Showing posts with label Ulasan Buku. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Buku. Show all posts

28.5.13

Sepotong Hati Yang Baru

Salam semua.



Kompilasi kisah-kisah hati yang terkandung di dalam buku ini diberikan oleh sang kakak untuk saya membacanya. "apa benar sang kakak mau beri saya baca buku ini? apa saya perlu hati yang baru?" itu ekspresi pertama saya. musykil. "mungkin aku perlu hati yang baru," kata hati yang positif (positif la sangat~)

saya agak menyesal selepas selesai membaca buku ini tetapi saya tidak mahu ulas panjang. cukuplah dengan perkongsian dan bebelan bersama sang kakak kerana kesan buku ini membuatkan saya yakin yang saya punyai sekeping darah bernama Hati dan Hati saya hidup. pada pendapat saya, jika anda mengharapkan agar memperoleh Hati yang baru, buku ini jauh sekali mendapatkannya.

apa yang menarik tentang buku ini, kita tidak perlukan hati yang baru tetapi harus terima hakikat bahawa hati kita hanya satu dan hati itu hidup jika hidup itu dilalui dengan penuh rasa. tidak mustahil jika hati itu ada bahagian yang terhiris, luka, berlubang, ditampal atau berbalut. itulah tanda hati yang hidup.

apa yang menarik lagi, kuasa Cinta itu memang ternyata hebat! serius! moga saya peroleh kuasa Cinta ini agar diri lebih dekat dengan Sang Pencipta dan kekasihNya.

oh ya, penulis buku hebat ini iaitu Tere Liye ialah seorang arjuna. no wonder jiwang but jiwangnya membina. sekian.



hm..terima kasih, kakak. sekian.

24.6.12

"Dunia Jambatan Akhirat"

Salam semua...


Morrie: Hakikatnya, sekali kamu belajar cara hendak mati, kamu akan belajar bagaimana hendak hidup.

Mitch: Adakah tuan memikirkan mengenai mati sebelum jatuh sakit?

Morrie: Tidak. Saya seperti orang lain juga. Pernah saya beritahu seorang rakan, 'Saya akan menjadi seorang tua yang paling sihat yang kamu pernah jumpa!'

Mitch: Berapa umur tuan?

Morrie: Dalam lingkungan 60-an.

Mitch: Jadi, tuan optimistik?

Morrie: Kenapa tidak? Seperti yang pernah saya kata, tiada siapa percaya mereka akan mati.

Mitch: Tetapi semua orang kenal seseorang yang telah mati. Kenapa begitu sukar hendak fikirkan mengenai kematian?

Morrie: Kerana kebanyakan daripada kita berjalan-jalan seolah-olah sedang mengigau dalam tidur. Kita tidak memahami dunia ini sepenuhnya kerana kita separa-tidur, melakukan perkara-perkara yang kita fikir patut dilakukan.

Mitch: Lalu, menghadapi kematian akan merubah semuanya itu?

Morrie: Oh, ya. Kamu tinggalkan yang remeh serta yang tidak perlu dan tumpukan pada perkara-perkara penting sahaja. Apabila kamu sedar yang kamu hendak mati, kamu melihat semuanya dengan berbeza.

**petikan daripada Tuesdays with Morrie**



"Dunia jambatan Akhirat. Akhirat-centric."

2.6.12

"Jadikan hari esok LEBIH BAIK dari hari ini"

Salam semua...

Alhamdulillah, selesai program Hari Belia dan Mata Hati Anak Soleh. 2 minggu berderet di luar ofis. Harap Bos redha. eheh..


Hari Belia Negara

5 hari yang mencabar. buka 1 gerai di ceruk kota pentadbiran dengan harapan nak bagitau kat semua yang belia kita masih ada harapan. nak bagitau kat belia macam kita yang kita masih ada harapan untuk menjadi pemimpin yang berkaliber dan mampu memudi negara seperti pemimpin sekarang dan malah lebih baik lagi.

dalam 5 hari, perkara kurang enak je yang didengar, kakitangan pun tak ramai dek kekangan musim peperiksaan di sekolah masing-masing. sampai pernah ada rasa 'nak tutup kedai', pernah ada rasa 'tak nak buka kedai'. daripada jutaan yang hadir, berapa kerat je yang singgah ke gerai..belum tentu sampai 10%. Bos sendiri kata, macam mana kalau tiba-tiba bala datang..kita pun kena sekali. tapi ada yang balas, sebab adanya orang-orang mukmin yang mendoakan kesejahteraan kitalah, bala ditangguhkan.

dengan semangat "kalau bukan sekarang, bila lagi? kalau bukan kita, siapa lagi?", 5 hari tersebut berjaya diharungi dengan jayanya. Alhamdulillah. ramai yang hadir ke gerai kami dan memberi maklumbalas positif. mereka jugalah yang menjadi penaik semangat supaya gerai terus dibuka sampai ke hari terakhir. Pada hari terakhir, kitorang sempat buat tinjauan ke seluruh kota. 2 jam perjalanan pergi dan balik. penat? memang penat! fiu~~ doakan semoga usaha ini diberkati Allah dan memberi manfaat kepada semua. jazakumullah buat semua yang terlibat. moga Allah membalas jasa kalian.

Pesan pemimpin kita, "Jadikan hari ESOK lebih baik dari HARI INI". so, let's be! kalian mau tamrin? nah, ni boleh dikira tamrin marahil untuk kalian!


Mata Hati Anak Soleh

Program 3 hari sempena cuti sekolah untuk pelajar Tingkatan 1 & 2. hari pertama program, wakil penganjur dah bagi amaran kat peserta supaya jangan merokok. masa pendaftaran aje dah dapat kesan 5-6 perokok. nampak sangat dah lama tak ikut program sekolah. program 3 hari banyak yang dipelajari. mengenal beza hamba dan kuli, mengamal dan menyampai perlaksanaan fardhu 'ain yang sempurna, mengajar diri memandang alam melalui pelbagai perspektif.

adik-adik ni memerlukan perhatian. memang tidak dinafikan mereka ni manja dan hidup serba cukup. tapi cukuplah materi sebagai pengubat hati mereka. perhatian rohani dan kasih sayang yang mereka perlukan. dan kita juga harus main peranan. peranan mendidik mereka menpersiap diri menjadi pemimpin. peranan kita untuk berhemah dalam berurusan. saya belajar supaya tidak mengamalkan budaya 'kipas-mengipas' dalam pengurusan untuk mendapatkan keberkatan dalam beramal.

Buat adik-adik program Mata Hati Anak Soleh, kalian memang macam-macam tapi akak sayang kalian. tau! :)

*****

Novel ni sempat saya habiskan semasa program. saya syor kepada semua belia untuk baca. mau tau macam mana perit hidup anak setinggan yang tinggal dalam rumah yang berkongsi dinding dengan jiran? yang berkongsi bilik air dengan puluhan jiran yang lain? yang berkongsi pondok telefon dengan puluhan penghuni setinggan? mau tau? baca! ;)


dengan ini, saya isytihar Memoir Anak Setinggan ialah Laskar Pelangi versi Malaysia boleh tak, kak Puspa? :P

*****



sudah lama terbiar (atau dibiar?)
sesawang blog kehidupan
yang kini memang sudah penuh sesawang
tuanmu memang bermacam
doakan supaya tuanmu terus bersemangat
heh~
:P

9.11.10

Dia Maha Kaya

Salam semua...

Kaya.. cakap pasal kaya, selalunya orang akan ingat duit, harta.. bling-bling.. $_$ yup, segala macam perkara materi yang keluar di kepala. itu manusia.

Kaya.. Siapa paling kaya? banding dengan makhluk-makhluk-Nya, Allah Maha Kaya. Tuhan sekalian 'alam. Pencipta langit dan bumi dan seluruh jagat raya. Bumi yang kita duduk ni, salah satu daripada sembilan, eh bukan.. Pluto bukan planet dah jadi lapan planet dalam satu galaksi. em.. berapa banyak galaksi kita ada? Wallahua'lam. Siapa tuan punya galaksi-galaksi ni? Semestinya penciptanya, Allah.

Sekaya-kaya Allah pun, Dia Maha Pemurah. Pemberi rahmat dan nikmat. Minta je apa pun, Dia mesti bagi. Serius. Minta je banyak-banyak. Dia lagi suka. tak macam manusia, lagi banyak orang meminta, lagi menyampah kita.

Dalam banyak-banyak benda, ada 4 perkara yang Dia nak kita minta: petunjuk, makanan, pakaian dan minta ampun.

Allah mahu kita minta petunjuk selalu. Secara tak langsung, kita hari-hari minta. Paling kurang pun 17 kali sehari melalui al-Fatihah dalam solat. Dia mahu kita selalu minta petunjuk supaya kita tak sesat. Supaya kita dapat menuju ke destinasi yang para nabi dan orang-orang soleh pun pergi.

Allah mahu kita minta makanan dan pakaian. Kalau kita tak minta, siapa lagi nak bagi. Walau macam mana pun kita usaha, kita tidak ada upaya jika Allah tidak memberi. Sebab hakikatnya, manusia tidak punya apa-apa. Oleh itu, mintalah makanan dan pakaian.

Allah mahu kita selalu meminta ampun. Kita manusia. Bukan Nabi Muhammad yang ma'sum, tiada dosa dan syurga itu pasti buat Rasulullah. Kita hanya manusia. Dosa keliling pinggang, keliling badan. Tak terkira banyaknya. Tapi Allah kan Maha Pengampun. Allah suruh kita minta ampun. Allah tak mahu kita gelisah, susah hati dengan banyaknya dosa kita. Jadi Dia mahu kita meminta ampun, beristighfar dan bertaubat janji tak buat lagi. Dan Dia akan ampunkan selagi kita tak menduakan Dia.

Mintalah sebanyak-banyaknya kepada Allah. Dia Kaya dan Tak Kedekut. dan takkan kurang kekayaan Allah dengan banyaknya permintaan kita. Baik kan Allah? Hebat kan Allah?

"Hai hamba-hamba-Ku! Sekalian kamu tersesat kecuali siapa yang telah Aku beri petunjuk kepadanya. Maka mintalah petunjuk kepada-Ku, tentu Aku beri petunjuk itu kepada kamu.

Hai hamba-hamba-Ku! Sekalian kamu lapar kecuali siapa yang telah Aku beri makan kepadanya. Maka mintalah makanan kepada-Ku, tentu Aku beri makanan itu kepada kamu.

Hai hamba-hamba-Ku! Sekalian kamu tidak berpakaian kecuali siapa yang telah Aku beri pakaian kepadanya. Maka mintalah pakaian kepada-Ku, tentu Aku beri pakaian itu kepada kamu.

Hai hamba-hamba-Ku! Sekalian kamu bersalah malam dan siang dan Aku yang Mengampun segala dosa. Maka mintalah keampunan kepada-Ku, tentu Aku mengampuni bagi kamu."



petikan daripada Hadith ke-24, daripada kitab Hadith 40 (Terjemahan dan Syarahnya), cetakan Dewan Pustaka Fajar (1996)




Jangan putus semangat. Jangan putus asa. Yok!




Saya sayang Allah! Terima kasih, Allah. :')





nota: tolong doakan kawan-kawan yang ditimpa banjir, kemalangan, bencana alam, dan macam-macam perkara lagi agar mereka tabah menghadapi ujian. besar ujian mereka. tolong doakan juga untuk saya agar tabah untuk ujian final dan ujian hidup. doakan saya lulus dengan cemerlang. Terima kasih. Saya pun tolong doakan untuk kalian jugak. ;)

12.10.10

Kuasa Iman kah?

Salam semua...

kebelakangan ni graf hidup mendatar dan jatuh, naik semula dan mendatar dan turun. jarang sekali naiknya. hujung minggu lepas mungkin naik sikit sebab balik rumah. sempat main layang-layang lagi. mendadak la naiknya. balik Kuantan balik, jadi mendatar semula.

macam mana ni?

di kala mud kurang baik ni datang, bermacam-macam bermain di fikiran. mengenang nasib, mengelamun mengingatkan kejadian-kejadian lepas. dan kadang-kadang frasa 'kalaulah' dan 'kan lain bila jadi macam ni..' keluar meracun fikiran.

aduh..

"bilanya la nak ingat Tuhan?" pap! rasa seperti pipi ditampar. sakit..

masa ni la suara kecil main peranan.

"wahai Kamu, bangun! tenang-tenang aja deh. ini cabaran hidup. dulu cabaran lain. Kamu boleh handle. ini Tuhan kasi lain punya cabaran. Kamu sabar sajalah. dulu Kamu sudah rancang kan mau bikin apa? jadi ikut sajalah. tambah sabar lebih sikit. kerja lebih sikit. fokus banyak-banyak. jangan malas-malas. Kamu boleh. Dia kan ada. jangan lupa sama Dia."

entah macam mana Hati jadi tenang. pelan-pelan dia bangkit. "Kamu boleh! Kamu boleh! jangan lupa Dia!"

inilah penangan kuasa Hati dan Minda. mampu menipu diri sendiri daripada mud tidak baik kepada mud bagus yang amat. daripada sedih kepada gembira. daripada bermasam muka kepada tawa gembira. eh jap, ini namanya motivasi diri.

teringat dialog Amir Khan dalam 3 Idiots. lebih kurang macam ni kata beliau, "hati kita ni kecil dan pengecut. senang kena tipu. tapi bila difikirkan balik, hati yang kecil ni jugalah yang mampu mengubah diri kita daripada pengecut kepada berani. semuanya bergantung kepada apa yang kita fikir dan percaya. jadi, kalau takut, cakaplah 'Aal iz wel'."

ok, bahagian 'Aal iz wel' itu mengarut. tapi ada betulnya penjelasan beliau. semuanya bergantung pada apa yang kita fikir dan percaya. kuasa Iman kah?


*******


tadi sempat belek buku "Difficult Conversations" hasil kajian Douglas Stone, Bruce Patton dan Sheila Heen. siapa sangka dalam kepala kita ni ada orang kecil yang bercakap dengan kita. ala, yang suara kecil dan halus yang kadang-kadang bermain di fikiran tu.. kalau tak percaya, ada tak terfikir orang cakap macam ni: "orang kecil? ada ke?" atau "mengarutlah.." yup, itulah suara orang kecil. buku ni ada beri panduan macam mana nak handle suara kecil ni. sangat menarik. ini antara isi buku. tapi kalau nak tau pasal suara kecil tu, kena cari la bukunya. ;)





hm.. apapun, positif itu penting. bukan untuk menipu diri. tapi memotivasi diri. dan jangan lupa Tuhan. "ingat tu! jangan lupa Allah!" ;)


hm.. kuasa Iman kah? Ya Allah..


nota: saya suka entri ini dan ini. :)

12.12.08

"Doa sahaja kan belum memadai?" - Tunggu Teduh Dulu

salam semua...

Empunya Laman baru selesai baca novel Tunggu Teduh Dulu karya Faisal Tehrani. sengihnampakgigi
menarik jalan ceritanya. mula-mula ingatkan novel cintan, tapi cintan-cintan pun tak sama macam novel cintan yang lain. senyumkenyit tertarik hati ni nak baca pun sebab FT yang tulis. nak tahu macam mana cara penyampaiannya dan jalan cerita FT dalam kisah ni. kenyit

OK. secara ringkasnya, Tunggu Teduh Dulu mengisahkan tentang kecekalan dan ketabahan seorang wanita yang bernama Salsabila dalam menempuh episod kehidupan yang bermacam ragam. bermula dengan kisah persahabatan beliau bersama Kamil dan Lam Ping Hai sejak di bangku sekolah yang hampir pudar dek perebutan satu hati oleh dua jiwa, diselangi dengan kisah jerih payah beliau dalam mengusahakan ladang betik di tanah pusaka bersama Teh Sofia, serta kisah beliau dalam memperbaiki hubungan bersama keluarganya.

memetik kata-kata Teh Sofia, "Orang tak boleh pandang kita lemah. Kita perempuan Islam yang ada kekuatan dan maruah," FT berjaya mempengaruhi pembacanya dengan pembawakan watak seorang wanita Islam yang kuat dan tabah mengharungi cabaran duniawi demi mengejar keredhaanNya. kalau Muslimat di luar sana yang sedang dalam dilema atau punyai masalah, bacalah novel ni. insyaAllah, rasa lebih bersemangat lepas baca novel ni. serius! nerd

bab kegemaran Empunya Laman ialah bab Dua Puluh Lima, Dua Puluh Enam, dan Empat Puluh Empat. bab-bab saspen ni. nak tau baca. kenyit

nak berangan jadi macam Salsabila..fuh..jauh bezanya. memang jelas beliau seorang yang tabah dan sabar menempuhi dugaan. segala keputusan yang dibuat olehnya diserahkan bulat-bulat kepada Allah SWT. segala perkara diistikharah, diselidiki, dan difikir sehabis-habisan. sampai satu tahap, beliau sendiri tak tau nak buat keputusan. akhirnya, berkat kesabaran dan do'a, Allah tunjukkan jalan tanpa beliau sedari. dan jalan yang diberi petunjuk olehNya itulah jalan yang terbaik. kan?

bukan senang nak jadi macam Salsabila. hmm..apa pun, diri ni pun kenalah berusaha untuk menjadi hamba yang terbaik demi apa lagi kalau bukan untuk mendapatkan keredhaan dan rahmat dari-Nya. betul tak?

lagi satu watak yang Empunya Laman suka dan kagumi, watak Sazli. Sazli dalam kisah ni merupakan pekerja ladang betik Salsabila. kiranya Salsabila ni bosnya. bekerja di ladang selepas tamat SPM dan merupakan pekerja paling muda dan paling rajin di ladang Salsabila. walaupun di usia yang muda, beliau sungguh berpengetahuan baik dalam ilmu alam juga ilmu agama, itu yang paling utama. Sazli punyai ciri-ciri seorang pemimpin - berani, penyabar, ambil berat, dll - dan setiap perlakuannya (baca: akhlak) sangat berhikmah. pernah beliau dituduh oleh Salsabila atas perlakuan yang beliau tak buat, tetapi beliau terimanya dengan hati yang redha. masyaAllah..

lagi satu watak yang Empunya Laman suka ialah watak Lam Ping Hai. seorang muallaf yang memilih nama Saifullah selepas memeluk Islam. seorang yang berfalsafah, tidak mudah berputus asa, sangat menghayati konsep perjuangan (serasi dengan namanya), dan memahami bahawa setiap kejadian itu datang dengan hikmah. meminati Salsabila dan bersaing dengan Kamil untuk merebut hati Salsabila.

secara keseluruhannya, Tunggu Teduh Dulu takkan mengecewakan pembacanya walaupun novelnya setebal 678 mukasurat. watak-watak dalam cerita ini seperti Salsabila, Teh Sofia, Sazli (senyumkenyit), dan Lam Ping Hai wajar dijadikan contoh oleh kita semua. bukan sebab rupa paras mereka yang cantik lagi kacak ek, tapi sebab ciri-ciri personaliti mereka yang patut kita contohi dalam menjadi seorang Muslim dan Mukmin yang terbaik. InsyaAllah. tepuktangan

"Doa sahaja kan belum memadai?" kata Sazli. satu pengajaran di sini di mana bila kita meminta sesuatu, do'a sahaja belum tentu cukup. kita kena berusaha untuk mendapatkan apa yang dihajatkan. lepas berusaha sehabis mungkin, kita bertawakkal kepada Allah agar usaha kita itu membuahkan hasil seperti yang dihajatkan. mungkin saja kita dapat apa yang kita nak, mungkin saja kita dapat lebih dan tak mustahil kita dapat kurang. jadi, lepas tawakkal, kita kenalah redha dengan ketentuanNya. firman Allah yang lebih kurang begini bunyinya, "barangkali apa yang kamu suka itu tidak baik bagi kamu. dan barangkali pula apa yang kamu tidak suka itu baik bagi kamu." jadi, berbaik sangkalah dengan Allah. fikirkanlah bahawa di setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya.

dalam novel ini juga, ketika Salsabila pergi mengerjakan umrah bersama ibunya, FT telah memberitahu dengan teliti suasana persekitaran di Bumi Madinah dan Tanah Suci. serasa macam kita berada di sana. Subhanallah.. terbuat hati ini rindu untuk ke sana. rindu

buat pengubat rindu... senyum

yang pasti, Tunggu Teduh Dulu tak mengecewakan pembacanya. banyak tips dalam ni. kenyit



OK, selesai satu buku. buku seterusnya: Atas Nama Cinta karya Isa Kamari. topi






nota kaki: Empunya Laman bayangkan Sazli macam Ustaz Nabil Ahmad (juga seorang anggota kumpulan FarEast), Allah yang mengilhamkannya. cuma Sazli takda la berloghat Perlis seperti Ustaz. lepas tu, kebetulan tadi baru jumpa Ustaz kat TV cerita Bersama Akhil Hayy. ehehe.. malu (ingat, yang penting bukan rupa, tapi ilmu dan akhlak.sengihnampakgigi)