31.12.12

Ambang 2013

Salam...

Tahun 2012: Ambang 2012 di Masjid Jamek dan Dataran Merdeka.

Sukarelawan program Ambang 2012

Tahun ini: Ambang 2013 di KLCC. insyaaAllah.



Selamat Tahun Baru 2013! semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lepas. aameen..

Malam ini nak pergi pesta maksiat,
atau nak pergi perkumpulan yang boleh dikira sebagai ibadat,
kita boleh pilih. Tiada paksaan.

Tetapi Allah dah ingatkan siap-siap,
pilih baik dapat balasan baik,
pilih buruk dapat balasan yang buruk.

"Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." Surah Al-Baqarah ayat 256.

~ Hilal Asyraf

Fikir, zikir.

moga misi ini bermanfaat. Yosh!

27.12.12

Jaga orang sakit

Salaam..

macam ni rasanya bermalam di hospital.. can be a good place for meditation but only for a short time la. moga Wan (nenek sebelah mak) segera sembuh. aameen..

Itu petikan status FB saya semalam.


Menginap di wad hospital tidak sama seperti menginap di hotel apatah lagi di rumah sendiri. Diam. Sunyi. Sepi. Bosan. lagi-lagi kalau dapat bilik dan tinggal sorang-sorang dan TVnya ada TV1 je. serius bosan. Padan la ada yang tak suka bila masuk hospital. memang tak best pun. bayangkan kalau kita yang jadi pesakit dan takda orang teman. memang tak best. yes beb, i feel you. lain kali masuk wad, sila bagitau ok supaya saya boleh teman. :) untung Wan ada anak cucu yang boleh tolong temankan.

bila tengok keadaan Wan, saya cuba bayangkan bila saya tua nanti macam mana. bayangkan muka saya yang tua, berkedut, dengar tak dengar, ingat tak ingat.. siapa la yang nak tolong tengokkan.. ada ke yang nak tolong tengokkan..

nak temankan orang sakit ni perlu kesabaran dan pengorbanan. korban masa diri sendiri, sabar dengan kerenah orang sakit. bukan suatu yang mudah. tambah lagi satu, perlu kemahiran juga. kemahiran menyuap makanan, memandikan orang sakit, ambilkan wudhu', menukar lampin, bercakap lembut, menyenangkan hati orang sakit. kemahiran yang buat kita belajar untuk tidak pentingkan diri dan ambil berat tentang orang lain. yup. bukan suatu yang mudah. tapi untuk orang yang kita sayang, insyaa-Allah akan jadi mudah.

saya harap saya dapat buat benda yang sama bila orang yang saya sayang sakit.

hm..nak sayang orang pun kena belajar. belajar untuk menyayangi bukan sebab untuk disayangi. belajar untuk sayang tanpa syarat. saya harap saya boleh sayang orang yang saya sayang lebih baik dari semalam dan bertambah baik dari hari ke hari. saya harap saya boleh sayang Mama dan Ayah dan keluarga saya lebih baik dari semalam dan bertambah baik sampai ke syurga nanti. aameen.. tolong do'akan saya ye. terima kasih. :)

heh..apa kaitan cerita orang sakit dengan sayang? manakan ada hati nak jaga orang sakit kalau kita tak sayang orang yang sakit tu. nak jaga makan minum dia la..ingatkan waktu makan ubat..mandikan dia..bersihkan dia..bacakan Qur'an..buat dia gembira..tenangkan hati dia..bersembang dengan dia.. semua tu perlu kasih dan sayang.



Mama dan Ayah, moga terus bersabar dengan kerenah anakmu ni. -_-" saya sayang Mama n Ayah sangat-sangat. Ya Allah, ampuni mereka dan peliharalah mereka sepertimana mereka memeliharaku sejak kecil lagi. aameen..

12.10.12

Jejak Patani 2012: Hari 2

Hari 2, 16 April 2012

Pagi tu kami dikejutkan dengan laungan azan Subuh dan kicauan burung. Suasana tidak tumpah seperti di Kg. Cheh, kampung sebelah ayah. Tidur beralaskan toto dan beg. Sederhana. Penat semalam masih berbaki tapi tidak menjadi penghalang bagi kami untuk meneruskan hari di bumi Patani.

Hari ini secara rasminya bermulalah program Kumpas (Kursus Musim Panas). Nama ala-ala Summer Camp gitu. Namanya musim panas di sini sebab waktu ini ialah waktu cuti panjang persekolahan di Thailand (agaknya lah..) macam musim panas di kebanyakan negara di mana pelajar akan bercuti panjang.

Kumpas Musim Panas

Grup Jejak Patani hari ini sibuk mengendalikan acara perasmian program yang berlangsung di dewan. Ada yang jadi pengacara majlis, jurugambar, juruvideo (ada ke?), pemberi ucapan dan penyelaras program. Menurut ketua grup kami yang senang dikenali sebagai Abg Suhadak, tugasan yang diberikan ini sebagai latihan kepada kami dan juga memberi pendedahan kepada fasilitator di sini kaedah mengendalikan program.

Acara Perasmian Kumpas

Petangnya, perbincangan pelan perancangan grup diadakan di bilik operasi. Misi kami di sini antaranya mengajar Bahasa Inggeris dan komputer kepada adik-adik, pemetaan komiti Kg. Nad Tanjung, dan mengkaji tokoh Patani.

Peta minda Abg Suhadak
Jadual slot Bahasa Inggeris dan Komputer
 Kami bincang sampai pecah kepala! Ok. tipu. :P 

Banyak-banyak program sekolah yang saya pernah pergi, bagi saya program Kumpas ini sangat menarik. Adik-adik di sini dilatih untuk berdisiplin dari segi masa dan peraturan dan mereka sangat patuh kepada arahan fasilitator. Sampaikan nak pergi makan pun ada disiplinnya! 

Adik-adik berkawad sebelum ke kantin mengambil makanan



...akan bersambung

1.10.12

Jejak Patani 2012: Hari 1

Hari 1, 15 April 2012

Malam ni akan bermulanya Misi Jejak Patani. Misi ulung kelolaan GPTD Unisel ini dianggotai oleh mahasiswa-mahasiswa Unisel, UIA, UM dan KLMU seramai 8 orang dan 2 orang pengiring - En Suhadak, pensyarah Unisel dan En. Wan Rahman atau lebih dikenali dengan Che We.

Persediaan telah dimulakan beberapa bulan yang lalu  bermula dengan misi tinjauan, induksi, pencarian dana dan sebaran kempen menderma buku. Ini merupakan kali ketiga saya ke bumi Darussalam, membawa misi pendidikan dan membuat kajian sosiobudaya tempatan masyarakat setempat Patani.

Dari Greenwood, kami bertolak pada jam 10 malam ke Pengkalan Kubur. Terima kasih kepada Mama, Ayah, abg Hakim, dan Kak Dyll kerana ikut menghantar kami. Terharu rasanya.

Kami tiba di Pengkalan Kubur pada waktu Subuh. Alhamdulillah, kami berkesempatan untuk solat berjemaah di masjid yang terletak lebih kurang 2 km dari jeti Pengkalan Kubur. Usai solat, kami meneruskan perjalanan ke jeti yang menjadi nadi penghubung Malaysia-Thailand. Kelihatan budak berpakaian seragam sekolah  berjalan kaki dan ada yang berbasikal menuju ke sekolah. Ada juga yang datang dari sempadan, menaiki bot penumpang semata-mata untuk belajar di sekolah tempatan. Menurut Che We, ibu bapa dari sempadan lebih suka untuk menghantar anak-anak mereka untuk bersekolah di Malaysia kerana sistem pendidikan Malaysia lebih teratur.

Allah menguji kami di awal misi lagi. Dalam perjalanan ke jeti, roda bagasi berisi buku hasil sumbangan orang ramai rosak dan kami terpaksa mengusung beg tersebut sepanjang perjalanan. Terasa jauh pula walhal jaraknya hanya 2km!

Pagi-pagi dah senam. :P

Selepas melapor diri di imigresen, kami menaiki bot penampang yang membawa kami ke sempadan.

Sebelum ke destinasi utama iaitu Patani, kami singgah di Kampung Tabal atau lebih dikenali dengan Kampung Takbai. 8 tahun lalu, kampung ini menjadi saksi peristiwa hitam yang telah meragut puluhan nyawa.

bergambar depan AYATA
Selepas kendiri di Rumah Anak Yatim Tabal (AYATA), kami meneruskan perjalanan ke Patani menaiki van. Perjalanan ke Patani mengambil masa kira-kira 2 jam. Kerana teruja, saya dan kak Hani menghabiskan masa berbincang dan mempelajari bahasa Thai. Nak kenal 'ban' atau kampung yang majoriti penduduknya Islam ialah penduduknya. Yang perempuan pasti bertudung dan yang lelaki selalunya berkopiah. Kebiasaan jalan-jalan di kampung akan ada road block. Lebih kurang 20 roadblock yang sempat kami kira dan berjaya kami lepasi sebelum sampai ke Kg. Nad Tanjung, Patani.

Kami tiba di Sekolah Dasar Nad Tanjong, Yaring, Patani sekitar jam 12 tengah hari, waktu Zohor. Waktu di sini awal 1 jam dari waktu Malaysia. Kami disambut oleh adik-adik yang menyertai program motivasi di sekolah ini dengan meriah sekali. Adik-adik mesra dan sopan bersalaman dengan kami.

Kemudian kami dibawa berjumpa dengan ketua kampung dan para fasilitator (juga digelar sebagai murobbi dan murobbiah yang bermaksud pendidik) yang akan bersama menggerakkan program motivasi ini. Pada awal pertemuan tu terasa janggal dan segan pun ada kerana penampilan mereka yang kelihatan sopan. Yang perempuannya bertudung labuh dan memakai kain/skirt labuh. Yang lelakinya berkopiah (ada yang berserban) dan berkain pelikat.

Petang itu, kami diperkenalkan kepada adik-adik Nad Tanjong. Sempat juga kami kendalikan aktiviti bersama adik-adik ni. Oh ya, kami kena ber'kecek' sepanjang keberadaan di sini. Kampung ini masih mengamalkan bahasa Melayu dialek Kelantan sebagai bahasa perantaraan manakala Bahasa Thai sebagai bahasa kedua. Pada awalnya ada antara kami yang mengalami kesukaran berkomunikasi kerana Bahasa Melayu standard sukar difahami. Mujur lidah cepat adapt dengan bahasa. Jadi boleh la kecek sikit-sikit. hehe~

adik-adik lelaki memakai jubah sepanjang program seakan uniform bagi mereka


Pengalaman yang lepas membantu saya untuk tidak lagi berasa gentar menjejakkan kaki ke bumi Darussalam. Tiada apa yang hendak dikhuatirkan bahkan saya rasa lebih tenang di sini. Memang betul kata bro Zan Azlee dalam bukunya Operation Nasi Kerabu, tidak ada apa yang perlu dikhuatirkan di sini kecuali resah jika tidak dapat makan nasi kerabu. Ok, serius nasi kerabu kat sini sedap. Walaupun nasinya tidak berwarna biru, tetapi serius sedap!


...akan bersambung

27.9.12

All the Best!

Salam...



bila diingat masa lampau,
kakak inilah yang kenalkan sengal
kakak inilah yang rajin mencubit pipi
kakak yang satu inilah yang selalu dengar sedu-sedan
kakak inilah yang diajak tengok bulan
walaupun dipisah jarak 4 jam

kenangan indah kita?
entah yang mana...

sekarang
kalau jumpa
hanya boleh senyum dan saling pandang
tak terkata
walau ada banyak benda dalam kepala
tapi dalam diam seakan faham..
entah kenapa

nanti
takde dah orang nak konfius siapa kita
takde dah kembar tak seiras dan tak serupa
takde dah orang nak buli saya :P



buat kakak yang nak ke obersi...(obersi la sangat~ :P)
selamat berkhidmat di tempat orang.
sesungguhnya saya jeles.
tapi tiap orang pasti ada tugasannya kan?
insyaAllah mau ikut jejak
doakan saya ye. :)

buat kakak yang nak ke obersi...
sila jaga diri.
sila kongsi.
moga tak lupakan kami.
kita bisa ketemu lagi kan? hee~~


sayang kamu,
adek chomel. (^_^)v




nota: sweet tak saya? :P

21.9.12

Muhammad loves us. but do we love Muhammad?

Salam semua...

Filem anti-Islam 'Innocence of Muslims' telah mencetuskan ketidakpuashatian Muslim serata dunia.
Satu perkara tentang Muslim, dalam tenang-tenang kami, bilamana isu berkenaan agama disentuh, itu yang paling sensitif.

Alasan kebebasan bersuara tidak munasabah jika isu agama dikaitkan.

Ini mungkin sekadar provokasi daripada mereka yang tidak faham Islam. Konon nak tengok reaksi orang Muslim. Filem pendek je pun, 14 minit dan bertaraf amatur. Nah hasilnya -- hampir satu dunia berdemo sampaikan ada yang tercedera dan terbunuh!

Kalau nak dibiarkan, memang bertambah sakit hati kan tapi itu yang Nabi Muhammad buat dulu. Bahkan lagi teruk yang Nabi Muhammad lalui. dicemuh, dikutuk, diludah, dibaling tahi, dipukul dan banyak lagi. Tapi Baginda bersabar. Sabar Baginda memang tiada tandingan. Pernah ditawarkan oleh Jibril untuk membalas tindakan mereka yang mencemuh Baginda, tapi Baginda tetap sabar malah mendoakan mereka supaya diberi hidayah.

Tak salah pun kalau nak bertindak dengan cara berdemo asalkan kena pada objektifnya, patuh pada peraturan dan cara berdemo.

Buat si pencetus masalah, sila jangan cari pasal. if only you know how much Muhammad loves you and us..you won't even think and dare to do such thing. May Allah's guidance be with you and us.

Buat sahabat Muslim sekalian, yok sama-sama mendalami dan perbanyakkan ilmu pengetahuan tentang Muhammad S.A.W. dan Islam. Kita tambahkan cinta kita. ;)

ambil dan kongsi daripada FB Pn. Ainon :)

Bagi mereka yang akan berdemo selepas solat Juma'at ni, Selamat berdemo ye!


Artikel tambahan: Mempertahankan Nabi Muhammad dengan mengamalkan sunnah dan akhlak terpuji

20.9.12

Bedah Filem 'Fetih 1453: Conquest' n Kongsi Pengalaman

Salam...


teringin nak p...

Jom! 

Citizenship for Rohingya

Salam semua.. 

Mereka sudah lama wujud tetapi kewujudan mereka dinafikan.
Mereka punyai negara tetapi kewarganegaraan mereka dinafikan.
Bayangkan, kita ada rumah ada negara, tetapi dinafikan kependudukan kita. habis tu nak duduk mana?
itu yang terjadi kepada mereka, orang-orang Rohingya.  
sekarang ramai berkempen untuk bantu mereka.
kita pun boleh tolong mereka.
antaranya,
kita bantu mereka untuk dapatkan status kewarganegaraan di negara mereka. 
Jom!



9.9.12

Aidilfitri 1433H

Salam semua...

Memandangkan Syawal masih berbaki harinya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf atas segala salah dan silap. :)

Syawal kali ini berbeza sedikit berbanding Syawal-Syawal sebelumnya. Kali ini, saya sekeluarga beraya di rumah, tidak di kampung di Perak atau Seremban. 

Takbir di malam raya
Kehadiran jemaah yang menunaikan solat sunat Aidilfitri 1433H
Orang ramai bersalaman dan bergambar di perkarangan masjid
Kami pun sempat bergambar. hee~

Selalunya selepas solat sunat, kami akan menziarahi kubur Tok Wan dan kemudiannya pergi beraya ke rumah sanak saudara. Tapi kali ini, tiada kubur untuk diziarahi dan rumah kami pula yang dikunjungi sahabat dan sanak saudara.

Ini Hanan. dapat juga duit raya daripada Kak Long dia. :P
Malam tu, kitorang sempat main bunga api dan sambut ulangtahun kelahiran Dina, sepupu saya. ^_^




alhamdulillah, Aidilfitri kali ini sederhana dan meriah. Aidilfitri, hari kemenangan bagi mereka yang berjuang di khususnya di bulan Ramadhan. moga ketemu Ramadhan di tahun akan datang. aameen..

10.7.12

Menimbang Pertimbangan

Salam semua...

"Pertimbangan menjadi cacat apabila hawa nafsu menguasai diri"
(Habib Ali Al Jufri)

dalam membuat pertimbangan, fikirkan mana yang baik dan buruk
bukan baik dan buruk di mata sendiri
tetapi baik dan buruk di mata Ya Robb
samada kita mahukan redha-Nya atau murka-Nya
kita yang pilih

pilihan itu memang sukar
pabila pertimbangan melibatkan manusia
tetapi ianya menjadi senang
jika Ya Robb menjadi yang utama

sepertinya memang mudah untuk berkata-kata
kelihatan 'alim, baik lagi bagai
tapi peringatan ini jelas bukan untuk kamu sahaja
tetapi buat diri yang memang manusia
supaya tidak berulang kesilapan yang sama

usah pandang ke belakang lama-lama
kerana jalan menuju hidup hakiki berada di hadapan kita
mahukan redha-Nya atau murka-Nya
pilihan di tangan kita

4.7.12

Delapan bulan lalu...

Salam...



delapan bulan lalu...

"Main-main ek. Tunggulah akak takde nanti..nangis kang."
"Mana ada. Mana ada."



nota: Salam Nisfu Sya'ban. moga sempat ketemu Ramadhan. eh, tengok Bulan, yok! ;)

3.7.12

Tolerate

Salam...


Tolerate
to be able to understand
to be able to control
to be able to be patient
to be able to trust
to be able to accept



*3 days more to go*

24.6.12

"Dunia Jambatan Akhirat"

Salam semua...


Morrie: Hakikatnya, sekali kamu belajar cara hendak mati, kamu akan belajar bagaimana hendak hidup.

Mitch: Adakah tuan memikirkan mengenai mati sebelum jatuh sakit?

Morrie: Tidak. Saya seperti orang lain juga. Pernah saya beritahu seorang rakan, 'Saya akan menjadi seorang tua yang paling sihat yang kamu pernah jumpa!'

Mitch: Berapa umur tuan?

Morrie: Dalam lingkungan 60-an.

Mitch: Jadi, tuan optimistik?

Morrie: Kenapa tidak? Seperti yang pernah saya kata, tiada siapa percaya mereka akan mati.

Mitch: Tetapi semua orang kenal seseorang yang telah mati. Kenapa begitu sukar hendak fikirkan mengenai kematian?

Morrie: Kerana kebanyakan daripada kita berjalan-jalan seolah-olah sedang mengigau dalam tidur. Kita tidak memahami dunia ini sepenuhnya kerana kita separa-tidur, melakukan perkara-perkara yang kita fikir patut dilakukan.

Mitch: Lalu, menghadapi kematian akan merubah semuanya itu?

Morrie: Oh, ya. Kamu tinggalkan yang remeh serta yang tidak perlu dan tumpukan pada perkara-perkara penting sahaja. Apabila kamu sedar yang kamu hendak mati, kamu melihat semuanya dengan berbeza.

**petikan daripada Tuesdays with Morrie**



"Dunia jambatan Akhirat. Akhirat-centric."

14.6.12

Hobi baru

Salam semua...

sumber gambar dari internet
sekarang,
dalam kelam-kabut, masih boleh leka untuk bermain dengan benang dan jarum. (^_^)v
membantu diri untuk terus segar di pagi hari. *betul3*

sumber gambar dari internet
@_______________@

alkisah...
pernah satu hari, 
sedang kepala berputar memikirkan hal dunia,
sepertinya mau pecah kepala. 
bertemu dengan seorang kakak,
sedang bermain benang dan jarum.
rupanya dia punyai hobi yang sama. 
*sangat terkejut dan teruja*
kakak itu kongsi cerita tentang benang dan jarumnya, tunjuk kit hobinya, berdemo buat 'magic ring', pamer secara tidak sengaja hasil hobinya - arnab putih - yang sedang bermain dengan anak perempuannya.
sekarang sedang membuat bola permainan, katanya.
*lagi teruja*
sebelum berpisah,
kakak hadiahkan sekuntum bunga dan barangan aksesori.
*suka*

dari mula murung,
langsung jadi semangat!
kerja Dia mungkin. 
Alhamdulillah~
Subhanallah~
:)

sekarang sedang menyiapkan satu projek untuk kak Puspa.
lagi 5% siap.
^____________________^

sekarang sudah berangan untuk buat satu bisnes.
hehehe...

oh ya..
nama hobi ini ialah crochet.
*wink2*

ada mau tawar projek baru?
*wink2*

7.6.12

Mahu atau tidak? Buat atau tidak?

Salam semua..


daripada FB kakak, "Segalanya kembali kepada diri. Mahu atau tidak? Buat atau tidak?"


Setelah sekian lama, Dilema datang melanda. mau pilih itu atau mau pilih ini. bukan dua pilihan, tetapi lebih. iya, rezeki di mana-mana. mintak je, Dia akan bagi. nah, amik! sekarang kena pilih.

fikir, fikir, dan terus fikir..

hasilnya? fenin~

apapun, siapkan tugasan yang ada sebaik mungkin. ada 1 bulan je lagi.


Robbi yassir wa la tu'assir. Robbi tammim bi khoir.




nota: nah, tips membuat keputusan yang sempat digugel: Come As You Are To Make Decision.



"di saat-saat akhir ni lah kau selalu akan bangkit. dan kau sendiri boleh agak kesudahannya nanti kan?"
"bertabahlah~"

2.6.12

"Jadikan hari esok LEBIH BAIK dari hari ini"

Salam semua...

Alhamdulillah, selesai program Hari Belia dan Mata Hati Anak Soleh. 2 minggu berderet di luar ofis. Harap Bos redha. eheh..


Hari Belia Negara

5 hari yang mencabar. buka 1 gerai di ceruk kota pentadbiran dengan harapan nak bagitau kat semua yang belia kita masih ada harapan. nak bagitau kat belia macam kita yang kita masih ada harapan untuk menjadi pemimpin yang berkaliber dan mampu memudi negara seperti pemimpin sekarang dan malah lebih baik lagi.

dalam 5 hari, perkara kurang enak je yang didengar, kakitangan pun tak ramai dek kekangan musim peperiksaan di sekolah masing-masing. sampai pernah ada rasa 'nak tutup kedai', pernah ada rasa 'tak nak buka kedai'. daripada jutaan yang hadir, berapa kerat je yang singgah ke gerai..belum tentu sampai 10%. Bos sendiri kata, macam mana kalau tiba-tiba bala datang..kita pun kena sekali. tapi ada yang balas, sebab adanya orang-orang mukmin yang mendoakan kesejahteraan kitalah, bala ditangguhkan.

dengan semangat "kalau bukan sekarang, bila lagi? kalau bukan kita, siapa lagi?", 5 hari tersebut berjaya diharungi dengan jayanya. Alhamdulillah. ramai yang hadir ke gerai kami dan memberi maklumbalas positif. mereka jugalah yang menjadi penaik semangat supaya gerai terus dibuka sampai ke hari terakhir. Pada hari terakhir, kitorang sempat buat tinjauan ke seluruh kota. 2 jam perjalanan pergi dan balik. penat? memang penat! fiu~~ doakan semoga usaha ini diberkati Allah dan memberi manfaat kepada semua. jazakumullah buat semua yang terlibat. moga Allah membalas jasa kalian.

Pesan pemimpin kita, "Jadikan hari ESOK lebih baik dari HARI INI". so, let's be! kalian mau tamrin? nah, ni boleh dikira tamrin marahil untuk kalian!


Mata Hati Anak Soleh

Program 3 hari sempena cuti sekolah untuk pelajar Tingkatan 1 & 2. hari pertama program, wakil penganjur dah bagi amaran kat peserta supaya jangan merokok. masa pendaftaran aje dah dapat kesan 5-6 perokok. nampak sangat dah lama tak ikut program sekolah. program 3 hari banyak yang dipelajari. mengenal beza hamba dan kuli, mengamal dan menyampai perlaksanaan fardhu 'ain yang sempurna, mengajar diri memandang alam melalui pelbagai perspektif.

adik-adik ni memerlukan perhatian. memang tidak dinafikan mereka ni manja dan hidup serba cukup. tapi cukuplah materi sebagai pengubat hati mereka. perhatian rohani dan kasih sayang yang mereka perlukan. dan kita juga harus main peranan. peranan mendidik mereka menpersiap diri menjadi pemimpin. peranan kita untuk berhemah dalam berurusan. saya belajar supaya tidak mengamalkan budaya 'kipas-mengipas' dalam pengurusan untuk mendapatkan keberkatan dalam beramal.

Buat adik-adik program Mata Hati Anak Soleh, kalian memang macam-macam tapi akak sayang kalian. tau! :)

*****

Novel ni sempat saya habiskan semasa program. saya syor kepada semua belia untuk baca. mau tau macam mana perit hidup anak setinggan yang tinggal dalam rumah yang berkongsi dinding dengan jiran? yang berkongsi bilik air dengan puluhan jiran yang lain? yang berkongsi pondok telefon dengan puluhan penghuni setinggan? mau tau? baca! ;)


dengan ini, saya isytihar Memoir Anak Setinggan ialah Laskar Pelangi versi Malaysia boleh tak, kak Puspa? :P

*****



sudah lama terbiar (atau dibiar?)
sesawang blog kehidupan
yang kini memang sudah penuh sesawang
tuanmu memang bermacam
doakan supaya tuanmu terus bersemangat
heh~
:P

28.3.12

Magnet

Salam semua...


Magnet
ada kutub utara 
ada kutub selatan

kutub utara bertemu kutub selatan
bila didekat, melekat

kutub utara bertemu kutub utara
bila didekat, mengelat
tetapi secara kimiawinya
bila digabungkan
akan menambah kuasa kemagnetan kutub tersebut

pernah terfikir
apakah perhubungan itu umpama magnet?
tak kisah perhubungan apa pun
persahabatan ka, in a relationship ka, kerja ka..

aku kutub utara
kau kutub selatan
makin dekat
makin rapat
sukar dipisahkan

ataupun

aku kutub utara
dan kau juga kutub utara
sukar untuk mendekat
tetapi bila digabungkan tenaga
dapat membuahkan hasil yang hebat

heh..manakan sama perhubungan dengan magnet
ada kala kau kutub utara
ada kala kau kutub selatan

saya ambil gambar dari sini

heh.. sepertinya jigsaw puzzle. setiap manusia itu emangnya dijadikan unik. ndak sama perangainya antara satu dengan yang lain. syukur deh kerna kau dilahirkan sebagai manusia. bukan robot. bukan haiwan. alhamdulillah~

14.3.12

Misi Jejak Patani 2012

Salam semua...



insyaAllah saya akan mengikuti grup pelajar ke Patani pada 15-21 April ini. Seramai 20 orang yang akan mengikuti misi ini.

Misi ini akan dibuat secara berkala mulai April ini di sebuah rumah anak yatim di daerah Nad Tanjung, Patani. Antara aktiviti misi ini ialah:
1) mengajar bahasa Inggeris dan komputer kepada anak-anak yatim
2) membuat kajian sejarah, sosio budaya di kawasan setempat
3) pemetaan komuniti
4) ziarah mahasiswa di universiti tempatan
5) melawat tapak tinggalan sejarah

Sekarang ini kami dalam usaha mencari dana untuk membiayai misi kami. Jumlah peruntukan yang diperlukan ialah sebanyak RM 12,300.00. Sumbangan boleh disalurkan terus ke nombor akaun yang tertera di poster. Sumbangan berbentuk material juga amat dialu-alukan.

sebarang pertanyaan dan info lanjut, boleh hubungi saya melalui PM Facebook Hawa Mas Azmar Ahmad.

doakan agar misi ini berjalan dengan lancar dan diberkati Allah ya. Jazakumullahu khoiran katheeran. :)




nota: bos, boleh tak saya nak stay seminggu lagi kat Patani lepas program? boleh tak? boleh tak? ehehe

2.3.12

H.I.D.U.P.

Salam...



jika dulu kau merasa pelik dengan keluhan orang
jangan kau pelik dengan keluhan kau sekarang.

jika dulu kau merasa aneh dengan ragam orang
jangan kau merasa aneh dengan ragam kau sekarang.

jika dulu kau canggung dengan orang yang merintih
jangan kau canggung dengan rintihan kau sekarang.

jika dulu kau boleh selesa dengan hidup
jangan fikir kau boleh hidup selesa sekarang.


H.I.D.U.P.
walau susah mana pun
perlu diteruskan
selagi nyawa dikandung badan

H.I.D.U.P.
walau serabut mana pun
kau kena ada tujuan
supaya mati dalam iman

H.I.D.U.P.
walau tertekan macam mana pun
kau kena sabar dan tabah
supaya iman bertambah



saya sayang Allah~
terima kasih, Allah~

Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.’

(QS. ali 'Imran : 139)

nota: syukur sangat-sangat dapat jumpa bermacam ragam jenis orang. walaupun kadang-kadang terdetik benci pada sikap, tapi kita kan manusia? tak mustahil ada orang yang benci dengan sikap kita jugak. kalau pada orang lain kita nampak cela, tak mustahil kita pun ada cela tu. apapun, Hati kena kuat. sebab Hati cerminan diri.

26.1.12

Kalaulah saya sempurna...

Salam...



kalaulah saya sempurna
saya akan cakap benda yang baik-baik
selalu bersangka baik
saya selalu puji orang, senangkan hati orang

kalaulah saya sempurna
saya akan buat perkara yang baik-baik
seharian dan semalaman berzikir mengingati Sang Pencipta

kalaulah saya sempurna
hati ini akan dijaga bersih
tidak akan membenarkan titik-titik hitam melekat
menggelapkan hati menerima cahaya Yang Maha Penyayang

kalaulah saya sempurna
kalaulah saya sempurna
kalaulah saya sempurna...

tapi beb,
kalaulah kita sempurna,
kita bukan manusia tapi malaikat
yang punya hati bersih, suci lagi murni

kalaulah kita sempurna,
kita bukan di dunia tetapi di syurga
yang tidak melakukan silap dan tidak perlu bertaubat

kalaulah kita sempurna,
dunia aman lagi tenteram
masyarakat hidup harmoni
tiada rasa takut, bebas berlari-lari

beb,
usah soal "kalaulah saya sempurna" sebab kita takkan sempurna. tetapi ajaklah diri untuk menjadi sempurna. Yosh!

15.1.12

Over the Zon Selesa

Salam...


Menyeberang keluar dari sempadan zon selesa bukanlah satu pilihan; bukan satu keputusan yang semua ingini.
Keluar dari zon selesa bererti keluar dari keselesaan, keluar dari kesenangan.
Masuk zon risiko, payah, susah, penuh cabaran, dan dugaan.
Menguji keimanan dan kesabaran.
Sama sekali tidak sama macam zon selesa.


Persoalannya, apa kita sudah bersedia untuk keluar dari zon selesa?


94: 1-8

10.1.12

Senarai Harapan 2012

Salam..



* Langit Vanilla
* Holga 120N Merah Jambu
* rak buku
* "The Knitting Book"
* buat "Chinese Emblem"
* satu buku FT

saya mau mereka semua! @_@

paling penting, saya mau hati tenang, semangat dan fokus kepada matlamat, dan hidup bahagia sampai syurga.. Ya Allah, tunjukkan aku jalan yang Engkau redhai. aameen..

6.1.12

duaempat

Salam...

Umur hanyalah sekadar nombor jika tiada perubahan/pembaikan dalam diri. Oleh itu, hargai umur dengan memperbaiki diri untuk menjadi hamba dan khalifah yang terbaik di sisi Allah.



Alhamdulillah genap umur 24. hampir suku abad usia di dunia.

moga bertambah keimanan dan bertambah matang menempuh kehidupan.

kepada Mama dan Ayah terima kasih atas penat lelah dan terus bersabar dalam membesarkan anakmu yang degil pelbagai kerenah ni.

kepada adik2ku Angah, Adik, dan Anad, bersabarlah dengan kakakmu yang chomel ni. :P

kepada semua, terima kasih atas ingatan dan do'a.

jakallahu khoiran jaza'. saya sayang kalian. saya doakan moga Allah ampunkan segala dosa dan meletakkan kalian bersama para soliheen di syurga nanti. moga kita peroleh sakinah sampai syurga. aameen.. :')


nota: rindu kak Su.. Kak Su, sudah cukup 5 tahun. insyaAllah, ada rezeki, saya belikan tiket ke sini ya. do'akan kami ya. :')