Salam semua...
Memandangkan Syawal masih berbaki harinya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf atas segala salah dan silap. :)
Syawal kali ini berbeza sedikit berbanding Syawal-Syawal sebelumnya. Kali ini, saya sekeluarga beraya di rumah, tidak di kampung di Perak atau Seremban.
|
Takbir di malam raya |
|
Kehadiran jemaah yang menunaikan solat sunat Aidilfitri 1433H |
|
Orang ramai bersalaman dan bergambar di perkarangan masjid |
|
Kami pun sempat bergambar. hee~ |
Selalunya selepas solat sunat, kami akan menziarahi kubur Tok Wan dan kemudiannya pergi beraya ke rumah sanak saudara. Tapi kali ini, tiada kubur untuk diziarahi dan rumah kami pula yang dikunjungi sahabat dan sanak saudara.
|
Ini Hanan. dapat juga duit raya daripada Kak Long dia. :P |
Malam tu, kitorang sempat main bunga api dan sambut ulangtahun kelahiran Dina, sepupu saya. ^_^
alhamdulillah, Aidilfitri kali ini sederhana dan meriah. Aidilfitri, hari kemenangan bagi mereka yang berjuang di khususnya di bulan Ramadhan. moga ketemu Ramadhan di tahun akan datang. aameen..
2 comments:
syawal dah berakhir..sob..sob..
insyaALLAH, jumpa lagi tahun depan..
Duckness: insyaAllah..aameen... eh, nak duit raya. :P
Post a Comment