11.3.10

'Tolong' itu kata ajaib

Salam semua..




Kempen 1 Bulan 1 Adab untuk bulan ni: 'Lebih Elok Gunakan "Tolong"'

Ni adab feveret ni. Kalau ada butang 'like' macam dalam BukuMuka (baca: Facebook), gerenti ditekan butang ni sambil letak komen 'like infinity'. :P

Kenapa kata 'tolong' itu ajaib? Sebab kalau kita nak minta tolong orang buat kerja, kalau tak sebut 'tolong', orang cepat terasa sebab bunyinya macam mengarah. Nak buat kerja pun macam nak tak nak.

Teringat masa di matrikulasi dulu. Saya pernah dicop bossy. Mungkin sebab tak guna perkataan ajaib ni. Jujurnya, sampai sekarang diri ni masih fobia bila berhadapan dengan situasi melibatkan kerja-kerja dalam kumpulan lagi-lagi kalau ditugaskan untuk menjadi ketua. Sejak tu, setiap kata harus dijaga agar tak menyinggung mana-mana pihak. Kalau nak minta tolong, perkataan 'tolong' tu mesti ada.


Tapi, tu la.. setiap perkara ada baik dan buruknya termasuklah penggunaan perkataan 'tolong' ni. Kalian boleh baca lebih lanjut di sini. Kesimpulannya, kadang-kadang, nak minta tolong pun boleh buat diri jadi serba salah. huhu





nota kaki: mari sedekahkan al-Fatihah buat as-Syeikh Sayed Tantawi, Imam Besar Masjid al-Azhar yang telah kembali ke Rahmatullah. al-Fatihah.

6 comments:

a.K.u said...

Tolonggggg~

Eheh...saje je... ;p

i like.... =)

alif zai mim ra said...

a.K.u:
;)

3p4h said...

Tolonnggggg!!! Superman... silalah tolong =(

p/s: Hahahahaa....

a.K.u said...

kenapakan epah berperangai sengal disini ya.. -.-"

alif zai mim ra said...

3p4h:
kamu sakit kah?

a.K.u:
tak tau la kak.. huhu

3p4h said...

sakit sgt [noktah]