17.12.09

Bersih itu di mana-mana, bukan dalam kereta je.

Salam semua...



Kempen 1 Bulan 1 Adab untuk bulan ni: 'Hentikan Membuang Sampah dari Kenderaan'.

Minggu lepas saya ke satu kem. Dalam perjalanan ke kem tu, saya dan kawan-kawan tumpang kereta seorang kawan. Kawan saya sorang ni cari la tong sampah untuk buang sampah.
Kawan saya yang memandu ni kata, "dalam kereta ni takda tong sampah. Sebab tu kereta ni bersih," kata beliau dengan bangganya.
Kawan saya yang nak buang sampah ni pun tanya, "habis tu nak buang sampah kat mana?"
Dengan segan silunya si kawan saya yang memandu ni menjawab, "saya selalunya buka tingkap, lepas tu buang.."


APAKAH???


Harap kereta je bersih, tapi sikap masih tak bersih. Haish..tak cukup syarat ni..


Kesimpulannya di sini, bersih bukan untuk dalam kereta atau van atau segala macam kenderaan je, tapi bersih juga untuk jalan-jalan raya, kawasan lalu-lalang, rumput-rumput tepi jalan. Yang bawa motor dan basikal dan segala macam kenderaan beroda dua, satu atau tak beroda pun sama. Kalau semua buang sampah merata-rata, siapa yang nak tolong kutip?

Masa sekolah dulu 'kan pernah belajar (sesiapa yang pergi sekolah agama lah 'kan..saya pergi SMI je..), 'an-nadzdzofatul minal-iman wal-imanu fil-jannah' maksudnya 'kebersihan itu daripada iman dan iman itu terletaknya di dalam syurga.' Kalau kebersihan pun tak terjaga, macam mana nak jaga iman?





ha, 'kan dah kena bebel... Salam Ma'al Hijrah buat semua. ;)

7 comments:

3p4h said...

Betul 2 achik! Depa ni nak jg kbersihan dlm keta, tp kbersihan hok luar keta x mo jaga. Hishh... Sgt pentingkan dri sndri.

p/s: Kalau nk hrpkan tukang sapu sampah, smpai bila kan? Perasaan tanggungjawab thadap alam xda, 2 mslhnya.

alif zai mim ra said...

3p4h:
benar lagi benar. sampah sendiri, sendiri kena buang la kan. tukang sapu tu sapu debu n daun kering je. sampah tu tak termasuk dalam senarai kena sapu pun. :P

p/s: loghat apa tu along? :P

a.K.u said...

jom sepak dia laju2..haha..=p

Naz said...

me sangat suka ur post ni.. mmg setuju.. x guna keta bersin tp peribadi x menonjol kan sedemikian..

alif zai mim ra said...

a.K.u:
sepak laju2 ni..saya bagi akak je lah. akak pro kan? :P

Naz:
setuju2.. kak Naz, jom join kempen ni. 1 Bulan 1 Adab. ajak kawan2 blog jugak. :D

3p4h said...

2 loghat campur2. Well u knw me, merantau sekeliling alam =P

alif zai mim ra said...

3p4h: merantau dalam bas kira merantau sekeliling alam ke? :P