9.3.10

Rindu Tenang Itu

Salam..

Alhamdulillah, berlalu sudah hujung minggu yang panjang itu.

Hari semalam pula merupakan hari yang kabut. Kabut dengan mesyuarat, kerja sekolah dan persediaan untuk 2 pembentangan (baca: presentation)iaitu EOP dan Kaunseling. Mujur pembentangan EOP ditunda ke hari Khamis. Rasa lega yang amat hanya Allah Yang Tahu.

Maghrib tu, kelas malam takde. Jadi sempat la hadiri ifthar dan usrah Gen-5. Rasa seronok sebab dah lama tak ikut usrah penuh. Selalu pergi kejap-kejap je sebab ada kelas malam. Kami mula dengan perkongsian input yang ringkas. Daripada perkongsian itu, bermulalah perbincangan. Maka bertambahlah input. Bayangkan gelas yang kosong diisi air sampai mencurah-curah..umpama begitulah banyaknya input yang kami dapat kongsikan. Itu pun sebenarnya nak dipanjangkan tapi masa tak mengizinkan.

Antara pengisiannya, bilamana senior kami menceritakan kisah seorang hamba Allah bermimpi bertemu Rasulullah SAW. Dalam mimpi itu, dikisahkan bahawa Dunia ketika itu sangat huru-hara. Manusia lari lintang-pukang menyelamatkan diri. Tika si hamba berjalan kebingungan, dia bertemu dengan seorang lelaki. Beliau tidak kenal akan lelaki itu tapi hatinya yakin dan pasti mengatakan bahawa lelaki itu ialah Rasulullah.

Si hamba melihat ramai orang menghulurkan tangan kepada Rasulullah untuk meminta syafaat baginda. Dia hanya berdiri di situ..melihat baginda. Baginda Rasulullah sedar akan kehadirannya lalu berkata, "akulah Rasulullah dan terimalah syafaatku."

Hampir bergenang air mata mendengar kisah itu. Dalam pengetahuan saya, mimpi bertemu Rasulullah tidak termasuk mainan mimpi dan syaitan pun tidak boleh menyerupai Rasulullah. Beruntungnya si hamba itu. Sangat beruntung. Saya iri hati. Serius.

Apa yang membuatkan si hamba Allah itu mendapat mimpi tersebut? Bukan calang-calang orang yang boleh bermimpi bertemu Rasulullah. Lalu senior kami berkongsi tips, amalkan membaca selawat. Bacalah setiap hari, setiap masa. Sebelum berdoa, panjatkan tahmid dan berselawat.

Selesai usrah, saya ke satu lagi perjumpaan bersama grup fasi. Itu perjumpaan kali ketiga untuk semester ni. Berbanding dengan semester yang lepas yang jarang-jarang sekali dapat kami berkumpul dan berjumpa. Alhamdulillah. Sempat dikongsikan modul-modul fasi kepada fasi-fasi baru. adeh, terasa dah tua la pulak.

Begitulah kisah semalam.





Kekuatan itu menjadi kukuh lagi teguh apabila kita bersatu dan berpegang teguh pada kitab-Nya. Itulah antara fungsi usrah. ~ Ya Allah, kukuhkanlah ikatan, teguhkanlah iman kami. Aameen..



nota kaki: Diri berjumpa Tenang dalam kesibukan. Sekali-sekali, jangan biar dia dalam kelapangan kerana kelapangan mengundang Kusut dan menghalau Tenang. Tolong ingatkan Diri ek.

No comments: