31.3.10

Untung Melihat Langit

Salam semua..

Disebutkan bahawa memandang langit itu ada 10 macam keuntungan:

1) mengurangkan berbagai keinginan
2) meminimumkan perasaan gelisah
3) menghilangkan rasa takut
4) mengingatkan diri kepada Allah, Pemilik 'Alam
5) menimbulkan rasa keagungan Allah di dalam hati
6) menghilangkan fikiran-fikiran yang kotor
7) bermanfaat bagi orang yang berada dalam kesedihan
8) menghiburkan orang-orang yang sedang rindu
9) menjinakkan orang-orang yang sedang mabuk cinta
10) satu cara untuk dikabulkannya permohonan orang-orang yang berdoa


Sumber: Mendekatkan Diri Kepada Allah Bersama Alam Semesta oleh Imam Al-Ghazali, terjemahan Dedy Rahmad





B-)

30.3.10

Imam Muda

Salam...

Waktu cuti nanti nak tengok Imam Muda.

Agak-agak boleh tak lawan AF?



hee...

28.3.10

Waktu Bumi

Salam semua..

Tau kan semalam ada Waktu Bumi (baca: Earth Hour) bagi seluruh negara Malaysia dan negara2 sekitarnya?
(serius terjemah terus ni. mentang-mentang ada periksa BM hari ni buat kawan-kawan sekelasku yang lain..)

Tepat jam 8.30 malam, jiran tingkat bawah suruh semua tutup lampu tanda menyahut seruan 'Sokonglah Earth Hour!' Hampir satu blok boleh dengar ajakannya tu.

Saya dan teman sebilik hanya mampu mengeluh.

"Kenapa la waktu tutupnya kul 8.30 malam..bukan ke tahun lepas lambat sikit? nak ajak solat 'Isyak dalam gelap kot...-_-" rungut saya.

"Bising sangat ai~ hangpa katup la sendiri.. orang nak exam ni suh katup lampu. Yang tak penting ni la hangpa nak buat. Yang suh pi musolla hangpa tak nak ikut." pap! teman sebilik saya yang berasal dari Kedah tutup suis lampu biliknya lalu ke musolla.

Siap solat, teman sebilik saya sambung stadi bawah lampu utama. Saya pun ikutkan je. Tutup lampu bilik, buka suis lampu meja stadi.. Tapi tak stadi pun. Rehat. :P

Suasana bilik yang suram, dengan pencahayaan lampu yang malap sesuai untuk shuting potret dan bayang-bayang, saya merajinkan diri untuk menangkap gambar Encik Mongu (boleh lihat gambar profail saya) dengan menggunakan kamera fon berlensa VGA.

Tangkap punya tangkap dan tangkap lagi, gambar-gambar itu diedit untuk menyerlahkan lagi kehenseman Encik Mongu (singkatan bagi Monyet Ungu). Dah puas edit, dijadikan gambar latar belakang (baca: wallpaper) bagi fon saya. "Yup, memang dia hensem." :P


Eh jap, lari topik pulak. Sebenarnya nak cerita pasal kejadian tutup-tutup lampu ni. Tak salah pun nak ikut, nak buat, buatlah. Yang penting, kita tahu apa yang kita buat. Tak sembarangan ikut dan buat, bak kata orang lama, taklid buta.


Saya setuju dengan kata-kata teman sebilik saya tu. Perkara yang penting perlu diutamakan dan disebar-sebarkan.

Perkara yang penting perlu diutamakan dan disebar-sebarkan.

(ingat ayat ni 3 kali bagi lekat di ingatan..huhu)





nota kaki: Earth Hour bunyi macam Yaumus Saa'ah.. T_T

25.3.10

B-)

Salam...


There's a saying that people can see your feelings and read your mind just by looking at your eyes.


betul ke?


I've tried before, I guess it's true.


If it's true, you can't see mine at the moment.. coz' i'm wearing shades.


B-)

18.3.10

Ukhuwah Fillah itu akan kekal

Salam..


Hujung minggu lepas dipenuhi dengan program Hari Keluarga -
PKPIM UIAM Kuantan,
FaciTeam,
dan
WacKOS.

Penat tapi berbaloi. ;)


Bagus sebenarnya buat program-program macam ni.

Kalau buat modul,
cuba tanya adik-adik apa kesimpulan yang diorang dapat..
diorang mesti jawab,
"merapatkan silaturrahim!"
"dapat jumpa kawan-kawan!"
"dapat main game!!"
"kerjasama!!"
"dapat makan free!!!" eh..ini fasi yang jawab ni.. :P

Walaupun tak dapat bersua selalu,
ikatan persahabatan kerana-Nya pasti akan kekal.
Tidak putus.
('kan Angah, 'kan? ;))

hujung minggu ni ada lagi satu Hari Keluarga -
SCIENCESS pulak.

Moga masa hari kejadian tak sepanas hari yang lepas.
aameen..



em..lama dah rasanya tak jumpa keluarga sendiri...






nota kaki: Dia rasa dia mahu beruzlah (baca: bersendirian) kejap. Beruzlah dari Dunia dan orang ramai. Musim final mula minggu depan. Tolong doakan dia, ya. Doakan dia selamat dunia dan akhirat, iman teguh, hati aman. Untuk kawan-kawan yang nak final tu, selamat maju jaya! :)

16.3.10

daripada Budak Tengok Langit

Salam...

Musim panas ni ada hikmahnya..

antaranya..dapat tengok bintang bertaburan di langit yang luas sejelas-jelasnya. Subhanallah...

lagi nikmat bila dapat makan burger sorang-sorang di bawah taburan bintang. oh nikmat.



B-)

11.3.10

'Tolong' itu kata ajaib

Salam semua..




Kempen 1 Bulan 1 Adab untuk bulan ni: 'Lebih Elok Gunakan "Tolong"'

Ni adab feveret ni. Kalau ada butang 'like' macam dalam BukuMuka (baca: Facebook), gerenti ditekan butang ni sambil letak komen 'like infinity'. :P

Kenapa kata 'tolong' itu ajaib? Sebab kalau kita nak minta tolong orang buat kerja, kalau tak sebut 'tolong', orang cepat terasa sebab bunyinya macam mengarah. Nak buat kerja pun macam nak tak nak.

Teringat masa di matrikulasi dulu. Saya pernah dicop bossy. Mungkin sebab tak guna perkataan ajaib ni. Jujurnya, sampai sekarang diri ni masih fobia bila berhadapan dengan situasi melibatkan kerja-kerja dalam kumpulan lagi-lagi kalau ditugaskan untuk menjadi ketua. Sejak tu, setiap kata harus dijaga agar tak menyinggung mana-mana pihak. Kalau nak minta tolong, perkataan 'tolong' tu mesti ada.


Tapi, tu la.. setiap perkara ada baik dan buruknya termasuklah penggunaan perkataan 'tolong' ni. Kalian boleh baca lebih lanjut di sini. Kesimpulannya, kadang-kadang, nak minta tolong pun boleh buat diri jadi serba salah. huhu





nota kaki: mari sedekahkan al-Fatihah buat as-Syeikh Sayed Tantawi, Imam Besar Masjid al-Azhar yang telah kembali ke Rahmatullah. al-Fatihah.

10.3.10

Popular

Salam semua..

Perasan tak, bila memblog ni, entri tu akan dapat banyak komen kalau entrinya ditulis berbaur emosi.. sekadar pandangan.





eheh...

9.3.10

Rindu Tenang Itu

Salam..

Alhamdulillah, berlalu sudah hujung minggu yang panjang itu.

Hari semalam pula merupakan hari yang kabut. Kabut dengan mesyuarat, kerja sekolah dan persediaan untuk 2 pembentangan (baca: presentation)iaitu EOP dan Kaunseling. Mujur pembentangan EOP ditunda ke hari Khamis. Rasa lega yang amat hanya Allah Yang Tahu.

Maghrib tu, kelas malam takde. Jadi sempat la hadiri ifthar dan usrah Gen-5. Rasa seronok sebab dah lama tak ikut usrah penuh. Selalu pergi kejap-kejap je sebab ada kelas malam. Kami mula dengan perkongsian input yang ringkas. Daripada perkongsian itu, bermulalah perbincangan. Maka bertambahlah input. Bayangkan gelas yang kosong diisi air sampai mencurah-curah..umpama begitulah banyaknya input yang kami dapat kongsikan. Itu pun sebenarnya nak dipanjangkan tapi masa tak mengizinkan.

Antara pengisiannya, bilamana senior kami menceritakan kisah seorang hamba Allah bermimpi bertemu Rasulullah SAW. Dalam mimpi itu, dikisahkan bahawa Dunia ketika itu sangat huru-hara. Manusia lari lintang-pukang menyelamatkan diri. Tika si hamba berjalan kebingungan, dia bertemu dengan seorang lelaki. Beliau tidak kenal akan lelaki itu tapi hatinya yakin dan pasti mengatakan bahawa lelaki itu ialah Rasulullah.

Si hamba melihat ramai orang menghulurkan tangan kepada Rasulullah untuk meminta syafaat baginda. Dia hanya berdiri di situ..melihat baginda. Baginda Rasulullah sedar akan kehadirannya lalu berkata, "akulah Rasulullah dan terimalah syafaatku."

Hampir bergenang air mata mendengar kisah itu. Dalam pengetahuan saya, mimpi bertemu Rasulullah tidak termasuk mainan mimpi dan syaitan pun tidak boleh menyerupai Rasulullah. Beruntungnya si hamba itu. Sangat beruntung. Saya iri hati. Serius.

Apa yang membuatkan si hamba Allah itu mendapat mimpi tersebut? Bukan calang-calang orang yang boleh bermimpi bertemu Rasulullah. Lalu senior kami berkongsi tips, amalkan membaca selawat. Bacalah setiap hari, setiap masa. Sebelum berdoa, panjatkan tahmid dan berselawat.

Selesai usrah, saya ke satu lagi perjumpaan bersama grup fasi. Itu perjumpaan kali ketiga untuk semester ni. Berbanding dengan semester yang lepas yang jarang-jarang sekali dapat kami berkumpul dan berjumpa. Alhamdulillah. Sempat dikongsikan modul-modul fasi kepada fasi-fasi baru. adeh, terasa dah tua la pulak.

Begitulah kisah semalam.





Kekuatan itu menjadi kukuh lagi teguh apabila kita bersatu dan berpegang teguh pada kitab-Nya. Itulah antara fungsi usrah. ~ Ya Allah, kukuhkanlah ikatan, teguhkanlah iman kami. Aameen..



nota kaki: Diri berjumpa Tenang dalam kesibukan. Sekali-sekali, jangan biar dia dalam kelapangan kerana kelapangan mengundang Kusut dan menghalau Tenang. Tolong ingatkan Diri ek.

7.3.10

Monolog hujung minggu yang panjang..

salam...

yup..
hujung minggu ni dirasakan hujung minggu yang panjang..

Kata Hati, "Allah mau bagi rehat mungkin. rehat yang diberikan untuk ke kelas dan siapkan kerja sekolah."
Diri hanya mengeluh mengucap sabar. tapi ucap sabar di mulut tak sesenang perbuatannya. -_-"

Dalam setiap keluhan, dibalas dengan peringatan 'ingat 5 sebelum 5'..

Diketuk kepala, ditampar pipi, dicucuk hati berkali-kali... "bangun Diri, bangun!!"
Seakan parah Diri bahana degil tak dapat terima takdirnya. Astaghfirullah..berulang kali Hati memujuk Diri. "sabar Diri, sabar."

Diri juga cuba memujuk, "be rational, not emotional." (cewah, berbahasa orang putih pula..)
Hati terasa tatkala perkataan emosional disebut. Lalu membalas, "Diri, jangan diikutkan perasaan. Dengar kata 'Aqal."

Diri hanya mampu melayan, tak mampu berbuat apa. Semangatnya ada, tapi terpendam kerana Ruhnya hilang entah ke mana. Kasihan...



Kasihan sungguh...





Wahai sahabat, doakan Diri tabah ya. Terima kasih. :)

4.3.10

Bagai Awan


.

Salam Kawan...

Kau bagai Awan..

Walaupun 'mood'mu sentiasa berubah seperti berubahnya bentuk Awan,
kau tetap menjadi Penceria tika aku perlukan teman,
sepertimana aku melihat langit tika dalam kesulitan.

Terima kasih, Kawan. :)



Bukan senang untuk kita temui Kawan Sejati.





nota kaki: dia sudah mula suka pada Awan. ;)