Showing posts with label Usrah. Show all posts
Showing posts with label Usrah. Show all posts

5.7.11

Nur

Salam semua...

Petang Jumaat lepas, trainer berkongsi cerita dengan kami sekelas. Berkongsi kisah Israk Mikraj dan Dajjal.

Beliau bertanya kepada kami, "peristiwa Israk Mikraj itu logik tak?"

Beliau bertanya lagi, "selepas Nabi wafat, umat Islam jadi huru-hara. Kenapa?"

Untuk soalan pertama, saya jawab tak logik tapi kita perlu mengimani peristiwa tersebut.

Untuk soalan kedua, saya akan kata sebab umat Islam tidak ada rujukan yang kukuh...tapi ramai je sahabat yang ilmunya boleh digunakan untuk panduan dan rujukan..

"aduh..pening kepala.."

Trainer kami senyum penuh makna. :)

Beliau bertanya lagi, "apa beza orang Kristian pergi ke gereja setiap Ahad untuk upacara ritual dengan orang Islam sekarang yang pergi ke masjid tiap-tiap hari untuk solat?"

Jawapan beliau, "Tiada beza. Apa yang kita buat ni pun ritual. Kita sebenarnya sudah jauh daripada Rasulullah. dan kita selalu fikir yang kita ni dekat dengan Allah."

Semua terdiam..

*****

kesimpulan ringkas yang saya dapat daripada perkongsian beliau:
Nabi Muhammad merupakan Nur (cahaya). Cahaya di atas cahaya. Nur baginda sangat kuat sehinggakan pengaruh kuasa jahat susah nak tembus. Tapi apabila baginda wafat, Nur itu mula kelam. Kacau-bilaunya umat Islam kerana wujudnya pengaruh kuasa jahat yang berjaya menembusi orang sekeliling. Hasad dengki, gila kuasa, fitnah, dan sebagainya muncul. Dan keadaan itu berpanjangan sampai sekarang dan makin lama makin kuat pengaruh kuasa jahat ini.

Jadi, macam mana kita nak maintain Nur tu? Macam mana kita nak hindar diri kita daripada pengaruh kuasa jahat ni?

Ok. Apa yang akan kita buat untuk tunjukkan kita kasih dan sayang kepada seseorang? we'll do anything, kan? untuk tunjukkan cinta kita kepada Muhammad bukan sekadar mengamal sunnahnya - dari segi pemakaian kita, cara kita makan dan sebagainya. tapi lebih dari itu. kita kena menghayati dan menjiwai. kita perlu ada Nur itu dalam diri kita. apa yang kita buat ni mesti datang dari hati. nak sayang orang, mesti dari hati. dengan bagi bunga, buat dia hepi..kalau bukan dari hati, tak sampai sayang tu sebab tak ikhlas.. (ye ke? haha) berbalik pada Nur tadi, untuk maintain Nur, kita kena hayati dan jiwai.

Macam mana nak hindar diri daripada pengaruh kuasa jahat? dengan Nur ni jugak la dapat menghindarkan kita. amalkan doa agar dijauhkan daripada sifat-sifat mazmumah (tidak baik). jaga diri. jaga hati. jaga 'amal.

itu secara ringkas. nak lebih dalam, teruskan pencarian kalian. ok? :)



Hidup ni singkat. Kiamat makin dekat. moga setiap perlakuan kita, membantu kita di akhirat kelak.





wahai Diri, rajinkan memberi, kurangkan menerima. Yosh!


nota: berkaitan persoalan logik, harap link ni membantu kalian untuk memahami.

28.6.11

Syukur Tanam Positif dalam Diri

Salam semua..

meh nak kongsikan antara pengisian yang saya dapat semasa ke program kursus asas sukarelawan pada sabtu dan ahad yang lepas. moga beri manfaat. :)



*audio mungkin tak berapa jelas tapi kawan-kawan cuba fokus dan dengar betul-betul dekat apa yang En. Azam (speaker) tu sampaikan ek.*

ucaplah seikhlas hati:
"alhamdulillah. terima kasih, ya Allah."
dan senyum. :)


bersyukurlah selalu dalam setiap keadaan. walau suka atau duka. segalanya datang daripada Allah. bersyukurlah. kelak diri jadi tenang dan positif. bersangka baiklah kepada Allah. ok? :)

15.4.11

dia takut...

Salam Juma'at semua. yok, tambah bekalan akhirat dengan amalan-amalan sunat. ;)


sambung kisah kongsi cerita di entri lepas. satu persoalan diajukan di akhir perkongsian mengenai hantu dan tuhan. (aneh kan ejaan kedua-dua perkataan ni..jika diterbalik-balikkan, alih-alih perkataan itu juga jadinya..)

persoalannya:
(1) ada beza tak takut hantu dengan takut tuhan?
(2) kalau ada, apa bezanya?


satu persoalan yang buat saya tertarik untuk mengetahui jawapannya. berdasarkan pemerhatian dan pemahaman saya. ini jawapan saya:

(1) ada.
(2) bezanya seperti di bawah:

(i) hantu itu makhluk Allah manakala Allah, Sang Pencipta makhluk. hm..bila fikir balik, mana lagi superior?

(ii) takut kepada hantu, takutnya sampai kita tak boleh tidur sorang-sorang, keluar ke tandas malam-malam sorang-sorang. selalu minta takmo jumpa dengan hantu. nak sebut perkataan 'hantu' pun tak berani. sekali sebut, naik bulu roma. O_O

berbeza dengan takut kepada Allah. takut kepada Allah buat kita lagi nak dekat dengan Dia. takutnya kita kepada Allah, lagi nak buat kita cakap sorang-sorang (baca: berdo'a). mau minta itu, minta ini..minta macam-macam dan selalu minta. bagi mereka yang takut kepada Allah, menyebut nama Allah itulah yang paling mereka suka. sekali sebut, gentar hati-hati mereka.



beza 'kan? Subhanallah...


ok. macam mana dengan jawapan kamu pulak? nak jawab sendiri pun takpe. tapi kalau nak kongsikan bersama, apa salahnya. :)





nota: maaf, saya takut..

kisah ringkas bersama anti-Lynas

Salam...

tengahari tadi hantar tesis. baru dapat e-mel daripada penyelia pagi tadi. ada yang perlu diperbaiki di dalam tesis. dugaan. tapi takpe. bersyukur dapat jugak repair tesis walau di saat akhir. nak hantar tadi bukan main berdebar lagi nerbes. maklum la.. tesis ni la yang akan diperiksa oleh para examiner nanti. huu..nerbes.. tapi lepas hantar tadi lega kejap. alhamdulillah akhirnya siap jugak tesis. :)

petang tadi buka puasa dengan geng usrah. semua pakat bawak makanan sendiri kemudian disatukan dalam satu talam. bermacam jenis makanan ada. nasi goreng pataya, rojak, mi goreng, dan kuey tiow. cukup semua rasa. hehe..

siap maghrib, kami berkongsi cerita. saya kisahkan tentang pengalaman saya ketika menghadiri taklimat Lynas baru-baru ni. malangnya, sampai saja ke tempat taklimat, saya baru dapat tahu yang taklimat tu dibatalkan. sempat la sembang dengan orang-orang yang datang. rata-rata kecewa kerana dimaklumkan taklimat dibatalkan tanpa pemberitahuan awal. ada yang datang sebab nak tahu dan faham tentang isu ni. ada seorang makcik berpesan, "you should fight for this. it's for your future, you know." saya kagum. mereka yang hadir sangat bersemangat untuk berjuang menuntut kebenaran. buat saya rasa macam mau jadi bersemangat macam mereka. ye, fighting! kawan-kawan yang mendengar kisah saya pun turut rasa kagum.

okeh, itu kisah Lynas. jangan berhenti berjuang ye! fighting!





nota: sempat juga gambar saya di-snap di tempat kejadian. malu saya. :P
nota.dua: pembentangan FYP minggu depan.. eh, nerbes lah~

21.3.11

sebaik-baik sahabat ialah sahabat yang mengingatkan kita kepada Sang Pencipta

Salam semua...

"antara sifat sebaik-baik sahabat ialah sahabat yang mengingatkan kita kepada Sang Pencipta."
dah lama tahu tentang perkara ni cuma jarang nak ingat. bila teringat balik, saya muhasabah diri.

dalam berkawan, saya susah sekali untuk meluah perasaan atau masalah. saya lebih suka orang luahkan masalah mereka kepada saya dengan niat saya dapat tolong mereka dan dalam masa yang sama saya dapat tolong diri saya sendiri. mungkin dengan cara mendengar pengalaman mereka, dapat saya gunakan dalam kehidupan seharian saya dan perbaiki apa yang kurang dalam diri. mungkin. dulu, hidup saya diteruskan tanpa tahu apa-apa tentang hidup dan erti perasaan. orang cakap ini bagus, saya ikut. orang cakap ini best, saya buat. kalau ada orang gembira, saya gembira jugak. cuma yang peliknya, kalau ada orang sedih, saya tak boleh nak sedih sama. saya hanya tumpang sedih dan duduk diam terpaku sebab tak tahu nak buat apa. nak sedih sama pun tak reti.

lagi satu sebab kenapa saya susah nak luahkan mungkin sebab tak biasa. mungkin. sebab saya rasa masalah tu saya kena tanggung sendiri dan orang takkan faham masalah saya. jadi kalau saya bagitahu pun, orang takkan faham dan tak dapat tolong pun. dan mungkin juga sebab saya tak pandai meluah. mungkin..

ok. itu sedikit sebanyak kisah saya. dan itu berlaku dulu. sekarang tak kot. mungkin.. ok..ok.. balik-balik kepada kisah sahabat tadi. fokus.

tempoh hari ada perjumpaan dengan sahabat seusrah. saja nak buat perjumpaan. waktu tu dah nak tengah malam sebab rancangnya mahu qiam lepas tu. dalam kengantukan, saya pergi juga. aktiviti ketika itu agak santai tapi bagi saya cukup terkesan. hampir buat saya bergenang air mata kejap. haha


Rukun Usrah dan Prinsip LDK: aplikasi dalam bersahabat

memandangkan yang hadir kebanyakan terdiri daripada fasilitator (mereka yang rajin berprogram di sekolah-sekolah),sahabat saya kongsikan prinsip latihan dalam berkumpulan (LDK) yang beliau dapat semasa berprogram. prinsip dalam LDK ni beliau kata boleh diterapkan dalam usrah. prinsip ini terdiri daripada 5 perkara: 4K 1A = Kebersamaan, Keterbukaan, Kerahsiaan, Kepercayaan, dan Adabul ikhtilaf (adab-adab berlainan pandangan).

OK. sebelum tu nak kongsi jugak yang dalam usrah ada rukun. rukun ni kalau takda kira tak jadi la usrah. macam rukun solat. tak cukup rukun, tak sah solat. rukun usrah 4T: Ta'aruf (suai kenal), Tafahum (faham), Ta'awwun (tolong-menolong), dan Takaful (pengorbanan).

sambung kisah 4K 1A tadi. berikut ialah ringkasan berdasarkan pemahaman saya bagi setiap prinsip:
- kebersamaan ni maksudnya buat segalanya bersama-sama. contoh: nak tak kita makan sama-sama?
- keterbukaan ni maksudnya sikap terbuka terhadap orang lain. contoh: sanggup tak kita kongsi apa yang kita suka dan tak suka?
- kerahsiaan pula sikap menyimpan rahsia sesuatu perkara. contoh: menjaga aib
- kepercayaan tu ialah sikap percaya kita kepada orang lain. contoh: kita yakin tak yang dia ni boleh simpan rahsia kita? kalau kita bagitau masalah kita, boleh tak dia tolong kita?
- adab-adab berlainan pandangan ni ialah bagaimana kita nak kendali situasi berlainan pendapat. contoh: saya cakap ayam KFC lebih sedap dimakan tanpa sos tapi dia cakap makan dengan sos lagi sedap. (di mana penyelesaiannya ialah kita ikut selera kita la kan. tak perlu gaduh segala.)

rukun usrah dan prinsip LDK ni dilakukan secara berperingkat mengikut turutan yang saya maklumkan di atas. rukun Takaful ialah rukun paling tinggi di mana kita sanggup berkorban apa sahaja untuk sesuatu perkara.

rukun dan prinsip ini boleh jugak diterapkan dalam persahabatan. tapi..saya tak tau la cukup tak rukunnya dan saya tak tahu saya mampu atau tak untuk turuti segala prinsip. cumanya yang saya tahu saya akan cuba berikan yang terbaik untuk sahabat-sahabat saya. hargai mereka. tak kisah la kalau mereka tidak buat seperti yang saya buat kepada mereka asalkan saya berikan yang terbaik. memberi lebih baik daripada menerima kan? bersyukurlah kalau dapat sahabat yang satu kepala, sanggup gembira derita bersama dan selalu bagi nasihat. bukan senang nak dapat sahabat macam tu. dan kita kena selalu beringat, mereka bukan tempat kita bagi harapan sepenuh hati sebab Allah lebih layak. yup, selalu la beringat. sebab kalau kita terlalu memberi harapan dan tiba-tiba sahabat kita tu hilang entah ke mana, maunya kita jadi tertekan penuh depresi. hilang tempat berharap dan putus harapan segala. gila jadinya. serius.

jadi beringatlah ek. berkawanlah dengan sesiapa pun tanpa mengira darjat, warna kulit, usia dan sebagainya. cuma berpadalah dalam berkawan. sebaik-baik kawan ialah kawan yang sanggup bersama susah dan senang, kawan yang boleh beri motivasi, kongsi ilmu dan nasihat yang membina diri. sebaik-baik kawan juga ialah mereka yang sudi menegur kesalahan dan boleh terima teguran kita. jangan kita melenting pulak bila ditegur kawan. mungkin kawan kita tu nampak apa yang kita nampak dan mahu tolong kita. bawa bersabarlah bila berlaku onak duri dalam bersahabat. itu mungkin Allah nak uji kita.

Nabi pernah pesan, "dekatkan diri dengan penjual minyak wangi kerana wanginya akan melekat kepada kita. jauhkan diri daripada pembuat besi kerana busuknya bisa melekat kepada kita."


kesimpulannya, kawanlah seikhlasnya kerana Allah dan Allah akan jadi kawan terbaik kita dan beri kita kawan yang baik juga. dan bersangka baiklah dengan Allah dan sahabat-sahabat. insyaAllah, lumayan hasilnya. :)


buat kawan-kawan sekalian, saya doakan moga persahabatan kita kekal hingga ke syurga. moga Allah lindungi dan rahmati kita semua. aameen... :)




*usrah: (bahasa arab) keluarga; aktiviti perbincangan dalam kumpulan





nota: dapat tak tengok bulan semalam? cantik tak? cantik kan? hee~ agak terang daripada biasa. saiznya mungkin tak nampak sangat besarnya tapi subhanallah..chantek! ^_^ (klik sini. ni gambar Bulan yang diambil di Bali semalam.)

24.2.11

Kekasih-Nya

Salam semua..

sudah seminggu berlalunya Hari Kelahiran Nabi Muhammad. pada 12 Rabi'ul Awwal bersamaan 15 Februari itu, saya mulakan hari bersama kawan-kawan saya seawal jam 4 pagi. kami mulakan dengan qiam bersendirian. kemudian solat Subuh bersama dan berusrah.

semua maklum, hari sebelum 15 Februari ni ialah Hari Valentine atau V-Day. teringat plak cerita V for Vendetta. hehe.. saya pun sambut juga dengan kawan-kawan. kami sambut dengan kek batik sempena hari kelahiran junior saya. sedap la jugak kek batik tu. (tapi rasanya lagi sedap kek batik yang diorang buatkan untuk saya tempoh hari..:P) ironik kan? orang lain sibuk beli bunga, kek dan bagai untuk beri kepada kekasih. tapi saya hanya sambut dengan kawan-kawan untuk junior saya. untuk kekasih? no way la nak sambut 'Hari Kekasih' ni. tapi kalau mau sambut 'Hari Kekasih Allah', yes way. ;)

cakap pasal kekasih, kita balik semula kepada kisah di perenggan pertama di atas. kami berusrah tentang kekasih jugak. spesifiknya Kekasih Dia, Kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W. di awal usrah, kami ditanya tentang perihal sifat dan ciri Nabi Muhammad. setiap seorang kena beri 1 sifat atau ciri Nabi Muhammad. saya jawab Nabi makan dengan menggunakan 3 jari. saya selalu ingat yang ni sebab adik bongsu saya, Anad makan dengan 3 jari. Anad makan nasi guna 3 jari. serius, tak tipu. Tok (nenek belah ayah saya) selalu gelak tengok Anad makan nasi pakai 3 jari sebab pelik. kami tau tu sunnah tapi bila tengok memang pelik. saya nak tegur pun saya tak mampu sebab tu sunnah dan adik saya ni baru belajar makan pakai tangan. sebelum ni pakai sudu. dah biasa bersuap. hehe.. kemudian dalam perbincangan, sahabat saya beri pendapat, Nabi dulu makan roti. zaman Nabi takda nasi. (kalau sesiapa ada fakta tentang ni, tolong maklumkan ek.) fikir saya betul jugak kata sahabat saya ni. boleh la saya bagitau Anad lepas ni. hehe..

lepas habis jawab, kami beralih ke aktiviti lain. kami diminta untuk menulis surat untuk Rasulullah. pergh..mana pernah tulis surat untuk Rasulullah. jadi ni la kali pertama saya tulis surat untuknya. mula-mula buntu, tak tau nak tulis apa. tapi bila teringat yang Nabi selalu dapat 'surat' atau wahyu daripada Allah, saya cuba jugak untuk menulis. saya cuba untuk luahkan isi hati buat Rasulullah. makin saya tulis, makin saya rasa seperti mahu je Nabi baca surat saya ni. aneh.

siap tulis, kami diminta untuk bacakan isi surat kepada semua. seorang demi seorang baca. macam-macam nada ada. ada yang bersajak, ada kata penuh bunga seperti tulisan orang lama, ada yang terus-terang. tona bacaan juga bermacam. yang terkesan bagi saya, ada yang sampai menangis tersedu bagaikan suratnya itu benar-benar untuk Rasulullah. cukup terkesan. habis baca, kami muhasabah diri. bayangkan macam mana diri kalau berada bersama Rasulullah. apakah kita bersamanya atau menentangnya? macam mana pula keadaan sekarang tanpa Rasulullah. bagaimana kita yang sudah dilahirkan dengan Islam? perbuatan kita, percakapan kita, sikap kita ni, ikut cara Nabi ke tak? banyak sangat nikmat yang kita dapat - nikmat Islam dan nikmat Iman - cukup besar nikmat ni. tapi kita ni sedar tak? bersyukur tak? adakah hidup kita ni selari dengan ajaran Islam? kita ni dah banyak sangat didedahkan dengan perkara duniawi. semua kita nak ikut. walhal kita dah ada panduan yang cukup - al-Quran dan sunnah Rasulullah - untuk bawa hidup kita ke Sana. sunnah Nabi luas. dari sekecil-kecil perkara seperti cara masuk tandas, cara makan, sampai sebesar-besar perkara seperti cara perintah negara. gandingkan dengan panduan al-Quran. lengkap.


habis cerita pasal aktiviti usrah. sambung cerita pasal kekasih pulak. :)


pernah tak terfikir, Allah Yang Maha Esa juga punya kekasih? bukan manusia je ada kekasih. tapi Allah Yang Maha Agung lagi Maha Hebat juga ada kekasih. siapa kekasih Allah itu kalau bukan Nabi Muhammad S.A.W. semua orang tau. kan? dan Allah mahu semua makhluk-Nya tahu siapa kekasih-Nya, Habibullah itu.

kalau orang sebut kekasih, apa yang bermain di fikiran? lover? buah hati? boyfriend? girlfriend? orang yang kita sayang? orang yang sering kita rindu?

kalau orang sebut kekasih Allah pula, apa yang bermain di fikiran? sama tak dengan apa yang difikirkan tadi? sama? macam pelik tak? bagi saya agak pelik di situ.

cuba renungkan, cuba fikir, di mana beza kekasih bagi manusia dan kekasih bagi Allah. apa istimewanya Rasulullah sampai diangkat menjadi kekasih?

jauh berbeza definisi kekasih bagi manusia dan kekasih bagi Allah. tak sama kan apa yang bermain di fikiran? lihat keperibadian Nabi dan keperibadian kita, beza kan? jauh berbeza. Rasulullah ialah manusia terbaik, paling sempurna ciptaan Allah. Sayangnya Allah kepada Rasulullah ada sedari kewujudan Nabi Adam lagi. Sayangnya Allah kepada Rasulullah sehingga Allah lindungi keturunan Nabi, hatta sebelum lahirnya Nabi. setiap perbuatan Rasulullah dipelihara Allah sampai dijanjikan syurga buat Nabi. bagaimana pula reaksi Rasulullah? walaupun dijanjikan syurga, Rasulullah tidak putus beribadah, tidak putus bersyukur kepada Allah. sampai bengkak kaki Nabi sebab lamanya solat, sampai luka pecah gigi akibat perang demi Allah.

macam mana pula kekasih bagi manusia? sekadar suka sama suka? belanja makan? beri hadiah? berpegang-pegangan? love affection? entahkan sudah berkahwin atau tak buat benda-benda ni. entahkan tahu ke tak Allah redha dengan apa yang dibuat.


jujurnya, saya cemburu dengan sahabat yang boleh menangis, boleh sedih bila disebut tentang Rasulullah. seperti mereka tahu banyak tentang Rasulullah. saya juga mahu ada rasa itu. mahu rasa dekat.

tahu tak, selain Allah, isteri-isterinya, sahabat-sahabatnya, siapa lagi yang Rasulullah kasih?

Rasulullah kasihkan ummatnya. sampai disebut 3 kali "ummatku, ummatku, ummatku" sebelum Nabi hembuskan nafasnya terakhir. tahu tak siapa umaatnya? kita.

kalau Rasulullah boleh kasihkan kita-kita yang belum pernah dilihatnya ni, lagikan kita mahu kasihkan Nabi macam Nabi kasihkan kita ni.

kita mahu dekat dengan Nabi kan? mahu dapat syafa'atnya kan? Nabi ada bagi tips.

Rasulullah berpesan, "sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada Hari Kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku." (hadith riwayat an-Nasai dan ibnu Hibban)

sumber: 'Hadis 40 Imam Nawawi: Rujukan pantas kehidupan islami' terbitan PTS

kalian tahu kan berselawat? Yok selawat selalu. ;)


selain Rasulullah, Allah juga menawarkan tempat bagi hamba-hamba-Nya yang mahu menjadi kekasih Allah.

Rasulullah pernah bersabda, "sesungguhnya Allah berkata, 'Sesiapa yang memusuhi orang-orang yang Ku kasihi, Aku isytiharkan perang ke atasnya. Tidak ada yang lebih mendekatkan hamba-hamba-Ku kepada-Ku selain dia melaksanakan apa yang sudah Aku wajibkan. Dan hamba-Ku yang tidak henti-henti menghampirkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan amalan-amalan sunat, maka pasti aku mengasihinya. Apabila Aku mengasihinya, aku menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar, Aku menjadi penglihatannya yang dengannya dia melihat, Aku menjadi tangannya yang dengannya dia memegang, dan Aku menjadi kakinya yang dengannya dia berjalan. Apabila dia meminta daripada-Ku, dia meminta perlindungan daripada-Ku, pasti Aku berikan perlindungan baginya.'" (hadith riwayat Bukhori)

sumber: 'Hadis 40 Imam Nawawi: Rujukan pantas kehidupan islami' terbitan PTS


jadi jom sama-sama berusaha untuk jadi ummat terbaik dan kekasih Allah. Yok!

ini sedikit perkongsian tentang isu Valentine di negara kita. boleh klik sini. moga beri manfaat dan fikirkan apa peranan kita dalam hal ni. kita nak jadi ummat terbaik kan? mau jadi kekasih-Nya kan? ;)





nota.1: saya bukan seorang yang baik tapi saya nak jadi baik. tolong ajak saya jadi baik. terima kasih.
nota.2: panjang la plak entri ni. kalau ditukar ke fail .doc mau dapat 5 mukasurat ni..ehehe

11.1.11

Usrah dan Ukhuwwah

Salam semua..


Usrah.
Di sini,
saya kenal erti keluarga
saya kenal erti hidup
saya kenal Dia.

Ukhuwwah.
Bersama mereka,
saya kenal erti persahabatan
saya kenal erti pengorbanan
saya kenal erti kasih dan sayang.

Hidup.
Punya erti
dengan sifat hamba
dengan sifat ketua.
Adanya syukur dan redha,
ada tanggungjawab
untuk diri sendiri
dan terhadap orang lain
dan juga persekitaran.

Tanpa usrah dan ukhuwwah,
saya tidak jadi seperti saya sekarang.


Terima kasih, Allah. Alhamdulillah.


:)

9.11.10

Dia Maha Kaya

Salam semua...

Kaya.. cakap pasal kaya, selalunya orang akan ingat duit, harta.. bling-bling.. $_$ yup, segala macam perkara materi yang keluar di kepala. itu manusia.

Kaya.. Siapa paling kaya? banding dengan makhluk-makhluk-Nya, Allah Maha Kaya. Tuhan sekalian 'alam. Pencipta langit dan bumi dan seluruh jagat raya. Bumi yang kita duduk ni, salah satu daripada sembilan, eh bukan.. Pluto bukan planet dah jadi lapan planet dalam satu galaksi. em.. berapa banyak galaksi kita ada? Wallahua'lam. Siapa tuan punya galaksi-galaksi ni? Semestinya penciptanya, Allah.

Sekaya-kaya Allah pun, Dia Maha Pemurah. Pemberi rahmat dan nikmat. Minta je apa pun, Dia mesti bagi. Serius. Minta je banyak-banyak. Dia lagi suka. tak macam manusia, lagi banyak orang meminta, lagi menyampah kita.

Dalam banyak-banyak benda, ada 4 perkara yang Dia nak kita minta: petunjuk, makanan, pakaian dan minta ampun.

Allah mahu kita minta petunjuk selalu. Secara tak langsung, kita hari-hari minta. Paling kurang pun 17 kali sehari melalui al-Fatihah dalam solat. Dia mahu kita selalu minta petunjuk supaya kita tak sesat. Supaya kita dapat menuju ke destinasi yang para nabi dan orang-orang soleh pun pergi.

Allah mahu kita minta makanan dan pakaian. Kalau kita tak minta, siapa lagi nak bagi. Walau macam mana pun kita usaha, kita tidak ada upaya jika Allah tidak memberi. Sebab hakikatnya, manusia tidak punya apa-apa. Oleh itu, mintalah makanan dan pakaian.

Allah mahu kita selalu meminta ampun. Kita manusia. Bukan Nabi Muhammad yang ma'sum, tiada dosa dan syurga itu pasti buat Rasulullah. Kita hanya manusia. Dosa keliling pinggang, keliling badan. Tak terkira banyaknya. Tapi Allah kan Maha Pengampun. Allah suruh kita minta ampun. Allah tak mahu kita gelisah, susah hati dengan banyaknya dosa kita. Jadi Dia mahu kita meminta ampun, beristighfar dan bertaubat janji tak buat lagi. Dan Dia akan ampunkan selagi kita tak menduakan Dia.

Mintalah sebanyak-banyaknya kepada Allah. Dia Kaya dan Tak Kedekut. dan takkan kurang kekayaan Allah dengan banyaknya permintaan kita. Baik kan Allah? Hebat kan Allah?

"Hai hamba-hamba-Ku! Sekalian kamu tersesat kecuali siapa yang telah Aku beri petunjuk kepadanya. Maka mintalah petunjuk kepada-Ku, tentu Aku beri petunjuk itu kepada kamu.

Hai hamba-hamba-Ku! Sekalian kamu lapar kecuali siapa yang telah Aku beri makan kepadanya. Maka mintalah makanan kepada-Ku, tentu Aku beri makanan itu kepada kamu.

Hai hamba-hamba-Ku! Sekalian kamu tidak berpakaian kecuali siapa yang telah Aku beri pakaian kepadanya. Maka mintalah pakaian kepada-Ku, tentu Aku beri pakaian itu kepada kamu.

Hai hamba-hamba-Ku! Sekalian kamu bersalah malam dan siang dan Aku yang Mengampun segala dosa. Maka mintalah keampunan kepada-Ku, tentu Aku mengampuni bagi kamu."



petikan daripada Hadith ke-24, daripada kitab Hadith 40 (Terjemahan dan Syarahnya), cetakan Dewan Pustaka Fajar (1996)




Jangan putus semangat. Jangan putus asa. Yok!




Saya sayang Allah! Terima kasih, Allah. :')





nota: tolong doakan kawan-kawan yang ditimpa banjir, kemalangan, bencana alam, dan macam-macam perkara lagi agar mereka tabah menghadapi ujian. besar ujian mereka. tolong doakan juga untuk saya agar tabah untuk ujian final dan ujian hidup. doakan saya lulus dengan cemerlang. Terima kasih. Saya pun tolong doakan untuk kalian jugak. ;)

7.8.10

Penangan FYP untuk Mencapai Ramadhan

Salam semua..

dalam minggu ni
kepala penuh serabut kalah akar serabut.
perut tak lapar-lapar bagai sudah siap untuk Ramadhan.
tidur tak menentu, apa insomnia barangkali?

kelas tak ingat pukul berapa dah..
kelas ganti pun boleh tak tahu ada..
bersenang-lenang menonton siri Life Unexpected di malam hari, sampai terlupa ada kuiz di pagi esoknya.
boleh tak?

ini semua gara-gara En. FYP.
iya, mari salahkan En. FYP itu.
ha ha ha hu hu..
(_ _ )"

tak boleh..
tak boleh salahkan En. FYP.
dia tak bersalah pun.
serius dia tak bersalah.

ini baru En. FYP.
belum masuk campur En. Mesyuarat.
hampir tiap-tiap malam mau ajak nge-date.
belum masuk campur perihal sekeliling.
yang bermacam.
ha ha...

jadi mau salahkan semua??
iya, mari salahkan semua!!
ha ha ha hu hu...
(_ _ )"

hari-hari
pasti ada konflik diri.
dia kata begitu.
dia kata begini.
gaduh punya gaduh
keputusannya..
dia penat lalu tidur.

okeh.
entri ni memang serabut
macam skru kepala sudah tercabut.


teringat kata-kata Ustaz Hilmi semasa usrah Rabu lepas.
lebih kurang macam ni kata-katanya:
"hidup kita ni, tak kira la watak ke, iman ke, perangai ke,
kalau dibuat satu graf,
pasti jadi naik turun.
takda mendatar, takda lurus je."

iya, saya pernah mengomel tentang graf kehidupan di sini.
memang benar.
hidup ini pasti ada naik turun.
sebab kita manusia.
tidak sempurna seperti malaikat.
tidak maksum seperti Muhammad.
mujurlah kita ni manusia.
sebab manusia itu sebaik-baik kejadian.
punya otak dan 'aqal.

okeh. banyak sungguh ngomelannya.
cukup.
-_-"


oleh kerana keserabutan ini,
hanya satu yang bermain di kepala.
"saya mahu pulang ke rumah~~~"

hari-hari
tanya Diri
"mau pulang?"
"tidak mau pulang?"

kerana En. FYP,
saya buat keputusan dengan gagahnya untuk tidak mahu pulang.

sampai Ayah mesej
"kamu balik rumah ker minggu ni?"
ejaan 'ker' Ayah buat saya senyum sorang-sorang.
terima kasih, Ayah. hehe
Ayah ni macam tau-tau je..
bikin saya lagi mahu pulang.

maaf En. FYP.
Ayah tetap hero saya.
tapi saya tahu,
saya tak boleh mengabaikan kamu begitu sahaja.
saya perlu setia dengan kamu.
walaupun untuk setahun cuma.
saya akan cuba sedaya-upaya.
ok?

itu kisah saya dengan En. FYP.
biarlah.

sekarang kita fokus kepada Ramadhan.
jujurnya, kedatangan Ramadhan buat saya insaf.
kerana ikutkan sibuk Dunia, persiapan diri untuk Akhirat tak terjaga.
alasan semata.
sedih.
saya jadi takut untuk bertemu Ramadhan.
apa mungkin saya mampu jadi seperti Ramadhan yang lepas?
bersemangat dan segala.
banding dengan sekarang yang mudah tewas dengan Dunia.
aduh..

apa mungkin?
apa mungkin?





"bersangka baiklah kamu kepada Dia. pasti ada hikmahnya. Dia kan sayang kamu."





nota hati: wahai Ammal, tahniah ye! saya teringin sangat untuk berjumpa sama kamu. kita jumpa lepas konvo kamu boleh? buat sahabat sekalian, selamat bermuktamar! ada rezeki, kita berjumpa nanti. ok? ;)

nota hati lagi: satu perkara aneh yang saya fikir saya harus bersyukur. saya tidak mudah lagi 'sakit' seperti dulu. senyum? :)

4.8.10

Kelapangan

Salam...


"Bila dalam kesusahan, bandingkan diri dengan orang yang lagi susah.
Kadang-kadang, orang yang kita ingat selalu senang, mungkin mengalami kesusahan yang lagi teruk daripada kita. Cuma kita tak nampak.
Apa-apa pun, bersyukurlah dan bersabarlah.
Kita hidup berTuhan.
Rujuk surah al-Insyirah dan amalkan. :)"




~Dengar tu, wahai Diri. Yosh!






nota: al-Insyirah bermaksud 'kelapangan'.