28.2.11

Tahu, Tak Tahu, Tak Nak Ambil Tahu

Salam...

dulu, saya selalu ingat yang orang lain tahu semua benda kecuali saya. kalau saya tahu sesuatu, sayalah orang terakhir yang tahu. kalau orang tanya sesuatu, perkara pertama yang saya akan buat ialah kerut kening dan tanya "awak tak tahu ke?" lalu jawab ala kadar.

lama-kelamaan, saya sedar. tak semua orang tahu semua perkara yang kita tahu. jadi kalau ada orang tanyakan sesuatu, saya akan fikirkan jawapan lalu cuba untuk beri jawapan sebaiknya.

dan kalau saya memang tak tahu, saya akan jawab tak tahu. cuma kadang-kadang saya rasa macam 'loser' je bila jawab tak tahu sebab saya ingat semua orang tahu. tapi saya ingatkan kepada diri yang ada je orang yang tak tahu apa yang saya pun tak tahu.

jadi kalau nak tahu sesuatu, kena la ambil tahu.

dan bila orang tanya cuba jawab yang terbaik sebab mana tahu, orang yang bertanya tu betul-betul nak tahu. kalau kita jawab sebaiknya, mana tahu kita mungkin dapat tolong dia untuk teruskan hidup. tup tup.. dapat pahala kebaikan, insyaAllah. tapi kalau dia tanya benda tak elok, jangan la tolong dia buat benda tak elok jugak. tak pasal-pasal dapat saham keburukan dia kalau dia buat. tak pasal-pasal, kita juga disalahkan nanti. huhu..

saya rasa bukan saya sorang je yang rasa macam ni. kalau kita yang ditanya, layanlah orang yang bertanya sebaiknya. sebab kita mungkin orang yang bertanya itu dan apa perasaan kamu kalau tak dilayan sebaiknya? kecewa kan? dan kalau kita yang bertanya, banyakkan bersabar dan hormatlah orang yang kita tanya. mungkin bukan daripada dia jawapan yang kita nak. mungkin daripada orang lain. dan sebaik-baik tempat bertanya ialah Dia, Penyimpan Segala Jawapan.


hm..alang-alang tu..nak tanya..apa paras normal serotonin bagi manusia? serotonin tu antara indikator (penentu) stres. lagi rendah serotonin, lagi stres seseorang tu. kamu tau? kalau tau, tolong bagitau ek. terima kasih. :)

24.2.11

Kekasih-Nya

Salam semua..

sudah seminggu berlalunya Hari Kelahiran Nabi Muhammad. pada 12 Rabi'ul Awwal bersamaan 15 Februari itu, saya mulakan hari bersama kawan-kawan saya seawal jam 4 pagi. kami mulakan dengan qiam bersendirian. kemudian solat Subuh bersama dan berusrah.

semua maklum, hari sebelum 15 Februari ni ialah Hari Valentine atau V-Day. teringat plak cerita V for Vendetta. hehe.. saya pun sambut juga dengan kawan-kawan. kami sambut dengan kek batik sempena hari kelahiran junior saya. sedap la jugak kek batik tu. (tapi rasanya lagi sedap kek batik yang diorang buatkan untuk saya tempoh hari..:P) ironik kan? orang lain sibuk beli bunga, kek dan bagai untuk beri kepada kekasih. tapi saya hanya sambut dengan kawan-kawan untuk junior saya. untuk kekasih? no way la nak sambut 'Hari Kekasih' ni. tapi kalau mau sambut 'Hari Kekasih Allah', yes way. ;)

cakap pasal kekasih, kita balik semula kepada kisah di perenggan pertama di atas. kami berusrah tentang kekasih jugak. spesifiknya Kekasih Dia, Kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W. di awal usrah, kami ditanya tentang perihal sifat dan ciri Nabi Muhammad. setiap seorang kena beri 1 sifat atau ciri Nabi Muhammad. saya jawab Nabi makan dengan menggunakan 3 jari. saya selalu ingat yang ni sebab adik bongsu saya, Anad makan dengan 3 jari. Anad makan nasi guna 3 jari. serius, tak tipu. Tok (nenek belah ayah saya) selalu gelak tengok Anad makan nasi pakai 3 jari sebab pelik. kami tau tu sunnah tapi bila tengok memang pelik. saya nak tegur pun saya tak mampu sebab tu sunnah dan adik saya ni baru belajar makan pakai tangan. sebelum ni pakai sudu. dah biasa bersuap. hehe.. kemudian dalam perbincangan, sahabat saya beri pendapat, Nabi dulu makan roti. zaman Nabi takda nasi. (kalau sesiapa ada fakta tentang ni, tolong maklumkan ek.) fikir saya betul jugak kata sahabat saya ni. boleh la saya bagitau Anad lepas ni. hehe..

lepas habis jawab, kami beralih ke aktiviti lain. kami diminta untuk menulis surat untuk Rasulullah. pergh..mana pernah tulis surat untuk Rasulullah. jadi ni la kali pertama saya tulis surat untuknya. mula-mula buntu, tak tau nak tulis apa. tapi bila teringat yang Nabi selalu dapat 'surat' atau wahyu daripada Allah, saya cuba jugak untuk menulis. saya cuba untuk luahkan isi hati buat Rasulullah. makin saya tulis, makin saya rasa seperti mahu je Nabi baca surat saya ni. aneh.

siap tulis, kami diminta untuk bacakan isi surat kepada semua. seorang demi seorang baca. macam-macam nada ada. ada yang bersajak, ada kata penuh bunga seperti tulisan orang lama, ada yang terus-terang. tona bacaan juga bermacam. yang terkesan bagi saya, ada yang sampai menangis tersedu bagaikan suratnya itu benar-benar untuk Rasulullah. cukup terkesan. habis baca, kami muhasabah diri. bayangkan macam mana diri kalau berada bersama Rasulullah. apakah kita bersamanya atau menentangnya? macam mana pula keadaan sekarang tanpa Rasulullah. bagaimana kita yang sudah dilahirkan dengan Islam? perbuatan kita, percakapan kita, sikap kita ni, ikut cara Nabi ke tak? banyak sangat nikmat yang kita dapat - nikmat Islam dan nikmat Iman - cukup besar nikmat ni. tapi kita ni sedar tak? bersyukur tak? adakah hidup kita ni selari dengan ajaran Islam? kita ni dah banyak sangat didedahkan dengan perkara duniawi. semua kita nak ikut. walhal kita dah ada panduan yang cukup - al-Quran dan sunnah Rasulullah - untuk bawa hidup kita ke Sana. sunnah Nabi luas. dari sekecil-kecil perkara seperti cara masuk tandas, cara makan, sampai sebesar-besar perkara seperti cara perintah negara. gandingkan dengan panduan al-Quran. lengkap.


habis cerita pasal aktiviti usrah. sambung cerita pasal kekasih pulak. :)


pernah tak terfikir, Allah Yang Maha Esa juga punya kekasih? bukan manusia je ada kekasih. tapi Allah Yang Maha Agung lagi Maha Hebat juga ada kekasih. siapa kekasih Allah itu kalau bukan Nabi Muhammad S.A.W. semua orang tau. kan? dan Allah mahu semua makhluk-Nya tahu siapa kekasih-Nya, Habibullah itu.

kalau orang sebut kekasih, apa yang bermain di fikiran? lover? buah hati? boyfriend? girlfriend? orang yang kita sayang? orang yang sering kita rindu?

kalau orang sebut kekasih Allah pula, apa yang bermain di fikiran? sama tak dengan apa yang difikirkan tadi? sama? macam pelik tak? bagi saya agak pelik di situ.

cuba renungkan, cuba fikir, di mana beza kekasih bagi manusia dan kekasih bagi Allah. apa istimewanya Rasulullah sampai diangkat menjadi kekasih?

jauh berbeza definisi kekasih bagi manusia dan kekasih bagi Allah. tak sama kan apa yang bermain di fikiran? lihat keperibadian Nabi dan keperibadian kita, beza kan? jauh berbeza. Rasulullah ialah manusia terbaik, paling sempurna ciptaan Allah. Sayangnya Allah kepada Rasulullah ada sedari kewujudan Nabi Adam lagi. Sayangnya Allah kepada Rasulullah sehingga Allah lindungi keturunan Nabi, hatta sebelum lahirnya Nabi. setiap perbuatan Rasulullah dipelihara Allah sampai dijanjikan syurga buat Nabi. bagaimana pula reaksi Rasulullah? walaupun dijanjikan syurga, Rasulullah tidak putus beribadah, tidak putus bersyukur kepada Allah. sampai bengkak kaki Nabi sebab lamanya solat, sampai luka pecah gigi akibat perang demi Allah.

macam mana pula kekasih bagi manusia? sekadar suka sama suka? belanja makan? beri hadiah? berpegang-pegangan? love affection? entahkan sudah berkahwin atau tak buat benda-benda ni. entahkan tahu ke tak Allah redha dengan apa yang dibuat.


jujurnya, saya cemburu dengan sahabat yang boleh menangis, boleh sedih bila disebut tentang Rasulullah. seperti mereka tahu banyak tentang Rasulullah. saya juga mahu ada rasa itu. mahu rasa dekat.

tahu tak, selain Allah, isteri-isterinya, sahabat-sahabatnya, siapa lagi yang Rasulullah kasih?

Rasulullah kasihkan ummatnya. sampai disebut 3 kali "ummatku, ummatku, ummatku" sebelum Nabi hembuskan nafasnya terakhir. tahu tak siapa umaatnya? kita.

kalau Rasulullah boleh kasihkan kita-kita yang belum pernah dilihatnya ni, lagikan kita mahu kasihkan Nabi macam Nabi kasihkan kita ni.

kita mahu dekat dengan Nabi kan? mahu dapat syafa'atnya kan? Nabi ada bagi tips.

Rasulullah berpesan, "sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada Hari Kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku." (hadith riwayat an-Nasai dan ibnu Hibban)

sumber: 'Hadis 40 Imam Nawawi: Rujukan pantas kehidupan islami' terbitan PTS

kalian tahu kan berselawat? Yok selawat selalu. ;)


selain Rasulullah, Allah juga menawarkan tempat bagi hamba-hamba-Nya yang mahu menjadi kekasih Allah.

Rasulullah pernah bersabda, "sesungguhnya Allah berkata, 'Sesiapa yang memusuhi orang-orang yang Ku kasihi, Aku isytiharkan perang ke atasnya. Tidak ada yang lebih mendekatkan hamba-hamba-Ku kepada-Ku selain dia melaksanakan apa yang sudah Aku wajibkan. Dan hamba-Ku yang tidak henti-henti menghampirkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan amalan-amalan sunat, maka pasti aku mengasihinya. Apabila Aku mengasihinya, aku menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar, Aku menjadi penglihatannya yang dengannya dia melihat, Aku menjadi tangannya yang dengannya dia memegang, dan Aku menjadi kakinya yang dengannya dia berjalan. Apabila dia meminta daripada-Ku, dia meminta perlindungan daripada-Ku, pasti Aku berikan perlindungan baginya.'" (hadith riwayat Bukhori)

sumber: 'Hadis 40 Imam Nawawi: Rujukan pantas kehidupan islami' terbitan PTS


jadi jom sama-sama berusaha untuk jadi ummat terbaik dan kekasih Allah. Yok!

ini sedikit perkongsian tentang isu Valentine di negara kita. boleh klik sini. moga beri manfaat dan fikirkan apa peranan kita dalam hal ni. kita nak jadi ummat terbaik kan? mau jadi kekasih-Nya kan? ;)





nota.1: saya bukan seorang yang baik tapi saya nak jadi baik. tolong ajak saya jadi baik. terima kasih.
nota.2: panjang la plak entri ni. kalau ditukar ke fail .doc mau dapat 5 mukasurat ni..ehehe

7.2.11

With Him, there's hope

Salam...

tadi baru lepas jumpa supervisor untuk bincang perihal FYP. mesin yang saya nak guna ada masalah. kena repair. nak repair pun kena buat surat, uruskan birokrasi semua. draf tesis kena hantar hujung bulan depan. ada la dalam 7 minggu lagi. sampling (perkara yang dikira paling utama) belum buat lagi. mesin tu perlu untuk analisa sampel.

saya dah takda perasaan. semangat lagi la hilang melayang entah ke mana. padan dengan muka mungkin. Ya Allah, ampun..

bincang punya bincang..(takda la bincang pun, kawan yang banyak tanya. saya tolong dengar je..) rupanya ada lagi satu mesin yang jarang orang guna. mesin tu fungsinya lebih baik daripada mesin yang saya nak guna. sementara nak repair ni, boleh la tunggu kebenaran nak guna mesin yang jarang guna ni. lega la kejap. alhamdulillah..

selepas habis perbincangan, saya mesej tanyakan company tempat saya tempah barang saya. "bagi dalam 4 minggu lagi ke.."


(_ _ )"



Hati cakap, "awak, sabar ek. buat la tesis tu dulu."
Dr. cakap, "kita doa banyak-banyak."


baik!


nota: that song tells everything I'm feeling right now. well, almost everything.