21.3.11

sebaik-baik sahabat ialah sahabat yang mengingatkan kita kepada Sang Pencipta

Salam semua...

"antara sifat sebaik-baik sahabat ialah sahabat yang mengingatkan kita kepada Sang Pencipta."
dah lama tahu tentang perkara ni cuma jarang nak ingat. bila teringat balik, saya muhasabah diri.

dalam berkawan, saya susah sekali untuk meluah perasaan atau masalah. saya lebih suka orang luahkan masalah mereka kepada saya dengan niat saya dapat tolong mereka dan dalam masa yang sama saya dapat tolong diri saya sendiri. mungkin dengan cara mendengar pengalaman mereka, dapat saya gunakan dalam kehidupan seharian saya dan perbaiki apa yang kurang dalam diri. mungkin. dulu, hidup saya diteruskan tanpa tahu apa-apa tentang hidup dan erti perasaan. orang cakap ini bagus, saya ikut. orang cakap ini best, saya buat. kalau ada orang gembira, saya gembira jugak. cuma yang peliknya, kalau ada orang sedih, saya tak boleh nak sedih sama. saya hanya tumpang sedih dan duduk diam terpaku sebab tak tahu nak buat apa. nak sedih sama pun tak reti.

lagi satu sebab kenapa saya susah nak luahkan mungkin sebab tak biasa. mungkin. sebab saya rasa masalah tu saya kena tanggung sendiri dan orang takkan faham masalah saya. jadi kalau saya bagitahu pun, orang takkan faham dan tak dapat tolong pun. dan mungkin juga sebab saya tak pandai meluah. mungkin..

ok. itu sedikit sebanyak kisah saya. dan itu berlaku dulu. sekarang tak kot. mungkin.. ok..ok.. balik-balik kepada kisah sahabat tadi. fokus.

tempoh hari ada perjumpaan dengan sahabat seusrah. saja nak buat perjumpaan. waktu tu dah nak tengah malam sebab rancangnya mahu qiam lepas tu. dalam kengantukan, saya pergi juga. aktiviti ketika itu agak santai tapi bagi saya cukup terkesan. hampir buat saya bergenang air mata kejap. haha


Rukun Usrah dan Prinsip LDK: aplikasi dalam bersahabat

memandangkan yang hadir kebanyakan terdiri daripada fasilitator (mereka yang rajin berprogram di sekolah-sekolah),sahabat saya kongsikan prinsip latihan dalam berkumpulan (LDK) yang beliau dapat semasa berprogram. prinsip dalam LDK ni beliau kata boleh diterapkan dalam usrah. prinsip ini terdiri daripada 5 perkara: 4K 1A = Kebersamaan, Keterbukaan, Kerahsiaan, Kepercayaan, dan Adabul ikhtilaf (adab-adab berlainan pandangan).

OK. sebelum tu nak kongsi jugak yang dalam usrah ada rukun. rukun ni kalau takda kira tak jadi la usrah. macam rukun solat. tak cukup rukun, tak sah solat. rukun usrah 4T: Ta'aruf (suai kenal), Tafahum (faham), Ta'awwun (tolong-menolong), dan Takaful (pengorbanan).

sambung kisah 4K 1A tadi. berikut ialah ringkasan berdasarkan pemahaman saya bagi setiap prinsip:
- kebersamaan ni maksudnya buat segalanya bersama-sama. contoh: nak tak kita makan sama-sama?
- keterbukaan ni maksudnya sikap terbuka terhadap orang lain. contoh: sanggup tak kita kongsi apa yang kita suka dan tak suka?
- kerahsiaan pula sikap menyimpan rahsia sesuatu perkara. contoh: menjaga aib
- kepercayaan tu ialah sikap percaya kita kepada orang lain. contoh: kita yakin tak yang dia ni boleh simpan rahsia kita? kalau kita bagitau masalah kita, boleh tak dia tolong kita?
- adab-adab berlainan pandangan ni ialah bagaimana kita nak kendali situasi berlainan pendapat. contoh: saya cakap ayam KFC lebih sedap dimakan tanpa sos tapi dia cakap makan dengan sos lagi sedap. (di mana penyelesaiannya ialah kita ikut selera kita la kan. tak perlu gaduh segala.)

rukun usrah dan prinsip LDK ni dilakukan secara berperingkat mengikut turutan yang saya maklumkan di atas. rukun Takaful ialah rukun paling tinggi di mana kita sanggup berkorban apa sahaja untuk sesuatu perkara.

rukun dan prinsip ini boleh jugak diterapkan dalam persahabatan. tapi..saya tak tau la cukup tak rukunnya dan saya tak tahu saya mampu atau tak untuk turuti segala prinsip. cumanya yang saya tahu saya akan cuba berikan yang terbaik untuk sahabat-sahabat saya. hargai mereka. tak kisah la kalau mereka tidak buat seperti yang saya buat kepada mereka asalkan saya berikan yang terbaik. memberi lebih baik daripada menerima kan? bersyukurlah kalau dapat sahabat yang satu kepala, sanggup gembira derita bersama dan selalu bagi nasihat. bukan senang nak dapat sahabat macam tu. dan kita kena selalu beringat, mereka bukan tempat kita bagi harapan sepenuh hati sebab Allah lebih layak. yup, selalu la beringat. sebab kalau kita terlalu memberi harapan dan tiba-tiba sahabat kita tu hilang entah ke mana, maunya kita jadi tertekan penuh depresi. hilang tempat berharap dan putus harapan segala. gila jadinya. serius.

jadi beringatlah ek. berkawanlah dengan sesiapa pun tanpa mengira darjat, warna kulit, usia dan sebagainya. cuma berpadalah dalam berkawan. sebaik-baik kawan ialah kawan yang sanggup bersama susah dan senang, kawan yang boleh beri motivasi, kongsi ilmu dan nasihat yang membina diri. sebaik-baik kawan juga ialah mereka yang sudi menegur kesalahan dan boleh terima teguran kita. jangan kita melenting pulak bila ditegur kawan. mungkin kawan kita tu nampak apa yang kita nampak dan mahu tolong kita. bawa bersabarlah bila berlaku onak duri dalam bersahabat. itu mungkin Allah nak uji kita.

Nabi pernah pesan, "dekatkan diri dengan penjual minyak wangi kerana wanginya akan melekat kepada kita. jauhkan diri daripada pembuat besi kerana busuknya bisa melekat kepada kita."


kesimpulannya, kawanlah seikhlasnya kerana Allah dan Allah akan jadi kawan terbaik kita dan beri kita kawan yang baik juga. dan bersangka baiklah dengan Allah dan sahabat-sahabat. insyaAllah, lumayan hasilnya. :)


buat kawan-kawan sekalian, saya doakan moga persahabatan kita kekal hingga ke syurga. moga Allah lindungi dan rahmati kita semua. aameen... :)




*usrah: (bahasa arab) keluarga; aktiviti perbincangan dalam kumpulan





nota: dapat tak tengok bulan semalam? cantik tak? cantik kan? hee~ agak terang daripada biasa. saiznya mungkin tak nampak sangat besarnya tapi subhanallah..chantek! ^_^ (klik sini. ni gambar Bulan yang diambil di Bali semalam.)

2 comments:

Kisah Aku... said...

amin...insyaAllah,ehem2
mcm kenal je sahabat2 tu=p
i only have my ears for my friends...jadi jgn rasa segan nak gunakan ia,ia sentiasa terbuka=)

alif zai mim ra said...

kisah aku:
:) terima kasih.. (tak tau dah nak balas apa..)