2.5.10

Ikhlas Pupuk Ketenangan

Salam..

Ayah pernah bercerita tentang kisah ikhlas dalam membuat keputusan. Ringkasnya, apa yang saya dapat daripada kisah tu, bilamana kita buntu dalam membuat keputusan, kemampuan kita dan keinginan kita pasti ada dalam senarai pilihan. Kadang-kadang kita pun tak tahu pilihan yang kita ada tu kemampuan atau keinginan.

Ayah cakap, kalau kita rasa ragu-ragu atau berat hati, tolak pilihan tu jauh-jauh. Kalau kita rasa senang, kita mampu buat, dan tak menyusahkan kita, insyaAllah itu pilihan kita. Orang putih kata, follow your instinct.

Apa kaitan dengan ikhlas pulak? Ada kaitannya. OK, saya bagi contoh.

Contohnya kalau kita nak beli makanan kat kafe.

Keinginan: Makanan yang mengenyangkan, tidak mengantukkan dan juga murah.
Kemampuan: Perut kosong, dan duit belanja RM 10.

Keputusan: Nasi campur - nasi putih separuh, ayam goreng seketul, sayur sawi sikit.
Hasil: (1) Kena cas RM 5 tak termasuk air mineral RM 1. (2) Tak puas hati.

Bagi pelajar macam saya, itu kira mahal sebab dah biasa makan kat kafe pelajar. Bila makan je, Hati merungut mahal, makan pun tak senang duduk, terus monyok seharian sebab kafe mahal.

Saya pernah belajar, orang yang merungut ni tak ikhlas. Bila difikir balik, betul jugak. Saya sendiri tak redha dengan hasil yang saya dapat. Bila tak redha, Hati tak tenang. Sekali merungut, monyok memanjang.

Ayah cakap, bila kita tak redha, kita jugak yang menyusahkan diri sendiri. Misalnya, kita sanggup buat macam-macam untuk puaskan hati orang lain. Hati rasa berat nak buat, tapi sebab nak ambil hati orang, kita buat jugak sebab takut merajuk. Akhirnya, kita yang penat dan hati orang tu belum tentu puas. Kan menyusahkan diri namanya tu.


Kesimpulannya, kalau nak buat sesuatu, biarlah dengan ikhlas. Biar datang dari hati. Pensyarah saya pernah pesan, "Whatever you do, put your heart into it". Kena ada minat dan kesungguhan. Baru Hati tenang lagi tenteram.

Jadi, nak beli makanan nanti, pilihlah yang mana kita betul-betul nak makan dan bajet sedap. Biar kita rasa puas walaupun mahal. Takde la kita nak merungut kan. Lagipun rezeki itu datang dalam macam-macam cara. Harga yang mahal itu boleh mengajar kita supaya berjimat untuk hari-hari akan datang. Nak suruh puasa mungkin. Siapa tahu kan? Wallahua'lam.





:)

nota kaki: Makanan hanya sebagai contoh. Maaf kalau terliur. Mujur tak letak piza. Kalau tak mesti lagi terliur. :P
nota kaki dua: Tajuk entri agak skema kan? :-B

8 comments:

~~DucKneSs~~ said...

ha'ah kan..bila xikhlas, ati lagi beban kan?

contoh: bagi peluang utk kereta potong line dan masuk dpn kita..
sepatutnya: owh, sila masuk incik kereta..kesian sbb xdak line..
tapi: hish..menyempit ja..masuklah..laju la sket..hish..bla3..

dalam pemanduan, byk yg dah berjaya diikhlaskan..cuma dlm kehidupan seharian masih belum semua lagi..mari berubah, cik otowomen..

alifzaimimra said...

DucKneSs:
betul3! apa-apa perubahan perlukan masa. lagipun kita tak boleh berubah secara drastik sebab kita kan manusia bukan robot. kan?

yup, mari berubah! ;)

3p4h said...

Oh pizza... Kelmarin (ahad) pas abes retreat, kami p mkn pizza. Yummy.... Yuyi blnja.. =) Laziz.......

alifzaimimra said...

3p4h:
oh..ye ke? jadi? oleh itu? -_-"

3p4h said...

Saja nk share... sharing is caring aite? =)

UzAiR said...

hahaha, betul tu hawa, bila nk blanja mkn pizza? aku tunggu nie >:)
ikhlas yer!! xD

alifzaimimra said...

3p4h:
ye la. nanti belanja piza. tahu? :P

uzair:
uje!!! wah..tak tau pun ko ada blog. ececeh.. ko mau piza? jom2! piza chunky loaded sedap.. hee~~

3p4h said...

I.A (^_^)