15.9.08

Komitmen. sangat kompleks.

salam semua...

minggu lepas,
PM dan Secretary General WacKOS letak jawatan.
Headcom R&D pun.
jadi, naiklah PM dan Headcom R&D yang baru.
satu komitmen.
kira besar la jugak.
yang pasti, banyak perubahan yang akan dibuat untuk menghidupkan kembali WacKOS.
kalian semua bersabarlah ye.
jangan putus harapan.

semalam,
ada Module Day FaciTeam.
mula pukul 2.
niat asal mahu singgah sebentar.
mahu pulang awal.
kononnya mahu stadi Fisio.
tak pasal-pasal, kena tolong bentang modul.
hasilnya,
penjelasan modul tak jelas.
pulang ke bilik pukul 5.
tak jadi nak stadi.
penat.kecewa.tekanan.

belum habis penat,
dapat SMS dari jauh.
ringkasnya, itu SMS "panggilan komitmen".
bertambah tekanan.

malam tu,
ifthar dan tarawikh.
tak ramai yang datang.
tentang stadi?
baca rangkap seterusnya.

tadi,
kertas Fisiologi - subjek yang agak mencabar.
hentam kromo.penat.tawakkal.pasrah.
yang pasti, lepas ni bolehlah tidur dengan nyenyak.

minggu ni,
ada AGM SCIENCESS.
nama tak naik.
lega.syukur.senyum.

yang pasti,
nak atau tak,
komitmen itu akan datang juga.
nak atau tak,
itu bukan pilihan.
tetapi tanggungjawab yang diamanahkan.




tiba-tiba teringat kata Ayah, "Fokus dulu pada pelajaran."

baik.

oh ya. hari ni 15 Ramadhan. dan bulan kelihatan sangat indah semalam.
moga Ramadhan kali ini tidak disia-siakan.

9 comments:

Master J said...

hehe congratz :) n gud luck..

Anonymous said...

hehe congratz :) n gud luck..

tp kan hawa, akak cuma nak nasihat je la. walau sebyk mana pun aktiviti yg korg join, walau setebal mana pun sijil yg korg ada, bila interview mintak keje, company2 tak pandang sumer tu. diorg pandang pada personality, image, communication n CGPA kita.

so, tak payah la byk sgt join aktiviti. nak join tak salah tp join la 1-2 aktiviti per sem. that's enough.

kita pegi university bukan sbb nak join aktiviti, yg tu sampingan je. kita pegi university sbb nak blaja.

akak tgk korg dak2 junior ni galak sgt beraktiviti. nak dkt midterm pun ada aktiviti. sedih akak tgk.

akutaktahu said...

erm.....
yg paling penting skrg ini
bila ada komitmen
pembahagian masa yg lebih teratur adalah lebih bagus dan berkesan

tahniah dan selamat menjalankan amanah
-ingatlah kita di dalam hal2 ini tidaklah berseorangan-

berdampinglah dgn mereka2 yang lebih b baik,mg kita akan mempelajari sesuatu daripada mereka =)

alifzaimimra said...

kpd MJ: thank you, future Secretary General. ;) gd luck to u too!

kpd Knowlee: tq for ur advice. :) bkn kitorang nk pun, tau2 je name naik. huhu...

kpd Abg Ah Seng: sy stuju dgn bab pembahagian masa. tq for ur advice. :)

Anonymous said...

Salam achik... Sesungguhnya achik sndri tau kn knp kita dberikn plbagai komitmen. Mmg kita bz skrg, tp masa depan akan ada jwpnnya. Bersabar ya pastikan kita sma2 pndai mengurus masa utk semua krja ini. Bkn apa, 'Mardhatillah'. Dlm mcari redha Allah utk seluruh alam perlukan pengorbanan.

Kpd kak knowlee, nk betulkn skit statement bole?

Mmg benar zmn skrg company pndg pandang pada personality, image, communication skills n CGPA kita. Tp perlu tahu n ingat, bagaimana utk dptkn semua itu? Drp kerja2 ini semua bukan?

Maka perlu kita ingat, sebagai pljr gunakan masa yg ada ini sebaik mungkin utk dptkn semua itu. Usah jd pljr yg lemah,lesu,layu,letih, yg hnya tahu bljr,bljr n bljr mjadi ulat buku tp x tahu pkara2 lain.. Wallahu'alam...

~Teruskan perjuangan...

alifzaimimra said...

kpd 3p4h: syukran jazilan atas nasihat dan kata-kata semangat. huhu..rindunyer pada zaman2 sibuk dulu...

Anonymous said...

~ 3p4h

Yes, mmg aktiviti bantu kita dpt sumer tu. Communication whatsoever sumer. Tp itu tak bermakna, korang bleh join terlalu byk aktiviti. Akak join 1-2 aktiviti je per sem, but still improve communication sumer. And FYI, netball team KOS tu, I was one of the key players. I joined WacKOS, I joined IIUM netball team, I joined most the KOS activities.

And from what I see, aktiviti sumer ni membantu dlm communication (tp not 100%). Dlm kelas pun membantu communication kita. But not in image. Image is something u need to learn from an expert or magazines or somewhere else la.

Personality plak akan terbentuk bukan drpd aktiviti2 sumer nih. Akak tgk byk je org yg aktif, personality takde pun. But of cors, mana yg kena vote or nama naik, for sure sbb personality dia bagus.

If u don't agree with me, nevermind. This is what I heard from a few counsellors. And my point of view as well. And my experience as an ex-student and a career person. And also byk luahan drpd org2 yg aktif sgt.

And I did mention "nak join tak salah tp join la 1-2 aktiviti per sem", didn't i? Hurm...

Dendei said...

salam adikku sayang.....

kalau kita sebut "komitmen" kita rasa cam kita leh pilih...

cube sebut "tanggungjawab"...musti rasa benda tu, nk x nk kena wat jugak...


apa pun, segala tanggung jawab yg Allah beri adalah amanah...perlu dilakukan dengan sebaiknya..

berpersatuan, berprogram...bukan satu kesalahan...mcm apa yg epah kata, kita cari adalah "Mardhatillah"...

persatuan n program mungkin jalan yg terdekat utk kita yg bergelar pelajar utk mencapainya...

malah dgn berpersatuan n berprogram, kita dapat belajar ttg hidup lebih byk dr apa yg kita dpt dri buku...

hmmm...benda2 ni...simple je...

yang lebih penting, tanggungjawab kita sbg hamba n khalifah...

kalau perkara2 diatas tersebut membuatkan kita lupa siapa kita & apa tanggungjawab sebenar kita di dunia ni....lebih baik tinggalakn...

tapi andai inilah caranya Allah nk bantu kita...(dgn membantu agamaNya...) kita xkn rugi apa...yg penting pergantungan kita pd DIA...


same2 lah kita muhasabah kembali...

ingat2 siapa kita...utk apa kita di hidupkan..ke mana arah kita selepas ni...selepas kehidupan dunia ni...etc..


apapun, andai niatmu kerana DIA, teruskan usaha murnimu itu...

cara apa n bagaimana...kamu sendiri yg memilihnya...

pilihlah yg paling baik diantara yang terbaik...

lastly, take care my dear...

Allah will alwz be wif u...n u will alwz be in my heart....(here...)...

Chayok2!

(n_n)

haajarpuad said...

selamat berpuasa
selamat menyambut lebaran yang mulia...
jangan tension2...