26.5.10

Dunia bukan tujuan

Salam semua...

Sabtu lepas sempat ikut kuliah di Shah Alam. Kuliah tentang kehidupan Dunia untuk Akhirat.

Ustaz kata, semakin dekat Hari Kiamat, semakin kaya manusia. Cuba kita lihat persekitaran kita - pertandingan menang RM 1 juta yang berlambakan, program MLM, jutawan segera, dan sebagainya.

Tapi kaya itu, sesungguhnya tiada apa yang perlu dibanggakan - hatta kerana harta, pangkat, keturunan, dan sebagainya. Semua itu mungkin ada nilainya di Dunia tapi tiada nilainya untuk kita bawa untuk Hari Kelak.

Kata Ustaz, manusia itu pergi ke mana-mana pun hanya membawa tong tahi. Mata kita ada tahi, hidung kita, telinga kita, gigi kita ni pun..apatah lagi perut kita ni. Maaf jikalau ayat agak kurang sopan di situ tapi itu benar, kan? Apa kamu bangga dengan apa yang kamu bawa sekarang?

Tu la, kan. Dunia ni hanya sementara. Contoh macam kita makan makanan sedap. Mata nampak makanan tu sedap, hidung bau sedap, makan rasa sedap.. lepas tu telan, masuk perut hilang dah sedap. Satu rasa pun takda melainkan rasa sakit perut. Segala yang sedap tu kejap je. Macam tu la Dunia. Semuanya bersifat sementara. Meninggal je kita dari Dunia Fana' ni tak bawak apa-apa. Kosong. Takda yang sedap dah. Tapi Dia bagi kita bawa juga bekalan ke Sana iaitu 3 perkara: 'amalan kita, do'a anak-anak soleh, dan sedekah jariah. Ada tiga-tiga ni, insya-Allah sedaplah kehidupan kita di Hari Kelak. Bukan kejap je sedapnya, tapi buat selama-lamanya. Insya-Allah.



Cakap pasal sedap, saya rasa tiada apa lagi yang sedap dalam Dunia ni. Em.. sedap tu 'kan tak lama nikmatnya. Macam makan piza yang sememangnya sedap. Lagi-lagi yang chunky loaded. Pergh~~~ Sekali makan je dah kenyang, pastu nak makan lagi dan lagi. Tak puas sedapnya. Tak nikmat. Mau nikmat, kena makan lagi dan lagi. Haish..terganggu BMI nanti. Itulah manusia.. mana kenal puas.



Hm.. saya rasa saya sudah mati hati agaknya. :|





nota kaki: (_ _ )" - ikon muka disembam ke meja. Tanda malas nak layan Dunia. Boleh?

9 comments:

MaMMaMia said...

really nice post.. canne nak share? you takde "share at facebook" button. make one.. ping me once ur done.

~~DucKneSs~~ said...

yup..itu semua memang betol..patut la berat badan ni naek,asek dok usung tong upenya..hahha

mau buat (_ _)" jugak..tp nape jadi cam pelik je..

alifzaimimra said...

ameera alzawawy:
terima kasih. boleh ek nak 'share at fb'? eheh

duckness:
kena rajin kosongkan tong tu. baru ringan sikit. :P

buat macam ni: (_ _ )" - jgn lupa 'space'. hehe

3p4h said...

Kenapa perlu pizza lagi??? Ahhh... Dunia2...

p/s: Mau jumpa kak rehan di UIA mlm sok, sama2 Kak Dyll (^_^) Jom?

~~DucKneSs~~ said...

poblem sket bab nk kosongkan tong..kena beli yakult banyak2..

Dendei said...

kalau hati mati..takkan begini rasanya...

masih hidup...sbb tu kadang2 sakit..kadang2 pedih..kadang2 gembira..

Yang penting..hati x buta..

Sbb hati buta, takkan mampu buat apa2.. Takkan mampu menulis sebegini juga...

InsyaAllah, sedikit coretan, yang mungkin mahu buat semua orang tersembam muka ke meja.. :)

alifzaimimra said...

3p4h:
sebab piza sedap la.. -_-"

p/s: esok? @_@

duckness:
payah tu. minum air masak banyak-banyak pun boleh kan? insya-Allah. :P

a.K.u @ akak bushuk:
tapi kalau tak dapat nak rasa apa-apa macam mana? O_O

minta2 jugak hati tak buta. na'uzubillah..

akak, sembam..jangan tak sembam.
(_ _ )"

ctpayong said...

nak panggil ape? alif or zai or min or ra. Dunia ini kita umpamakan macam "modal" untuk mengaut "profit" di akhirat. xpandai atur dunia alamat rugi dunia dan rugi akhirat. naghuzubillah.

alifzaimimra said...

ctpayong:
betul3. ;)

alif zai mim ra utk Azmar. jadi ibu boleh panggil Azmar. :)