23.11.10

Insomnia Chi

Salam...

masa final exam lepas, saya selalu susah nak tidur. insomnia kata orang.

itu masa final exam.

tapi

dua tiga hari ni selalu masuk tidur awal. lepas tu bangun tengah malam dan tidur semula jam tiga empat pagi.

@_@

*****


masa zaman muda di Kuantan, saya selalu ada perasaan tak-sabar-nak-balik-kampus sampai orang pelik dengan saya. sekarang ni, saya ada perasaan tu tapi separuh sabar je la. takda la sampai tak sabar langsung. saya nak lepak kat rumah lama-lama sebab nanti Kak Su dah nak balik kampung. bila Kak Su balik, takda dah masakan yang sedap, takda dah spageti yang saya boleh makan dua tiga empat pinggan, takda dah piza dan lasagna salah-bakar-sebab-salah-timing-tapi-boleh-adjust-sampai-jadi-elok yang sedap, dan macam-macam takda dah yang saya tak boleh tulis kat sini sebab terlalu personal. ececeh.

yang saya pasti, balik je saya ke Kuantan lepas ni, mungkin susah untuk saya pulang ke rumah untuk beberapa bulan sebab FYP mau saya tinggal lama dengan dia. kalau dulu, saya emo-emo dan cepat sakit rumah (baca: home sick) tapi sebab saya dah dewasa, saya kena jadi hemo-hemo. eh, maksud saya, saya kena jadi rasional. kena kawal emosi sampai jadi macam robot. eh, mana boleh. haha

macam-macam saya mengarut malam ni. mungkin sebab nasi lemak dan burger siang tadi. tambah dengan Chi Square dan Biostat sebagai bahan utama. ke sebab malam ni Bulan Penuh? eheh. ok.

oh ya, selamat menempuhi peperiksaan SPM buat adik-adik yang ambil SPM. usaha, do'a dan tawakkal selalu. ok? kamu boleh buat punyalah. chaiyok!

eheh. ok. selamat malam. eh, selamat pagi. @_@





nota: Chi Square disebut 'Chee' Square atau 'Kai' Square?

5 comments:

nil said...

kai square

~~DucKneSs~~ said...

chee square..salah eh?

alif zai mim ra said...

nil:
pensyarah saya sebut begitu jugak. hm..

eh, ahlan wa sahlan ya! :D

duckness:
tak tau mana betul mana salah. tapi chee square bunyi macam chomel. hee~~

~~DucKneSs~~ said...

^______^
sebab saya pon chumel jugak..ngehngeh..

alif zai mim ra said...

duckness:
iyela.. :P