hmm.. Ironik, kan? Empunya Laman belajar di universiti antarabangsa di mana semua matapelajaran diajar dalam Bahasa Inggeris kecuali subjek Bahasa Melayu tapi nak sibuk pasal PPSMI. Kenapa ya?
"Korang sepatutnya sokong PPSMI ni. Bagus pe. Lagi-lagi belajar kat UIA ni semua pakai Bahasa Inggeris. Lecturer speaking, buku rujukan pun semua dalam Bahasa Inggeris. Yang korang bangkang tu apasal?"
"Membunuh Bahasa Melayu??? Ape citer beb??! Aku OK je. BM aku dapat A1 kot!"
"korang tak sayang bahasa ke? bahasa kan jiwa bangsa. hilang bahasa, hilang bangsa."
"Orang tak sokong, marah. Cuba tanya kawan-kawan kita kenapa diorang bantah. Dengar penjelasan diorang tu dulu. Dah dengar, dah faham, kalau nak tetap dengan pendirian kamu silakan. Bukannya nak terus boikot melulu GMP ni. Diorang pun ada sebab nak bantah PPSMI ni. Bukan suka-suka nak bangkang."
Sabtu lepas, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) telah mengadakan Perhimpunan Aman sempena membantah PPSMI dan menghantar memorandum kepada Sultan. walaubagaimanapun, memorandum membantah PPSMI tidak berjaya diserahkan sebaliknya dihalang oleh pihak FRU dengan lontaran gas pemedih mata kepada ahli perhimpunan.
takpalah, bukan itu yang Empunya Laman nak kisahkan. Empunya Laman pun tak sempat turut serta perhimpunan tu.
cumanya nak tanya pendapat kalian tentang perihal PPSMI ni. nak juga dengar pendapat kalian. kita berdiskusi sebentar. jadi, kalian sokong atau bantah? dan kenapa?
*PPSMI = Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
nota kaki: kalau boleh, pendapat kalian tiada berbau unsur politik parti. Wallahua'lam.
9 comments:
Tuan bekas pelajar UIA, belajar medium english untuk science dan math.
Cerita begini, Tuan sekolah kampung, dan kemahiran english tuan sangat lemah. Spm dapat 5C kot, tapi subject lain semua A1 and A2. So stranded di UIA.
Syukur, sebab dapat belajar intensive english masa matric. jadi tak culture sangat. Ingat, UIA provide kelas english! so we learn proper english.
masalahnyer, english dan math dia ajar pada budak2 tanpa asas ENGLISH! mcm adik Tuan, mmg berjaya sbb diorang banyak vocab english untuk scientific terms, tapi masalahnyer diorang tak tau nak guna.
sepatutnya silibus english (pure english teaching) yang kene revive. Penekanan grammar segala bagai. Sedih tau buku teks english zaman sekolah tuan asyik letak conversation budak pompuan nama Adeline dan saper saper tah lagi. Rasa mcm sampah jer.
Bottom line, nak ajar english biarlah ajar BASIC english dulu, baru masuk ilmu ilmu lain.
Yes setuju dgn Tuan!
Sperti apa yg d ckp, kita nk bdk2 ni pwr bi tp asas bi 2 sndri x dtekankn.
Knp perlu guna medium lain (sains n math) utk kuatkn bi bdk2 ni? Sbg cntoh:
1) Kita org yg fasih bbahasa Melayu. Kita nk ajr org bhasa Jerman, tp bkn dgn cara mengajar bhs Jerman 2 sndri. Sebaliknya dgn ajar dlm subjek Bhs Arab. Akhirnya 2 2 rugi, tak fasih bhasa Jerman n xfasih Bhsa Arab. (btul x analogi ni?)
2) Nak ajar org jd chef, tp msukkan dia dlm kelas sukan. Tak ke x msk akal? =P
Pokok pangkalnya mudah, berbalik kpd asas.
Kalo nk kata kputusn bdk2 ni mningkat, brapa kerat je.. Hish.. Tgk UIA wat cls intensif BI wktu kt mtrik dlu. Sgt bgus!
sependapat dengan Tuan,
kenapa mate+sains menjadi mangsa dalam memperkasakan bahasa inggeris??
selama 11tahun kita bersekolah..berapa kali kita berjaya mendapat A untuk subjek bahasa inggeris???
tapi pernahkah kita berasa sukar untuk mendapatkan A dalam mate+sains pada masa yang sama???
bahasa inggeris yang perlu ditekankan dengan baik+berkesan...guru2 bahasa inggeris yang perlu bekerja keras...
usah mencari alasan kurang istilah dan bahan terjemahan dalam bahasa melayu...apa guna kita melahirkan manusia2 bijak pandai sebelum ini, kalau ilmu yang mereka ada sekadar diguna tapi tak dikembangkan...
"kalau kita diberi peluang belajar cara2 nak buat bom...agak2 kita nak pilih dia ajar kita dalam bahasa melayu ke bahasa inggeris supaya kita lebih jelas dan faham??"
erm...fikir2 kan la...
masing2 ade penjelasan tersendiri...bahasa inggeris memang penting...tapi, saye xsokong gak PPSMI ni...kerana mungkin ade yg pandai matematik dan sains...tapi disebabkan penggunaan bahasa asing, mereka tak boleh bawa...untuk belajar sesuatu itu, kita kena mencintainya dulu...jadi, dalam kelas Bahasa Inggeris, galakkan pembacaan meluas dikalangan pelajar...Banyakkan aktiviti interaktif dalam kelas...Bila pelajar dah cintakan sesuatu subjek itu, insyaAllah mereka akan berusaha lebih gigih dan akan berjaya dalam subjek itu...bila dah cinta, mereka xlagi perlu dipaksa dan sebagainya...Pokoknya, semaikan budaya membaca pelbagai jenis bahan bacaan (buku cerita, majalah ilmiah, dsb)...tayangkan video yg menarik beserta subtitle dsb...bolehlah menggunakan pendekatan Listening dan Speaking, di samping Writing seperti yg dilakukan di matrikulasi UIA...Secara jujurnya, saya amat suka belajar apa2 bahasa...Alhamdulillah, x ada masalah buat saya...Cuma perlukan latihan...dan yg paling penting, MINAT...Justeru, kepada guru2 Bahasa Inggeris (dan juga subjek yg lain), jadikan kelas anda menarik agar pelajar cinta akan subjek anda...
Sekian...
Nak lahirkan ilmuan kompeten, bukan dengan menggadaikan Bahasa Melayu dan mempertaruhkan nasib generasi muda khususnya yang di luar bandar.
Bagi saya, sistem pendidikan as a whole itu yang perlu di semak semula, bukan setakat PPSMI.
berita terkini: memorandum "Mansuhkan PPSMI" telah berjaya diserahkan kepada pihak istana.
nota kaki: setakat ni komen banyak menyentuh kekurangan PPSMI. adakah PPSMI tiada kelebihan? komen sikit...
i think this ppsmi should not been approve...even thought i was one of the students that study math and science in english..but it still not make me power in english..
let say :
1. bkn sume students dilahirkan dgn tahap iq yg sama...ada yg mudah absorb words in english and vice versa.. xkesian ke kat bdk2 rural yg xberapa exposed to english..
2. if sume subjek nak di englishkan.. mane b.m? bio,chem.,physics,b.i,ad math, math,accounts sume gna english...yg tnggal sej.b.m,agama yg guna b.m kat upper secondary levels...silap2 lepas ni kementerian nak englishkan sej,geografi tu sume.. who knows rite..
3. if the ministry wantto improve the students ability in english...they should make a syllabus only in english lesson. i mean that english class been seperated into several lessons...grammar class,writing class and the most important is speaking class..so students can focus on thatparticular lessons..
4 kalu kementerian nak sgt guna english dalam math and scince...apa kata buka sekolah khas mcm english secondary schools..
aku sokong ko hajar 100%..memg ppsmi neh x ptot d launchng dulu..sek bek time aku x dan nk mrase sumer neh..so spm aku aku DAPAT A1 KOT..!!(blgk je owner blog neh tulis cm tuh..)lets say..bdak2 y bru nk kenal skol,nk kenl b.i n mate,trus2 nk d ajo dlam b.i..ate x ke gile tuh..owner neh slap toik die postkan..die x tau bape rmai studnt y boikot ppsmi even studnt kt u..
zubair:
Empunya Laman suka nak baca komen zubair ni. bukan suka apa, tapi nak faham komen zubair ni sendiri Empunya Laman kena baca banyak kali.
alhamdulillah, PPSMI telah dimansuhkan dan akan dimansuhkan secara menyeluruh pada 2012 nanti.
terima kasih ye zubair atas komen anda. semangat macam ni la yang kita nak dalam kalangan pelajar-pelajar skrg. tapi kalau tulisan zubair lebih kemas dari segi ejaan dan bahasanya, mesti lagi bersemangat pembacanya.
teruskan bersemangat ye, zubair. ;)
Post a Comment