salam semua...
maaf dipinta atas kelewatan mengemaskini Laman ini. sibuk sikit kebelakangan ni dengan peperiksaan. er..bukan alasan sebenar..
ok, untuk entri kali ini, Empunya Laman nak tulis tentang Puasa.
ada apa dengan puasa?
dari segi definisi:
puasa ialah menahan diri dari lapar dan dahaga dan hawa nafsu.
- ini semua orang tahu.
dari segi praktikal:
apabila berpuasa, kita tidak boleh makan dan minum dari waktu azan subuh hingga azan maghrib.
- ini pun semua orang tahu.
dari segi penghayatan:
berpuasa dapat mendekatkan diri kita dengan Pencipta Yang Maha Esa.
- ini mungkin tak semua tahu. sebab diorang berpuasa tanpa sebab. oops...
Wahai manusia,
niatkanlah puasa anda keranaNya.
berniatlah untuk mendekatkan diri denganNya. bukan kerana nak raya ye.
tanamlah azam untuk berubah untuk menjadi insan yang lebih baik.
banyakkanlah beramal.
tingkatkan amalan tadarus, solat sunat, sedekah, dan bantu orang yang memerlukan.
tinggalkan amalan-amalan buruk.
buang sifat hasad dengki, mengumpat, dan memfitnah. gi masak lagi bagus.
kurangkan merokok. berhenti terus amatlah digalakkan.
rajinkan diri pergi ke masjid. takkan bila raya je baru nak gi.
jangan ponteng solat. bertaubatlah bagi mereka yang suka ponteng solat Jumaat.
banyakkanlah berdo'a.
Ramadhan datang setahun sekali dan belum tentu kita dapat jumpa Ramadhan tahun depan.
hayati kehadirannya dengan hati yang terbuka. basuhlah hati yang kotor dengan mengingatiNya. kita bukan malaikat dan sudah tentu bukan seperti Muhammad yang sempurna dan maksum.
sayangilah diri anda.
1 comment:
insaf sejenak ku mengamati kata-kata hikmah berpuasa ni.
Post a Comment