13.7.09

Kembali menulis...

salam semua...

hehe... kabare semua? harap semua sihat walafiat macam saya. :P

hari ni hari pertama semester panjang bermula. dan hari ni secara rasminya saya menjadi pelajar tahun ketiga di bumi kampus tercinta. sudah jadi senior sekarang. jadi, ada satu tahun lagi sebelum konvo. insyaALLAH. :D

hampir sebulan tak memblog sebab sibuk masa cuti lepas. ni pun kebetulan tengah lapang. biasalah.. hari pertama semester selalunya takda kelas. semua sibuk nak daftar subjek.

Alhamdulillah, semalam baru selesai program Baktisiswa atau singkatannya Baksis di Kg. Ubai, Kuantan. Baksis kali ni sangat best!! ^_^ sempat la bakar lemang, kacau dodol, makan durian, pergi pantai tangkap umang-umang, tengok orang tarik pukat.. dan yang paling seronok sekali mandi laut!! :D

banyak lagi kenangan dan pengalaman yang saya dapat semasa program tu. rupa-rupanya, bukan senang nak jadi komiti sukaneka ni. lagi-lagi nak layan peserta sukaneka ni yang pandai berhelah/berstrategi dalam apa cara sekalipun semata-mata nak menang. tapi, akhirnya tak menang juga. benarlah peribahasa "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga." sabar ye, MM. hehehe

yang penting, pergi program ni bukan untuk suka semata-mata. kami cuba ambil peluang ni untuk tolong orang-orang kampung. nama pun Baktisiswa, kan? tapi tak banyak yang boleh kami buat. orang-orang kampung ni baik amat.. terharu saya. huhu..

erm.. tolong gembirakan orang kampung pun kira boleh la kot, kan? ehehe


erm.. tu je kot untuk entri kali ni.

kat bawah ni gambar umang-umang yang Along tangkap masa keluar dengan Kak Dyll dulu. umang-umang dalam gambar ni besar sikit. yang kitorang tangkap kat pantai hari tu kecik je. hee~~





menarik, kan?? ^_^




;)

2 comments:

Anonymous said...

Masa kecik2 dulu bila balik kampung kat Langkawi suka kutip siput dan bawa balik mandi dalam tandas tok. Sekali tu terambil umang-umang. Terkejut tengok dia keluaq dari cengkerang. Hehe.

alifzaimimra said...

wardahputeh:
hehe.. terkejut kan?? subhanallah. menarik sungguh ciptaan Allah.. sebelum jumpa umang-umang ni, saya selalu ingat siput ni sama spesis dengan siput sedut.. boleh buat makan. tapi bila tengok umang-umang ni, macam mana nak sedut... :P