4.11.13

Salam Hijrah 1435

Salam Ma'al Hijrah 1435.

Moga Allah Redha dengan amalan-amalan kebaikan kita dan mengampunkan segala dosa-dosa kita yang lepas. Moga Allah Bimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya dan menjadikan hari-hari mendatang hari yang lebih baik buat kita.

Masa berlalu dengan cepat sekali. Serasa seperti baru semalam tirai 1433H berlabuh tetapi hakikatnya itu setahun yang lalu.

Akhir 1434H ditutup dengan episod musafir bersama teman-teman Pengejar Cinta Ilahi dan pertemuan dengan pejuang-pejuang hebat. Selain itu, dikejutkan dengan perkhabaran berita pemergian adinda Ahmad Ammar Ahmad Azam di bumi Turki. Pemergiannya tidak dijangka dan dirasai oleh semua walaupun oleh mereka yang tidak mengenalinya. Walaupun masih muda, beliau menjadi inspirasi kepada semua. Maa syaa Allah. Sangat beruntung kedua ibu bapanya. Sangat beruntung seluruh keluarganya. Moga Allah tempatkan rohnya bersama orang-orang yang dikasihi-Nya.

(kisah asy-Syaheed Ammar dinukilkan oleh Saiful Islam: Ammar: Antara Tadbir Insani dan Takdir Ilahi.)

"Kami menghantar anakanda kami ke bumi Al-Fateh bagi mempersiapkannya untuk umat. Rupa-rupanya Allah mempersiapkannya untuk-Nya." - mak cik Nur Azlina, Ibunda Ahmad Ammar Ahmad Azam
Ya Allah, tsabitkan hati-hati kami sampai ke Syurga. aameen...



Tahun 1435H bermula dengan baik, insyaaAllah walhamdulillah.

Benar, meletakkan keyakinan dan pengharapan yang penuh kepada Allah itu perlu dalam kehidupan seharian kita. Dengan syarat, kita mesti sentiasa berazam dan istiqamah untuk menjadi lebih baik. Syarat yang tampak mudah tetapi hakikatnya perlu usaha yang gigih. Sabar, deh. Mau jadi orang beriman perlu ada usaha kerana Allah sudah bilang, masakan boleh mengaku beriman kalau tidak diuji.


Ingat, orang beriman itu ialah orang yang ada Iman. Peringatan itu perlu supaya nanti tak ada orang cakap kat kita "I told you so!"

;)

No comments: