1.9.10

Pesanan di Akhir Ramadhan

Salam semua...



Kempen 1A1B kali ni: beli ikut keperluan. maaf, pos lewat.


dalam bulan Ramadhan ni, bazar Ramadhan pasti menjadi destinasi wajib. dalam bulan ni la, macam-macam kita nak makan. laksa, nasi kerabu, nasi lemak, ayam panggang, ayam percik, dan berbagai. dalam bulan ni jugak la macam-macam jenis makanan orang jual. makin kreatif depa ni. ayam tempayan la, nasi kerabu kaler ungu la, murtabak timbun, air minum plak bermacam-macam kaler. aduh..

alang-alang raya nak dekat ni, mesti ramai dalam persiapan untuk beraya. antaranya pergi membeli-belah baju raya, tudung raya, langsir raya, kuih raya segala macam raya lah kecuali hantu raya. jadi, berpada-padalah dalam berbelanja. barang murah banyak sekarang. pergi je mana-mana, gerenti rambang mata. dalam berbelanja sakan, ingatlah orang lain juga. kita beli 2-3 pasang baju raya, tapi beringatlah ada yang tak mampu nak beli baju raya sendiri. sekadar menunggu sedekah orang atau hanya mampu pakai baju raya lama.

waktu ni la kita nak kenal nafsu kita. syaitan dah kena tambat, tak boleh la nak salahkan depa. kita tengok dan nilai sendiri diri kita. berapa banyak kita habis belanja. berapa banyak kita makan. macam mana pulak dengan 'amalan kita. waktu ni la Allah nak uji dan tunjuk kepada kita. alang-alang syaitan dah takde, waktu ni la kira paling senang untuk kita muhasabah diri. ambil masa dan luangkan untuk kenal diri dan Pencipta kita.



tinggal lagi kurang dari 10 hari sebelum Ramadhan berakhir. habisnya Ramadhan ni, belum tentu kita dapat bertemu Ramadhan akan datang. jadi, ambil peluang ni. sama-sama perbaiki diri. ajak kawan sama. kita cari Malam al-Qadr. berdoalah banyak-banyak.


Ya Allah, ampunkan segala dosa kami. bersihkan hati-hati kami. dekatkanlah kami dengan sunnah kekasih-Mu. dekatkanlah kami dengan-Mu, Ya Allah. Aameen...





nota: nasihat ini buat diri sendiri jugak. saya nak minta cuti dari memblog jap. mau luang masa dengan Dia. rindu pada Dia.

2 comments:

~~DucKneSs~~ said...

aminnnnn..

nanti tolong doa2kan saya sekali k..'cuti' ini mengganggu per'dating'an di hujung bulan..huhuhu

alif zai mim ra said...

duckness:
aameen. jangan sedih k. ;)