15.9.10

Episod Raya

Salam lebaran semua..

raya kali ni ringkas tapi cukup meriah. mulanya nak beraya di rumah, tapi Ayah tukar plan di saat-saat akhir. kami pulang ke kampung jugak. utara selatan kami pergi. hehe

yang tua muda semua pakat jumpa. tahun ni jumpa ramai anak buah. takde dah panggil Kakak tapi panggil Mak Long. macam dah tua lak. hehe..

semakin meningkat dewasa ni, semakin syahdu lagi sebak sambutan hari raya. raya tahun ni pun tak dapat nak lari daripada babak-babak syahdu.


teringat cakap Mak Long, "kalau kita tak balik (kampung) la ni, lagi 20-30 tahun lagi anak-anak kita pun tak balik.."

dalam maksud ayat ni. bunyi macam tak masuk akal tapi tak mustahil ianya berlaku.


terfikir jugak, agak-agak saya ni anak yang baik ke? kakak yang baik ke? anak saudara yang baik ke? cucu yang baik ke? sepupu yang baik ke? kawan yang baik ke?

kelak, adakah saya akan jadi isteri yang baik? ibu yang baik? mak saudara yang baik? menantu yang baik? nenek yang baik?





Hanya Allah sahaja yang tahu..



Niatkan di hati kita mahu jadi yang terbaik.



Wallahua'lam...

4 comments:

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

selamat hari raya... :)

alifzaimimra said...

yuyun:
salam aidilfitri, kak yuyun. salam perkenalan. ;)

~~DucKneSs~~ said...

setuju!!

oleh itu, marilah kita hapal jalan utk pegi umah mcik n pcik2 kita..hehe

alifzaimimra said...

duckness:
hafal, jgn tak hafal.. :P