19.10.10

Cabaran dan Penjual Ikan

Salam...

dulu, saya sering diingatkan bahawa makin jauh perjalanan hidup ini, makin besar cabarannya.

dan sebagai fasi, saya sering nasihatkan kepada adik-adik akan perkara itu. apa yang dinasihatkan kepada saya, saya nasihatkan kepada mereka.

tapi sekarang, baru saya merasai perkara itu.

kalau dulu, sikit-sikit cabarannya. sekarang, bertimbun-timbun cabarannya. sampai boleh jadi semput hidup. inilah maksudnya mau terbang tapi tak dapat dek kerana cabaran-cabaran itu. tak dapat terbang, kita berjalan di tepian.

ya, makin jauh perjalanan hidup ini, makin besar cabarannya.

dan makin jauh perjalanan hidup, makin kita mau jadi penting diri. makin mau jual ikan (baca: selfish).

kadang-kadang, sikap penting diri itu satu keperluan. diulang, kadang-kadang. bukan selalu. jika selalu, itu perkara yang menjengkelkan. mungkin kamu tak merasa. tapi orang sekeliling kamu merasai kejengkelan itu. serius.

jangan sampai perbuatan penting diri itu memakan diri.

saya harap saya tak menjengkelkan siapa-siapa. minta dijauhkan. mohon kesabaran. mohon kekuatan.




cuma, untuk Dia Yang Satu, saya mau sangat-sangat untuk punya penting diri. mau sangat yang amat. bukan sahaja mau jual ikan, semua pun mau dijual.


saya mau sangat yang amat.

9 comments:

~~DucKneSs~~ said...

mingming mau jual ikan jugak..

huahahhahahhahahhahahhahhahahhahahha

best kan jual ikan? tp bila stok ikan dah abih, kna jugak pi beli ikan balik..

alif zai mim ra said...

duckness:
mingming penuh semangat nih!

eheh.. belum pernah jual ikan lagi. makan ikan pernah la. hehehe

lydecker86 said...

=)

Bila semakin meningkat, tanggungjawab bertambah. Kesukaan semasa muda harus ditinggalkan. Hidup semasa dewasa pasti tidak sama, walaupun kadang kita cuba dan usaha kekalkan yang lama.Tak dapat Jack=P

Teringin untuk aktif dan tidak meninggalkan kesukaan, [masuk kampung].. Tapi bila mana ia sudah di tahap bukan dalam kawalan akak...

Allah lagi berkuasa.. Kun, fayakuun..

Kadang orang ingat akak pentingkan diri bila lepaskan tanggungjawab masuk kampung ni..Mujur COMRADE memahami..

Allah knows Best. Percaya, kita perlu lepaskan sesuatu dan dalam jangka masa panjang, akan ada mende lain yang akan datang pada kita, lebih baik lagi. Doa. Dan, cuba cari pengganti agar beban [tanggungjawab] yang ditinggalkan menjadi ringan..

alif zai mim ra said...

lydecker86:
panjang kak. terima kasih. :')

3p4h said...

Mahu like yang ini. ;))

lydecker86:
panjang kak. terima kasih. :')

alif zai mim ra said...

3p4h:
suka jual ikan kah? :P

kopi komen? pentiru.. hehehe

lydecker86 said...

eh, jangan main tiru2 tyme cenggini.. nanti FYP pun main tiru2.. haip!

3p4h said...

Pentiru lg baik drp pentipu la achk =P haha~

Kak, utk fyp xda tiru2... Sungguh. Hee ;)

alif zai mim ra said...

lydecker86 n 3p4h:
eheh.. -_-"