31.5.10

You call us terrorists?? Well, isn't it obvious now??

Salam semua...



Saya dapat tahu tentang misi ini ketika wakil mereka memberi penerangan di tempat praktikal saya awal bulan lepas. Balik dari praktikal tadi dapat tahu bahawa kapal mereka diserang. Boleh baca berita lanjut di sini.

Sebab inilah saya masih tekad memboikot barangan buatan Barat. Lebih-lebih lagi yang menyumbang untuk Zionis. Susah-susah kita dapat duit, lepas tu kita belanjakan untuk mereka pulak. Tak untung tu. Depa yang untung buat beli peluru, mesin gan, bom, dan senapang. Memang la depa bagi peluang pekerjaan, Malaysia dah beli syarikat, dan sebagainya..tapi itukan masih produk keluaran Barat. Kita ni pun boleh buat barang-barang ni juga, kan? Kata nak negara maju. Tapi ikut kalian la setakat yang mampu. Saya boikot ni pun sebab ini je yang saya paling mampu buat selain derma dan do'a. Walaupun derma dan do'a jarang-jarang buat tapi sekurang-kurangnya ada buat.

Tiba-tiba tadi dapat idea - mau aja suruh pembekal barangan buatan Barat dan juga pengusaha restoran makanan segera Barat letak poster 'boikot Israel!'. Macam kerajaan arah letak poster penyakit pada kotak rokok. Macam tu la yang saya cadangkan. Cuma posternya lagi besar la. Biar orang nampak. Biar orang tahu. Biar orang selalu beringat.

Agak marah la jugak sebenarnya tadi. Kita datang nak beri bantuan, tapi tak pasal-pasal kena tembak. Tak ke kejam namanya tu?? Senang-senang je panggil kita pengganas, tapi tengok la siapa yang serang grup kemanusiaan ni. Siapa? Siapa??




Tengah-tengah marah, masa azan 'Isyak kat kawasan rumah tadi ada pulak yang tengah melalak berkaraoke. Kuat pulak tu. Nak lawan azan ke apa?? Kalau ada senapang kat tangan, mau aje tembak 40 das tembakan. Pergh~~

30.5.10

Sokongan itu penting

Salam...


tanpa akar, pokok tumbang
tanpa kaki, kita tempang
tanpa tiang, rumah roboh
tanpa arah, jalan sesat
tanpa pegangan, hidup tiada tujuan

dan

tanpa sokongan, hidup tertekan, suka duka dipendam sendirian...





wahai sahabat, saya rindu.. @_@

29.5.10

Hidup di Dunia hanya sekali

Salam...


"Awak ambil balik sampel ni, basuh dulu bagi hilang bau formalin. Lepas tu letak atas kain putih dan beri kepada keluarganya. Takkan nak bagi dalam bekas ni pulak, kan? Sedih maknya tengok nanti..." kata staf makmal histologi kepada seorang jururawat.



Agak-agak itu sampel apa?



Itu sampel janin.

Dihantar ke makmal dalam satu bekas plastik.
Saya agak ia dalam usia 11 minggu sebab sudah cukup sifat - punya tangan, kaki, mata, hidung, dan mulut. Kepalanya pun sudah terbentuk dengan sempurna.

Tak tau la plak cerita sebenar kes ni tapi kalian sedih tak?
Kasihan tak?
Atau takda perasaan?



*******




Wahai kawan, ketahuilah bahawa hidup di Dunia hanya sekali. Kita boleh buat apa yang kita nak. Serius, Allah bagi kita buat semua. Tapi Allah pesan, setiap perlakuan kita ada balasannya. Buat baik dibalas dengan kebaikan. Buat perkara tak baik dibalas dengan perkara yang sama.

Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari. Terlajak perahu boleh patah balik. Tapi terlajak perbuatan, mana mungkin masa yang lalu dikembalikan.

Bertaubatlah. Allah Maha Pengampun mengampuni dosa-dosa hamba-hamba-Nya selagi mana Dia tidak diduakan. Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang juga menerima taubat hamba-hamba-Nya. Dan yang penting, jangan kalian putus asa untuk teruskan hidup. Percayalah, masih ada yang sayang. Masih ada yang mengambil berat. Percayalah!



Allah sayang kamu.



Percayalah!





nota kaki: hidup di Dunia hanya sekali. tapi hidupnya kita dua kali dan mati sekali. ;)

26.5.10

Dunia bukan tujuan

Salam semua...

Sabtu lepas sempat ikut kuliah di Shah Alam. Kuliah tentang kehidupan Dunia untuk Akhirat.

Ustaz kata, semakin dekat Hari Kiamat, semakin kaya manusia. Cuba kita lihat persekitaran kita - pertandingan menang RM 1 juta yang berlambakan, program MLM, jutawan segera, dan sebagainya.

Tapi kaya itu, sesungguhnya tiada apa yang perlu dibanggakan - hatta kerana harta, pangkat, keturunan, dan sebagainya. Semua itu mungkin ada nilainya di Dunia tapi tiada nilainya untuk kita bawa untuk Hari Kelak.

Kata Ustaz, manusia itu pergi ke mana-mana pun hanya membawa tong tahi. Mata kita ada tahi, hidung kita, telinga kita, gigi kita ni pun..apatah lagi perut kita ni. Maaf jikalau ayat agak kurang sopan di situ tapi itu benar, kan? Apa kamu bangga dengan apa yang kamu bawa sekarang?

Tu la, kan. Dunia ni hanya sementara. Contoh macam kita makan makanan sedap. Mata nampak makanan tu sedap, hidung bau sedap, makan rasa sedap.. lepas tu telan, masuk perut hilang dah sedap. Satu rasa pun takda melainkan rasa sakit perut. Segala yang sedap tu kejap je. Macam tu la Dunia. Semuanya bersifat sementara. Meninggal je kita dari Dunia Fana' ni tak bawak apa-apa. Kosong. Takda yang sedap dah. Tapi Dia bagi kita bawa juga bekalan ke Sana iaitu 3 perkara: 'amalan kita, do'a anak-anak soleh, dan sedekah jariah. Ada tiga-tiga ni, insya-Allah sedaplah kehidupan kita di Hari Kelak. Bukan kejap je sedapnya, tapi buat selama-lamanya. Insya-Allah.



Cakap pasal sedap, saya rasa tiada apa lagi yang sedap dalam Dunia ni. Em.. sedap tu 'kan tak lama nikmatnya. Macam makan piza yang sememangnya sedap. Lagi-lagi yang chunky loaded. Pergh~~~ Sekali makan je dah kenyang, pastu nak makan lagi dan lagi. Tak puas sedapnya. Tak nikmat. Mau nikmat, kena makan lagi dan lagi. Haish..terganggu BMI nanti. Itulah manusia.. mana kenal puas.



Hm.. saya rasa saya sudah mati hati agaknya. :|





nota kaki: (_ _ )" - ikon muka disembam ke meja. Tanda malas nak layan Dunia. Boleh?

25.5.10

Tuding

Salam semua...


Bila kita menuding jari kepada seseorang, empat lagi jari kita menuding kepada diri sendiri. Kamu tau, kan?


Oleh itu, jika mau salahkan orang, tengok diri sendiri dulu sebelum menilai. Mungkin kita ada buat salah juga.


Kalau pasti itu bukan salah kita, pastikan semua jari menuding kepada orang tersebut. (hm.. agak kelakar dan kurang sopan perlakuan itu.)


Apapun, fikir dulu sebelum buat apa-apa. Ikut waras, bukan perasaan. Faham, kan?





:)

12.5.10

Tegur Sapa

Salam semua.



Kempen 1B1A kali ni: Rajin-rajinlah Bertegur Sapa.

Memang sesuai sangat kempen bulan ni dengan musim praktikal.

Hari ni masuk makmal lain dah. Macam biasa, masuk tempat baru mesti ada rasa nerbes. Takut-takut. Nak tegur pun tak berani. Lagi-lagi kalau staf buat muka garang.

Tapi kan, biasa la nerbes. First day.. Tenang-tenang aja. Tak tegur kang, tak kenal lak kakak tu. Nanti nak tanya pun segan. Malu bertanya, sesat jalan. Tak belajar kang. Tak pasal-pasal rugi satu hari. Terngiang-ngiang pesanan Dr. Raj, pensyarah di kampus, "you as the student, put an effort to approach the staff first. Be proactive!"

Jadi, usah malu untuk bertegur sapa. Beranikan diri. Dalam konteks nak kenalkan diri, ni ada sikit tips: kalau nerbes,sebelum tegur tu, susun dulu ayat dalam kepala nak cakap apa. Kemudian tarik nafas dalam-dalam, senyum kemudian kenalkan diri. Walaupun muka rasa macam tebal semacam masa tu, buat-buat tenang aja. Jangan banyak fikir. InsyaAllah ok.

Senyum itu penting..buat pemanis muka dan hilangkan stres. Lagipun senyum itukan sedekah. :) Tak kisah la akak atau abang tu senyum balik ke tak, jawab ke tak, asalkan kita dah lepas satu cabaran untuk membuka pintu ilmu. Sekurang-kurangnya juga, akak atau abang tu tau kita ni hormatkan dia dan nampak la macam kita ni betul-betul nak belajar. Baru beradab namanya. Lepas tegur tu, doa-doakan la agar dilembutkan hati supaya akak atau abang tersebut ikhlas nak ajar kita. InsyaAllah, berkat usahanya dan kita pun dapat belajar banyak. Betul tak?

Ada lagi satu tips: kalau nak masuk tempat baru, bawalah juga sedikit ilmu tentang tempat tu. Ini untuk elak diri jadi blur bila dah masuk nanti. ;)



Harap-harap tak nerbes esok. Chaiyok2!





nota kaki: dah lama tak nampak Bulan dan Bintang...

9.5.10

Kami Sayang Mama ^_^

Salam...





doakan kesejahteraan Ibu dan Ayah kamu selalu. moga mereka ditempatkan di syurga bersama orang-orang yang soleh. aameen...



:)





nota kaki: dia dah jumpa tempat lepak baru. ^_^

7.5.10

Kemanusiaan

Salam.

Entri ini buat penaik semangat kalian untuk berjuang.

kemanusiaan sebenarnya sudah lama habis
jiwa2 sebenarnya sudah terlalu banyak menangis
kita hidup dalam pembohongan kita hidup dalam kelalaian
kita kata kita bersatu untuk sesuatu yang bernama perjuangan

kita malu untuk mengaku
setiap yang terjadi ini sudah pun dirancangkan
kita malu untuk mengatakan
setiap ini sebenarnya satu permainan

kita suruh anak2 kita pergi berperang
tanpa senjata bagaimana mau berjuang
disedekahkan anak2 kita pada satu ideologi
tapi bisikkan ke telinga ini apa itu yang kau namakan seni

kemanusiaan sudah lama tewas
kita ketawa tetapi dalam hati sangat panas
sudah tidak ada apa yang lagi mau kita katakan harapan2
sudah tidak ada apa lagi semua itu, tuan2 puan2

kita cuma ada mimpi kosong yang tak akan nyata
cuma ada suatu yang kita nyanyikan sebagai pujangga
hei anak2 muda bangkit dan bangun sekarang
kita mampu menang walau tanpa senjata berjuang

Tuhan itu sudah menjanjikan keadilan
Dia sudah katakan Dia Yang Maha Mendengar Maha Mengasihan

engkau cuma bangkit dan berdiri
cuma bangkit dan berdiri
minta apa saja kan diberikan semua
itu senjata kita
itu senjata kita
itu senjata kita

kemanusiaan takkan pernah ada
kalau kita bertopengkan binatang sahaja
kemanusiaan takkan ada
kalau kita cuma mahu hidup sendirian sahaja
sendirian sahaja
apa itu manusia kalau hidupnya ifrad sahaja
ifrad sahaja
ifrad sahaja

manusia,
kita harus bersama

bersama.



Kak Fynn, Malam Puisi Riong 2010, Shah Alam.



Kisah bayi dibuang, pengkid, dadah, bunuh, samun, dan macam-macam lagi kisah. Ini realiti bukan rekaan. Buka mata, tutup TV, baca surat khabar Metro dan Kosmo!. Iya, itu surat khabar picisan, tapi artikel-artikelnya kisah benar. Tapi tak tau la kan kalau-kalau ceritanya ditokok tambah. Pandai-pandai la kalian baca dan nilai ye. Sekurang-kurangnya kurang sikit kisah politikus di akhbar-akhbar sebegini. (oops.. maaf. Saya agak kasar di situ. eheh)




nota kaki: Selamat Hari Jumaat. Jom pulun 'amalan. ;)

2.5.10

Ikhlas Pupuk Ketenangan

Salam..

Ayah pernah bercerita tentang kisah ikhlas dalam membuat keputusan. Ringkasnya, apa yang saya dapat daripada kisah tu, bilamana kita buntu dalam membuat keputusan, kemampuan kita dan keinginan kita pasti ada dalam senarai pilihan. Kadang-kadang kita pun tak tahu pilihan yang kita ada tu kemampuan atau keinginan.

Ayah cakap, kalau kita rasa ragu-ragu atau berat hati, tolak pilihan tu jauh-jauh. Kalau kita rasa senang, kita mampu buat, dan tak menyusahkan kita, insyaAllah itu pilihan kita. Orang putih kata, follow your instinct.

Apa kaitan dengan ikhlas pulak? Ada kaitannya. OK, saya bagi contoh.

Contohnya kalau kita nak beli makanan kat kafe.

Keinginan: Makanan yang mengenyangkan, tidak mengantukkan dan juga murah.
Kemampuan: Perut kosong, dan duit belanja RM 10.

Keputusan: Nasi campur - nasi putih separuh, ayam goreng seketul, sayur sawi sikit.
Hasil: (1) Kena cas RM 5 tak termasuk air mineral RM 1. (2) Tak puas hati.

Bagi pelajar macam saya, itu kira mahal sebab dah biasa makan kat kafe pelajar. Bila makan je, Hati merungut mahal, makan pun tak senang duduk, terus monyok seharian sebab kafe mahal.

Saya pernah belajar, orang yang merungut ni tak ikhlas. Bila difikir balik, betul jugak. Saya sendiri tak redha dengan hasil yang saya dapat. Bila tak redha, Hati tak tenang. Sekali merungut, monyok memanjang.

Ayah cakap, bila kita tak redha, kita jugak yang menyusahkan diri sendiri. Misalnya, kita sanggup buat macam-macam untuk puaskan hati orang lain. Hati rasa berat nak buat, tapi sebab nak ambil hati orang, kita buat jugak sebab takut merajuk. Akhirnya, kita yang penat dan hati orang tu belum tentu puas. Kan menyusahkan diri namanya tu.


Kesimpulannya, kalau nak buat sesuatu, biarlah dengan ikhlas. Biar datang dari hati. Pensyarah saya pernah pesan, "Whatever you do, put your heart into it". Kena ada minat dan kesungguhan. Baru Hati tenang lagi tenteram.

Jadi, nak beli makanan nanti, pilihlah yang mana kita betul-betul nak makan dan bajet sedap. Biar kita rasa puas walaupun mahal. Takde la kita nak merungut kan. Lagipun rezeki itu datang dalam macam-macam cara. Harga yang mahal itu boleh mengajar kita supaya berjimat untuk hari-hari akan datang. Nak suruh puasa mungkin. Siapa tahu kan? Wallahua'lam.





:)

nota kaki: Makanan hanya sebagai contoh. Maaf kalau terliur. Mujur tak letak piza. Kalau tak mesti lagi terliur. :P
nota kaki dua: Tajuk entri agak skema kan? :-B

1.5.10

Seni dan Sains

Salam semua...

Semalam saya ke Shah Alam bersama teman-teman sekolah ikut nonton orang berpuisi. Sampai lewat sikit sebab jalan sesak tapi mujur sempat lihat FT, Kak Fynn dan Pak Samad (A. Samad Said) berpuisi.


Macam-macam persembahan ada. Puisidra, tarian, pentomim dan nyanyian.

Saya sangat suka sajak 'Ingin Jadi Nasrallah' karya FT.

Persembahan Kak Fynn sangat mantap. Persembahannya terutama 'Biar' sangat menusuk di kalbu.

Sempat bergambar dengan Pak Samad. Terpana jugak la tak tau nak cakap apa selepas bergambar. Macam kata Kak Fynn, ter'tongong'. Saya tiba-tiba terucap, "terima kasih, Pak Samad. Jumpa lagi." Apakah~~~ haha

Suka lirik lagu 'Anak' nyanyian Kak Aisyah. Kena dengan tema kemanusiaan malam tu.

Suara Rizu dalam nyanyiannya untuk 'Kepada-Mu Kekasih' sedap. Dia memang ada bakat. Serius. Kalau tambah feel mesti lagi sedap.


Itu kali pertama saya nonton puisidra dan persembahan seni secara langsung. Sangat teruja. Sangat. Macam-macam gaya dan ragam kita boleh nampak pada orang seni ni. Macam-macam. Serius.

Nampak sangat saya sangat teruja, kan? Maklum la, orang sains bertemu orang seni, macam ni jadinya.Teruja sebab ragam mereka sangat macam-macam. Susah untuk saya terangkan. Kena tengok sendiri baru tahu macam mana. hehe

Ada peluang, mau nonton lagi. hee~


Teringat kata-kata Ziryab dalam novel Manikam Kalbu, "sains itu hanyalah proses sedang seni itu hasilnya". ;)





nota kaki: Tahniah buat pasangan pengantin baru Nadrah & Hakimin dan Bro Zaki & Kak Maryam atas majlis pernikahan mereka yang berlangsung semalam dan hari ni. Saya doakan semoga hubungan kalian sentiasa dirahmati dan kekal hingga ke syurga. :)

nota kaki lagi: entri ini khas untuk Kak Raihan dan Kak Dyll. ;) Kak Raihan, saya tak sempat pun nak bergambar dengan FT. jadi, akak tak perlu jeles la ek. hee~~