13.2.10

Mata

Salam semua...

Alhamdulillah, ada juga peluang untuk menulis entri baru setelah sekian lama. Minggu lepas baru bertarung dengan kertas peperiksaan. (bertarung la sangat..) Tiba-tiba dalam masa yang sama kena siapkan kerja sekolah dan laporan makmal dalam masa satu hari. (tiba-tiba la sangat kan..) Dalam satu malam tu, entah semangat apa yang datang, Nescafe ais Kak Ani dipulun untuk stadi. Esok paginya, sistem badan tak stabil, kepala pun pening-pening lalat. Nak tak nak kena tidur jugak. Mujur periksanya malam. Lepas ni takmo dah minum Nescafe ais. Neslo pun ok dah. eheh

Okeh. Itu cerita kampus minggu lepas. Alang-alang semalam takde kelas, semua pakat balik kampung semalam. Saya pun balik la naik bas yang tiketnya jam 9.15 pagi. Tapi naiknya jam 10 pagi. Kata kakak bas, basnya banyak yang rosak. Kena la sabar kan. Alhamdulillah..

Macam biasa, kalau naik bas sampai KL, kena naik LRT ke Bandar Tasik Selatan dan kemudian transit komuter ke UKM. Itu rutin kalau naik bas ke KL. Kalau bas ke Kajang takde la transit2 ni.

Kalau dulu, KL jadi tempat permainan. Tapi bila dah lama sangat menetap di Kuantan, KL dah jadi macam tempat asing. Ada aje benda baru di sekeliling. Takpun sebenarnya mungkin dah lama ada tapi baru nampak.

Contoh benda baru..perkhidmatan bas Durian Burung ke Kuantan dari Kajang. Dulu ada 1 bas je, Sani Ekspres. Jadi sekarang kalau tiket bas Sani ke Kuantan dah habis, bas Durian Burung ada. hehe

Itu perihal perkembangan terbaru yang kelihatan di KL. Perihal benda baru yang kelihatan ialah fesyen-fesyen pakaian zaman sekarang. em..benda ni dah biasa sebenarnya kelihatan di majalah-majalah..cuma bila nampak depan mata rasa janggal pulak. Macam-macam fesyen kita boleh nampak sekarang. Ikut peredaran zaman katakan. Yang lelakinya, bermacam-macam stail rambut ada. Afro tu biasa la kan.. Mohawk pun ada..yang macam Red Indian pun ada. Pakaian pulak tak perlu ceritalah. Banyak. Yang saya perasan, populasi lelaki yang pakai seluar pendek makin bertambah. huhu

Untuk fesyen wanita, bermula dengan blaus, seluar yang bermacam (termasuk hot pants, leggings) dan seterusnya pemakaian tudung. Kalau dulu kecoh dengan tudung Wardina, kemudian tudung Ekin, selendang Yuna, dan sekarang ni tudung Hawa pun ada. :P


Situasi 1: Terminal Bas

Penat mata memandang fesyen beragam-ragam ni. Bukan mata je penat, hati pun penat. Sambil menunggu bas, datang sekumpulan sister. Cantik. Cara pemakaian mereka, boleh kata macam dalam majalah..blaus dan legging. Siap dengan solekan dan beg bimbit yang up-to-date. Mereka pun menunggu bas sambil mengunyah gula-gula getah dan meng-usha persekitaran. Dalam hati hanya mampu mengeluh dan bertanya sendirian.."adik pakai macam ni selesa tak, dik?".."dik, make-up adik kena touch-up sikit tu..eyeliner adik nampak comot sikit.." Itu kata hati. tapi saya hanya mampu diam waktu tu..

Situasi 2: Stesen komuter

Sedang saya beratur untuk membeli tiket komuter, ada dua orang sister. Sorang pakai pakaian seragam PLKN, sorang lagi berpakaian kasual dan bertudung litup. Kemas dan ringkas. Cuma satu je, seluarnya jarang. huhu.. Kali ni, nak tak nak, kena tegur juga sebab jarangnya itu jelas. Mula-mula tu tak berani jugak sebab tak kenal. Lepas beli tiket, mohon kekuatan daripada-Nya, terus jumpa kawannya yang berbaju PLKN dan minta tolong coverkan untuk kawannya tadi. Mujur kawan dia memahami. Lepas tegur, terus masuk tren. Mintak tak jumpa dah. Segan. eheh

Situasi 3: Dalam komuter

Dalam tren, macam biasa penuh lagi-lagi ketika itu waktu sibuk. Mujur dapat boloskan diri untuk masuk jugak dalam tren. Tak dapat tempat duduk pun takpe, janji dapat masuk. Di sebelah saya ada dua orang sister lagi. Sorang free hair, sorang lagi bertudung. Berdirilah kami bertiga di tengah-tengah gerabak dikelilingi penumpang lelaki..ada Cina, India, Melayu, bangsa Arab pun ada..satu grup. Sorang tu muka mirip Sami Yusuf. Serius, tak tipu.

Dalam kesesakan manusia dalam tren tu, saya ambil kesempatan untuk baca satu bab daripada Bidayatul Hidayah. Tak kisah orang nak cakap apa, yang penting hati tenang daripada melayan ragam manusia yang pelbagai. Sedang saya membaca, dua orang sister tadi bersembang tentang brader Arab mirip Sami Yusuf tu. Tengah syok bersembang, kawan yang free hair tadi tiba-tiba beristighfar dan berkata, "hish..tak baik la kita ni. tak boleh..tak boleh. Kita kena kawal diri..astaghfirullahal 'azheem.." Berulang kali sister tu ingatkan kawan dia yang satu lagi tentang perkara yang sama sambil mengalihkan pandangannya menjauhi brader tu. Astaghfirullah, ampunkan dosa-dosaku, Ya Allah..terkesan di hati yang naif lagi daif ni apabila mendengar istighfarnya..moga Allah bukakan pintu hatinya untuk menutup mahkota perhiasannya. Sama-sama kita doakan ye.



Itulah ceritanya. Macam-macam ragam yang boleh kita lihat, kan? Yang mana baik, kita ikut. Yang tak baik, kita jadikan pengajaran.





Peliharalah matamu daripada 4 perkara:

1) Melihat perempuan yang bukan mahram.
2) Melihat gambar-gambar lucah yang membangkitkan syahwat.
3) Melihat orang lain dengan pandangan penghinaan.
4) Melihat keaiban orang lain.

- dipetik daripada Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) karangan Imam al-Ghazali yang diterjemahkan oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam




Jika ada kelapangan, bolehlah ke blog seorang sahabat dan baca entri ini. Moga sama-sama mendapat manfaat. :)

No comments: