Kaya.. cakap pasal kaya, selalunya orang akan ingat duit, harta.. bling-bling.. $_$ yup, segala macam perkara materi yang keluar di kepala. itu manusia.
Kaya.. Siapa paling kaya? banding dengan makhluk-makhluk-Nya, Allah Maha Kaya. Tuhan sekalian 'alam. Pencipta langit dan bumi dan seluruh jagat raya. Bumi yang kita duduk ni, salah satu daripada sembilan, eh bukan.. Pluto bukan planet dah jadi lapan planet dalam satu galaksi. em.. berapa banyak galaksi kita ada? Wallahua'lam. Siapa tuan punya galaksi-galaksi ni? Semestinya penciptanya, Allah.
Sekaya-kaya Allah pun, Dia Maha Pemurah. Pemberi rahmat dan nikmat. Minta je apa pun, Dia mesti bagi. Serius. Minta je banyak-banyak. Dia lagi suka. tak macam manusia, lagi banyak orang meminta, lagi menyampah kita.
Dalam banyak-banyak benda, ada 4 perkara yang Dia nak kita minta: petunjuk, makanan, pakaian dan minta ampun.
Allah mahu kita minta petunjuk selalu. Secara tak langsung, kita hari-hari minta. Paling kurang pun 17 kali sehari melalui al-Fatihah dalam solat. Dia mahu kita selalu minta petunjuk supaya kita tak sesat. Supaya kita dapat menuju ke destinasi yang para nabi dan orang-orang soleh pun pergi.
Allah mahu kita minta makanan dan pakaian. Kalau kita tak minta, siapa lagi nak bagi. Walau macam mana pun kita usaha, kita tidak ada upaya jika Allah tidak memberi. Sebab hakikatnya, manusia tidak punya apa-apa. Oleh itu, mintalah makanan dan pakaian.
Allah mahu kita selalu meminta ampun. Kita manusia. Bukan Nabi Muhammad yang ma'sum, tiada dosa dan syurga itu pasti buat Rasulullah. Kita hanya manusia. Dosa keliling pinggang, keliling badan. Tak terkira banyaknya. Tapi Allah kan Maha Pengampun. Allah suruh kita minta ampun. Allah tak mahu kita gelisah, susah hati dengan banyaknya dosa kita. Jadi Dia mahu kita meminta ampun, beristighfar dan bertaubat janji tak buat lagi. Dan Dia akan ampunkan selagi kita tak menduakan Dia.
Mintalah sebanyak-banyaknya kepada Allah. Dia Kaya dan Tak Kedekut. dan takkan kurang kekayaan Allah dengan banyaknya permintaan kita. Baik kan Allah? Hebat kan Allah?
"Hai hamba-hamba-Ku! Sekalian kamu tersesat kecuali siapa yang telah Aku beri petunjuk kepadanya. Maka mintalah petunjuk kepada-Ku, tentu Aku beri petunjuk itu kepada kamu.
Hai hamba-hamba-Ku! Sekalian kamu lapar kecuali siapa yang telah Aku beri makan kepadanya. Maka mintalah makanan kepada-Ku, tentu Aku beri makanan itu kepada kamu.
Hai hamba-hamba-Ku! Sekalian kamu tidak berpakaian kecuali siapa yang telah Aku beri pakaian kepadanya. Maka mintalah pakaian kepada-Ku, tentu Aku beri pakaian itu kepada kamu.
Hai hamba-hamba-Ku! Sekalian kamu bersalah malam dan siang dan Aku yang Mengampun segala dosa. Maka mintalah keampunan kepada-Ku, tentu Aku mengampuni bagi kamu."petikan daripada Hadith ke-24, daripada kitab Hadith 40 (Terjemahan dan Syarahnya), cetakan Dewan Pustaka Fajar (1996)
Jangan putus semangat. Jangan putus asa. Yok!
Saya sayang Allah! Terima kasih, Allah. :')
nota: tolong doakan kawan-kawan yang ditimpa banjir, kemalangan, bencana alam, dan macam-macam perkara lagi agar mereka tabah menghadapi ujian. besar ujian mereka. tolong doakan juga untuk saya agar tabah untuk ujian final dan ujian hidup. doakan saya lulus dengan cemerlang. Terima kasih. Saya pun tolong doakan untuk kalian jugak. ;)
4 comments:
????!!!!!
nape tak tau pon yang pluto bukan planet? nak tnya incik gugel sat..
duckness:
baru je diisyhtiharkan tahun lepas kot.. dah tanya inchik gugel belum? :P
dah smgt tanya..abis sejam bergugel..hahah..ketinggalan betul diri ni..heheh
duckness:
hehe.. takpe..takpe.. :P
Post a Comment