28.3.10

Waktu Bumi

Salam semua..

Tau kan semalam ada Waktu Bumi (baca: Earth Hour) bagi seluruh negara Malaysia dan negara2 sekitarnya?
(serius terjemah terus ni. mentang-mentang ada periksa BM hari ni buat kawan-kawan sekelasku yang lain..)

Tepat jam 8.30 malam, jiran tingkat bawah suruh semua tutup lampu tanda menyahut seruan 'Sokonglah Earth Hour!' Hampir satu blok boleh dengar ajakannya tu.

Saya dan teman sebilik hanya mampu mengeluh.

"Kenapa la waktu tutupnya kul 8.30 malam..bukan ke tahun lepas lambat sikit? nak ajak solat 'Isyak dalam gelap kot...-_-" rungut saya.

"Bising sangat ai~ hangpa katup la sendiri.. orang nak exam ni suh katup lampu. Yang tak penting ni la hangpa nak buat. Yang suh pi musolla hangpa tak nak ikut." pap! teman sebilik saya yang berasal dari Kedah tutup suis lampu biliknya lalu ke musolla.

Siap solat, teman sebilik saya sambung stadi bawah lampu utama. Saya pun ikutkan je. Tutup lampu bilik, buka suis lampu meja stadi.. Tapi tak stadi pun. Rehat. :P

Suasana bilik yang suram, dengan pencahayaan lampu yang malap sesuai untuk shuting potret dan bayang-bayang, saya merajinkan diri untuk menangkap gambar Encik Mongu (boleh lihat gambar profail saya) dengan menggunakan kamera fon berlensa VGA.

Tangkap punya tangkap dan tangkap lagi, gambar-gambar itu diedit untuk menyerlahkan lagi kehenseman Encik Mongu (singkatan bagi Monyet Ungu). Dah puas edit, dijadikan gambar latar belakang (baca: wallpaper) bagi fon saya. "Yup, memang dia hensem." :P


Eh jap, lari topik pulak. Sebenarnya nak cerita pasal kejadian tutup-tutup lampu ni. Tak salah pun nak ikut, nak buat, buatlah. Yang penting, kita tahu apa yang kita buat. Tak sembarangan ikut dan buat, bak kata orang lama, taklid buta.


Saya setuju dengan kata-kata teman sebilik saya tu. Perkara yang penting perlu diutamakan dan disebar-sebarkan.

Perkara yang penting perlu diutamakan dan disebar-sebarkan.

(ingat ayat ni 3 kali bagi lekat di ingatan..huhu)





nota kaki: Earth Hour bunyi macam Yaumus Saa'ah.. T_T

2 comments:

3p4h said...

Rumah kami terang benderang malam tu krn ada diskusi PENTING! He5... Aulakan yg lbih aula.

p/s: Tutup lampu ni bl2 pn bole. Asal kita kuar blk, ttp kipas. Xcas hp, ttp charger 2 etc. Mcm2 cara kita bole wat utk kurgkn pgunaan tnga ni =)

alif zai mim ra said...

3p4h:
Ya, benar..benar..