Salam semua...
Aurat bukan sekadar fizikal; yang tampak di mata. tetapi percakapan n perbuatan hatta hati juga adalah aurat. ~ampun Ya Robbi..~
Nota: Petikan di atas saya ambil daripada kata-kata kak Irma Hasmie dalam rancangan WHI. saya menambah perihal hati dalam petikan tersebut.
aurat. bukan sahaja untuk ditutup dengan pakaian dan tudung bagi perempuan. tetapi aurat juga untuk dijaga. jaga yang macam mana?
Teori
aurat fizikal:
wajib untuk menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan bagi perempuan. wajib tutup itu bukan untuk menutup daripada menampakkan kulit semata-mata tetapi menutupnya dengan berpakaian seperti yang disunnahkan Rasulullah. ini yang dimaksudkan dengan menjaga aurat. Contoh seperti bertudung, berpakaian longgar dan beberapa lagi panduan dalam berpakaian. (kalian boleh baca kat
Wiki untuk definisi aurat dan panduan berpakaian)
aurat percakapan:
bukan bererti menutup mulut dan diam daripada berkata apa-apa. tetapi membawa maksud menjaga setiap tutur kata, tidak menyakiti, tidak mencarut, dan menggunakan perkataan yang baik dan positif.
aurat perbuatan:
bukan bererti tidak berbuat apa-apa. tetapi bererti menjaga perbuatan daripada membuat perkara-perkara yang dilarang sama ada yang dilihat atau tersembunyi.
aurat hati:
bukan bererti menutup hati sampai jadi hati batu atau hati keras atau kata modennya "hati robot". tetapi bererti menjaga hati daripada lintasan jahat, dengki, buruk sangka dan perkara negatif yang lain. memelihara hati daripada tergoda dengan bisikan syaitan, memperbanyak 'amalan yang mendekatkan diri kita dengan Sang Pencipta seperti berzikir, membaca al-Quran selain menjaga 'amalan fardhu 'ain. aurat hati ini yang kita jaga dengan Iman kita.
Praktikal
secara jujurnya, entri ini menempelak diri sendiri. tujuan menulis untuk berkongsi selepas ada seorang sahabat bertanyakan maksud petikan ini setelah saya poskan sebagai status di FB. agak berat tetapi saya menulis juga dengan harapan dapat memberi pengisian kepada mereka yang membaca.
secara jujurnya, saya bukan seorang yang sempurna dalam memelihara aurat-aurat di atas. luaran dan fizikalnya, saya mungkin memenuhi kriteria menutup aurat seperti yang dipandukan. iya..mungkin. insyaAllah. moga Allah terima usaha ini dan moga terus istiqamah sampai mati. aameen..
luarannya, mungkin orang akan nampak baik, 'alim', 'islamik'. tapi dalamannya belum tentu. iya..belum tentu.
memang benar pepatah inggeris itu, "
don't judge a book by it's cover."
...
kesimpulannya kat sini, semua perkara itu datang dari hati. itu pentingnya menjaga aurat hati. jaga hati, maka terpeliharalah perbuatan dan percakapan daripada perkara-perkara yang dilarang. bagaimana mahu menjaga hati? dengan perbaiki Iman. bersyukurlah kita dengan adanya Iman walau seciput mana pun. bersyukurlah dengan adanya Yang Maha Penyayang dan Yang Maha Pengampun. walau buruk mana pun perilaku, bersyukurlah adanya DIA. DIA yang Sayang kita dan Ampunkan kita. DIA yang buat kita bangun semula dari leka. DIA yang bagi peluang kepada kita untuk perbaiki diri. bersyukurlah adanya DIA. bersyukurlah... ALHAMDULILLAH~
...
serius..saya bukan seorang yang baik. tapi saya nak jadi orang baik. Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini agar senantiasa menjaga auratnya di mana-mana. moga dijauhkan daripada fitnah dan disembunyikan aibnya sampai mati..aameen.. (wahai Diri, kau pun jaga diri. tau!)
"mau kenal orang, kenal hatinya dulu. kalau tak kenal, usah bicara soal baik buruknya. ngerti?"