31.3.09

Jangan Naik Komuter dari KL Sentral dan Mid Valley pada Hari Sabtu!

Salam kawan-kawan.

Amaran ini Serius!

Kalau tak sempat merancang perjalanan, takpa.
Tapi kalau boleh, jangan sekali-kali naik komuter pada hari Sabtu.
Dan jangan sekali-kali naik komuter dari KL Sentral dan Mid Valley pada hari Sabtu.
Kalau terpaksa naik jugak, anda akan diuji dengan 3 Ujian.

Sebelum diuji, anda perlu jelas dengan perkara berikut:

Peraturan:
· Berdiri di belakang garisan kuning dan garisan hijau.
· Benarkan penumpang untuk keluar dahulu sebelum anda masuk
· Beratur
· Dilarang memotong barisan.

Tips:
· Sentiasa berdiri di barisan paling hadapan, di belakang garisan kuning, dan berdekatan dengan garisan hijau.
· Pastikan anda tidak benarkan orang lain memotong barisan anda.
· Pastikan barangan berharga selamat bersama anda.
· Jika bersama kawan ­sejenis, pegang tangan kawan anda.
· Pastikan pakaian anda bersesuaian dengan situasi yang bakal anda hadapi. pakaian yang selesa, tak menjolok mata, dan menyerap peluh.

PENTING: Jangan sekali-kali bawa awek/balak anda bersama.
JANGAN BUAT: potong barisan, tolak orang depan, berebut, paksa diri untuk masuk juga walaupun dah penuh.


Ujian pertama: Diuji secara Fizikal

- daya ketahanan anda akan diuji dengan tolakan dan rebutan bersama penumpang-penumpang yang rata-ratanya nampak baik tapi sebenarnya ganas yang lain.

LULUS: berjaya masuk ke dalam komuter.
GANJARAN: badan tidak luka atau sakit. Saling berhimpitan macam ikan sardin dalam tin untuk beberapa stesen.

GAGAL: tidak berjaya masuk ke dalam komuter.
HUKUMAN: badan sakit-sakit dan terpaksa tunggu 15 minit lagi untuk naik tren seterusnya. Dan diuji sekali lagi dengan tolakan dan rebutan bersama penumpang-penumpang lain.


Kesimpulannya, don’t judge a book by its cover. Sesetengah orang muka je nampak baik, sopan..tapi sebenarnya ganas dan pentingkan diri sendiri.


Ujian kedua: Diuji secara Mental

- anda akan diuji dari segi kemahiran anda dalam berstrategi. Pastikan anda faham peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak komuter.

LULUS: anda berjaya masuk ke dalam komuter, barangan berharga selamat, anda tidak terpisah daripada kawan.
GANJARAN: saling berhimpitan macam ikan sardin dalam tin untuk beberapa stesen.

GAGAL: tidak berjaya masuk ke dalam komuter, barangan berharga hilang, terpisah daripada kawan.
HUKUMAN: Penat, terpaksa tukar strategi dan tunggu 15 minit lagi untuk naik tren seterusnya.

Kesimpulannya, rancanglah perjalanan anda sebaiknya dan berdoa agar selamat sampai ke detinasi.


Ujian ketiga: Diuji secara Emosional

- Kesabaran dan keimanan anda diuji dengan orang yang bermacam kerenah, ragam, dan bentuk fizikal.

LULUS: berjaya masuk ke dalam komuter dengan hati yang tenang dan sabar.
GANJARAN: pahala berganda walaupun saling berhimpitan macam ikan sardin dalam tin untuk beberapa stesen. Anda juga berpeluang untuk menduduki ujian seterusnya: Ujian Ragam Orang.

GAGAL: tidak berjaya masuk ke dalam komuter, anda marah-marah, kutuk-mengutuk, dan mungkin bergaduh dengan penumpang lain.
HUKUMAN: dosa bertambah, sakit hati, dan terpaksa tunggu 15 minit lagi untuk naik tren seterusnya.


Kesimpulannya, iman anda diuji di mana-mana.



Apa-apa pun, jangan sekali-kali naik komuter dari KL Sentral dan Mid Valley pada hari Sabtu. Nak naik Monorel, Putra, STAR-LRT atau lain-lain tren boleh tapi JANGAN NAIK KOMUTER DARI KL SENTRAL DAN MID VALLEY PADA HARI SABTU.



nota kaki: saya sempat tangkap gambar Tapak Sulaiman kat Mid Valley ^_^

30.3.09

melepaskan tensi...

salam semua...

saya rasa saya nak ubah wajah Laman Kehidupanku la...
saja...
suka-suka...


cuma,
saya tak tahu la..
macam mana nak jadikan tulisan "Tajuk Pos" lebih besar daripada "Tarikh"?
cuba punya cuba dan cuba
saya tak dapat nak ubah juga.
macam mana?


apapun,


buat kawan-kawan semua,
teruskan bersemangat dan jangan hilangkan semangat.
belajar rajin-rajin ye.
kalau stres, kita main futsal.

:P

12.3.09

PPSMI - sokong atau bantah?

salam semua...

hmm.. Ironik, kan? Empunya Laman belajar di universiti antarabangsa di mana semua matapelajaran diajar dalam Bahasa Inggeris kecuali subjek Bahasa Melayu tapi nak sibuk pasal PPSMI. Kenapa ya?


"Korang sepatutnya sokong PPSMI ni. Bagus pe. Lagi-lagi belajar kat UIA ni semua pakai Bahasa Inggeris. Lecturer speaking, buku rujukan pun semua dalam Bahasa Inggeris. Yang korang bangkang tu apasal?"

"Membunuh Bahasa Melayu??? Ape citer beb??! Aku OK je. BM aku dapat A1 kot!"

"PPSMI ni membebankan rakyat terutama pelajaq luar banda. kesian kat mak bapak depa hantaq sekolah tinggi-tinggi tapi anak tak paham."

"korang tak sayang bahasa ke? bahasa kan jiwa bangsa. hilang bahasa, hilang bangsa."

"Orang tak sokong, marah. Cuba tanya kawan-kawan kita kenapa diorang bantah. Dengar penjelasan diorang tu dulu. Dah dengar, dah faham, kalau nak tetap dengan pendirian kamu silakan. Bukannya nak terus boikot melulu GMP ni. Diorang pun ada sebab nak bantah PPSMI ni. Bukan suka-suka nak bangkang."



Sabtu lepas, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) telah mengadakan Perhimpunan Aman sempena membantah PPSMI dan menghantar memorandum kepada Sultan. walaubagaimanapun, memorandum membantah PPSMI tidak berjaya diserahkan sebaliknya dihalang oleh pihak FRU dengan lontaran gas pemedih mata kepada ahli perhimpunan.

takpalah, bukan itu yang Empunya Laman nak kisahkan. Empunya Laman pun tak sempat turut serta perhimpunan tu.

cumanya nak tanya pendapat kalian tentang perihal PPSMI ni. nak juga dengar pendapat kalian. kita berdiskusi sebentar. jadi, kalian sokong atau bantah? dan kenapa?



*PPSMI = Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

nota kaki: kalau boleh, pendapat kalian tiada berbau unsur politik parti. Wallahua'lam.