19.6.09

Entri Terakhir untuk kelas BM...

salam semua...

minggu ni minggu terakhir kelas BM.
rabu lepas kami buat jamuan kecil.
semalam, kami persembahkan pentomin.
selasa ni, 23 Jun, hari peperiksaan kami.

tak sangka 7 minggu cepat berlalu.
banyak yang telah kami pelajari.
ada yang baru, ada yang pernah kami dengari.
tapi yang pasti, kami semua tak jemu.

baiklah. ingat lagi tak sketsa tentang sistem peredaran darah yang saya nak kongsikan dulu? kalau tak ingat, baca entri ni. bukan la sketsa sangat. saya rasa ia lebih kepada pentomin. tapi, akan saya kongsikan dalam entri kali ni. harap semua terhibur. ;)



tajuk: Kisah Pengembaraan Cik Merah di dalam Sistem Peredaran Darah

Perkenalkan, Ini Cik Merah. Seunit sel darah merah atau nama saintifiknya Eritrosit.
comel, kan? Kecil je. Beliau ini sangat rajin bekerja terutama dalam bidang sistem peredaran darah dalam badan kita.

Kerjanya banyak. tak padan dengan badan. Kerjanya mengangkut oksigen, karbon dioksida, hormon, nutrien, dan bahan kumuhan di seluruh badan. Banyak, kan?

selain itu, Cik Merah juga bertanggungjawab mengawal suhu, pH, dan kandungan air dalam badan. Kiranya, Cik Merah ni "sel" terpenting jugalah dalam badan. rajin, kan Cik Merah ni? mungkin itulah rahsia Cik Merah untuk kekal langsing ala dwicekung ni. Badannya yang dwicekung ini sebenarnya dapat membantu Cik Merah untuk membawa lebih banyak Oksigen untuk Cik Tisu.

baiklah. untuk pengetahuan semua, beliau kini di dalam Jantung dan berada dalam keadaan nyahoksigen dan nyahnutrien. Maklumlah, beliau baru sahaja pulang menemui Cik Tisu untuk dapatkan karbon dioksida dan bahan kumuhan. kemudian, dari Jantung, Cik Merah akan melalui Lumen Arteri Pulmonari untuk bertemu Paru-paru untuk berikan karbon dioksida tadi. Sebagai balasan, Cik Paru-paru akan berikan bekalan oksigen kepada Cik Merah. Hm..macam sistem barter pulak, ye..? selepas mendapatkan bekalan oksigen yang secukupnya, Cik Merah akan masuk semula ke Jantung dan seterusnya menemui Cik Tisu untuk memberikan bekalan oksigen dan nutrien.

rakan-rakan sekalian, perjalanan menuju ke rumah Cik Tisu ni bukannya dekat...tapi jauh... sangat jauh. Berliku-liku lumennya. dari Jantung, Cik Merah terpaksa keluar mengharungi lautan Aorta yang sangat deras tekanan darahnya.

ingat ye saudara dan saudari, lautan darah ini tiada penghujungnya. dari lautan Aorta, Cik Merah akan menyusur ke Sungai Arteri. Dari sungai Arteri, Cik Merah menyusur pula ke Sungai Arteriol. Makin jauh perjalanan Cik Merah, makin kecil cabang-cabang arteri ini. akhirnya, Cik Merah akan melalui anak sungai bernama Kapilari. Anak sungai ini sangatlah kecil dan sempit. Mujur badan Cik Merah langsing. Rupa-rupanya, ada hikmahnya di sebalik kelangsingan itu. di anak sungai inilah Cik Merah bertemu Cik Tisu untuk memberikan bekalan Oksigen dan nutrien. Dalam masa yang sama, Cik Tisu akan memberi Karbon Dioksida dan bahan kumuhan sebagai balasan.

Kisah perjalanan Cik Merah tidak tamat di situ ye, rakan-rakan sekalian. Dari anak Sungai Kapilari tadi, Cik Merah akan keluar menyusur ke anak Sungai Venul pula. Sungai Venul ini pun sempit juga lumennya. Terus, dari Sg. Venul, Cik Merah menyusuri Sg. Vena. Di Sg. Vena ni, banyak halangannya, kawan-kawan. Sungai ini dikawal ketat oleh pintu-pintu injap untuk memastikan aliran darah berjalan dengan lancar. selepas mengharungi liku-liku sungai Vena, Cik Merah akan keluar ke Lautan Vena Kava.

oh, saya terlupa untuk beritahu sahabat-sahabat semua. Untuk pengetahuan semua, Lautan Aorta, Sungai Arteri, Sungai Arteriol dan Kapilari tadi dipenuhi dengan darah beroksigen. Tetapi, bermula dari Sungai Venul hinggalah ke Lautan Vena Kava, ia dipenuhi dengan darah nyahoksigen.

Dari Lautan Vena Kava, Cik Merah akan berlabuh kembali di Jantung seterusnya bertemu Paru-paru untuk membuat pertukaran gas sekali lagi. Maka lengkaplah satu pusingan darah Cik Merah. Kitaran ini akan berulang beratus-ratus kali sehinggalah Cik Merah menjangkau usia bersaranya iaitu 120 hari.

begitulah Kisah Pengembaraan Cik Merah yang tidak mengenal erti penat lelah membantu Paru-paru dan Cik Tisu dalam misi pertukaran gas dan nutrien. Berjasa sungguh Cik Merah. Wahai Cik Merah, jasamu dikenang. :P


macam mana? terhibur?
slot cerita ni kami selitkan dengan deklamasi sajak tentang darah yang bertajuk "Rantaian Kasih Darah" yang kami petik daripada laman web Dewan Bahasa dan Pustaka. mungkin kawan-kawan boleh bayangkan bagaimana Cik Merah tu bergerak mengharungi sungai-sungai darah tu. hehe...



apapun, pengalaman sepanjang belajar BM ni amatlah bermakna dan akan saya kenang sampai bila-bila. insya-Allah. terima kasih, Cikgu Fuziah di atas segala tunjuk ajar cikgu kepada kami.

kamu tahu apa harapan cikgu terhadap kami? cikgu nak anak-anak muridnya menjadi orang profesional yang bukan sahaja mahir dalam bidang sains tetapi juga dalam bidang penulisan Bahasa Melayu dalam bidang sains. cikgu mahu lihat kolum-kolum rencana sains di majalah atau mana-mana media ditulis oleh anak-anak muridnya. besar sungguh harapannya. insya-Allah cikgu, kami akan usahakan sedaya mungkin. insya-Allah.



bagi entri kali ni, saya akhiri dengan slogan "Bahasa Jiwa Bangsa". do'akan kami untuk peperiksaan akan datang. :)


17.6.09

Laskar Pelangi...lagi.

salam semua...

entri sebelum ni tentang filem Laskar Pelangi.

entri kali ni pula tentang lirik lagu Laskar Pelangi nyanyian Nidji. ala, yang nyanyi lagu tema siri Heroes tu.

lirik lagunya penuh makna. hayatilah. hee~

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar Pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

Korus:
Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada Yang Kuasa
Cinta kita di dunia... selamanya

Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita

Laskar Pelangi
Takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

Laskar Pelangi..
Takkan terikat waktu...





^_^

11.6.09

filem Laskar Pelangi best!




salam semua...

mesti ramai yang pernah dengar kan lagu Laskar Pelangi?

menarilah dan terus tertawa..
walau dunia tak seindah surga...


sedap lagunya. kan?

tapi saya yakin ramai yang tidak tahu bahawa tajuk lagu ini sebenarnya diambil daripada tajuk sebuah novel karya Andrea Hirata.

dan saya juga yakin ramai yang tidak tahu bahawa novel ini telah berjaya difilemkan.

saya sudah menonton filemnya. sangat bagus sekali. kisahnya tentang kesungguhan anak-anak miskin menimba ilmu di sebuah sekolah yang hampir roboh dek kemiskinan. walaupun miskin, itu tidak menghalang mereka daripada terus belajar.

untuk menonton trailer filem Laskar Pelangi, klik sini (maaf, tak dapat nak upload. masa tak mengizinkan). filemnya boleh didapati di Youtube. tengok la. tak rugi tengok. percayalah! selamat menonton! hee~




kalau mahu pintar, belajar!
kalau mahu berhasil, usaha!



;)

3.6.09

Tolong saya kejap boleh?

salam semua...

semalam sesi presentasi BM. kumpulan saya buat persembahan sketsa dan deklamasikan sajak. persembahan kami bertajuk "Kisah Pengembaraan Cik Merah". hee~~

Sketsa kami tentang sistem peredaran darah. hm..ada peluang, akan saya kisahkan di entri akan datang. ok?

oh ya.. saya nak minta tolong boleh? Cikgu Fuziah bagi tugasan untuk mencari perkataan Kata Majmuk Mantap. contoh perkataan: tanggungjawab, kakitangan, setiausaha. lain tau dengan kemas kini, galang ganti, campur aduk.

jadi macam mana? boleh tolong?

siapa jawab paling banyak, saya bagi hadiah. hee~

27.5.09

Mama saya konvo hari ni. ^_^

salam semua.

Mama saya konvo hari ni. tahniah, Mama! ^_^


Mama pesan, "Ma doakan anak-anak ma pun belajar dengan cemerlang..."

baik Mama! ^_^

14.5.09

keranamu, kelas BM...

salam semua...

alhamdulillah, selsema dah kurang. cuma sekarang ni batuk-batuk sikit. tapi nanti baik la tu. terima kasih kepada mereka yang prihatin. ;)

rasa syukur sangat dapat rasa sakit walaupun selsema. Alhamdulillah. sekali-sekala, dapat la rasa nikmat sihat tu macam mana, kan? tak dapat tidak, dapat juga kita rasa ujian daripada-Nya walaupun kena selsema.

ini baru sikit. baru sehari dua. bagi mereka yang sering diuji dengan kesakitan, saya kira mereka lagi bertuah. bukan sebab mereka boleh dapat surat cuti (baca: MC) selalu, tapi kerana mereka antara yang terpilih untuk menerima ujian-Nya. tapi tak semestinya asal sakit je ujian Allah. ada banyak lagi. ujian dalam persahabatan, ujian dalam hubungan, ujian dalam kewangan, ujian dalam menempuhi kehidupan..macam-macam la. boleh kata setiap perkara itu ada ujian-Nya. em.. boleh faham, kan? takpalah. apa-apa pun, moga Allah berikan kekuatan dan kesabaran selalu. :)


baiklah. ketepikan soal sakit sebentar. sekarang kita akan berpuisi pula. :P


tajuknya Keranamu, Kelas BM. (bacalah macam mana kalian nak baca pun. :P)


keranamu, kelas BM..
aku belajar sejarahmu
aku belajar asal-usulmu..
aku belajar menjadi Melayu...

keranamu, kelas BM..
aku kenal aksara
aku kenal Za'ba
aku kenal pola keselarasan vokal juga...

keranamu, kelas BM..
aku berpuitis...
bermula dengan syair
kemudian pidato..
kemudian... mungkinkah sketsa?

Alhamdulillah, aku bersyukur..
walau dalam kekurangan
ku mampu jua menghadapinya
sekurang-kurang, aku sudah pernah menghadapinya..
Alhamdulillah...





cukup la tu. terlebih puitis la pulak. bagi sesiapa yang minat berpuisi, sudi-sudikanlah diri melawat laman Arena Puisi. saya pun dah lama tak ke sana. Jom! ;)

nota kaki 1: kebetulan tajuk persembahan saya tadi "Rakyat Sihat, Negara Sejahtera". macam tau-tau je. :P

nota kaki 2: kepada Cikgu Fuziah, cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya, dan semua yang bergelar guru, Selamat Hari Guru, cikgu!
terima kasih atas tunjuk ajar kalian kepada kami. tanpa cikgu, kami mungkin bergelap, kerana cikgulah pelita kami. :)

12.5.09

sakit itu nikmat

setuju?

;)

7.5.09

padan la Ratu Cantik suka bagi harapan "World Peace"...

Salam semua...



Berita 1

Semalam teman kak senior mengajar tuisyen di sebuah kawasan perumahan.
Saya peneman, kak senior pengajar.

Sambil-sambil meneman, sempat la berbual sekejap dengan kak senior kesayangan sorang ni kat luar rumah.
Kat luar tu gelap.
Tiba-tiba ada sekumpulan budak lelaki.
Saya masuk dalam rumah balik.
Sebagai langkah berjaga-jaga.


Itu semalam.


Pagi tadi, dalam bas ke KL, baca surat khabar...

"Remaja merajuk kena rogol"
KUANTAN: Tindakan pelajar perempuan melarikan diri dari rumah selepas merajuk dengan ibunya mengundang padah apabila dia dirogol seorang lelaki di depan Sekolah Kebangsaan Mat Kilau, Inderapura, Isnin lalu.


dekat je dengan rumah semalam ni!

Masya-Allah...



Berita 2

"Ibu terkejut anak sekatil teman lelaki"

KUANTAN: Seorang ibu yang mahu mengejutkan anak perempuan tirinya berusia 16 tahun untuk bersiap ke sekolah hampir pitam, apabila mendapati seorang remaja lelaki tidak dikenalinya tidur bersama pelajar terbabit, Isnin lalu.


Kalau di negara kita sekarang, ini mungkin boleh jadi berita hangat.
Kalau di negara Barat sana, ini mungkin normal.
Ini sekarang..macam mana lagi 10 tahun? erm, jauh sangat kot.. 5 tahun?
Agak-agak boleh ke berita yang sama jadi berita hangat seperti hari ni?

Na'udzubillah...



Berita 3

"Dua lagi mangsa ragut maut"

KOTA BHARU: Seorang wanita mengandung tiga bulan terkorban di jalan raya, manakala nenek berusia 86 tahun maut di rumahnya, masing-masing angkara peragut bermotosikal, dalam dua kejadian di sini dan Tasek Gelugor, Pulau Pinang.


Innalillah...



Berita 4

erm... cukup la tu untuk hari ini.





nota kaki 1: saya tumpang simpati dengan keluarga mangsa. sama-sama doakan moga si mangsa pulih semula.

nota kaki 2: terima kasih kepada Saasatul Ibaad (FT) kerana mendekatkan semula diri ini dengan bahan bacaan yang bernama surat khabar. -_-"

5.5.09

Definisi Melayu oleh Jawa Kuno

salam semua...

hari ni hari kedua kelas Bahasa Melayu for Science (dulu dipanggil Bahasa Melayu Lanjutan).

hari ni kami belajar tentang sejarah perkembangan Melayu. ^_^

Bermulanya kisah Melayu sejak abad ke-7 lagi. Ada dua teori berkenaan asal usul Melayu. Teori Asia Tengah dan Teori Nusantara.

Secara ringkasnya, Teori Asia Tengah mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Selatan China di mana orang-orang dari Selatan China bermigrasi ke kawasan Asia Tenggara. Manakala Teori Nusantara mengatakan bahawa orang Melayu itu berasal dari bumi Nusantara sendiri.

Fakta menarik: tulisan Bahasa Melayu Kuno dikenali sebagai tulisan Palawa dan bukan tulisan Sanskrit seperti yang diketahui ramai.

Fakta menarik lagi: Melayu didefinisikan oleh Jawa Kuno bermaksud 'berlari dan suka mengembara.' menarik, kan?

insyaAllah esok kami akan belajar tentang perkembangan sistem ejaan Bahasa Melayu.

pada lusanya pula, kami akan belajar... oh..khamis ni kami cuti -> Hari Hol Pahang. hehe



saya sangat bangga menjadi seorang Melayu. ^_^

2.5.09

kadang-kadang keputusan itu datang sendiri dan setiap keputusan itu selalunya yang terbaik

kalau kita serahkan segalanya kepadaNya. kan?


salam semua...

tengah hari tadi pergi kenduri kahwin kat Rembau
buat pertama kali dapat tengok macam mana kenduri orang Minang
dapat tengok tandu,
orang menari dengan piring..
seronok ^_^

lepas pergi kenduri
jalan-jalan cari gerai cendol
Ayah ikut jalan dalam
dari Rembau sampai Seremban
jumpa gerai cendol tapi tutup
cuti kot..

akhirnya kami singgah R&R Seremban
kot kot la ada cendol
tapi takda jugak
kami makan wafel je
takpa
seronok jugak ^_^

hmm... apa yang seronok sangat ni?

seronok sebab...
1) dapat tangkap banyak gambar
2) satu famili keluar sama hari ni

erm.. apa kaitan dengan tajuk entri lak?

dalam seminggu kepala serabut dok fikir nak pergi mana hujung minggu ni sampaikan tiket balik Kuantan pun tak beli lagi...


tapi mungkin itu yang terbaik. kan? ;)