29.5.10

Hidup di Dunia hanya sekali

Salam...


"Awak ambil balik sampel ni, basuh dulu bagi hilang bau formalin. Lepas tu letak atas kain putih dan beri kepada keluarganya. Takkan nak bagi dalam bekas ni pulak, kan? Sedih maknya tengok nanti..." kata staf makmal histologi kepada seorang jururawat.



Agak-agak itu sampel apa?



Itu sampel janin.

Dihantar ke makmal dalam satu bekas plastik.
Saya agak ia dalam usia 11 minggu sebab sudah cukup sifat - punya tangan, kaki, mata, hidung, dan mulut. Kepalanya pun sudah terbentuk dengan sempurna.

Tak tau la plak cerita sebenar kes ni tapi kalian sedih tak?
Kasihan tak?
Atau takda perasaan?



*******




Wahai kawan, ketahuilah bahawa hidup di Dunia hanya sekali. Kita boleh buat apa yang kita nak. Serius, Allah bagi kita buat semua. Tapi Allah pesan, setiap perlakuan kita ada balasannya. Buat baik dibalas dengan kebaikan. Buat perkara tak baik dibalas dengan perkara yang sama.

Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari. Terlajak perahu boleh patah balik. Tapi terlajak perbuatan, mana mungkin masa yang lalu dikembalikan.

Bertaubatlah. Allah Maha Pengampun mengampuni dosa-dosa hamba-hamba-Nya selagi mana Dia tidak diduakan. Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang juga menerima taubat hamba-hamba-Nya. Dan yang penting, jangan kalian putus asa untuk teruskan hidup. Percayalah, masih ada yang sayang. Masih ada yang mengambil berat. Percayalah!



Allah sayang kamu.



Percayalah!





nota kaki: hidup di Dunia hanya sekali. tapi hidupnya kita dua kali dan mati sekali. ;)

2 comments:

~~DucKneSs~~ said...

sedih tapi gembira kerana kelahirannya dinanti walaupun xkesampaian..dari yang lahir dengan sempurna tapi dilontar ke longkang..sedih..

alifzaimimra said...

duckness:
kadang2 mereka sendiri buntu dan tersepit dengan situasi yang mereka alami. doakan mereka lekas bertaubat.