24.6.11

Monolog: Pilihan itu ujian. Memilih itu cabaran.

Salam..

"pilihan itu ujian Allah kepada hamba-hamba-Nya. memilih itu cabarannya. setiap perkara itu ada ketentuan-Nya. moga pilihan kita adalah pilihan-Nya dan yakinlah setiap perkara yang berlaku itu adalah yang terbaik daripada-Nya."


wahai Diri, saya tahu kamu dah penat mendengarkan benda yang sama.. tapi saya nak ulang dan ulang lagi.. BERSABARLAH. ok?

ingat lagu ni tak?

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalan nan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu, para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang menatap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba



sabar itu kan indah? dan Allah sayang akan hamba-Nya yang bersabar. jalan yang kamu pilih ini mungkin tak ramai yang pilih..dan mungkin juga tak ramai yang dapat peluang macam kamu. ingat, pilihan kamu ni bukan untuk kamu manfaatkan sorang je. tapi bermanfaat juga untuk keluarga dan orang sekeliling. jangan khuatir, Allah akan tolong kamu dengan syarat kamu mesti yakin. tahu?





Allah Sayang kamu. saya sayang kamu. ok Diri? :)

3 comments:

Anonymous said...

Terlampau memilih. Ok tak?

aku HIV positif said...

jzzkhier...
mmg sentiasa hargai segala ingatan.
ingat mengingati tanda kasih syg saudara seagama dan terhadap diri sendiri.

semoga lancar segala urusan dan diberkati

alif zai mim ra said...

anonymous:
terpulang. pilihan di tangan kamu. moga-moga pilihan kamu itu juga pilihan Allah, bukan pilihan diri dan nafsu semata.

kadang-kadang kita rasa kita sudah pilih yg terbaik tetapi belum tentu itu sebenarnya baik untuk kita di mata Allah. kadang-kadang benda yang kita tak pilih itu adalah yang terbaik untuk kita di mata Allah.

moga setiap pilihan kita adalah pilihan Allah jugak. boleh rujuk doa istikharah. insyaAllah. :)


AHP:
peringatan untuk diri sendiri jugak sebenarnya. terima kasih atas doa. Jazakallah. doa ke atas kamu juga ye, AHP. Yosh! ;)