31.3.09

Jangan Naik Komuter dari KL Sentral dan Mid Valley pada Hari Sabtu!

Salam kawan-kawan.

Amaran ini Serius!

Kalau tak sempat merancang perjalanan, takpa.
Tapi kalau boleh, jangan sekali-kali naik komuter pada hari Sabtu.
Dan jangan sekali-kali naik komuter dari KL Sentral dan Mid Valley pada hari Sabtu.
Kalau terpaksa naik jugak, anda akan diuji dengan 3 Ujian.

Sebelum diuji, anda perlu jelas dengan perkara berikut:

Peraturan:
· Berdiri di belakang garisan kuning dan garisan hijau.
· Benarkan penumpang untuk keluar dahulu sebelum anda masuk
· Beratur
· Dilarang memotong barisan.

Tips:
· Sentiasa berdiri di barisan paling hadapan, di belakang garisan kuning, dan berdekatan dengan garisan hijau.
· Pastikan anda tidak benarkan orang lain memotong barisan anda.
· Pastikan barangan berharga selamat bersama anda.
· Jika bersama kawan ­sejenis, pegang tangan kawan anda.
· Pastikan pakaian anda bersesuaian dengan situasi yang bakal anda hadapi. pakaian yang selesa, tak menjolok mata, dan menyerap peluh.

PENTING: Jangan sekali-kali bawa awek/balak anda bersama.
JANGAN BUAT: potong barisan, tolak orang depan, berebut, paksa diri untuk masuk juga walaupun dah penuh.


Ujian pertama: Diuji secara Fizikal

- daya ketahanan anda akan diuji dengan tolakan dan rebutan bersama penumpang-penumpang yang rata-ratanya nampak baik tapi sebenarnya ganas yang lain.

LULUS: berjaya masuk ke dalam komuter.
GANJARAN: badan tidak luka atau sakit. Saling berhimpitan macam ikan sardin dalam tin untuk beberapa stesen.

GAGAL: tidak berjaya masuk ke dalam komuter.
HUKUMAN: badan sakit-sakit dan terpaksa tunggu 15 minit lagi untuk naik tren seterusnya. Dan diuji sekali lagi dengan tolakan dan rebutan bersama penumpang-penumpang lain.


Kesimpulannya, don’t judge a book by its cover. Sesetengah orang muka je nampak baik, sopan..tapi sebenarnya ganas dan pentingkan diri sendiri.


Ujian kedua: Diuji secara Mental

- anda akan diuji dari segi kemahiran anda dalam berstrategi. Pastikan anda faham peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak komuter.

LULUS: anda berjaya masuk ke dalam komuter, barangan berharga selamat, anda tidak terpisah daripada kawan.
GANJARAN: saling berhimpitan macam ikan sardin dalam tin untuk beberapa stesen.

GAGAL: tidak berjaya masuk ke dalam komuter, barangan berharga hilang, terpisah daripada kawan.
HUKUMAN: Penat, terpaksa tukar strategi dan tunggu 15 minit lagi untuk naik tren seterusnya.

Kesimpulannya, rancanglah perjalanan anda sebaiknya dan berdoa agar selamat sampai ke detinasi.


Ujian ketiga: Diuji secara Emosional

- Kesabaran dan keimanan anda diuji dengan orang yang bermacam kerenah, ragam, dan bentuk fizikal.

LULUS: berjaya masuk ke dalam komuter dengan hati yang tenang dan sabar.
GANJARAN: pahala berganda walaupun saling berhimpitan macam ikan sardin dalam tin untuk beberapa stesen. Anda juga berpeluang untuk menduduki ujian seterusnya: Ujian Ragam Orang.

GAGAL: tidak berjaya masuk ke dalam komuter, anda marah-marah, kutuk-mengutuk, dan mungkin bergaduh dengan penumpang lain.
HUKUMAN: dosa bertambah, sakit hati, dan terpaksa tunggu 15 minit lagi untuk naik tren seterusnya.


Kesimpulannya, iman anda diuji di mana-mana.



Apa-apa pun, jangan sekali-kali naik komuter dari KL Sentral dan Mid Valley pada hari Sabtu. Nak naik Monorel, Putra, STAR-LRT atau lain-lain tren boleh tapi JANGAN NAIK KOMUTER DARI KL SENTRAL DAN MID VALLEY PADA HARI SABTU.



nota kaki: saya sempat tangkap gambar Tapak Sulaiman kat Mid Valley ^_^

12 comments:

Ummu Mukhlis said...

hikhik...

kelakar tul..terbayang2 kesesakan itew..uhuk!

da lama tak pi mid valley..

humm, da serik naik komuter, pnah tgk budak kene gilis dpan mata..owh,.tidak..innalillah..

jemput bertamu ke blog..lebih2 lagi budak sciences cam akak ni..entry terbaru: the light energy..

alifzaimimra said...

kpd syira: cepatnya komen! blm sampai 5 minit akak pos entri ni. hehe.. akak pun dah serik dah. huhu..

akak selalu teringat cerita syira pasal budak kena gilis tu bila nak naik komuter. innalillah...

insyaALLAH, bila2 akak free, akak g blog syira k. jaga diri. ;)

Akmal Azeman said...

errr.....? agk emo? eheh.

alifzaimimra said...

kpd Kema imissyousomuch: agak la. masih boleh ingat lagi muka orang yang tolak2 tu. a foreigner dan hensem tapi.. huhu...

Azym Azizi said...

Huh. Situasi ni mmg ak tak suka. Lebih2 lg kalau ada yg jenis samseng2 naik komputer. Dah tau penuh lagi nak jerit2 suruh org masuk kedalam.

p/s: Pernah gaduh dgn lelaki cina (muda) sbb terpekik2 suruh org masuk. Ak sempat menunjukkan simbol tgn "LOSER" kat dia masa tren dah jln..haha..berapi beb member!

Anonymous said...

Salam,

Ni 1st time visiting ur blog.
I totally agree with u. Sumtimes KTM sgt mengecewakan. Ade sekali tu mase nak nek tren, not juz boys but girls pun tolak2 menolak dgn rakusnye. Smpai segan plak kite. Becoz of that I missed 3 trens and had to wait for 2 hours! yg tu pun lucky dpt nek.

Nway, nice entry.

akutaktahu said...

pertama sekali abg mmg naik komuter pd hari sabtu (owh,pulang ke Kajang tidak mahu ajak pg minum2 ek,ish3x!!!!)

dan hari sabtu biasanya akan lebih senang berbanding hari2 biasa yang lain. Situasi anda itu akan lebih terasa apabila hari itu adalah isnin,selasa,rabu,khamis atau jumaat.

so,biasanya memandangkan saiz badan abg yg agak overweight ni,abg mmg tidak akan berpusu-pusu menerjah masuk,cuma suka mengambil langkah bersabar,menjadi di kalangan orang yang terakhir masuk dan apabila sudah masuk akan terus menuju ke bahagian pintu antara koc,kerana tidak ramai yg suka ke situ dan perjalanan abg ke nilai yang akan mengambil masa 1 jam itu.

so dua minggu lalu,cuba pulang dari nilai ke KL menaiki komuter,akhirnya tren lambat 30 minit dan tiba2 terbakar di hentian UKM..malam tu jg pulang ke Nilai

minggu ni pergi dan pulang nilai menaiki ERL,turun d Salak Tinggi dan membayar sekali ganda tetapi AMAT SELESA dan CEPAT.tidak ada yang menolak dan tidak ada yang nak menjerit2.

dahulu,tiap2 hari akan menaiki komuter dari KL ke Nilai,dan setiap hari akan melihat 2-3 orang gadis menjerit kesakitan dihimpit oleh berpuluh orang yang besar yang suka mensardinkan komuter.

so,saranan abg adalah

1) jangan naik komuter,tetapi naiklah ERL walaupun mahal banyak.

2) jika ingin menaiki komuter jg,pastikan bersabar.

3) jika ingin menaiki komuter jg,pastikan jgn berdiri dihadapan pintu.celahkan dan masukkan diri anda ke bahagian lebih dalam tren.

ps/ : KTM telah bersusah payah menyediakan line hijau,biru dan merah supaya penumpang akan beratur,tetapi lebih ramai yang buta daripada yang celik..

3p4h said...

Erm, apa nk wat achik oi.... Sabar jela.. Kalo rajin jln kaki je la. =P

Along suke je naik2 komuter ke apa ke sbb jimat tenaga. =)

He5

Nini Hartini said...

Salam ziarah...nk tny empunya blog...kalau naik hari Ahad cmne pulak??hehe

alifzaimimra said...

kpd Azym: bahaya kalau ada samseng nih.. huhu..

kpd sheffwed: wslm. wah, pengunjung baru! selamat datang! :P

bab tolak-menolak tu paling mengecewakan. yup, pernah jugak tunggu sampai terlepas 2 tren depan mata. tensen kan?

apapun, terima kasih atas komen. jemput datang lagi ek. :P

kpd akutaktahu: pernah je naik ERL. memang selesa yang amat. tapi bajet la tinggi sikit..huhu..

sy puji usaha KTM sebab sediakan garisan hijau, biru, dan merah tu. cuma orang je yang buat-buat tak faham maksud garisan tu. kena buat kursus belajar maksud warna garisan kot agaknya. ;)

kpd TanpaNama: wslm kak. hm..tak tahu la saya. cuba akak naik. nanti bagitahu kami macam mana situasinya ye? ;)

Unknown said...

Awe baru je nek komuter dari kepong sentral ke midvalley ahad lepas bwk adik jln2. Memang menguji kesabaran waktu balik tu. Kitorang kena korbankan 2 tren sebab penuh sangat. Nak menghimpit..kesian pulak kat adik kecik dua orang. Bertolak lepas asar. Sejam je kat midvalley sebab. Tapi dalam pukul 8 gak sampai kepong..huhu.

Yang bagusnya, waktu magrib kat stesen midvalley tu, amad yag baru 2tahun setengah azan kuat2. Dalam tren pun dia zikir kuat...hehe. Sememangnya Amad berjaya melepasi ujian kesabaran.

aishah said...

hidup ini adalah rangkaian ujian.. susah dan senang kedua2nya adalah ujian

Sy setuju dgn statement "don’t judge a book by its cover." ;)

pandanglah dgn mata hati, mggunakan mata kasar shj blum memadai..