Salam semua..
Selawat dan salam ke atas kekasih, Rasulullah S.A.W. dan seluruh keluarganya. Moga selawat ke atas kekasih bukan hanya ketika seluruh umat Islam menyambut maulidurrasul sahaja.
Petang Jumaat lepas saya ikut sambut maulidurrasul di Masjid Taman Tar, Ampang. Siapa sangka saya dapat jugak turun ke Gombak minggu ni walaupun serasa berat mahu meninggalkan bumi Kuantan. Oh Allah, rancangan-Mu sememangnya yang terbaik. Sepanjang hidup di dunia, ni lah kali pertama saya mengikuti sambutan maulid nabi secara langsung. Selama ni tengok kt TV je. Tak pun, sambut di kampung. Itu pun jarang-jarang sekali.
Tika melangkah masuk ke kawasan masjid, semuanya kelihatan putih. Masjidnya putih, khemah-khemah kelilingnya putih, manakala para jemaah lelaki berlegaran di kawasan berkhemah menikmati juadah petang, pun hampir semuanya berpakaian putih. Aneh.. Kenapa semua putih?
Saya bersama sahabat-sahabat yang lain mencari la mana kawasan untuk jemaah perempuan. Jalan ke sini, semua lelaki, ke sana pun semua lelaki. Kebetulan ada sorang mak cik ni pun baru sampai dan tolong bawa kami ke tempat muslimah. Sampai je ke kawasan muslimah, entah apa rasa yang datang melihat para jemaah perempuan. Yang muda, tampak sopan sekali, mereka dari Yayasan Sofa mungkin. Yang mak cik-mak cik pula ada yang khusyuk membaca kitab, ada yang bersembang soal kuliah. Tiada kedengaran soal umpatan. Suka sangat tengok suasana tika itu. Semacam tenang..damai..suka rasanya. Aneh, tak pernah dapat rasa itu di kampus. Aneh..
Sambil menunggu Maghrib, saya berkesempatan mengikuti kuliah hadith 40 syarahan seorang syeikh, antara pengasas Yayasan Sofa saya kira. Ramai sungguh jemaah yang hadir. Lepas kuliah, kami berselawat dan berqasidah. aduh..asyik sungguh.. Jarang-jarang sekali dapat ikut orang berqasidah.
Selepas Maghrib, ada ucapan khas daripada seorang as-Syeikh dari negara Arab. Saya pun kurang pasti dari negaranya. Beliau berucap dalam bahasa Arab yang kemudiannya diterjemahkan oleh seorang jemaah masjid. Dalam ucapannya, beliau mengatakan bahawa negara Malaysia ini dipandang tinggi oleh negara-negara yang lain. Ini kerana rakyat Malaysia terutama yang Muslim mengamalkan ajaran Islam sebaik-baiknya dan pembangunan negara ini menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain. Begitu tinggi sekali pandangan beliau terhadap negara kita. Oh Allah..
Selepas 'Isyak pula, kami menjamu selera nasi minyak dan sup daging. Sedap sangat. Komiti kateringnya yang terdiri daripada penduduk taman memberi layanan yang cukup baik. Memang terbaik la!
Yang pasti, diri teruja sungguh sepanjang berada di masjid tu. Tenangnya bagai di syurga. Cuma di syurga-Nya nanti pasti lagi tenang, 'kan? Subhanallah.. ku mau pergi lagi~~~
hm..ada banyak pendapat yang dikeluarkan tentang acara sambutan maulidurrasul ni. ada kata boleh, ada kata tak boleh. Bagi saya, mana yang baik, kita amalkan asalkan tidak melampaui batas syarak. Wallahua'lam. :)
No comments:
Post a Comment