Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

5.8.13

#Ramadhan 27 1434H

Salam Ramadhan Kareem...

#Ramadhan 27.

ber'amal di bulan Ramadhan atas 3 sikap.

1) Ramadhani - ber'amal kerana mahukan ganjaran pahala berlipat kali ganda lebih tinggi dari gunung.

2) Lailatul Qadri - ber'amal semata-mata mahu mengejar malam yang ganjarannya 1000 kali malam.

3) Robbani - ber'amal semata-mata kerana mahukan keredhaan Allah dan berazam untuk menjadi muslim dan mukmin yang lebih baik daripada sebelumnya.


dah masuk Ramadhan ke 27. Yang mana satu sikap kita? 

#Ramadhan 26 1434H

Salam Ramadhan Kareem...

itulah kali pertama saya menyertai proses menguruskan jenazah dari mula sampai akhir.

benar, panduan Islam benar-benar mengajar kita untuk bersikap menghormati walaupun kepada jasad yang tidak bernyawa.


#Ramadhan 26. innalillahi wa inna ilaihirrooji'uun.. 
moga roh Tok Teh ditempatkan bersama orang-orang soleh.
Al-Fatihah.

31.7.13

The Final Ten Run

Salam Ramadhan Kareem...

sudah masuk fasa ke-3 Ramadhan. the Final Ten.


moga lidah basah dengan do'a ini. aameen...

titipkan juga do'a buat orang sekeliling kita, buat saudara-saudara kita di negara Mesir, Syria, Palestin, dan seluruh pelusuk dunia.

Ingat, do'a adalah senjata orang mukmin!



selamat memburu Malam al-Qadr!

27.7.13

bukan peanut

Salam...

Pa nun ta.

tapi Allah cakap buat benda yang Allah suruh memang penat. sebab kat Syurga nantilah tempat rehat.

-budak rindu langit-


Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-'Ankabut: 2-3)

Baik! Aja-aja fighting!


#stopplayingandfocus

9.7.13

Ramadhan 1434

Salam Ramadhan Kareem.



kelahiran, kejayaan, naik pangkat, dapat bonus, tukar status...

kematian, perang, kemalangan, sakit, konflik...

setiap perkara yang berlaku mungkin petanda yang Allah mahu kita dekat dengan Dia. apatah lagi di Ramadhan yang mulia ini.

ahlan wa sahlan ya Ramadhan. moga Ramadhan kali ini lebih bermakna daripada bulan-bulan yang lepas. hargailah setiap detik.

Allahul musta'an!

6.8.11

06091432

Salam semua..

hari ni hari ke-6 Ramadhan. macam mana puasa setakat ni? ada rasa best? rasa biasa? luar biasa? tepuk dada tanya diri, tanya iman.

dah 3 bulan ke kelas dan sekarang cuti seminggu. cuti ni duduk rumah je. dan saya baru perasan, saya tak boleh duduk rumah.. pelik tapi benar. kenapa? mungkin sebab dah biasa duduk kat luar, dah biasa duduk sendiri, dah biasa buat kerja sorang-sorang..dan bila duduk rumah - kena kongsi bilik, buat kerja rumah, kena buat ini, kena buat itu.. mungkin saya perlukan masa untuk sesuaikan diri agaknya.. (jadi Diri, bersabar ye..belajar untuk cepat sesuaikan diri dengan keadaan semasa.)

duduk rumah seminggu je. minggu depan dah mula praktikal. nerbes..nerbes..

saya belum beritahu kan ke mana saya menghilang 3 bulan yang lepas? saya menghadiri kursus - kursus Eksekutif Halal. secara amnya, kursus ni untuk melatih peserta kursus untuk menjadi Eksekutif Halal yang boleh membantu memberi panduan dan bimbingan kepada pembekal/pengedar dalam menyediakan servis/proses pembuatan produk yang halal dari seluruh aspek. insyaAllah.

walaupun kursus ni seperti tidak banyak kaitannya dengan bidang yang saya pelajari di kampus dulu (bidang sains ke bidang industri), saya kira saya harus gunakan peluang ni sehabis baik. banyak yang saya belajar perkara berkenaan dengan halal dari sudut syariah dan juga teknikal. kursus ni berlangsung selama 6 bulan - 3 bulan kelas teori dan 3 bulan praktikal. di akhir kelas teori, kami diberi tugasan untuk mengadakan Kempen Kesedaran Halal. video di bawah sedikit sebanyak menggambarkan suasana sepanjang kempen tersebut.



habis kempen, kami perlu menduduki peperiksaan bertulis dan membuat pembentangan. sangat nerbes..

apapun, syukur alhamdulillah kami dapat melalui detik-detik nerbes ni dengan jayanya.

geng HEP UIAM :)

terasa rindu pulak dengan sahabat-sahabat sekelas. dah 3 bulan bersama - dah kenal, kerja bersama - dan sekarang masing-masing akan mula bertugas di tempat praktikal. kursus ini mungkin sekadar kursus tetapi input yang telah diberikan saya kira sangat mahal dan tak ternilai dan akan jadi tanggungjawab kami untuk membantu menyebarkan apa yang telah kami pelajari. yang pasti, ilmu yang kami dapat ni bukan untuk kami je, tapi untuk semua orang. "Demi ummah" - bak kata trainer-trainer kami.

*****

haip. alang-alang tengah puasa ni, saya pasti ramai yang ke bazaar untuk beli juadah berbuka. jadi, pandai-pandailah memilih, beli yang perlu, bukan beli yang mahu. takut tak habis pulak. makan secukupnya agar senang untuk kita sambung beribadah lepas berbuka. Sahabat sekalian, bersyukurlah kita dapat merasai nikmat Ramadhan tahun ni. banyak sungguh ganjaran yang boleh kita dapat sepanjang bulan mulia ni. jadi berlumba-lumbalah dalam beribadah - solat sunat, sedekah, mengaji, kerja..banyak lagi.. mana perbuatan yang kurang berfaedah tu, kurang-kurangkanlah. (chaiyok!)

haip, bersyukurlah sesyukur-syukurnya sepanjang keberadaan kita di bulan yang penuh barakah ni. ALHAMDULILLAH...

haip.. kita ada lagi 3 minggu lagi untuk banyakkan amalan. haip, chaiyok2! Yosh!!


nota: dalam mengejar kebaikan, ingat dalam diri yang syaitan sudah diikat, yang tinggal adalah nafsu sendiri. ayuh cermin diri, cermin hati. kita muhasabah dan berazam untuk menjadi lebih baik daripada dulu. Allahu akbar!

31.7.11

7.9.10

Tinggal 2 Ramadhan lagi

Salam semua...

beza sungguh Ramadhan tahun ni kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas.

tahun lepas, boleh kata tiap-tiap malam buka puasa dengan teman sebilik di hostel. kemudian bertarawikh di surau blok. cukup 8 rakaat tambah 3 witir.

tahun ni, jarang-jarang berbuka di bilik dan bertarawikh di blok.

lain sungguh suasananya.. serasa seperti mau putar masanya. mau punya rasa seperti tahun lepas, tapi itu mustahil kan?



"Wahai Diri, bersyukur. Bersyukurlah kamu berada di Ramadhan ni. Ramadhan depan belum tentu kamu ada."

"Moga keberadaanmu di madrasah Ramadhan kali ni menjadi bekalan buatmu untuk menghadapi cabaran-cabaran mendatang. Bersedialah!"





nota: belum habis Ramadhan, dah datang cabaran Dunia. bacalah entri ni. Bersedialah semua. Moga Allah teguhkan iman kita dan satukan hati-hati kita. Aameen..

16.8.10

Hampir seminggu Ramadhan

Salam semua..


macam mana Ramadhan untuk minggu yang pertama? OK?

alhamdulillah, dalam 6 hari ni diisi dengan banyak hikmah dan pengajaran.
hari pertama puasa, saya ada pembentangan kertas kerja FYP. sabtu dan ahad lepas lepak di rumah Baitul Husna, sebuah rumah kanak-kanak di Kuantan. ada gotong-royong, iftar dan qiam di sana.

lepas ke Baitul Husna, petang semalam buka puasa di kawasan felda di Bukit Sagu. ni lah kali pertama saya pandu kereta luar kawasan bandar Kuantan. satu pengalaman yang sangat seronok dan kelakar kalau diingat balik. bayangkan, perjalanan ke sana sepatutnya mengambil masa setengah jam tapi saya habiskan satu setengah jam untuk ke sana sebab banyak kali salah jalan. saya dan kawan-kawan hanya mampu gelak dan geleng kepala. mujur kami bertolak awal. kalau tak, gerenti buka puasa telan air liur je. hehe..

kami balik lepas maghrib sebab masing-masing ada hal di kampus. tak sempat tarawikh di sana. balik tu, saya tak memandu. kawan ambil alih. sempat la saya tinjau-tinjau kawasan felda tu dari tempat penumpang. suasana felda mengingatkan saya kepada kampung belah Ayah saya. sejuk, nyaman, dan tenang. bikin hati rindu nak balik kampung. rasa seronok pulak dapat tinggal di sini. tapi bila tengok pemuda-pemuda kampung berkumpul dengan motor masing-masing, duduk lepak di jalanan dan kedai kopi menonton 'wrestling' ketika waktu 'Isyak, terus hilang seronok tu. saya rasa lebih seronok tinggal di kampus daripada tinggal di sana. kecewa. sedih.

emo pulak. hehe.. itulah cabaran kan? cabaran buat kita sebagai ejen perubah dunia. ;)



Ayuh pulun 'amal!





nota: dalam perjalanan pulang melintasi kebun kelapa sawit, saya melihat langit malam. Subhanallah, chantek yang amat! tak pernah jumpa langit ditaburi Bintang sebegitu banyak diterangi Bulan sabit. sangat suka~~~~ ^_^