..

hari ni hari ke-6 Ramadhan. macam mana puasa setakat ni? ada rasa best? rasa biasa? luar biasa? tepuk dada tanya diri, tanya iman.

dah 3 bulan ke kelas dan sekarang cuti seminggu. cuti ni duduk rumah je. dan saya baru perasan, saya tak boleh duduk rumah.. pelik tapi benar. kenapa? mungkin sebab dah biasa duduk kat luar, dah biasa duduk sendiri, dah biasa buat kerja sorang-sorang..dan bila duduk rumah - kena kongsi bilik, buat kerja rumah, kena buat ini, kena buat itu.. mungkin saya perlukan masa untuk sesuaikan diri agaknya.. (jadi Diri, bersabar ye..belajar untuk cepat sesuaikan diri dengan keadaan semasa.)

duduk rumah seminggu je. minggu depan dah mula praktikal. nerbes..nerbes..

saya belum beritahu kan ke mana saya menghilang 3 bulan yang lepas? saya menghadiri kursus - kursus Eksekutif Halal. secara amnya, kursus ni untuk melatih peserta kursus untuk menjadi Eksekutif Halal yang boleh membantu memberi panduan dan bimbingan kepada pembekal/pengedar dalam menyediakan servis/proses pembuatan produk yang halal dari seluruh aspek. insyaAllah.

walaupun kursus ni seperti tidak banyak kaitannya dengan bidang yang saya pelajari di kampus dulu (bidang sains ke bidang industri), saya kira saya harus gunakan peluang ni sehabis baik. banyak yang saya belajar perkara berkenaan dengan halal dari sudut syariah dan juga teknikal. kursus ni berlangsung selama 6 bulan - 3 bulan kelas teori dan 3 bulan praktikal. di akhir kelas teori, kami diberi tugasan untuk mengadakan Kempen Kesedaran Halal. video di bawah sedikit sebanyak menggambarkan suasana sepanjang kempen tersebut.



habis kempen, kami perlu menduduki peperiksaan bertulis dan membuat pembentangan. sangat nerbes..

apapun, syukur alhamdulillah kami dapat melalui detik-detik nerbes ni dengan jayanya.

geng HEP UIAM :)

terasa rindu pulak dengan sahabat-sahabat sekelas. dah 3 bulan bersama - dah kenal, kerja bersama - dan sekarang masing-masing akan mula bertugas di tempat praktikal. kursus ini mungkin sekadar kursus tetapi input yang telah diberikan saya kira sangat mahal dan tak ternilai dan akan jadi tanggungjawab kami untuk membantu menyebarkan apa yang telah kami pelajari. yang pasti, ilmu yang kami dapat ni bukan untuk kami je, tapi untuk semua orang. "Demi ummah" - bak kata trainer-trainer kami.

*****

haip. alang-alang tengah puasa ni, saya pasti ramai yang ke bazaar untuk beli juadah berbuka. jadi, pandai-pandailah memilih, beli yang perlu, bukan beli yang mahu. takut tak habis pulak. makan secukupnya agar senang untuk kita sambung beribadah lepas berbuka. Sahabat sekalian, bersyukurlah kita dapat merasai nikmat Ramadhan tahun ni. banyak sungguh ganjaran yang boleh kita dapat sepanjang bulan mulia ni. jadi berlumba-lumbalah dalam beribadah - solat sunat, sedekah, mengaji, kerja..banyak lagi.. mana perbuatan yang kurang berfaedah tu, kurang-kurangkanlah. (chaiyok!)

haip, bersyukurlah sesyukur-syukurnya sepanjang keberadaan kita di bulan yang penuh barakah ni. ALHAMDULILLAH...

haip.. kita ada lagi 3 minggu lagi untuk banyakkan amalan. haip, chaiyok2! Yosh!!


nota: dalam mengejar kebaikan, ingat dalam diri yang syaitan sudah diikat, yang tinggal adalah nafsu sendiri. ayuh cermin diri, cermin hati. kita muhasabah dan berazam untuk menjadi lebih baik daripada dulu. Allahu akbar!

5.7.11

Nur

Salam semua...

Petang Jumaat lepas, trainer berkongsi cerita dengan kami sekelas. Berkongsi kisah Israk Mikraj dan Dajjal.

Beliau bertanya kepada kami, "peristiwa Israk Mikraj itu logik tak?"

Beliau bertanya lagi, "selepas Nabi wafat, umat Islam jadi huru-hara. Kenapa?"

Untuk soalan pertama, saya jawab tak logik tapi kita perlu mengimani peristiwa tersebut.

Untuk soalan kedua, saya akan kata sebab umat Islam tidak ada rujukan yang kukuh...tapi ramai je sahabat yang ilmunya boleh digunakan untuk panduan dan rujukan..

"aduh..pening kepala.."

Trainer kami senyum penuh makna. :)

Beliau bertanya lagi, "apa beza orang Kristian pergi ke gereja setiap Ahad untuk upacara ritual dengan orang Islam sekarang yang pergi ke masjid tiap-tiap hari untuk solat?"

Jawapan beliau, "Tiada beza. Apa yang kita buat ni pun ritual. Kita sebenarnya sudah jauh daripada Rasulullah. dan kita selalu fikir yang kita ni dekat dengan Allah."

Semua terdiam..

*****

kesimpulan ringkas yang saya dapat daripada perkongsian beliau:
Nabi Muhammad merupakan Nur (cahaya). Cahaya di atas cahaya. Nur baginda sangat kuat sehinggakan pengaruh kuasa jahat susah nak tembus. Tapi apabila baginda wafat, Nur itu mula kelam. Kacau-bilaunya umat Islam kerana wujudnya pengaruh kuasa jahat yang berjaya menembusi orang sekeliling. Hasad dengki, gila kuasa, fitnah, dan sebagainya muncul. Dan keadaan itu berpanjangan sampai sekarang dan makin lama makin kuat pengaruh kuasa jahat ini.

Jadi, macam mana kita nak maintain Nur tu? Macam mana kita nak hindar diri kita daripada pengaruh kuasa jahat ni?

Ok. Apa yang akan kita buat untuk tunjukkan kita kasih dan sayang kepada seseorang? we'll do anything, kan? untuk tunjukkan cinta kita kepada Muhammad bukan sekadar mengamal sunnahnya - dari segi pemakaian kita, cara kita makan dan sebagainya. tapi lebih dari itu. kita kena menghayati dan menjiwai. kita perlu ada Nur itu dalam diri kita. apa yang kita buat ni mesti datang dari hati. nak sayang orang, mesti dari hati. dengan bagi bunga, buat dia hepi..kalau bukan dari hati, tak sampai sayang tu sebab tak ikhlas.. (ye ke? haha) berbalik pada Nur tadi, untuk maintain Nur, kita kena hayati dan jiwai.

Macam mana nak hindar diri daripada pengaruh kuasa jahat? dengan Nur ni jugak la dapat menghindarkan kita. amalkan doa agar dijauhkan daripada sifat-sifat mazmumah (tidak baik). jaga diri. jaga hati. jaga 'amal.

itu secara ringkas. nak lebih dalam, teruskan pencarian kalian. ok? :)



Hidup ni singkat. Kiamat makin dekat. moga setiap perlakuan kita, membantu kita di akhirat kelak.





wahai Diri, rajinkan memberi, kurangkan menerima. Yosh!


nota: berkaitan persoalan logik, harap link ni membantu kalian untuk memahami.

28.6.11

Syukur Tanam Positif dalam Diri

Salam semua..

meh nak kongsikan antara pengisian yang saya dapat semasa ke program kursus asas sukarelawan pada sabtu dan ahad yang lepas. moga beri manfaat. :)



*audio mungkin tak berapa jelas tapi kawan-kawan cuba fokus dan dengar betul-betul dekat apa yang En. Azam (speaker) tu sampaikan ek.*

ucaplah seikhlas hati:
"alhamdulillah. terima kasih, ya Allah."
dan senyum. :)


bersyukurlah selalu dalam setiap keadaan. walau suka atau duka. segalanya datang daripada Allah. bersyukurlah. kelak diri jadi tenang dan positif. bersangka baiklah kepada Allah. ok? :)

24.6.11

Monolog: Pilihan itu ujian. Memilih itu cabaran.

Salam..

"pilihan itu ujian Allah kepada hamba-hamba-Nya. memilih itu cabarannya. setiap perkara itu ada ketentuan-Nya. moga pilihan kita adalah pilihan-Nya dan yakinlah setiap perkara yang berlaku itu adalah yang terbaik daripada-Nya."


wahai Diri, saya tahu kamu dah penat mendengarkan benda yang sama.. tapi saya nak ulang dan ulang lagi.. BERSABARLAH. ok?

ingat lagu ni tak?

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalan nan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu, para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang menatap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba



sabar itu kan indah? dan Allah sayang akan hamba-Nya yang bersabar. jalan yang kamu pilih ini mungkin tak ramai yang pilih..dan mungkin juga tak ramai yang dapat peluang macam kamu. ingat, pilihan kamu ni bukan untuk kamu manfaatkan sorang je. tapi bermanfaat juga untuk keluarga dan orang sekeliling. jangan khuatir, Allah akan tolong kamu dengan syarat kamu mesti yakin. tahu?





Allah Sayang kamu. saya sayang kamu. ok Diri? :)

22.6.11

Monolog Bebas

Salam...



bagai belon udara di awanan
bebas bergerak ditiup angin
ada kala dikawal udaranya
tapi tetap masih bebas di awanan


*bayangkan..konon-konon di puncak Broga sambil melihat langit biru yang indah.. :P*

walaupun sudah habis degree tunggu nak konvo je, adakah bermakna saya sudah bebas?
bebas daripada apa?
belajar kah?
esaimen kah?
peperiksaan kah?
FYP kah?

bebas daripada tanggungjawab sebagai pelajar.. bebas kah?

walaupun umur sudah lebih 18, adakah bermakna saya sudah bebas?
bebas daripada kekangan ibu bapa?
bebas membeli minuman mabuk?
bebas ke kelab malam?
bebas ke mana-mana?
bebas daripada kekangan siapa-siapa?
(bagai budaya budak Barat pulak.. bukan sahaja budaya, tapi undang-undangnya membenarkan mereka bebas.)

adakah saya sudah bebas? bebaskah saya? *dahi berkerut penuh emosi*



belum la der..*sambil menepuk bahu lalu melihat semula langit biru dihiasi awan-awan halus*

walaupun kamu dah habis degree tinggal nak konvo je..walaupun umur kamu sudah lebih 18.. kamu masih seorang hamba kepada Tuhan Yang Maha Esa. kamu masih seorang staf kepada Big Boss. kalau dulu kerja kamu di sekolah, hanya belajar semata-mata. belajar, buat latihan, kumpul kemahiran dan segala. kali ni, Big Boss nak kamu tukar suasana lak. *wink*


tukar suasana?? macam mana tu?? *ekspresi penuh tanda tanya*


tukar suasana la..asyik dok Kuantan je.. kali ni dok Gombak lak. tak pun gi tempat lain selain Kuantan tu. *sambil memetik lalu bermain dengan lalang Broga*


tapi..saya suka Kuantan..ada pantai..kawan pun ramai. tak macam Gombak. sesak. kereta banyak. nak tengok Bulan pun susah. duit belanja lak laju je keluar. *sambil membaling anak batu*


haish..bahaya tu. kamu dah masuk zon selesa. cuba la keluar daripada kepompong. nak jadi rama-rama tak?


nak..rama-rama cantik.. tapi..nak jadi rama-rama kena pandai terbang..sayap rama-rama halus, mudah koyak..macam mana nak jaga?


haa...itu yang kita belum tau. Big Boss kan penuh misteri. penuh dengan surprise-Nya yang tersendiri. sekarang ni, nak jadi rama-rama, kamu kena la bersedia. boleh? *ekspresi penuh meyakinkan*


baiklah. boleh insyaAllah.. *sambil senyum redha*




mau bebas? bukan sekarang. tapi nanti. di dunia lain. ok? ;)



redha.sabar.yakin.go with the flow.





nota Diri: everything's gonna be OK. trust me. ;)

14.6.11

Monolog Benci

Salam semua..

ini status FB saya pada sabtu yang lepas:


kalau kamu benci orang, cuba kamu duduk sekali dengan dia.. makan sama, keluar sama, tengok apa dia buat. cuba kenal dia. lepas tu cakap kat diri, "dia pun manusia macam kamu. kamu pun manusia macam dia. semua orang buat silap termasuk kamu." - learn from people. learn to forgive.


saya belajar daripada pengalaman. saya setuju dengan penyataan di atas. dan saya rasa memang praktikal.

cumanya...

melaksanakan tak semudah menyatakan. penyataan di atas mungkin kurang sesuai untuk situasi tertentu.

sepupu saya pernah cakap, "don't use 'hate'. it's harsh."

baiklah. saya luahkan tapi saya betulkan ayat saya. --> saya tak benci suka kamu. tapi saya benci kurang gemar dengan sikap kamu. saya benci tak suka perasaan benci kurang gemar itu. maafkan saya. saya tak berhak membenci sebab saya pun ada kekurangan juga. tapi..saya pun ada perasaan..saya pun manusia.. :(


tu la, Mongu.. syok sangat dok rumah sampai tak ingat orang kat sini. tunggu saya balik..siap awak saya kerjakan.. :(

Teddy dan Mongu (yang ungu tu..)


maafkan saya. :(

5.6.11

Ku harap ku masih percaya

Salam semua..

maaf la.. semenjak dua menjak ni, jarang dapat pos entri baru. saya sibuk menguruskan diri..dengan kata lain sibuk dengan kerja semasa. bukan kuruskan diri ye..makin berisi ada la.. huhu

kalau entri lepas saya kongsikan gambar, kali ni saya nak kongsikan video lak.





"Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya"


Perjalanan hidup samar. perancangannya belum pasti. tapi saya perlu yakin. Allah ada bersama.

"Kamu kena terus percaya! Terus yakin!"

Doakan saya ye. Yosh!

29.5.11

Masa Bermain

Salam...


masa sekolah: masa untuk bermain
habis sekolah: pun masa untuk bermain..advance punye level
;)




nota: main = kerja
nota.dua: ni kisah saya dan kawan-kawan ketika berada di Selatan Thai. klik sini. semoga beri manfaat. :)

4.5.11

งาม (indah)

Salam semua..

terasa lama benar tak pos entri baru di sini. rasanya sejak bentang FYP hari tu. tentang FYP, alhamdulillah pembentangan berjalan dengan lancar. ada la nerbes sikit (banyak sebenarnya) masa bentang. mujur masa sesi soaljawab dapat jawab. alhamdulillah. :)

habis bentang, saya dan rakan sekelas sambut 'kemerdekaan' kami dengan bergambar beramai-ramai dan makan malam di keesokan harinya. seronok~ habis makan-makan semua, kami tangkap gambar lagi dan saling bersalaman. seorang sahabat saya yang berasal dari Sri Lanka, salam lalu peluk saya. "all the best to you. when are you going back? maybe we can go out later on, insyaAllah," katanya. saya sepicheles, tersentak sebentar. "is this it? is this the end?" fikir saya. saya sepicheles sebab sudah 4 tahun bersama dan hari itu mungkin hari terakhir kami berjumpa. saya jadi sedih..~ tapi terus pujuk hati..setiap perkara yang berlaku, ada hikmah-Nya. jadi ada hikmah di sebalik pertemuan dan segala yang berlaku akan datang. jadi kita ni kena la redha kan? kita redha dan sabar. insyaAllah.

oleh itu, jalanilah hari-hari kita dengan niat lillahi ta'ala, hidup ini kerana Allah semata-mata. insyaAllah, hari-hari kita menjadi indah kerana-Nya. :)





nota: baru-baru ni saya berada di Selatan Thai selama satu minggu. insyaAllah, akan saya kongsikan pengalaman saya di masa akan datang. ;)

nota.dua: alhamdulillah, slot 'Buku di Tangan' diwujudkan semula. selamat membaca deh! ^_^

15.4.11

dia takut...

Salam Juma'at semua. yok, tambah bekalan akhirat dengan amalan-amalan sunat. ;)


sambung kisah kongsi cerita di entri lepas. satu persoalan diajukan di akhir perkongsian mengenai hantu dan tuhan. (aneh kan ejaan kedua-dua perkataan ni..jika diterbalik-balikkan, alih-alih perkataan itu juga jadinya..)

persoalannya:
(1) ada beza tak takut hantu dengan takut tuhan?
(2) kalau ada, apa bezanya?


satu persoalan yang buat saya tertarik untuk mengetahui jawapannya. berdasarkan pemerhatian dan pemahaman saya. ini jawapan saya:

(1) ada.
(2) bezanya seperti di bawah:

(i) hantu itu makhluk Allah manakala Allah, Sang Pencipta makhluk. hm..bila fikir balik, mana lagi superior?

(ii) takut kepada hantu, takutnya sampai kita tak boleh tidur sorang-sorang, keluar ke tandas malam-malam sorang-sorang. selalu minta takmo jumpa dengan hantu. nak sebut perkataan 'hantu' pun tak berani. sekali sebut, naik bulu roma. O_O

berbeza dengan takut kepada Allah. takut kepada Allah buat kita lagi nak dekat dengan Dia. takutnya kita kepada Allah, lagi nak buat kita cakap sorang-sorang (baca: berdo'a). mau minta itu, minta ini..minta macam-macam dan selalu minta. bagi mereka yang takut kepada Allah, menyebut nama Allah itulah yang paling mereka suka. sekali sebut, gentar hati-hati mereka.



beza 'kan? Subhanallah...


ok. macam mana dengan jawapan kamu pulak? nak jawab sendiri pun takpe. tapi kalau nak kongsikan bersama, apa salahnya. :)





nota: maaf, saya takut..

kisah ringkas bersama anti-Lynas

Salam...

tengahari tadi hantar tesis. baru dapat e-mel daripada penyelia pagi tadi. ada yang perlu diperbaiki di dalam tesis. dugaan. tapi takpe. bersyukur dapat jugak repair tesis walau di saat akhir. nak hantar tadi bukan main berdebar lagi nerbes. maklum la.. tesis ni la yang akan diperiksa oleh para examiner nanti. huu..nerbes.. tapi lepas hantar tadi lega kejap. alhamdulillah akhirnya siap jugak tesis. :)

petang tadi buka puasa dengan geng usrah. semua pakat bawak makanan sendiri kemudian disatukan dalam satu talam. bermacam jenis makanan ada. nasi goreng pataya, rojak, mi goreng, dan kuey tiow. cukup semua rasa. hehe..

siap maghrib, kami berkongsi cerita. saya kisahkan tentang pengalaman saya ketika menghadiri taklimat Lynas baru-baru ni. malangnya, sampai saja ke tempat taklimat, saya baru dapat tahu yang taklimat tu dibatalkan. sempat la sembang dengan orang-orang yang datang. rata-rata kecewa kerana dimaklumkan taklimat dibatalkan tanpa pemberitahuan awal. ada yang datang sebab nak tahu dan faham tentang isu ni. ada seorang makcik berpesan, "you should fight for this. it's for your future, you know." saya kagum. mereka yang hadir sangat bersemangat untuk berjuang menuntut kebenaran. buat saya rasa macam mau jadi bersemangat macam mereka. ye, fighting! kawan-kawan yang mendengar kisah saya pun turut rasa kagum.

okeh, itu kisah Lynas. jangan berhenti berjuang ye! fighting!





nota: sempat juga gambar saya di-snap di tempat kejadian. malu saya. :P
nota.dua: pembentangan FYP minggu depan.. eh, nerbes lah~

12.4.11

menarik nafas lega..

salam semua...

alhamdulillah saya baru selesai 1 paper petang tadi. progres FYP? tesis dah siap, tinggal nak minta tandatangan penyelia. lega kejap tesis dah siap. dapat rehat jap lepas ni. sabtu ni paper terakhir dan pembentangan FYP minggu depan. tak sabar pulak rasanya nak habiskan semester ni. semester terakhir insyaAllah.

habis je paper tadi, tiba-tiba terfikir..patut tak buat senarai perkara-nak-buat-lepas-habis-FYP? patut tak? patut tak???




:P




ahaha... tenang kamu, tenang.. bahana tak cukup tidur dan makan agaknya ni.. sabar je la ek. ;)





nota: ni apdet kisah Fukushima. doakan moga kita dilindungi rahmat-Nya. wahai penduduk Jepun, bertabahlah.

6.4.11

hari-hari terakhir FYP

salam..

alhamdulillah siap dah keje makmal. lepas ni analisa data dan siapkan tesis. insyaAllah lusa hantar draf tesis penuh. 18 April ni dah mula pembentangan. nerbes..nerbes..

oh ya, esok exam. hehehe..(gelak penuh maksud tersirat.. :P)


semalam duduk makmal sampai 3 pagi temankan kawan. sambil-sambil tunggu sempat buka Youtube cari dawahaddict punya video. dawahaddict ni vlog kepunyaan seorang muallaf dari New York bernama Peter. kenapa dawahaddict (da'wah addict)? sebab dia dah sangat 'obses' atau suka yang amat untuk berda'wah. berda'wah bererti mengajak orang kepada kebaikan. jadinya, beliau suka sangat untuk mengajak orang berbuat baik. bagus kan? beliau peluk islam ketika berumur 15 tahun dan sekarang sedang belajar di salah sebuah universiti di New York.

meh nak kongsi salah satu video beliau yang saya suka. ;)




senang faham kan? boleh la kita amalkan dalam kehidupan seharian. nanti buka bukumuka, silalah 'like' dawahaddict ya. ;)

ini yang saya perasan, ada beza Islam Warisan (seorang yang sudah islam sejak lahir) dan Islam Pilihan (seorang yang mencari Islam). mereka yang memilih/mencari Islam benar-benar menghargai ni'mat adanya Islam. moga kita juga tergolong dalam golongan yang menghargai ni'mat Islam ini. moga kita juga 'obses' untuk menyeru kepada kebaikan. aameen...





nota: doakan saya agar terus bersemangat dalam menempuh peperiksaan akhir semester dan pembentangan FYP nanti. jazakallahu khoir. :)

nota.2: salah satu impian saya tercapai semalam. alhamdulillah. nak tau apa? nantilah saya bagitahu ek. insyaAllah. hee~

nota.3: tahu tak pasal projek tanah jarang yang sedang dibangunkan di Gebeng, Kuantan? projek ni merupakan projek pembangunan tempat memproses bahan radioaktif. kalau nak tau lebih lanjut, gugel projek Lynas. di sini, saya mengajak semua untuk memprotes pembangunan projek ni sebab ia mengancam persekitaran kerana risiko radiasi radioaktifnya yang membahayakan kesihatan dan alam sekeliling. jom protes jom!

3.4.11

minggu terakhir FYP

salam semua...

saya sekarang dekat makmal..kerja makmal belum siap dan tesis kena hantar jumaat. doakan moga segala urusan dipermudah dan kerja dapat dilakukan sehabis baik. yang penting, sekarang ni saya perlu konsistenkan sikap positif. ya, sikap positif ya. banyak-banyak benda yang boleh kita ubah, sikaplah salah satunya. kita boleh pilih nak jadi malas. kita boleh pilih nak jadi rajin. jadi kalau malas, jangan salahkan Tuhan. itu salah diri sendiri sebab pilih untuk malas. ni tak sama tau dengan Qadho' dan Qadar. jangan samakan pulak. (dengar tu, Diri!)

ok, sekarang ni musim peperiksaan akhir semester dan semester ni merupakan semester terakhir saya. apa perasaan saya? tak teruja sangat sebenarnya memandangkan debaran untuk membentang FYP nanti sedang menakluk diri. yang pasti, apa yang berlaku selepas itu, saya tak boleh nak janji kepada diri. apa yang saya tahu, apa nak jadi, jadilah. dan setiap perkara dalam hidup yang berlaku selepas itu, akan saya hargai sehabis baik. (ok, saya rasa tak sabar pulak nak habiskan semester ni..)

ok, cerita tentang hidup. semalam pergi kenduri kahwin junior. ni kenduri kahwin rakan sekampus yang pertama yang dapat saya penuhi jemputannya. dalam tempoh 3 tahun di kampus, saya selalu dapat jemputan dan kad kahwin tapi tak berpeluang nak pergi. nak pergi semalam pun banyak cabaran sampai kena marah sebab lambat siap. -_-" maafkan saya, saya di makmal, kerja tak menentu. maaf kalau saya bawak kereta laju semalam. mujur kita semua selamat pergi dan selamat sampai. maaf. -_-" (tiba-tiba rasa bersalah sebab lepas geram..maaf..saya mengaku salah.. -_-")

siap ke kenduri, sambung lagi kerja makmal sampai maghrib. malamnya, junior datang bilik tanya pasal tajuk FYPnya. lepas tu sebelum tidur, saya layan lagu Sheila on 7 kat bilik sorang-sorang sampai ter-'karok'. melepas tensi mungkin. maaf la..bukan selalu. dalam bilik je pun. eheh

hari ni, sambil tunggu mesin tengah berlari (baca: run), saya cari lagu Sheila on 7. jumpa lagu 'Tentang Hidup dan 'Pasti Ku Bisa'. lagu ni saya tujukan khas buat FYP. wahai FYP, sekarang kita di tahap genting jadi marilah bersama saya, kita lakukan yang terbaik sehabis baik! Yosh!


ok Diri, yosh! Ya, Allah, permudahkan segala urusanku. Ya Allah, tolonglah aku untuk mengingati-MU, bersyukur kepada-MU, serta beribadah dgn baik kepada-MU. aameen..





nota: jom ke blog ni. bila saya baca entri-entrinya, saya menjadi lebih bersemangat. wahai AHP, moga kamu terus positif ye! ;)

21.3.11

sebaik-baik sahabat ialah sahabat yang mengingatkan kita kepada Sang Pencipta

Salam semua...

"antara sifat sebaik-baik sahabat ialah sahabat yang mengingatkan kita kepada Sang Pencipta."
dah lama tahu tentang perkara ni cuma jarang nak ingat. bila teringat balik, saya muhasabah diri.

dalam berkawan, saya susah sekali untuk meluah perasaan atau masalah. saya lebih suka orang luahkan masalah mereka kepada saya dengan niat saya dapat tolong mereka dan dalam masa yang sama saya dapat tolong diri saya sendiri. mungkin dengan cara mendengar pengalaman mereka, dapat saya gunakan dalam kehidupan seharian saya dan perbaiki apa yang kurang dalam diri. mungkin. dulu, hidup saya diteruskan tanpa tahu apa-apa tentang hidup dan erti perasaan. orang cakap ini bagus, saya ikut. orang cakap ini best, saya buat. kalau ada orang gembira, saya gembira jugak. cuma yang peliknya, kalau ada orang sedih, saya tak boleh nak sedih sama. saya hanya tumpang sedih dan duduk diam terpaku sebab tak tahu nak buat apa. nak sedih sama pun tak reti.

lagi satu sebab kenapa saya susah nak luahkan mungkin sebab tak biasa. mungkin. sebab saya rasa masalah tu saya kena tanggung sendiri dan orang takkan faham masalah saya. jadi kalau saya bagitahu pun, orang takkan faham dan tak dapat tolong pun. dan mungkin juga sebab saya tak pandai meluah. mungkin..

ok. itu sedikit sebanyak kisah saya. dan itu berlaku dulu. sekarang tak kot. mungkin.. ok..ok.. balik-balik kepada kisah sahabat tadi. fokus.

tempoh hari ada perjumpaan dengan sahabat seusrah. saja nak buat perjumpaan. waktu tu dah nak tengah malam sebab rancangnya mahu qiam lepas tu. dalam kengantukan, saya pergi juga. aktiviti ketika itu agak santai tapi bagi saya cukup terkesan. hampir buat saya bergenang air mata kejap. haha


Rukun Usrah dan Prinsip LDK: aplikasi dalam bersahabat

memandangkan yang hadir kebanyakan terdiri daripada fasilitator (mereka yang rajin berprogram di sekolah-sekolah),sahabat saya kongsikan prinsip latihan dalam berkumpulan (LDK) yang beliau dapat semasa berprogram. prinsip dalam LDK ni beliau kata boleh diterapkan dalam usrah. prinsip ini terdiri daripada 5 perkara: 4K 1A = Kebersamaan, Keterbukaan, Kerahsiaan, Kepercayaan, dan Adabul ikhtilaf (adab-adab berlainan pandangan).

OK. sebelum tu nak kongsi jugak yang dalam usrah ada rukun. rukun ni kalau takda kira tak jadi la usrah. macam rukun solat. tak cukup rukun, tak sah solat. rukun usrah 4T: Ta'aruf (suai kenal), Tafahum (faham), Ta'awwun (tolong-menolong), dan Takaful (pengorbanan).

sambung kisah 4K 1A tadi. berikut ialah ringkasan berdasarkan pemahaman saya bagi setiap prinsip:
- kebersamaan ni maksudnya buat segalanya bersama-sama. contoh: nak tak kita makan sama-sama?
- keterbukaan ni maksudnya sikap terbuka terhadap orang lain. contoh: sanggup tak kita kongsi apa yang kita suka dan tak suka?
- kerahsiaan pula sikap menyimpan rahsia sesuatu perkara. contoh: menjaga aib
- kepercayaan tu ialah sikap percaya kita kepada orang lain. contoh: kita yakin tak yang dia ni boleh simpan rahsia kita? kalau kita bagitau masalah kita, boleh tak dia tolong kita?
- adab-adab berlainan pandangan ni ialah bagaimana kita nak kendali situasi berlainan pendapat. contoh: saya cakap ayam KFC lebih sedap dimakan tanpa sos tapi dia cakap makan dengan sos lagi sedap. (di mana penyelesaiannya ialah kita ikut selera kita la kan. tak perlu gaduh segala.)

rukun usrah dan prinsip LDK ni dilakukan secara berperingkat mengikut turutan yang saya maklumkan di atas. rukun Takaful ialah rukun paling tinggi di mana kita sanggup berkorban apa sahaja untuk sesuatu perkara.

rukun dan prinsip ini boleh jugak diterapkan dalam persahabatan. tapi..saya tak tau la cukup tak rukunnya dan saya tak tahu saya mampu atau tak untuk turuti segala prinsip. cumanya yang saya tahu saya akan cuba berikan yang terbaik untuk sahabat-sahabat saya. hargai mereka. tak kisah la kalau mereka tidak buat seperti yang saya buat kepada mereka asalkan saya berikan yang terbaik. memberi lebih baik daripada menerima kan? bersyukurlah kalau dapat sahabat yang satu kepala, sanggup gembira derita bersama dan selalu bagi nasihat. bukan senang nak dapat sahabat macam tu. dan kita kena selalu beringat, mereka bukan tempat kita bagi harapan sepenuh hati sebab Allah lebih layak. yup, selalu la beringat. sebab kalau kita terlalu memberi harapan dan tiba-tiba sahabat kita tu hilang entah ke mana, maunya kita jadi tertekan penuh depresi. hilang tempat berharap dan putus harapan segala. gila jadinya. serius.

jadi beringatlah ek. berkawanlah dengan sesiapa pun tanpa mengira darjat, warna kulit, usia dan sebagainya. cuma berpadalah dalam berkawan. sebaik-baik kawan ialah kawan yang sanggup bersama susah dan senang, kawan yang boleh beri motivasi, kongsi ilmu dan nasihat yang membina diri. sebaik-baik kawan juga ialah mereka yang sudi menegur kesalahan dan boleh terima teguran kita. jangan kita melenting pulak bila ditegur kawan. mungkin kawan kita tu nampak apa yang kita nampak dan mahu tolong kita. bawa bersabarlah bila berlaku onak duri dalam bersahabat. itu mungkin Allah nak uji kita.

Nabi pernah pesan, "dekatkan diri dengan penjual minyak wangi kerana wanginya akan melekat kepada kita. jauhkan diri daripada pembuat besi kerana busuknya bisa melekat kepada kita."


kesimpulannya, kawanlah seikhlasnya kerana Allah dan Allah akan jadi kawan terbaik kita dan beri kita kawan yang baik juga. dan bersangka baiklah dengan Allah dan sahabat-sahabat. insyaAllah, lumayan hasilnya. :)


buat kawan-kawan sekalian, saya doakan moga persahabatan kita kekal hingga ke syurga. moga Allah lindungi dan rahmati kita semua. aameen... :)




*usrah: (bahasa arab) keluarga; aktiviti perbincangan dalam kumpulan





nota: dapat tak tengok bulan semalam? cantik tak? cantik kan? hee~ agak terang daripada biasa. saiznya mungkin tak nampak sangat besarnya tapi subhanallah..chantek! ^_^ (klik sini. ni gambar Bulan yang diambil di Bali semalam.)

19.3.11

jom tengok Supermoon! ^_^

salam semua..

sekarang ni saya dekat makmal teman kawan buat kerja. jam 10 malam waktu Malaysia. jarang saya nak duduk makmal sampai malam. saya baru lepas run mesin petang tadi. esok baru tengok result. rasa lega sikit bila dapat run. nak sediakan bahan kimia bukan macam buat air sirap. ada sukatan tersendiri. silap sikit, kena adjust sana, adjust sini..tak pun kena ulang buat balik. kalau jumlahnya sikit macam 10 mL ok lagi. kalau 1 L, jenuh..memang cabaran la. lagi-lagi kalau bancuh pakai air yang ultra pure yang susah nak cari melainkan kalau ada mesin tu kat makmal sini. nak guna air tu pun kena berjimat. kalau salah bancuh, rugi tang air tu..nak dapatkan air tu pun susah. mujur penyelia saya tolong carikan. terima kasih, Dr. hee~~

bab kerja makmal dah OK, boleh uruskan. tengok result esok macam mana. insyaAllah boleh sampling lepas tu. hehehe

OK, tu pasal kerja makmal. kerja tesis lak, sedang diusahakan. sampai situ dulu cerita FYP saya k. :)

cerita pasal hidup lak. minggu lepas saya balik rumah. sepupu saya kahwin. saya kena balik untuk tolong bagi bunga telur. dapat baju baru mak saya belikan masa pergi Jakarta. saya pakai masa kenduri hari tu. hee~ syukur dapat balik kejap. hilang kejap penat kampus dan dapat jumpa keluarga dan sedara-mara semua. tenang kejap hati. ~^_^~

sambil-sambil tunggu kawan, saya tengok cerita Rapunzel. seronok! sangat!! tengok banyak kali pun tak jemu. boleh hilangkan tekanan tengok cerita ni. hee~

OK lah. kawan dah ajak balik. ada peluang saya pos entri baru. ok? :)

ni lagu feveret saya dalam cerita ni. fokus kat frying pan tu. frying pan sangat berguna dalam cerita ni. hehe~



best kan? hee~





nota: saya ada rasa macam Rapunzel rasa dalam lagu ni klik sini. when will my life begin..i wonder..

nota.2: jom tengok Bulan malam ni!

5.3.11

Gasping

salam...

gasp - (noun) a convulsive effort to breathe; (verb) to struggle for breath with the mouth open; breathe convulsively.


i still have a loooong way to go yet the end is almost near. i have three weeks till the submission of my thesis' final draft.

(O____________________O)



note: lupa nak habaq. barang yang cheq order dah sampai. la ni sibuk nak run mesin. sampling belum buat lagi.

2.3.11

There was Peace..there was..

salam...

i thought i could find peace. i found it. it was there. it was there..



mi-ze-gha-bel (above is my cousin, Umairah.)

it was..


mi-ze-gha-bel (above picture is taken from here.)

i..don't know what else to say...





i guess i'm just tired...

28.2.11

Tahu, Tak Tahu, Tak Nak Ambil Tahu

Salam...

dulu, saya selalu ingat yang orang lain tahu semua benda kecuali saya. kalau saya tahu sesuatu, sayalah orang terakhir yang tahu. kalau orang tanya sesuatu, perkara pertama yang saya akan buat ialah kerut kening dan tanya "awak tak tahu ke?" lalu jawab ala kadar.

lama-kelamaan, saya sedar. tak semua orang tahu semua perkara yang kita tahu. jadi kalau ada orang tanyakan sesuatu, saya akan fikirkan jawapan lalu cuba untuk beri jawapan sebaiknya.

dan kalau saya memang tak tahu, saya akan jawab tak tahu. cuma kadang-kadang saya rasa macam 'loser' je bila jawab tak tahu sebab saya ingat semua orang tahu. tapi saya ingatkan kepada diri yang ada je orang yang tak tahu apa yang saya pun tak tahu.

jadi kalau nak tahu sesuatu, kena la ambil tahu.

dan bila orang tanya cuba jawab yang terbaik sebab mana tahu, orang yang bertanya tu betul-betul nak tahu. kalau kita jawab sebaiknya, mana tahu kita mungkin dapat tolong dia untuk teruskan hidup. tup tup.. dapat pahala kebaikan, insyaAllah. tapi kalau dia tanya benda tak elok, jangan la tolong dia buat benda tak elok jugak. tak pasal-pasal dapat saham keburukan dia kalau dia buat. tak pasal-pasal, kita juga disalahkan nanti. huhu..

saya rasa bukan saya sorang je yang rasa macam ni. kalau kita yang ditanya, layanlah orang yang bertanya sebaiknya. sebab kita mungkin orang yang bertanya itu dan apa perasaan kamu kalau tak dilayan sebaiknya? kecewa kan? dan kalau kita yang bertanya, banyakkan bersabar dan hormatlah orang yang kita tanya. mungkin bukan daripada dia jawapan yang kita nak. mungkin daripada orang lain. dan sebaik-baik tempat bertanya ialah Dia, Penyimpan Segala Jawapan.


hm..alang-alang tu..nak tanya..apa paras normal serotonin bagi manusia? serotonin tu antara indikator (penentu) stres. lagi rendah serotonin, lagi stres seseorang tu. kamu tau? kalau tau, tolong bagitau ek. terima kasih. :)

24.2.11

Kekasih-Nya

Salam semua..

sudah seminggu berlalunya Hari Kelahiran Nabi Muhammad. pada 12 Rabi'ul Awwal bersamaan 15 Februari itu, saya mulakan hari bersama kawan-kawan saya seawal jam 4 pagi. kami mulakan dengan qiam bersendirian. kemudian solat Subuh bersama dan berusrah.

semua maklum, hari sebelum 15 Februari ni ialah Hari Valentine atau V-Day. teringat plak cerita V for Vendetta. hehe.. saya pun sambut juga dengan kawan-kawan. kami sambut dengan kek batik sempena hari kelahiran junior saya. sedap la jugak kek batik tu. (tapi rasanya lagi sedap kek batik yang diorang buatkan untuk saya tempoh hari..:P) ironik kan? orang lain sibuk beli bunga, kek dan bagai untuk beri kepada kekasih. tapi saya hanya sambut dengan kawan-kawan untuk junior saya. untuk kekasih? no way la nak sambut 'Hari Kekasih' ni. tapi kalau mau sambut 'Hari Kekasih Allah', yes way. ;)

cakap pasal kekasih, kita balik semula kepada kisah di perenggan pertama di atas. kami berusrah tentang kekasih jugak. spesifiknya Kekasih Dia, Kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W. di awal usrah, kami ditanya tentang perihal sifat dan ciri Nabi Muhammad. setiap seorang kena beri 1 sifat atau ciri Nabi Muhammad. saya jawab Nabi makan dengan menggunakan 3 jari. saya selalu ingat yang ni sebab adik bongsu saya, Anad makan dengan 3 jari. Anad makan nasi guna 3 jari. serius, tak tipu. Tok (nenek belah ayah saya) selalu gelak tengok Anad makan nasi pakai 3 jari sebab pelik. kami tau tu sunnah tapi bila tengok memang pelik. saya nak tegur pun saya tak mampu sebab tu sunnah dan adik saya ni baru belajar makan pakai tangan. sebelum ni pakai sudu. dah biasa bersuap. hehe.. kemudian dalam perbincangan, sahabat saya beri pendapat, Nabi dulu makan roti. zaman Nabi takda nasi. (kalau sesiapa ada fakta tentang ni, tolong maklumkan ek.) fikir saya betul jugak kata sahabat saya ni. boleh la saya bagitau Anad lepas ni. hehe..

lepas habis jawab, kami beralih ke aktiviti lain. kami diminta untuk menulis surat untuk Rasulullah. pergh..mana pernah tulis surat untuk Rasulullah. jadi ni la kali pertama saya tulis surat untuknya. mula-mula buntu, tak tau nak tulis apa. tapi bila teringat yang Nabi selalu dapat 'surat' atau wahyu daripada Allah, saya cuba jugak untuk menulis. saya cuba untuk luahkan isi hati buat Rasulullah. makin saya tulis, makin saya rasa seperti mahu je Nabi baca surat saya ni. aneh.

siap tulis, kami diminta untuk bacakan isi surat kepada semua. seorang demi seorang baca. macam-macam nada ada. ada yang bersajak, ada kata penuh bunga seperti tulisan orang lama, ada yang terus-terang. tona bacaan juga bermacam. yang terkesan bagi saya, ada yang sampai menangis tersedu bagaikan suratnya itu benar-benar untuk Rasulullah. cukup terkesan. habis baca, kami muhasabah diri. bayangkan macam mana diri kalau berada bersama Rasulullah. apakah kita bersamanya atau menentangnya? macam mana pula keadaan sekarang tanpa Rasulullah. bagaimana kita yang sudah dilahirkan dengan Islam? perbuatan kita, percakapan kita, sikap kita ni, ikut cara Nabi ke tak? banyak sangat nikmat yang kita dapat - nikmat Islam dan nikmat Iman - cukup besar nikmat ni. tapi kita ni sedar tak? bersyukur tak? adakah hidup kita ni selari dengan ajaran Islam? kita ni dah banyak sangat didedahkan dengan perkara duniawi. semua kita nak ikut. walhal kita dah ada panduan yang cukup - al-Quran dan sunnah Rasulullah - untuk bawa hidup kita ke Sana. sunnah Nabi luas. dari sekecil-kecil perkara seperti cara masuk tandas, cara makan, sampai sebesar-besar perkara seperti cara perintah negara. gandingkan dengan panduan al-Quran. lengkap.


habis cerita pasal aktiviti usrah. sambung cerita pasal kekasih pulak. :)


pernah tak terfikir, Allah Yang Maha Esa juga punya kekasih? bukan manusia je ada kekasih. tapi Allah Yang Maha Agung lagi Maha Hebat juga ada kekasih. siapa kekasih Allah itu kalau bukan Nabi Muhammad S.A.W. semua orang tau. kan? dan Allah mahu semua makhluk-Nya tahu siapa kekasih-Nya, Habibullah itu.

kalau orang sebut kekasih, apa yang bermain di fikiran? lover? buah hati? boyfriend? girlfriend? orang yang kita sayang? orang yang sering kita rindu?

kalau orang sebut kekasih Allah pula, apa yang bermain di fikiran? sama tak dengan apa yang difikirkan tadi? sama? macam pelik tak? bagi saya agak pelik di situ.

cuba renungkan, cuba fikir, di mana beza kekasih bagi manusia dan kekasih bagi Allah. apa istimewanya Rasulullah sampai diangkat menjadi kekasih?

jauh berbeza definisi kekasih bagi manusia dan kekasih bagi Allah. tak sama kan apa yang bermain di fikiran? lihat keperibadian Nabi dan keperibadian kita, beza kan? jauh berbeza. Rasulullah ialah manusia terbaik, paling sempurna ciptaan Allah. Sayangnya Allah kepada Rasulullah ada sedari kewujudan Nabi Adam lagi. Sayangnya Allah kepada Rasulullah sehingga Allah lindungi keturunan Nabi, hatta sebelum lahirnya Nabi. setiap perbuatan Rasulullah dipelihara Allah sampai dijanjikan syurga buat Nabi. bagaimana pula reaksi Rasulullah? walaupun dijanjikan syurga, Rasulullah tidak putus beribadah, tidak putus bersyukur kepada Allah. sampai bengkak kaki Nabi sebab lamanya solat, sampai luka pecah gigi akibat perang demi Allah.

macam mana pula kekasih bagi manusia? sekadar suka sama suka? belanja makan? beri hadiah? berpegang-pegangan? love affection? entahkan sudah berkahwin atau tak buat benda-benda ni. entahkan tahu ke tak Allah redha dengan apa yang dibuat.


jujurnya, saya cemburu dengan sahabat yang boleh menangis, boleh sedih bila disebut tentang Rasulullah. seperti mereka tahu banyak tentang Rasulullah. saya juga mahu ada rasa itu. mahu rasa dekat.

tahu tak, selain Allah, isteri-isterinya, sahabat-sahabatnya, siapa lagi yang Rasulullah kasih?

Rasulullah kasihkan ummatnya. sampai disebut 3 kali "ummatku, ummatku, ummatku" sebelum Nabi hembuskan nafasnya terakhir. tahu tak siapa umaatnya? kita.

kalau Rasulullah boleh kasihkan kita-kita yang belum pernah dilihatnya ni, lagikan kita mahu kasihkan Nabi macam Nabi kasihkan kita ni.

kita mahu dekat dengan Nabi kan? mahu dapat syafa'atnya kan? Nabi ada bagi tips.

Rasulullah berpesan, "sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada Hari Kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku." (hadith riwayat an-Nasai dan ibnu Hibban)

sumber: 'Hadis 40 Imam Nawawi: Rujukan pantas kehidupan islami' terbitan PTS

kalian tahu kan berselawat? Yok selawat selalu. ;)


selain Rasulullah, Allah juga menawarkan tempat bagi hamba-hamba-Nya yang mahu menjadi kekasih Allah.

Rasulullah pernah bersabda, "sesungguhnya Allah berkata, 'Sesiapa yang memusuhi orang-orang yang Ku kasihi, Aku isytiharkan perang ke atasnya. Tidak ada yang lebih mendekatkan hamba-hamba-Ku kepada-Ku selain dia melaksanakan apa yang sudah Aku wajibkan. Dan hamba-Ku yang tidak henti-henti menghampirkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan amalan-amalan sunat, maka pasti aku mengasihinya. Apabila Aku mengasihinya, aku menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar, Aku menjadi penglihatannya yang dengannya dia melihat, Aku menjadi tangannya yang dengannya dia memegang, dan Aku menjadi kakinya yang dengannya dia berjalan. Apabila dia meminta daripada-Ku, dia meminta perlindungan daripada-Ku, pasti Aku berikan perlindungan baginya.'" (hadith riwayat Bukhori)

sumber: 'Hadis 40 Imam Nawawi: Rujukan pantas kehidupan islami' terbitan PTS


jadi jom sama-sama berusaha untuk jadi ummat terbaik dan kekasih Allah. Yok!

ini sedikit perkongsian tentang isu Valentine di negara kita. boleh klik sini. moga beri manfaat dan fikirkan apa peranan kita dalam hal ni. kita nak jadi ummat terbaik kan? mau jadi kekasih-Nya kan? ;)





nota.1: saya bukan seorang yang baik tapi saya nak jadi baik. tolong ajak saya jadi baik. terima kasih.
nota.2: panjang la plak entri ni. kalau ditukar ke fail .doc mau dapat 5 mukasurat ni..ehehe

7.2.11

With Him, there's hope

Salam...

tadi baru lepas jumpa supervisor untuk bincang perihal FYP. mesin yang saya nak guna ada masalah. kena repair. nak repair pun kena buat surat, uruskan birokrasi semua. draf tesis kena hantar hujung bulan depan. ada la dalam 7 minggu lagi. sampling (perkara yang dikira paling utama) belum buat lagi. mesin tu perlu untuk analisa sampel.

saya dah takda perasaan. semangat lagi la hilang melayang entah ke mana. padan dengan muka mungkin. Ya Allah, ampun..

bincang punya bincang..(takda la bincang pun, kawan yang banyak tanya. saya tolong dengar je..) rupanya ada lagi satu mesin yang jarang orang guna. mesin tu fungsinya lebih baik daripada mesin yang saya nak guna. sementara nak repair ni, boleh la tunggu kebenaran nak guna mesin yang jarang guna ni. lega la kejap. alhamdulillah..

selepas habis perbincangan, saya mesej tanyakan company tempat saya tempah barang saya. "bagi dalam 4 minggu lagi ke.."


(_ _ )"



Hati cakap, "awak, sabar ek. buat la tesis tu dulu."
Dr. cakap, "kita doa banyak-banyak."


baik!


nota: that song tells everything I'm feeling right now. well, almost everything.

30.1.11

Terbang~

Salam...

Saya rasa macam mau hilang kejap dari Dunia sepanjang tempoh saya mendiam.

sekarang saya cuti seminggu. tapi hidup tak tenang bila terfikirkan FYP.

jangan risau Kuantan, saya takkan tinggalkan kamu lama-lama. kita jumpa masa CNY nanti ya.

best tau tempat ni.. boleh terbang-terbang..boleh lompat-lompat.. @_@



nota: pernah tak ada perasaan hilang, tiada arah.. tapi bila ke suatu tempat, Hati terdetik "Inilah tempatnya. Saya mau tinggal di sini"?

11.1.11

Usrah dan Ukhuwwah

Salam semua..


Usrah.
Di sini,
saya kenal erti keluarga
saya kenal erti hidup
saya kenal Dia.

Ukhuwwah.
Bersama mereka,
saya kenal erti persahabatan
saya kenal erti pengorbanan
saya kenal erti kasih dan sayang.

Hidup.
Punya erti
dengan sifat hamba
dengan sifat ketua.
Adanya syukur dan redha,
ada tanggungjawab
untuk diri sendiri
dan terhadap orang lain
dan juga persekitaran.

Tanpa usrah dan ukhuwwah,
saya tidak jadi seperti saya sekarang.


Terima kasih, Allah. Alhamdulillah.


:)

10.1.11

Hujan

Salam semua.


Bumi Kuantan asyik hujan je sekarang ni. Pernah tu, 3 hari berturut-turut hujan turun tak henti-henti. Sekarang ni pun tengah hujan. Lebat la jugak. Cuma takda guruh petir. Boleh la main hujan kadang-kadang.

Dulu, saya suka hujan turun. Waktu ni dikatakan antara waktu doa dimakbulkan. Jadi bila hujan turun, doa banyak-banyak. Sekarang ni, rasa bahagia kalau hari tak hujan. Langit biru je. tak kisah la panas macam mana pun. Nak jemur baju pun cepat kering.
Tengok hujan turun, bikin Hati muram je, tapi nak nangis tak boleh..oh kalazion..

***

Mulai minggu ni, selepas 12 tahun, saya takda peluang nak makan spageti banyak-banyak kat rumah. Peluang untuk ter-naik berat badan dalam masa 2 hari pun tipis. Takda rasa homesick selalu. Takda dah kena bebel-bebel, merajuk main-main, merungut macam-macam.
Hari-hari pujuk Hati, "mungkin ini yang terbaik. Takmo sedih sangat, nanti-nanti boleh jumpa, insyaAllah." Sabar dan redha.

Saya harap adik-adik saya pun tabah. Terutama yang kecik tu.

Entri ni agak emo sikit. Sikit je. tak boleh lebih-lebih. Saya kan dah besar. Dah janji takmo hemo-hemo. Cumanya, kalau saya terlebih emo, harap kalian faham la ek.

5.1.11

Senarai Mesti-Buat untuk Jan-Mei 2011

Salam semua..

jom buat checklist jom! miss duckness yang suruh buat. hehe

1) mau FYP berhasil dengan jayanya.
2) mau habiskan 1 kodak (36 klik) untuk sem terakhir saya. (kalau sempat..hehe)
3) (saya hanya mau fyp berhasil dengan jayanya setakat ni.. boleh tak?)
4) mau sayang keluarga saya lebih daripada tahun-tahun lepas.
5) mau istiqamah datang usrah, jika berkesempatan.
6) (takmo bagitau yang lain sebab nak tunggu siap FYP. boleh?)


cik duckness... ok tak ni? ehehehe





nota: sekarang kalian sudah boleh 'like' entri kat sini. *wink2*

duatiga

Salam...



There is a light at the end of the tunnel.
-Along

Selamat pendek umur, semoga panjang amal.
-dik Wan



:)

nota: terima kasih tukang edit

1.1.11

Welcome 1432 and 2011

Salam...


"Sometimes, the moment u thought u'll lose something can be one of the best moment in your life. It's because He knows what's best for you. He gives you things you need, not things you want." 


Alhamdulillah, thank You, Allah for everything. 

May this year is better than yesteryear. :) 

and Ya Allah, please guide me. 

Aameen..