Salam semua...
Alhamdulillah, selesai program Hari Belia dan Mata Hati Anak Soleh. 2 minggu berderet di luar ofis. Harap Bos redha. eheh..
Hari Belia Negara
5 hari yang mencabar. buka 1 gerai di ceruk kota pentadbiran dengan harapan nak bagitau kat semua yang belia kita masih ada harapan. nak bagitau kat belia macam kita yang kita masih ada harapan untuk menjadi pemimpin yang berkaliber dan mampu memudi negara seperti pemimpin sekarang dan malah lebih baik lagi.
dalam 5 hari, perkara kurang enak je yang didengar, kakitangan pun tak ramai dek kekangan musim peperiksaan di sekolah masing-masing. sampai pernah ada rasa 'nak tutup kedai', pernah ada rasa 'tak nak buka kedai'. daripada jutaan yang hadir, berapa kerat je yang singgah ke gerai..belum tentu sampai 10%. Bos sendiri kata, macam mana kalau tiba-tiba bala datang..kita pun kena sekali. tapi ada yang balas, sebab adanya orang-orang mukmin yang mendoakan kesejahteraan kitalah, bala ditangguhkan.
dengan semangat "kalau bukan sekarang, bila lagi? kalau bukan kita, siapa lagi?", 5 hari tersebut berjaya diharungi dengan jayanya. Alhamdulillah. ramai yang hadir ke gerai kami dan memberi maklumbalas positif. mereka jugalah yang menjadi penaik semangat supaya gerai terus dibuka sampai ke hari terakhir. Pada hari terakhir, kitorang sempat buat tinjauan ke seluruh kota. 2 jam perjalanan pergi dan balik. penat? memang penat! fiu~~ doakan semoga usaha ini diberkati Allah dan memberi manfaat kepada semua.
jazakumullah buat semua yang terlibat. moga Allah membalas jasa kalian.
Pesan pemimpin kita, "Jadikan hari ESOK lebih baik dari HARI INI".
so, let's be! kalian mau tamrin? nah, ni boleh dikira tamrin marahil untuk kalian!
Mata Hati Anak Soleh
Program 3 hari sempena cuti sekolah untuk pelajar Tingkatan 1 & 2. hari pertama program, wakil penganjur dah bagi amaran kat peserta supaya jangan merokok. masa pendaftaran aje dah dapat kesan 5-6 perokok. nampak sangat dah lama tak ikut program sekolah. program 3 hari banyak yang dipelajari. mengenal beza hamba dan kuli, mengamal dan menyampai perlaksanaan fardhu 'ain yang sempurna, mengajar diri memandang alam melalui pelbagai perspektif.
adik-adik ni memerlukan perhatian. memang tidak dinafikan mereka ni manja dan hidup serba cukup. tapi cukuplah materi sebagai pengubat hati mereka. perhatian rohani dan kasih sayang yang mereka perlukan. dan kita juga harus main peranan. peranan mendidik mereka menpersiap diri menjadi pemimpin. peranan kita untuk berhemah dalam berurusan. saya belajar supaya tidak mengamalkan budaya 'kipas-mengipas' dalam pengurusan untuk mendapatkan keberkatan dalam beramal.
Buat adik-adik program Mata Hati Anak Soleh, kalian memang macam-macam tapi akak sayang kalian. tau! :)
*****
Novel ni sempat saya habiskan semasa program. saya syor kepada semua belia untuk baca. mau tau macam mana perit hidup anak setinggan yang tinggal dalam rumah yang berkongsi dinding dengan jiran? yang berkongsi bilik air dengan puluhan jiran yang lain? yang berkongsi pondok telefon dengan puluhan penghuni setinggan? mau tau? baca! ;)
dengan ini, saya isytihar Memoir Anak Setinggan ialah Laskar Pelangi versi Malaysia boleh tak, kak Puspa? :P
*****
sudah lama terbiar (atau dibiar?)
sesawang blog kehidupan
yang kini memang sudah penuh sesawang
tuanmu memang bermacam
doakan supaya tuanmu terus bersemangat
heh~
:P