29.10.13

Makin Jauh, Makin Dekat

Salam...

membaca semula entri-entri yang lama buat diri gelak sorang-sorang. Entri-entri yang panjang berjela, penuh deskripsi dan berjiwa. Berbanding dengan entri sekarang yang kadang-kadang hanya gambar semata.

mungkin sebab dulu duduk jauh, jadi hati dan fikiran ligat bermain dengan kata-kata.

mungkin sebab sekarang sudah dekat, kata-kata tidak lagi menjadi permainan utama.

Ok. sungguh rindu zaman itu.

apa perlu untuk berjauhan lagi? apakah berjauhan itu mampu membawa kembali ke zaman itu? apakah berjauhan itu perlu?

*****

Setiap perkara itu pasti ada sebabnya ia berlaku. Positif itu perlu. Bersangka baik itu juga perlu. Hidup ini memang rumit kalau asyik memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku. Tapi itulah hikmahnya Allah menjadikan masa depan itu satu rahsia. Supaya setiap perbuatan kita hanya bersandarkan kepada Dia semata-mata dan yakin bahawa natijahnya adalah yang terbaik. Apa yang kita mahu belum tentu baik untuk kita dan apa yang kita tidak mahu itu mungkin adalah keperluan buat kita. Jadi tak perlu fikir sangat tentang apa yang belum berlaku.

Kuncinya sekarang ialah kerja keras dan jalani kehidupan sebaiknya menuju Redha-Nya tidak kira di mana kita berada. Dia cuma mahu kita buat apa yang disuruh dan jauhi apa yang dilarang.

Berjauhan itu tidak seharusnya menjadikan kita lebih dekat kalau itu bukan Kehendak-Nya, kan? Apapun, buatlah yang terbaik.

Sentiasa perbaharui Niat, pegang Sabar dan Syukur erat-erat, jaga Disiplin dan tidak lekang berDoa moga kita lebih dekat dengan Dia.

Ok. nah belajar Senyum pulak. bagus untuk Hati dan Jiwa. :D


Ha..entri ni ada macam entri yang lama tak? ahaks..

nota: Cik Lilil cakap kalau nyanyi bunyi macam orang sedih. Nope. That's not true. ehehe

22.10.13

Sanah Hilwah, ya Fursoni!

Salam.

alhamdulillah..hari ni genap setahun umur kuda tunggangan modenku. 

Sanah Hilwah, ya Fursoni!

You've been good. I'm so proud of you. moga terus berjasa ya! 

-gambar hiasan ja ni. Fursoni pemalu. ahaks-

16.10.13

Ayuh Syukur!

Salam...

"Apa beza kau melihat kehidupan orang yang lebih baik daripada kau dengan orang yang melihat kehidupan kau yang lebih baik? Makanya ada Syukur. Kau, Mereka, Dia punyai jalan kehidupan tersendiri yang mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Usah membanding dan dibanding kerana yakinlah bahawa kau juga punyai jalan yang terbaik. Ayuh bersyukur!"


10.10.13

TURDA

Salam...

akan berada di atas awan lagi.


ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير

"Ya Allah Permudahkanlah Jangan Dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."

aameen...


mungkin ini misi permusafiran terakhir buat tahun ini. Tahun depan ada lagi. insyaaAllah. dengan izin-Nya. :)