19.6.09

Entri Terakhir untuk kelas BM...

salam semua...

minggu ni minggu terakhir kelas BM.
rabu lepas kami buat jamuan kecil.
semalam, kami persembahkan pentomin.
selasa ni, 23 Jun, hari peperiksaan kami.

tak sangka 7 minggu cepat berlalu.
banyak yang telah kami pelajari.
ada yang baru, ada yang pernah kami dengari.
tapi yang pasti, kami semua tak jemu.

baiklah. ingat lagi tak sketsa tentang sistem peredaran darah yang saya nak kongsikan dulu? kalau tak ingat, baca entri ni. bukan la sketsa sangat. saya rasa ia lebih kepada pentomin. tapi, akan saya kongsikan dalam entri kali ni. harap semua terhibur. ;)



tajuk: Kisah Pengembaraan Cik Merah di dalam Sistem Peredaran Darah

Perkenalkan, Ini Cik Merah. Seunit sel darah merah atau nama saintifiknya Eritrosit.
comel, kan? Kecil je. Beliau ini sangat rajin bekerja terutama dalam bidang sistem peredaran darah dalam badan kita.

Kerjanya banyak. tak padan dengan badan. Kerjanya mengangkut oksigen, karbon dioksida, hormon, nutrien, dan bahan kumuhan di seluruh badan. Banyak, kan?

selain itu, Cik Merah juga bertanggungjawab mengawal suhu, pH, dan kandungan air dalam badan. Kiranya, Cik Merah ni "sel" terpenting jugalah dalam badan. rajin, kan Cik Merah ni? mungkin itulah rahsia Cik Merah untuk kekal langsing ala dwicekung ni. Badannya yang dwicekung ini sebenarnya dapat membantu Cik Merah untuk membawa lebih banyak Oksigen untuk Cik Tisu.

baiklah. untuk pengetahuan semua, beliau kini di dalam Jantung dan berada dalam keadaan nyahoksigen dan nyahnutrien. Maklumlah, beliau baru sahaja pulang menemui Cik Tisu untuk dapatkan karbon dioksida dan bahan kumuhan. kemudian, dari Jantung, Cik Merah akan melalui Lumen Arteri Pulmonari untuk bertemu Paru-paru untuk berikan karbon dioksida tadi. Sebagai balasan, Cik Paru-paru akan berikan bekalan oksigen kepada Cik Merah. Hm..macam sistem barter pulak, ye..? selepas mendapatkan bekalan oksigen yang secukupnya, Cik Merah akan masuk semula ke Jantung dan seterusnya menemui Cik Tisu untuk memberikan bekalan oksigen dan nutrien.

rakan-rakan sekalian, perjalanan menuju ke rumah Cik Tisu ni bukannya dekat...tapi jauh... sangat jauh. Berliku-liku lumennya. dari Jantung, Cik Merah terpaksa keluar mengharungi lautan Aorta yang sangat deras tekanan darahnya.

ingat ye saudara dan saudari, lautan darah ini tiada penghujungnya. dari lautan Aorta, Cik Merah akan menyusur ke Sungai Arteri. Dari sungai Arteri, Cik Merah menyusur pula ke Sungai Arteriol. Makin jauh perjalanan Cik Merah, makin kecil cabang-cabang arteri ini. akhirnya, Cik Merah akan melalui anak sungai bernama Kapilari. Anak sungai ini sangatlah kecil dan sempit. Mujur badan Cik Merah langsing. Rupa-rupanya, ada hikmahnya di sebalik kelangsingan itu. di anak sungai inilah Cik Merah bertemu Cik Tisu untuk memberikan bekalan Oksigen dan nutrien. Dalam masa yang sama, Cik Tisu akan memberi Karbon Dioksida dan bahan kumuhan sebagai balasan.

Kisah perjalanan Cik Merah tidak tamat di situ ye, rakan-rakan sekalian. Dari anak Sungai Kapilari tadi, Cik Merah akan keluar menyusur ke anak Sungai Venul pula. Sungai Venul ini pun sempit juga lumennya. Terus, dari Sg. Venul, Cik Merah menyusuri Sg. Vena. Di Sg. Vena ni, banyak halangannya, kawan-kawan. Sungai ini dikawal ketat oleh pintu-pintu injap untuk memastikan aliran darah berjalan dengan lancar. selepas mengharungi liku-liku sungai Vena, Cik Merah akan keluar ke Lautan Vena Kava.

oh, saya terlupa untuk beritahu sahabat-sahabat semua. Untuk pengetahuan semua, Lautan Aorta, Sungai Arteri, Sungai Arteriol dan Kapilari tadi dipenuhi dengan darah beroksigen. Tetapi, bermula dari Sungai Venul hinggalah ke Lautan Vena Kava, ia dipenuhi dengan darah nyahoksigen.

Dari Lautan Vena Kava, Cik Merah akan berlabuh kembali di Jantung seterusnya bertemu Paru-paru untuk membuat pertukaran gas sekali lagi. Maka lengkaplah satu pusingan darah Cik Merah. Kitaran ini akan berulang beratus-ratus kali sehinggalah Cik Merah menjangkau usia bersaranya iaitu 120 hari.

begitulah Kisah Pengembaraan Cik Merah yang tidak mengenal erti penat lelah membantu Paru-paru dan Cik Tisu dalam misi pertukaran gas dan nutrien. Berjasa sungguh Cik Merah. Wahai Cik Merah, jasamu dikenang. :P


macam mana? terhibur?
slot cerita ni kami selitkan dengan deklamasi sajak tentang darah yang bertajuk "Rantaian Kasih Darah" yang kami petik daripada laman web Dewan Bahasa dan Pustaka. mungkin kawan-kawan boleh bayangkan bagaimana Cik Merah tu bergerak mengharungi sungai-sungai darah tu. hehe...



apapun, pengalaman sepanjang belajar BM ni amatlah bermakna dan akan saya kenang sampai bila-bila. insya-Allah. terima kasih, Cikgu Fuziah di atas segala tunjuk ajar cikgu kepada kami.

kamu tahu apa harapan cikgu terhadap kami? cikgu nak anak-anak muridnya menjadi orang profesional yang bukan sahaja mahir dalam bidang sains tetapi juga dalam bidang penulisan Bahasa Melayu dalam bidang sains. cikgu mahu lihat kolum-kolum rencana sains di majalah atau mana-mana media ditulis oleh anak-anak muridnya. besar sungguh harapannya. insya-Allah cikgu, kami akan usahakan sedaya mungkin. insya-Allah.



bagi entri kali ni, saya akhiri dengan slogan "Bahasa Jiwa Bangsa". do'akan kami untuk peperiksaan akan datang. :)


4 comments:

Ilham Nur said...

Hidup Melayu, tu gambar 2009 ke 1946, hehe

As said...

cekgu fuziah, cekgu chow..kelas mereka takkan bosan..sentiasa menarik perhatian. Best2 :D

paling kelakar bila kita takleh nak guna word skema, standard BM bila present. Asyik guna diorang la, takde la, etc2 :D

3p4h said...

Wah achik, beshnya bca rencana yg achik wt 2.. Sgt seronok.

Ada bakat menulis cerpen ya? Bagus2...

alifzaimimra said...

ilham nur:
gambar zaman za'ba tu. hehe

as:
betul. tapi ayat skema la best. baru 'masyuk' pembentangan. :P

3p4h:
best ek? bagus la kalau terhibur. yang penting mesej sampai.

erm..bakat tulis cerpen? fuh.. bakat membaca cerpen ada la. :P