Salam...
dulu, saya selalu ingat yang orang lain tahu semua benda kecuali saya. kalau saya tahu sesuatu, sayalah orang terakhir yang tahu. kalau orang tanya sesuatu, perkara pertama yang saya akan buat ialah kerut kening dan tanya "awak tak tahu ke?" lalu jawab ala kadar.
lama-kelamaan, saya sedar. tak semua orang tahu semua perkara yang kita tahu. jadi kalau ada orang tanyakan sesuatu, saya akan fikirkan jawapan lalu cuba untuk beri jawapan sebaiknya.
dan kalau saya memang tak tahu, saya akan jawab tak tahu. cuma kadang-kadang saya rasa macam 'loser' je bila jawab tak tahu sebab saya ingat semua orang tahu. tapi saya ingatkan kepada diri yang ada je orang yang tak tahu apa yang saya pun tak tahu.
jadi kalau nak tahu sesuatu, kena la ambil tahu.
dan bila orang tanya cuba jawab yang terbaik sebab mana tahu, orang yang bertanya tu betul-betul nak tahu. kalau kita jawab sebaiknya, mana tahu kita mungkin dapat tolong dia untuk teruskan hidup. tup tup.. dapat pahala kebaikan, insyaAllah. tapi kalau dia tanya benda tak elok, jangan la tolong dia buat benda tak elok jugak. tak pasal-pasal dapat saham keburukan dia kalau dia buat. tak pasal-pasal, kita juga disalahkan nanti. huhu..
saya rasa bukan saya sorang je yang rasa macam ni. kalau kita yang ditanya, layanlah orang yang bertanya sebaiknya. sebab kita mungkin orang yang bertanya itu dan apa perasaan kamu kalau tak dilayan sebaiknya? kecewa kan? dan kalau kita yang bertanya, banyakkan bersabar dan hormatlah orang yang kita tanya. mungkin bukan daripada dia jawapan yang kita nak. mungkin daripada orang lain. dan sebaik-baik tempat bertanya ialah Dia, Penyimpan Segala Jawapan.
hm..alang-alang tu..nak tanya..apa paras normal serotonin bagi manusia? serotonin tu antara indikator (penentu) stres. lagi rendah serotonin, lagi stres seseorang tu. kamu tau? kalau tau, tolong bagitau ek. terima kasih. :)
7 comments:
jgn sedih2..kita serupa saja..
saya kalau ada apa2 info, selalu kongsi dengan kawan2..tp kebanyakkan kawan2 saya, kalo ada apa2 info, diaorang simpan sendiri..
tak suka kan?
duckness:
tak. saya akan rasa terpinggir. tapi kena positif. mungkin diorang tak bagitau sebab diorang ingat saya dah tau. :|
dah terlalu lama mencuba utk think positive..in the end, all attempt failed..cuma negative je yang tinggal skang..
duckness:
kamu, bersangka baiklah kepada manusia walau apa sekalipun tindakan mereka kepada kamu. dan teruskan berusaha untuk positif untuk Dia jugak. ;)
meh saya peluk. ;)
much needed hugs..
thanks ^_^
baeklah..mau usaha +ve thinking balik..tingggg.....
kdg2 ada baiknye kta xtaw...
sbb klu taw xbertindak, berdosa pulah
nailofarism:
ahlan wa sahlan! :)
menarik..tapi macam mana kalau kita mula mencuriga? hmm..
lagi satu, asalkan jangan buat-buat tak tahu dan sengaja tidak mahu bertindak. ada saham di situ. ;)
Post a Comment