10.1.11

Hujan

Salam semua.


Bumi Kuantan asyik hujan je sekarang ni. Pernah tu, 3 hari berturut-turut hujan turun tak henti-henti. Sekarang ni pun tengah hujan. Lebat la jugak. Cuma takda guruh petir. Boleh la main hujan kadang-kadang.

Dulu, saya suka hujan turun. Waktu ni dikatakan antara waktu doa dimakbulkan. Jadi bila hujan turun, doa banyak-banyak. Sekarang ni, rasa bahagia kalau hari tak hujan. Langit biru je. tak kisah la panas macam mana pun. Nak jemur baju pun cepat kering.
Tengok hujan turun, bikin Hati muram je, tapi nak nangis tak boleh..oh kalazion..

***

Mulai minggu ni, selepas 12 tahun, saya takda peluang nak makan spageti banyak-banyak kat rumah. Peluang untuk ter-naik berat badan dalam masa 2 hari pun tipis. Takda rasa homesick selalu. Takda dah kena bebel-bebel, merajuk main-main, merungut macam-macam.
Hari-hari pujuk Hati, "mungkin ini yang terbaik. Takmo sedih sangat, nanti-nanti boleh jumpa, insyaAllah." Sabar dan redha.

Saya harap adik-adik saya pun tabah. Terutama yang kecik tu.

Entri ni agak emo sikit. Sikit je. tak boleh lebih-lebih. Saya kan dah besar. Dah janji takmo hemo-hemo. Cumanya, kalau saya terlebih emo, harap kalian faham la ek.

4 comments:

~~DucKneSs~~ said...

kenapa ni? [risau]

tabah ye azmar..n tabah ye adik2 azmar jugak..

alif zai mim ra said...

duckness:
akak saya nak balik kampung. kampung dia jauh. nak pergi kena naik kapal terbang. lepas ni susah nak jumpa dah. maaf risaukan cik duckness.

saya ok je. tabah! hee~

~~DucKneSs~~ said...

owh..jgn risau n sedey2..buleh buat trip melawat dia di kampung [mode = berjalan2 makan angin]

alif zai mim ra said...

duckness:
tu la.. insya-Allah satu hari nanti.. hehehe