22.9.08

dah tenang sikit.. alhamdulillah.. =)

salam semua...

hari tu
serabut...

semalam
ifthar kat luar
basuh baju
habiskan satu game
puas...
sempat solat malam
tenang...
masyaALLAH...

hari ni
sahur dengan nestum
cuaca sejuk
baru lepas hujan
pakai sweater
jalan pergi KOM
tenang...
aman...
alhamdulillah...

petang ni
ifthar kat luar lagi


jom kejar iman
cari lailatul qadar
=)

19.9.08

Serabut

salam semua...

pernah tak
bila ada banyak benda dalam kepala,
rasa macam nak main game?

pernah tak
bila ada banyak benda dalam kepala,
rasa macam nak tido?

pernah tak
bila ada banyak benda dalam kepala,
rasa macam nak peluk?

padahal benda tu
tak banyak pun...
cuma diperbanyakkan...



ok, sekarang rasa macam nak balik rumah...

15.9.08

Komitmen. sangat kompleks.

salam semua...

minggu lepas,
PM dan Secretary General WacKOS letak jawatan.
Headcom R&D pun.
jadi, naiklah PM dan Headcom R&D yang baru.
satu komitmen.
kira besar la jugak.
yang pasti, banyak perubahan yang akan dibuat untuk menghidupkan kembali WacKOS.
kalian semua bersabarlah ye.
jangan putus harapan.

semalam,
ada Module Day FaciTeam.
mula pukul 2.
niat asal mahu singgah sebentar.
mahu pulang awal.
kononnya mahu stadi Fisio.
tak pasal-pasal, kena tolong bentang modul.
hasilnya,
penjelasan modul tak jelas.
pulang ke bilik pukul 5.
tak jadi nak stadi.
penat.kecewa.tekanan.

belum habis penat,
dapat SMS dari jauh.
ringkasnya, itu SMS "panggilan komitmen".
bertambah tekanan.

malam tu,
ifthar dan tarawikh.
tak ramai yang datang.
tentang stadi?
baca rangkap seterusnya.

tadi,
kertas Fisiologi - subjek yang agak mencabar.
hentam kromo.penat.tawakkal.pasrah.
yang pasti, lepas ni bolehlah tidur dengan nyenyak.

minggu ni,
ada AGM SCIENCESS.
nama tak naik.
lega.syukur.senyum.

yang pasti,
nak atau tak,
komitmen itu akan datang juga.
nak atau tak,
itu bukan pilihan.
tetapi tanggungjawab yang diamanahkan.




tiba-tiba teringat kata Ayah, "Fokus dulu pada pelajaran."

baik.

oh ya. hari ni 15 Ramadhan. dan bulan kelihatan sangat indah semalam.
moga Ramadhan kali ini tidak disia-siakan.

7.9.08

Entri Puasa.. Akhirnya...

salam semua...

maaf dipinta atas kelewatan mengemaskini Laman ini. sibuk sikit kebelakangan ni dengan peperiksaan. er..bukan alasan sebenar..

ok, untuk entri kali ini, Empunya Laman nak tulis tentang Puasa.

ada apa dengan puasa? nerd


dari segi definisi:
puasa ialah menahan diri dari lapar dan dahaga dan hawa nafsu.

- ini semua orang tahu.


dari segi praktikal:
apabila berpuasa, kita tidak boleh makan dan minum dari waktu azan subuh hingga azan maghrib.

- ini pun semua orang tahu.


dari segi penghayatan:
berpuasa dapat mendekatkan diri kita dengan Pencipta Yang Maha Esa.

- ini mungkin tak semua tahu. sebab diorang berpuasa tanpa sebab. oops...



Wahai manusia,
niatkanlah puasa anda keranaNya.
berniatlah untuk mendekatkan diri denganNya. bukan kerana nak raya ye.
tanamlah azam untuk berubah untuk menjadi insan yang lebih baik.
banyakkanlah beramal.
tingkatkan amalan tadarus, solat sunat, sedekah, dan bantu orang yang memerlukan.
tinggalkan amalan-amalan buruk.
buang sifat hasad dengki, mengumpat, dan memfitnah. gi masak lagi bagus.
kurangkan merokok. berhenti terus amatlah digalakkan.
rajinkan diri pergi ke masjid. takkan bila raya je baru nak gi.
jangan ponteng solat. bertaubatlah bagi mereka yang suka ponteng solat Jumaat.
banyakkanlah berdo'a.


Ramadhan datang setahun sekali dan belum tentu kita dapat jumpa Ramadhan tahun depan.
hayati kehadirannya dengan hati yang terbuka. basuhlah hati yang kotor dengan mengingatiNya. kita bukan malaikat dan sudah tentu bukan seperti Muhammad yang sempurna dan maksum.

sayangilah diri anda. kenyit

4.9.08

ini bukan isu Bajet 2009 semata-mata

salam semua...

sedikit ulasan tentang penggunaan perkataan Bajet:

  • Tun Dr. Mahathir yang mulakan penggunaan perkataan ini.
  • tidak menggunakan perkataan Belanjawan kerana perkataan ini membawa maksud "orang yang berbelanja".
lapangkan masa anda untuk membaca artikel ini. kenyit ini bukan isu Bajet semata-mata.

:astig:
nota: baca entri berkaitan.

2.9.08

Bajet 2009

salam semua...

Empunya Laman tidak mahu mengulas apa-apa tentang Bajet 2009. walaubagaimanapun, Empunya Laman ada satu persoalan:

kenapa perlu guna perkataan Bajet? bukan Belanjawan? merajuk

Fakta: 'Bajet' merupakan salah satu perkataan yang digunakan dalam penggunaan Bahasa Rojak. nerd

kerajaan gunakan Bahasa Rojak untuk urusan rasmi? Bahasa Rasmi pula macam mana? sudah masuk kamus Bahasa Melayu Kuno?

mungkin ini satu persoalan yang remeh tetapi ini melibatkan masa depan bahasa dan identiti bangsa kita juga.

oh ya. Empunya Laman tidak bias tetapi prihatin dengan nasib bangsa kita. :astig:

apa pendapat anda? fikir